BOOK REVIEW - LICIK BY SHAM HASHIM & JULIE ANNE - Jari Jemari Menari

Mar 26, 2021

BOOK REVIEW - LICIK BY SHAM HASHIM & JULIE ANNE

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sebenarnya tak ada plan pun nak baca buku Licik ni. Saja selak untuk baca bahagian Prolog. Tak sangka pula makin laju mukasurat diselak. Tengok-tengok dah di pertengahan muka surat. Buku Licik yang berwarna coklat ini merupakan edisi kemaskini. Sebelum ini, buku ini berwarna biru dan cover depannya ada gambar perempuan. 

Ika akan buat seringkas mungkin ulasan untuk buku ini sebab ika rasa kalau panjang sangat nanti meleret dan mengantuk. Tapi, ika hanya akan highlight benda penting sahaja dalam buku Licik ni, Tapi sebelum itu, buku ini ada part 18sx dan untuk budak sekolah yang masih bawah umur rasanya tidak sesuai. Memang sesungguhnya Licik hanya untuk pembaca matang sahaja. 

Bismillah. 


Mengisahkan tentang Alias dan anaknya Fira yang kerjanya menipu orang. Menipu yang kayakan dieorang anak beranak. Dari nothing to everything la. Alias pun, hidupnya bukanlah dikategorikan sebagai papa kedana. Tapi sejak perniagaan dia gulung tikar. Dia terpaksa berpindah ke KL demi mencari sesuap nasi. Namun pekerjaanya itu sekejap saja kerana dia dituduh benda yang dia tidak buat.

Pertemuan Alias dengan Sazila telah mengubah hidup dia 200%. Hubungan mereka yang sudah menyimpang jauh telah menyebabkan Sazila fikir Alias serius dengan hubungan mereka dan banyak pertolongan yang Sazila berikan kepada Alias tanpa mengetahui yang Alias mempunyai tujuan lain. Dan banyak lagi kejadian yang terjadi selepas pertemuan Alias dengan Sazila. Kena baca la.

"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
ALIAS

Bagi saya. Prolog boleh dipuji untuk buku Licik ni. Kalau tidak takkan la teruskan ke bahagian yang lain. Mula-mula seronok bila baca strategi & trick Alias untuk menipu duit orang. Strategi yang orang kata ada yang okay la not bad ada juga yang oh okay brilliant. Mempergunakan anaknya si Fira untuk tujuan yang sama. Akhirnya Fira pun terjebak dengan menipu. Hati kering sangat dua beranak ni. Duit orang dicuri macam tu sahaja. Malahan, tiada rasa takut bila mangsa sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Alias memang bijak. 

Tapi Fira dia gunakan aset dan kecantikan yang dia ada. Pamerkan diri dia- jual - sapu duit - And chow. Kadang kesian dekat Fira sebab dia tak ada mak jadi hidup dia seolah olah macam terumbang ambing dengan bapaknya pun mengajar dia benda yang bukan-bukan. Tak ada siapa nak melarang. Jadi dia macam hilang didikan yang sewajarnya dan pedoman hidup. Memperjudikan badan hanya untuk wang. Tapi itulah orang kata, didikan ibu bapa itu penting. Asas nya kena ada dari awal.

Eh tapi yang anehnya. Mangsa Alias - Fira ni macam blur blur ya.Rasanya sebab mungkin duit hasil titik peluh dieorang tu pun duit dari sumber yang tak betul. Jadi, dieorang kena tutup mulut atau pejam mata je la kot. Tapi ada juga yang report and upah pengintip serta ada yang balas dendam. Tidak la semuanya blur haha #ikareviewbuku

2 comments:

Rabiahtul adawiyah said...

Bagus akak suka baca buku

Atie Zieya said...

another broken family story.. hmmmm sedihnyaaa