Jari Jemari Menari ♡

Jul 29, 2024

Temu Mesra Bersama Penulis di Karnival Rakyat Karangkraf 2024

10:06 PM 2
Temu Mesra Bersama Penulis di Karnival Rakyat Karangkraf 2024



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Entry kalini, kita just nak share secara ringkas apa aktiviti kita pada Sabtu lepas (27 Julai). Pertama sekali, terima kasih buat tim Buku Prima atas jemputan untuk mini pelancaran buku terbaharu bergenre thriller dari 2 orang penulis double A yang tidak asing lagi iaitu Arifful Baqi dan Arman Jazee. Both penulis, kita dah pernah baca karya mereka. Kita sebenarnya baru habis baca buku Leluhur dari Arman Jazee. Kita suka hampir kesemua pasal buku tu. 


Just imagine la, lepas baca tu terus nak ter-reading slump sebab taknak move on dengan buku lain. Nantilah kita bual pasal Leluhur. Same goes to buku Sarung Mantera. Kita harap in future ada la Leluhur 2 & Sarung Mantera 2.Jadinya, bila dapat tahu kedua-dua penulis ada buku baru. Kita automatik teruja :) .Katanya after 4 years. Kan? Apa pun, Tahniah buat kedua-dua penulis untuk kelahiran buku terbaharu. InshaAllah selepas entry ringkas ini, kita akan terus ke entry ulasan buku Sindiket 2. Oki!


  


Selain dari memenuhi jemputan, of course kita nak cuci mata tengok buku and aktiviti yang tersedia. Serius pesta kalini tak main-main sebab kita 3 kali pusing nak cari parking. Full house. Baik nak cari parking sampai la dah masuk ke dalam. Pack. Memang meriah sangat. Kali ketiga pusing tu sebenarnya nak giveup dah. Nasib baik pakcik Rela tolong carikan parking juga. Dengan cuaca panas & kita a bit rushing nak ke mini pelancaran. So, di situ ada sedikit pressure hshs. Tapi, apa pun Alhamdulillah. Semuanya baik-baik saja. 


Selama sejam, banyak juga sharing dari kedua penulis buat para pembaca (secara live & yang hadir ke pelancaran). Kita rasa moderator mainkan peranan dengan sangat baik untuk menaikkan suasana. So far inilah mini pelancaran paling santai kita pernah hadir :).  Cuma, kita rasa disebabkan crowded & ruang agak kecil. Jadi, tetamu yang hadir untuk tengok buku & sesi pelancaran jadi bertembung. Maybe lepasni boleh buat di space yang sesuai supaya yang hadir untuk sesi tersebut dapat berikan 100% tumpuan. Ini sekadar pendapat peribadi saya saja. 



Apa pun, kita happy dapat jumpa penulis buku Leluhur & Sarung Mantera face to face. Dalam kepala memang kita dah aim nak ambil sign. And of course dapat random talk dengan penulis. Yang kita boleh share, penulis bertukang untuk menulis mms makan tahun. Kalau tak silap kita Sindiket 2 ambil masa selama 3 tahun. Lama kan?. So korang yang mana belum dapatkan buku terbaharu Buku Prima yang bergenre thriller ni. Boleh dapatkan di Shopee atau Karangkraf Mall. Nanti kita nak dapatkan buku Pemutus Nyawa pula. Hehe. 

Kita akan belanja 2 video dalam entry kalini. Video suasana di Karnival Rakyat Karangkraf & Video Unboxing Buku Sindiket 2 :) 

Jul 24, 2024

Ulasan Buku - Pada Masa Yang Terhenti by Osman Deen

10:17 PM 1
Ulasan Buku - Pada Masa Yang Terhenti by Osman Deen


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Malik, Tuhan hadirkan aku supaya kau terus kuat" 


Genre: Slice Of Life & Fantasi Ringan (Time Travel)
TW‼️ : Cubaan Membunuh, Kecelaruan Perasaan & Fikiran


Malik melihat ibunya struggle mencari rezeki demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tambahan pula, ayahnya bukan dalam kondisi yang baik. Penyakit kronik yang dialami ayah Malik membuatkan Malik rasa ada baiknya dia bertindak untuk melakukan perkara 'tersebut' demi mempercepatkan proses ayahnya itu. Tapi antara sanggup dengan tidak saja.

Jadi, sepanjang dia bergelut dengan emosi dalaman dia. Dia menulis surat untuk Malaikat Izrail. Dan kemudian diselitkan dalam buku.

Tanpa sedar, surat yang diselitkan Malik itu sampai ke tangan seseorang (Kuntum) di dimensi yang lain (tahun 1969). Apa yang akan terjadi seterusnya?. 


