Jun 28, 2022
Jun 16, 2022
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Silat Warrior merupakan salah satu buku best seller semasa PBAKL 2022 baru-baru ini. Dan ramai yang membelinya disebabkan kulit buku. Kacak katanya hiwhiw :) buat pihak Bookiut atas naskah Silat Warrior ini. Ternyata, ika tidak silap memilih untuk membacanya. Selepas Elite Bunian. Saya menunggu karakter lelaki yang seterusnya. Dan akhirnya, memperkenalkan Yameen dari Silat Warrior.
Lebih dikenali sebagai Meen. Ketangkasan Meen dalam bersilat tidak dapat dinafikan lagi tapi itu dulu. Selepas tragedi yang tidak diingini itu berlaku, ianya memberikan kesan hitam dalam hidup Meen. Meen mengambil keputusan untuk berhenti bersilat dan fokus melakukan perkara lain.
🖇 "Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya"
Dia lebih banyak mendiamkan diri dirumah mahupun di sekolah. perubahan lakunya itu membuatkan anak murid atuk Meen iaitu Kamarul panas hati. Baginya, Meen tidak sepatutnya menjadi sebegitu. Meen layak berdiri di gelanggang dan menunjukkan kehandalannya. Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Kamarul? Berjayakah dia mengubah Meen yang sudah mati hatinya dalam bersilat.

Penulis: Sharina Elisa
Penerbit: Bookiut
Tahun: 2022
Harga: RM 10
Mukasurat: 138 mukasurat
![]() |
| Terimakasih sekali lagi buat Syai Bookiut sebab ambilkan sign penulis untuk Ika. Ika tak sempat nak turun ke sana waktu penulis datang sebab kerja. |
Novella ini mengambil intipati seni bela diri tradisional orang Melayu yang masih gah berdiri sehingga kini iaitu Silat. Menarik jalan cerita dari penulis. Penulis tampilkan sisi lain untuk karakter utama iaitu Meen. Meen yang nampak tenang dan bersahaja tapi bergelut dengan jiwanya sendiri. Peristiwa hitam tersebut menjadi halangannya untuk meneruskan silat. Dia sendiri lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap kerana dia akan mengeluarkan ayat yang tidak sama dengan apa yang dia inginkan.
Nak kupas sedikit mengenai watak Kamarul. Kamarul begitu percaya dengan skill yang Meen ada sehinggakan dia rasa Meen sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Sayang jika disia-siakan apa yang ada. Dan Kamarul juga sangat yakin yang apa sahaja benda yang jadi kepada dia, meen akan ada untuk membantu. Dia punya tahap keyakinan diri tu memang 200%. Suka dengan persahbatan Kamarul dan juga rakan-rakannya yang lain. Nampak nakal tapi masih tidak abaikan pelajaran malah pandai menyusun waktu sebaiknya antara belajar dan bersilat. Cuma tak boleh nak hadam alasan Kamarul membuli palajar di sekolahnya itu. T.T Alasan yang tidak boleh diterima.
Bagi semua, kesemua watak memainkan peranan masing-masing. Melengkapi antara satu sama lain. Jalan cerita menarik. Dialog mudah difahami. Sesuai dibaca oleh semua golongan tidak kira umur.
]
Jun 14, 2022
Jun 12, 2022
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Ada berita sedih geng. Setelah syok membaca komik yang ketiga ini. Rupanya baru ika tahu yang rupanya ada sambungan lagi yang tidak diketahui bila akan keluar. Jadi, ika rasa siapa yang tidak kisah nak kena tunggu. Boleh beli kombo ( 3 komik ) dahulu sebelum kita sama-sama tunggu kehadiran buku yang ke 4.
Untuk Silat Boy #3 -- Tiga Penjuru ini, apa yang ika boleh ringkaskan ialah lebih banyak aksi. Ika puas hati dengan apa yang ika baca setakat ini. Cuma rasa sedih sebab ada sambungan haha. Sebelum ini, ika ada cakap yang karakter utama kelihatan sedikit pasif bukan? Ika rasa nak tarik balik apa yang ika cakap tu untuk siri ketiga ini.
Watak Boy sangat menyerlah. Kita akan lihat sisi lain Boy. Sisi yang dijaganya selama dia memegang amanah. Mujur penantian saya menunggu karakter Boy menyerlah berbaloi. Terus berubah perspektif jahat saya terhadap watak Boy. Untuk tunggu Boy gunakan kuasa yang diperolehinya itu sampai siri ketiga la kena tunggu. Tak apa. Worth it!
Kawasan kampung dan sekolah huru hara dengan kedatangan makhluk yang tidak diundang iaitu seekor biawak. Nampak seperti buaya juga. Saya sendiri keliru. Adakah kedua-dua haiwan ini digabungkan. Tapi, melihat pada karakter berlagak si biawak ni memang geram. Tak mudah mengalah dalam menerkam mangsa. Sentiasa mencari peluang yang sesuai untuk membaham. Guna taktik kotor. Sangat licik. Yang penting. Nyawa dia liat sangat.
Boy juga pada ketika itu tidak menyangka dengan hanya kejadian ketika berlawan itu. Dia akan mendapat bala. Dan dia perlu bertindak cepat untuk mencari penawar. Risau jika lambat buruk padahnya. Tak pasti samaada Boy berjaya dan sempat untuk mencari penawar atau tidak. Ada sambungan pula.
Setakat ini, semuanya okay dan puas hati. Dari ilustrasi, karakter, jalan cerita, dialog, pemilihan warna dan lain-lain. Nice work Ben ✨
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Kulit buku untuk Komik Silat Boy siri kedua ini nampak lebih menyerlah. Kudos kepada orang yang me-reka kulit buku ini. Jadi, ika terus baca siri kedua selepas menghabiskan siri pertama pagi tadi. Sudah semestinya ika mempunyai high expectation untuk siri ini. Dan melihatkan komen di Goodreads juga not bad.
Selepas Boy jatuh dari tebing tinggi. Boy terjaga dan mendapati dia berada di sebuah tempat yang sangat asing. Di depan matanya kini, dia menyaksikan pertarungan hebat di antara pahlawan dan orang jahat bertopeng merah. Di dunia itu juga laa banyak perkara terjadi kepada Boy.Boy juga turut terjumpa seekor makhluk hijau ketoto gondol. Makhluk itulah yang mencuri begnya pada awal dia tersedar dia di dunia itu.
Ada amanah yang perlu dijaga dan dipikul oleh Boy. Mampukah dia?
Dan Boy kembali ke dunia asal dengan amanah dan identiti yang baru. Kehilangannya selama seminggu telah menjadi buah mulut orang kampung dan orang yang paling risau dengan keadaan Boy selain dari keluarganya mestilah Alyaa Suria. Dialah orang terakhir yang ada dengan Boy pada ketika itu. Sepanjang kehilangan Boy juga, Alyaa diganggu oleh geng Ghoner. Bertambah menarik apabila ada seseorang yang bergelar doktor datang untuk merawat Ghoner. Banyak juga persoalan dalam siri kedua ini.
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)
Tahun: 2019
Mukasurat: 106 mukasurat
Adakalanya, Boy ini karakternya sedikit pasif. Nampak agak blur. Tapi Ben tidak pernah lupa untuk sentiasa bagi kita ingat dengan kehadiran Boy dengan meletakkannya hampir di kesemua mukasurat. Come on ika. Watak utama kan. Mana boleh main hilang-hilang. Tapi, ika tak sabar nak tengok karakter Boy lebih menyerlah sebab dia kan dah dapat 'keistimewaan'. Ada satu bahagian di dalam komik ni yang membuatkan ika rasa okay, Boy nampak cool. Masa dia menyelamatkan seseorang itu.
Ika terleka sehinggakan tak perasan yang ika sudah ada dihelaian terakhir. Best dan ilustrasi dia sekali lagi memang nak kena puji la. Cantik sangat <3 Tak sangka Ben akan come out dengan idea Silat Boy ni. Mujur dia realisasikan juga idea ni menjadi sebuah komik. Satu keputusan yang tak salah. Kalau tak, mungkin kita sampai sekarang kita tak akan dapat baca.














