Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
"Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-NYA"
Dalam masa yang singkat, Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah perlu mencari penempatan baru buat 20 orang pelajar maahad tahfiz yang berada dalam jagaan mereka. Dalam mencari solusi. Hadirnya Haji Radin menghulurkan bantuan atas dasar terhutang budinya dia pada Tok Guru Rahman (tuan asal maahad). Dia berikan sebuah..
Rumah agam terbiar 2 tingkat berwarna putih- senibina zaman kolonial- 12 bilik - jauh dari penempatan terdekat - dibina di dalam ladang kelapa sawit. Itulah tempat baru buat mereka semua. Apa yang terjadi selepas itu?
Penulis: Anuar Darwisy
Penerbit: Kaki Novel
Genre: Supernatural Religious Horror
Mukasurat: 418 m/s
Tahun: 2023
Ini hanya pendapat peribadi saja. Mungkin kulit buku boleh di-upgrade kan lagi. |
Perkongsian penulis tentang idea asal RKJ ini membuatkan saya kagum dengan beliau. Gabungan kisah benar dan olahan penulis. Memang tidak mengecewakan. Turn out cerita ini bukan sekadar fiksyen seram yang kosong ‼️
Penuh dengan ilmu, mesej dan pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Siapa kata baca cerita seram mengarut?. Ini buktinya. 👍🏻 Saya yakin penulis telah membuat research yang sebaiknya. Bukan boleh kita sesuka hati letak petikan ayat Al Quran dalam ini sewenang-wenangnya tanpa ada hubungkait.
Sinopsis :) |
Bagi watak pula, gabungan Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah sangat menjadi.Saling melengkapi antara satu sama lain terutama sekali dalam menguruskan maahad tahfiz yang ditinggalkan pada mereka. Amanah dijalankan sebaiknya untuk mengelola 20 pelajar yang lain. Watak sampingan yang lain menguatkan lagi jalan cerita. Peranan mereka juga penting.
Tidak melewah dan fast pacing. Sebab tanpa sedar saya dah ke bab seterusnya dengan cepat. Penulis hook saya dari mukasurat pertama lagi. Vibes kampung + islamik + seram menyerlah. Persoalan demi persoalan terjawab satu per satu. Dot dot yang ada bersambung dengan baik dan logik.
Paling best bila baca pertarungan antara jin. Suspen sangat. Samiha? Mak laff energy Samiha. Berapi-api Samiha dalam cerita ni. 🔥
"satu benda hidup menjalar laju dari atas lalu memasuki mulutnya"
benda tadi menerobos perut dan punggungnya
Reruai Popular di PBAKL. Tok tengah melayan peminat beliau. Haha |
Instagram: Review Rumah Kabilah Jin
1 comment:
Belum ada kekuatan nak baca novel seram. Tapi novel thriller saya suka, walaupun berderau darah dan ketar badan. :D
Post a Comment