Kalau tengok semula apa yang saya tabbing untuk buku ini. Saya boleh cakap hampir kesemuanya mengenai situasi/ momen menjaga pesakit kanser.

Relateable dengan diri sendiri sebab saya pernah ada pengalaman menjaga arwah mak saya yang juga menghidap penyakit kanser. Banyak persamaan antara Malik - ayahnya dengan saya - arwah mak saya. Cuma tidak la sama dengan monolog dalaman yang ada pada Malik. Jauh sama sekali. Yang pernah menghadapi mungkin akan terkesan sedikit sebanyak dengan cerita ini.

Dan. Disebabkan kiriman surat balasan dari Kuntum lah yang membuatkan Malik dapat sisa berfikir secara rasional.



Cuma itulah, siapa yang boleh kawal apa yang Malik rasa selain diri dia sendiri. Kan? . Dan dalam masa yang sama. Malik juga secara tidak lansung turut membantu Kuntum yang ketika itu dalam situasi tegang yang mungkin boleh menyebabkan kejadian berdarah secara besar-besaran berlaku. Dia macam faham tak win win situation dalam cerita Malik - Kuntum ni.

POV Kuntum comel. And bahasa yang Kuntum guna tu kalau baca kuat-kuat memang rasa macam orang dolu dolu.

Ada few things yang predictable and ada watak yang boleh ditebak sejak awal kemunculan dia. Tapi saya masih boleh cakap buku ini sebenarnya dapat berikan sesuatu buat pembaca. Satu percubaan yang baik dari penulis. ✨🙌🏻 #ikareviewbuku

Jul 5, 2024

Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif

11:16 PM 0
Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan merupakan platform utama yang menyediakan pilihan fesyen Muslimah inklusif. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit oleh Shopee mendapati 93% responden mencari pakaian Muslimah dan inklusif di platform, di mana hampir semua responden (98%) menyatakan keyakinan bahawa Shopee dapat memenuhi keperluan mereka untuk gaya ini. Hasil tinjauan ini mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai destinasi utama untuk fesyen Muslimah yang memenuhi pelbagai gaya dan jenis bentuk badan.


Hampir tiga perempat (74%) daripada responden mengesahkan pakaian inklusif yang menyediakan saiz, umur, dan jenis bentuk badan merupakan keutamaan mereka. Tambahan lagi, 16% mencari pakaian sopan yang sesuai untuk semua aktiviti, menunjukkan keperluan untuk pakaian versatil sesuai dengan gaya hidup mereka. Manakala, 10% mementingkan penggunaan bahan lestari dan pakaian bersesuaian dengan keperluan khas, menunjukkan  menunjukkan keperluan dan permintaan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah dalam landskap fesyen Muslimah. 


“Di Shopee, kami memahami keinginan wanita Malaysia dalam fesyen Muslimah yang mencerminkan gaya unik mereka dan memperkasakan keyakinan mereka untuk mengekspresikan diri. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit kami mengukuhkan keperluan ini, dengan 99% responden menekankan kepentingan pilihan untuk pelbagai saiz dan gaya. Kami komited untuk memperkasakan pengguna dengan rangkaian pakaian yang lebih luas yang meraikan semua jenis bentuk badan,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Perisikan Perniagaan di Shopee Malaysia.


Kajian ini juga mendapati sekongan komuniti yang kuat terhadap perniagaan fesyen Muslimah tempatan Malaysia. Sebanyak 97% responden menganggap sokongan kepada PKS tempatan seperti Ariana Exclusive, Desince, Garden Store, Hany Shop, Indah Pesona, Le’Fonse, Marvelry, Muslimin dan Muslimah, dan Syifa Exclusive yang mengutamakan inklusiviti dan kepelbagaian dalam reka bentuk mereka sebagai sangat penting. Ini bukan sahaja memperkasakan perniagaan tempatan tetapi juga mengukuhkan infustri fesyen dan ekonomi Malaysia.





Komitmen Shopee untuk memperkasakan wanita Malaysia melalui fesyen melangkaui penawaran teras platform. Pelancaran koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit baru-baru ini mencerminkan komitmen ini. Koleksi pakaian kapsul yang dikurasi ini memenuhi pelbagai gaya dan personaliti, membolehkan wanita mengekspresikan diri mereka dengan yakin untuk bergaya. 


Koleksi ini menampilkan tiga gaya berbeza:


  • Warna Lit Lit: Penampilan untuk wanita yang berani dengan gaya unik tersendiri. Ia menggayakan pakaian dengan kombinasi warna kreatif untuk menyerlahkan keunikan diri.


