Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Asalnya, Dea Eryna hampir berlanggar dengan Fahin di jalanraya. Pertemuan pertama itu menjadi titik permulaan. Dan kemudian, Eryna yang terdesak dengan asakan dari pakciknya telah membuat keputusan drastik untuk memikat si Fahin. Bayangkan orang yang kau pertama kali jumpa. Tiba-tiba kau nak pikat dia. Memang tak masuk akal. Apa yang akan terjadi selepas itu?
Kalau ditanya secara peribadi. Saya sebenarnya tidak pasti dengan perasaan saya lepas baca buku ini. Saya anggap saya so-so jela. Boleh?. Bahan bacaan yang nipis. Sesuai dibaca waktu santai jika korang still boleh terima cerita terlanggar dekat jalanraya dan banyak kebetulan. 😶 Mungkin ada adik-adik dan pembaca lain yang akan sukakannya. Siapa tahu kan.
Dea Eryna
Seorang gadis yang mempunyai memori zaman kanak-kanak yang tidak menyeronokkkan. Simpati juga dengan keadaan diri dia walaupun dia nampak berjaya dalam hidup. Mempunyai butik sendiri, bekerjaya dan berduit.
Tetapi dia sebenarnya seorang gadis yang sangat lonely. Bayangkan, dia banyak memendam rasa. Kehidupan dia pada masa lalu yang sangat buruk telah membuatkan dia sentiasa bersedih hati. Jadi, selepas saja menerima ugutan dari pakciknya. Dia nekad nak pikat Fahin yang dia tidak kenali. Memang gila! Tapi memang tebal muka Dea haha. Pikat orang yang hati batu.
Sejenis yang senang kena pukul ke Dea? Atau dia sebenarnya memang rasa terhutang budi dengan Karim? Tak kisah la macam mana pun janji kau sayang diri kau dulu. Jangan suka suka bagi orang pukul kau.Kau bukan anak kucing. Walaupun family kau dera kau. Kau ada hak untuk report polis untuk keselamatan diri hm. Berapa kali kena debik wei. Tak sakit ke badan tu? Saya kalau orang ter-terpukul sikit pun dah menangis. Haha. Inikan pulak yang betul-betul belasah.
Fahin
Watak hero yang suka perasan handsome. Memanjang dia puji diri sendiri. Saya rasa dia lebih sesuai dengan watak keras beku kejung instead of watak sebaliknya. Sebab rasa macam dia lebih menyerlah sebegitu. Bila jadi karakter sebaliknya, dia jadi pelik. Tapi okay sebab dia cuba untuk menjadi seperti mamat kpop yang cuba untuk sweet dengan awek sendiri.
Karim
Jauhi lelaki seperti Karim. Bukan ingin terlalu prejudia dengan lelaki seperti Karim. Tetapi untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup. Maka itulah yang terbaik. Karim senang cerita dia memang watak antagonis yang membuatkan saya tak senang duduk. Sanggup ke nak hidup dengan lelaki yang panas baran, dayus dan pemabuk. Tak boleh terima dengan cara dia melayan Dea Eryna. Sampaikan dah tahap sepak terajang ada hati nak kahwin. Jaga diri kau dulu boleh tak Karim sebelum nak jaga anak orang? Ubah perangai dulu.
Haris
Secara jujurnya, kesian dengan watak Haris. Sampaikan ada juga mengharapkan yang penulis tampilkan satu watak perempuan yang lain sebagai galang ganti Eryna. Setia sungguh dia menjadi peneman Dea sepanjang 2 tahun. Tidak memaksa untuk terima diri dia. Cuma adakalanya dia seperti mengongkong Dea macam Dea awek dia. Padahal tidak. It's okay Haris. Life must go on. Dan pergilah mencari bunga lain okay. Saya suka bila penulis ada selitkan sisi lain Haris.
Pengakhiran yang baik untuk kesemua watak. Cuma saya musykil dengan beberapa watak seperti Karim, Laila dan Zahra. Adakah kesemua watak ini mendapat satu pengakhiran yang baik juga? Terutama sekali Karim. Seperti tergantung. Saya harap jika saya dapat tahu mengenai mereka-mereka ini mesti best.
2 comments:
pelik gak perangai Fahin ni, ada ambil dari mana-mana drama Korea kot
Nipis je bukunya.. tak perasan pula tajuk nie..
Post a Comment