Book Review - Introvert by Abstrakim (2022) - Jari Jemari Menari

Feb 25, 2022

Book Review - Introvert by Abstrakim (2022)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Pagi semalam, masa tengah scroll Instagram. Ternampak post dari FIXI. Ada buku baru bulan ni. Memang teruja sebab ika mengikuti perkembangan buku-buku baru FIXI dari tahun lepas lagi. Bila tengok penulisnya ialah Abstrakim ika terus tak fikir panjang untuk beli. Tambahan pula, sinopsis dia memang menarik. Disebabkan tak sabar, ika terus beli ebook di Google Play Books. Untuk ebook berharga RM 9+. Kalau kalian berminat nak beli physical book, boleh pre order sekarang di Shopee FIXI sekarang. 


Rasa macam bila baca sinopsis Introvert ni, buku ni bergenre seram. Tapi, bila dah selesai ke penghujung buku memang tak disangkal lagi yang ika sebenarnya tersalah faham bila baca sinopsis. HAHA. Pity you ika. Ini bukan cerita seram gais walaupun penulis sebelum ini memang ada buku seram. Sebelum itu, izinkan ika mengupas serba sedikit mengenai Introvert ini. Ika salute dengan Abstrakim yang tampil dengan karya yang mengangkat tema depress, buli, introvert, cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kehidupan dengan baik. Ini bukan karya yang tiada pengisian. Seperti yang ika cakap sebelum ini, apa yang kita baca terutama buku fiksyen. Kita sendiri kena pandai keluarkan isi yang baik untuk dijadikan pengajaran. Jangan hanya sekadar membaca.


Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Farady. Dia tertekan dengan apa yang terjadi dalam hidupnya. Senang cerita dia sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya di sebuah tempat bernama Bangunan Alam. Ketika kakinya sudah berdiri di atas bumbung di Bangunan Alam itulah, tiba-tiba Farady didatangi oleh seorang gadis bernama Haura. Haura lah yang sedaya upaya memujuk Farady dari meneruskan niatnya itu. Apa yang terjadi selepas itu? 


Tajuk Introvert merujuk kepad Farady. Kehidupannya tidak begitu indah. Walaupun dalam keluarga berada namun hatinya kosong dan tidak bahagia. Dia juga didesak oleh ayahnya untuk belajar dalam course yang dia tidak minat, terpaksa melupakan passionnya yang mengemari bidang multimedia,sering tertanya-tanya kehilangan ibu kandungnya dan banyak lagi perkara yang menganggu dirinya sehingga dia mengalami kemurungan. Jika ika di tempat Farady, belum tentu ika kuat untuk berdiri kuat seperti dia. Mungkin dah gila dan duduk di tepi jalan.


Watak Farady secara keseluruhannya nampak lebih hidup dengan adanya Haura. Kalau dia stand alone akan nampak banyak kelemahan dan bosan. Mungkin sebab dia jarang bergaul dengan orang. Jadi, dia jadi kaku. Mujur dia jumpa dengan orang yang kontra personaliti dengan dia. Haura memang layak jadi kawan Farady.


Tetapi, ada ketika yang Farady ada mencuba untuk ubah dirinya. Ketika di kolej dia cuba menjadi seorang yang mesra alam namun orang sekelilingnya tidak selesa dengan perubahan Farady yang mendadak itu kerana mereka tahu Farady bagaimana sebelum ini. Susah juga untuk kita ubah diri kita hanya semata-mata nak impress dan puaskan hati orang. Jadi diri sendiri lebih baik :) 


Haura -- Sebenarnya secara peribadi ika suka dengan karakter Haura. Seorang yang comel, menyenangkan hati, pendengar setia, pemberi nasihat yang berjaya dan sentiasa ada susah senang buat Farady. Pada mulanya, ika ingatkan Haura ni hantu yang berlegar-legar dekat Bangunan Alam tu. Sebab tu dia tiba-tiba muncul out of nowhere. Tapi tidal, ada sebab jua kenapa dia ada situ pada waktu Farady nekad nak bunuh diri. Mereka berdua memang sudah ditakdirkan untuk berjumpa pada malam itu. 


Tapi, apa yang geramnya ialah bila Haura & Farady menidakkan perasaan mereka berdua. Benda boleh confess kenapa nak diam T.T Tapi, Haura seperti tidak sanggup untuk merosakkan hubungan persahabatan mereka gara-gara perasaanya itu. Jadi dia mendiamkan sahaja. Tapi secara peribadi, ika sangat suka dengan watak Farady dan Haura. Perbualan mereka yang menjerumus kepada perbicaraan peribadi dan hati antara mereka membuatkan mereka rapat dalam tempoh yang sangat cepat. Dan ika rasa ika ada terblushing seketika bila baca part dieorang sweet-sweet sebab Haura suka mengusik. Tapi sayangnya..


Farady tu boleh pula tak nampak permata depan mata dia dan dia mula pandang orang lain. Orang yang secara tiba-tiba masuk dalam kehidupan mereka berdua. Dasar Farady. 



Cerita bertambah menarik dengan kehadiran Adli, Datuk Idris, Fendi & Natasha. Satu pujian boleh diberikan kepada penulis ialah dia pandai sorok hint dengan baik sehinggakan saya sendiri tak jangka. Untuk kebetulan yang ditulis oleh penulis, sika boleh terima. Penulis akan suprisekan kalian dengan lebih dari 1  plot twist di penghujung cerita. Pengakhiran yang ika tak gemar tapi nak buat  macam mana. Sebab ika yakin penulis tahu apa yang dia tulis. Memang ika sendiri sedih fikirkan begitu sekali pengakhirannya. 

Ika juga suka dengan cara penulisan penulis. Santai namun ayat yang digunakan rasa senang untuk dibaca dan dihadam. Tak rasa kekok dan suka dengan bagaimana penulis ceritakan kisah setiap watak. Terperinci dan setiap persoalan itu terjawab dengan baik. Seperti kisah Adli. Siapa sangka untuk budak seusia dia, dia perlu menempuh pengalaman sebegitu rupa sekali. Dibuli, difitnah, dikerah tenaga, dibuang keluarga dan terjerumus dalam kancah hitam. Adli matang sebelum usianya. Pengalaman perit mengajar Adli erti kehidupan. Sama juga dengan kisah untuk watak lain. Main emosi baca Introvert ni sebenarnya. 

Ika rekomen buku ini buat sesiapa yang tidak cerewet dalam memilih buku. Tahniah penulis. Satu percubaan yang baik. Dan ika suka dengan buku ni. Titik. 












3 comments:

fairus said...

Selamat membaca dan moga bermanfaat.

Hanamiko Sakura said...

menarik!! nak beli la nanti dan baca.. thank youuu

Admin said...

Memang semua review novel ni best2, bolehla cuba baca lepas ni