Ulasan Buku - Silat Boy #1 - Pencak Pertama by Ben Wong - Jari Jemari Menari

Jun 12, 2022

Ulasan Buku - Silat Boy #1 - Pencak Pertama by Ben Wong



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Rasanya siapa yang mengikuti salah satu dari imprint PTS iaitu Komik M. Mesti kenal dengan nama pelukis komik  Ben Wong ini. Ben Wong sudah menghasilkan banyak karya-karya yang standart international. Ika mula mengenali Ben Wong selepas baca Meow. Ada satu komik yang sampai sekarang tak dapat nak beli iaitu Atan. Tak apa, next time. Dan selepas itu, ika terus memburu komik-komik dari Ben. Baru-baru ni, kebetulan di PBAKL. Ada jual kombo Silat Boy. Mana boleh lepaskan peluang. Terus beli tanpa berfikir panjang. 

Jom ke ulasan ringkas. Bismillah. 

Apa yang dimaksudkan dengan pencak? Pencak ialah gerak dasar bela diri dan terikat dengan peraturan. 




Harga: RM 9.90 (SM) / RM 10 (SS) 
Tahun: 2018 
Mukasurat: 107 mukasurat


Silat Boy mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Boy. Boy dibuli dengan teruk oleh geng Ghoner. Boy akan didatangi mereka untuk dipaw duit dan diugut. Malahan, Ghoner juga berani untuk memukul Boy jika apa yang dikehendakinya tidak tercapai. Ghoner dan rakan yang lain masing-masing pandai seni mempertahankan diri Muay Thai. 


Sehingga satu tahap dimana Boy sudah tidak tahan lagi dengan gangguan Ghoner. Jadi, dia nekad untuk bertindak sendiri untuk membalas dendam. Sudahlah permainan konsol yang dimiliki telah dirampas. Pada hari kejadian, perbuatannya itu disedari Alyaa Suria yang kebetulan berada disitu. Apa yang terjadi selepas itu?
Berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika geng Ghoner memburu Boy. 


Terimakasih buat admin Komik M sebab sudi dapatkan sign Ben Wong. <3



Teruja bila pertama kali membuka helaian Silat Boy ini. Suka dengan ilustrasi berwarna yang disajikan. Sedap mata memandang. Saya puji juga lukisan pelukis. Cantik, kemas dan terasa hidup. Yang penting tidak serabut sebab selalunya kalau baca komik yang ada bahagian berlawan mesti pening kepala sebab terlalu penuh. Tapi, saya ada satu kemusykilan. Baju yang dipakai Boy nampak seperti moden berbanding karakter lain. Baju macam ala-ala karakter Ash Pokemon. Adakah pelukis cuba untuk menampakan karakter Boy lebih menyerlah berbanding yang lain?.Untuk karakter seperti Alyaa, Ghoner dan lain lain juga turut memberi impak bagi menyempurnakan lagi jalan cerita. Menarik. 


Keduanya, saya suka dengan isu yang dibangkitkan dalam komik ini. Isu yang paling terkenal dan tak lapuk dek zaman iaitu buli. Memang kalau yang lemah akan selalu ditindas dan menjadi mangsa buli ke?. Kasihan pada watak Boy. Boy tahu dirinya bukanlah kuat untuk melawan mereka itu semua. Dia malahan tahu dengan kepakaran mereka itu dalam Muay Thai. Namun, apa yang dia mampu lakukan hanyalah memendam rasa sahaja. 


Siapa yang rasa isu buli ialah satu isu remah. Salah sama sekali. Buat adik-adik yang sudah baca komik ini ataupun akan baca. Kalian kena ingat yang buli orang itu salah dan kalau kalian dibuli. Jangan diamkan diri. Terus laporkan perbuatan tak bermoral itu untuk diambil tindakan selanjutnya. Jika tidak, mungkin akan berlarutan. SAY NO TO BULLY! 

Dan buat pengetahuan semua, komik Silat Boy ini bersiri. Ada 3 siri kesemuanya. Saya sendiri kebetulan beli kombo jika tidak mesti kena tunggu nak beli sambungan baru dapat baca. Tak sabar nak tahu apa yang akan jadi dekat Boy. Tolonglah Boy. Bangkit pertahankan diri please! 

No comments: