Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Misi by Khairul Nizam Khairani - Jari Jemari Menari

Aug 31, 2022

Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Misi by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Mungkin masih ada yang tidak tahu dan tidak menyedari akan kehadiran satu siri baru dari imprint Penerbit X. Buat pengetahuan kalian, penulis Khairul Nizam Khairani telah mengeluarkan siri Kru Paranormal dan sekarang sudah 4 buah siri sudah berada di pasaran. Dengar cerita bakal ada yang ke 5 tidak lama lagi. Ika tak pasti ada berapa siri kesemuanya. Seperti yang diberitahu rakan bookstagram, ada 12 siri kesemuanya. 


Ini merupakan sambungan buku Baphomet. Hantu Misi mengisahkan tentang pembunuhan yang terjadi dalam kalangan gadis sunti di Bandar Raya Johor Bahru. Kes ini dikaitkan dengan hantu misi yang kononnya merupakan wanita berpakaian jururawat yang minum darah anak dara. Dikatakan lagi, hantu misi bermain dengan ilmu hitam sehingga menjerat dirinya sendiri kerana dia telah melanggar pantang. Untuk menghapuskan sumpahan tersebut, hantu misi perlu melakukan sesuatu. Masa baca sekali lalu, terus teringat cerita Hantu Kum Kum dan beberapa cerita melayu seram yang lain. Ada vibes yang sama. 


Dalam masa yang sama, kisah hantu misi ini turut tersebar luas dalam komuniti paranormal. Dan Imtiaz tidak melepaskan peluang untuk membuat penyiasatannya sendiri untuk channel youtube nya. Dapatkan polis menyelesaikan misteri yang melanda? 

Blurb ~

Storyline menarik. Cerita juga bergerak dengan laju. Cuma ada beberapa bahagian sedikit meleret. Tapi tidak melarat. Sejujurnya, ika masih suka dengan elemen misteri yang penulis selitkan. Penulis banyak berikan tanda soal kepada pembaca. Ini membuatkan pembaca sentiasa ada perasaan ingin tahu dan pembaca jadi tidak sabar untuk habiskan pembacaan. Ika suka dengan plot twist yang penulis berikan. Walaupun tak banyak tapi masih ada plot twist. Predictable with nice ending. Thumbs up untuk penceritaan yang terperinci untuk mengambarkan keadaan mangsa pembunuhan. Hal-hal forensik yang diselitkan. Bukan mudah untuk menceritakan hal sebegini dengan baik. 

Watak yang ada dalam Hantu Misi ini boleh dikatakan saling berkait rapat dan pusing sana sini masih juga berkait. Dan bagi watak Rafidah yang kelihatan polos dan sering ditindas itu mendapat simpati dari ika sebagai pembaca. Kesian dengan hidupnya yang selalu kena beralah dan menurut. Watak antagonis juga memainkan peranan yang baik. 

Hantu Misi ini tak buatkan ika rasa meremang. Lebih kepada curious. Ika masih mengharapkan siri seterusnya membuatkan ika tersenyum gembira. 2 siri yang dibaca ini lebih kepada elemen misteri. 

Baphomet - Hantu Misi - Imaginary Friend (NEXT) 

Instagram- Ulasan Hantu Misi


1 comment: