Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃
Pertama sekali. Saya bukan hardcore fans genre fantasi, tapi tidaklah saya kata saya tak baca lansung genre fantasi (complicated mood ons). So, saya tak yakin saya boleh habiskan buku Roman Lakarloka ni. Sebab belek isi kandungan. Ada 60 bab (agak banyak).Sampai satu tahap saya rasa nak koyak glosari di bahagian belakang. Sebab senang nak refer. Tapi, bila masuk Bab 1. Saya rasa perasaan lebih tenang gitu. Hshs sebab tu la orang kata jangan menilai terlalu awal. Cuba baca dulu beberapa pages.
Secara ringkasnya, kehidupan Diya tidaklah seindah mana. Gara-gara mempunyai seorang bapa yang sangat panas baran.Dia tahu dia memang kena buat sesuatu untuk keluar dari kehidupan toksik tu. Selepas mendapat kerja di Lakarloka Painters. Dengan bantuan dari Puan Pertiwi (tauke Lakarloka). Diya berjaya 'melarikan' diri bersama ibunya. Dari rumah flat puaka membawa mereka menyewa di sebuah unit rumah kedai.
Nak dijadikan cerita. Ada sesuatu terjadi ketika Diya dan Arjuna (anak tauke Lakarloka) sedang melukis mural. Know know mereka berada di tempat asing. Apa sebenarnya yang berlaku?
Tahu tak apa yang menarik dalam Roman Lakarloka selain dari kita dapat membaca imaginasi penulis merangka dunia Lakarloka itu? The way penulis mencipta karakter-karakter yang sedia ada.
Saya nak highlight watak Diya. Diya merupakan satu watak yang sangat simple. Tidak pula dinyatakan mengenai appearance Diya secara details. Tapi cukuplah dengan menceritakan sedikit kekurangan Diya itu. Kita tahu yang Diya hanyalah seorang manusia biasa. Di Lakarloka. Diya selalu clueless dan rasa curious dengan aurat, waktu solat, pakaian, kebersihan, keadaan sekeliling dan banyak lagi. Itu semua perasaan yang valid bagi seorang manusia biasa. ☝🏻 Tapi she tetap mempunyai kekuatan yang tersendiri. Malah watak Diya memonopoli storyline Roman Lakarloka. Watak sampingan lain mencantikkan lagi jalan cerita.
Cerita memang bergerak laju. Yang lambatnya saya ☝🏻
Sebab di dunia Lakarloka. Gaya bahasa lain, ada istilah tertentu, nama tempat yang banyak, and of course setiap pekara yang diceritakan penulis. Saya kena letak effort untuk imagine. Sebab tu saya ambil masa. Cuma sometimes saya rasa macam agak heavy. Tapi sebagai pembaca. Saya boleh keluarkan point penting yang penulis nak sampaikan.
Saya tahu genre ni memang makanan penulis. Cumanya? Saya tak puas. Rasa tak cukup. Mengapa ending dia begitu. Saya dah tepuk meja dah tadi hshs. Saya tunggu buku kedua okay Puan Sri 🤝














No comments:
Post a Comment