1 Buku 1 Inspirasi Big Bad Wolf - Jari Jemari Menari

Aug 26, 2021

1 Buku 1 Inspirasi Big Bad Wolf

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Secara jujurnya, ika rasa setiap pembaca mempunyai satu atau dua buah buku yang memberi inspirasi buat diri masing-masing. Ini kerana, dengan buku kita dapat belajar macam-macam perkara tanpa batasan. Bergantung juga dengan bahan bacaan yang kita pilih. Jika kita memilih untuk membaca buku ilmiah, memoir, travelog, islamik, biografi, sejarah dan sebagainya. Mungkin ianya akan dapat menyuntik dalam diri dan jiwa kita walaupun secebis perkara. 

Q: Buku apa yang memberikan inspirasi kepada diri sendiri? 

Buat masa sekarang, buku bertajuk Malaikat Bertali Leher dari Amirul Azmeer Asmadi. Terbitan Puteh Press. Kehidupan penulis di negara orang membuatkan kita sebagai pembaca kagum dengan cara penulis adapt dengan budaya yang berbeza di negara orang. Penerimaan masyarakat di sana terhadap stranger juga merupakan satu cabaran besar ketika di negara orang. Namun, kagum dengan penulis yang boleh berinteraksi dengan masyarakat di sana secara santai seolah-olah sudah kenal lama. 


Big Bad Wolf akan kembali lagi dengan pesta buku online secara besar-besar sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun pada 28 Ogos 2021 sehingga 1 September 2021. Terdapat lebih 60,000 buah tajuk buku yang kalian boleh pilih. Diskaun yang sangat berbaloi iaitu sebanyak 50% - 95%. Buat kalian yang ingin memborong buku, inilah masa yang sesuai. Kalian boleh jenguk ke website mereka bermula 28 hb ini. 

Boleh set reminder di telefon. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sememangnya, kita kena akur yang untuk ke pesta buku pada musim pendemik ini sangatlah mustahil. Jadi, kita boleh mengunakan alternatif membeli yang lain iaitu secara online. Lebih mudah dan jimat masa, tenaga dan duit kereta. Siapkan duit dan tunggu depan komputer untuk melakukan pembelian. Seterusnya, tunggu sehingga parcel buku kalian sampai depan rumah. 

Easy! 


Kalian juga berpeluang untuk memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh pihak Big Bad Wolf. Sudah semestinya hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Mana tahu rezeki kalian untuk memenangi hadiah 1st prize mahupun hadiah yang lain. Rezeki terpijak orang kata. Boleh klik di link di bawah :-

Share & Win Contest


Media social rasmi Big Bad Wolf. Jom, tunggu apa lagi. Nantikan pesta 1 Buku 1 Inspirasi yang akan tiba esok. Selamat membeli dan membaca buku. Semoga dengan membaca dapat memberikan inspirasi kepada diri kalian. 

BBW Facebook

BBW Instagram

BBW Twitter

#BigBadWolfBooks #1Buku1Inspirasi




12 comments:

fairus said...

Saya buat masa ni banyak membaca buku sejarah.. Buku-buku tu biasa buat rujukan..

Cik Min said...

Rindunya zaman blm wujud covid. Tiap tahun gi big bad wolf sambil berjam2 cari buku huhu

Balqis Athirah said...

Menarik contest ni. Boleh la turut serta sebab Qiss suka membaca. Banyak buku yang memberi motivasi pada diri tapi nanti nak cerita pasal buku paling best la.

Fadima Mooneira said...

Wow.....interesting campaign from Big Bad Wolf. I received this newsletter. It's a cool one.

AyuArjuna BiGoshh said...

sempat shopping semalam. Banyak juga buka yg mrnarik perhatian. Harga mmg sangat berbaloi

Sis Lin said...

Berbaloi kempen dia ni, mengajak semua orang membaca. Dan buku dari BBW pun murah mampu milik, lagi pulak dah ada bacaan bahasa Melayu kan... nak join laaaa

Sunshine Kelly said...

Bagus ni!! i also like Big Bad Wolf book sale and of course reading is a good habit.

Ruby said...

Kak, best juga contest camni. Bleh la join nanti. Sebab baru je baca buku yang beri motivasi serta inspirasi untuk terus buat apa yang kita suka dengan syarat tidak melampaui batas sebagai Muslims.

Fieza Sani said...

Peminat2 buku mmg tunggu BBW ni. Selalu nampak kwn2 kat fb yang suka serbu BBW ni tiap2 tahun. Kdang sampai bersusun buku diaorang beli. Untuk diri sendiri, anak-anak,keluarga. Tak pe bagus borong buku ni, terapkan budaya suka membaca dalam family terutama anak2 yang dalam proses pembesaran. Dari dedahkan diaorang dengan gajet, better dedahkan dengan buku-buku.

Nina Mirza said...

Suka pi Big Bad Wolf event dolu. Sales dia memang best, berejam dok situ pilih buku. Ada contest gini menarik, nak join!

Faries said...

Wah mcm best je buku ni. Boleh try beli sbb rasa mcm terinspirasi plak tiba2.

Chaycya O Simanjuntak said...

Waah enak banget Malaysia masih ada Big Bad Wolf. di Indonesia, BBW ditiadakan karena pandemi. Hiks.. jadi tak bisa beli aneka kesukaan dengan harga sale.