  • Every Body Cantik: Penampilan ini meraikan pelbagai jenis bentuk badan. Ia menawarkan siluet yang mengutamakan pakaian versatil yang memperkasakan wanita dari semua jenis bentuk badan dan saiz untuk bergaya dengan yakin. 


  • Girl Boss: Penampilan ini adalah untuk wanita yang kuat, berdikari, dan bercita-cita tinggi. Ia menampilkan pakaian bergaya dan selesa, sesuai untuk kerja atau sebagai pakaian harian.


Wanita Malaysia juga menonton Shopee Live untuk mencari inspirasi pakaian dan tips gaya. Sebanyak 86% daripada responden secara konsisten berinteraksi dengan penjual fesyen Muslimah dan inklusif serta pencipta kandungan di Shopee Live di mana mereka mendapati inspirasi cara baharu untuk menggayakan pakaian kegemaran mereka dan mengekspresikan personaliti unik mereka.


Kajian Shopee ini menunjukkan gambaran yang jelas: wanita Malaysia mahukan lanskap fesyen Muslimah yang pelbagai dan inklusif. Shopee merupakan dalam landskap ini dengan menawarkan pelbagai keperluan dan gaya  melaluikoleksi seperti #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit yang memperkasakan wanita untuk mengekspresikan keunikan dan keyakinan diri mereka. Dengan ini, Shopee mempertingkatkan pengalaman membeli-belah fesyen Muslimah dengan penghantaran tepat waktu (Jaminan Tepat Waktu) dan tempat pengambilan sendiri mudah (Shopee Self-collection). Polisi pemulangan mudah Shopee (15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*) memperkasakan penerokaan gaya yang pelbagai dengan yakin.


Ketahui lebih lanjut tentang tawaran fesyen Muslimah dan inklusif Shopee sambil membeli-belah RM1 Super Seringgit Fashion Deals pada 7.7 Jualan Fesyen Mega: https://shopee.com.my/m/7-7.


Jun 25, 2024

Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama

9:38 PM 3
Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Shopee Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama hari ini. Inisiatif ini didedikasikan untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadinya telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu. Sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini.

Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan di pelbagai acara kerajaan di seluruh negara, termasuk Program Madani Afiat.



Kempen Pek Kasih Mama merupakan komitmen Shopee untuk menyediakan sokongan jangka panjang kepada para ibu. Melalui kerjasama strategik dengan KKM, Shopee membantu meningkatkan akses kepada barangan penjagaan anak dan ibu yang mampu milik. Kod QR akan diletakkan secara strategik di pelbagai acara kerajaan yang ditetapkan di seluruh negara, supaya para ibu mudah mendaftar secara percuma ke Shopee Mum’s Club yang membuka pelbagai faedah seperti baucar dan diskaun eksklusif, kandungan keibubapaan, tips dan nasihat keibubapaan melalui sesi Shopee Live, serta ciri-ciri lain yang direka untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.

Shopee Mum’s Club adalah komuniti yang menyokong dan memperkasakan para ibu dengan akses pendidikan oleh pakar yang disampaikan melalui sesi Shopee Live informatif, di mana ia membentuk sokongan persekitaran di mana para ibu boleh berkongsi pengalaman dan belajar antara satu sama lain. Sesi-sesi Shopee Live ini telah konsisten menyediakan maklumat penting tentang pelbagai topik keibubapaan dari pakar penjagaan anak. Antara topik yang telah distrim langsung adalah penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja, piawaian keselamatan kerusi kereta anak, menguruskan tantrum, psikologi warna untuk mencipta bilik anak yang menenangkan, dan memilih kereta sorong bayi yang betul. Kelab ini akan terus menganjurkan sesi Shopee Live, dengan pelbagai topik keibubapaan membolehkan para ibu juga terlibat bersama dalam perbincangan terbuka dan melalui perjalanan sebagai seorang ibu bersama-sama. 



YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, "Kempen Pek Kasih Mama ini adalah sebuah kerjasama strategik antara Shopee dengan KKM yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong komuniti. Ia juga diharapkan dapat meringankan bebanan kos sara hidup keluarga. Shopee Mum’s Club adalah sebuah komuniti yang membolehkan ibu-ibu mendapat akses pendidikan daripada pakar. Sesi Shopee Live, yang menampilkan pakar penjagaan bayi dan kanak-kanak, menyediakan pandangan bernilai mengenai pelbagai topik keibu-bapaan. Sesi-sesi ini juga memudahkan perbincangan supaya ibu-ibu dapat berkongsi dan belajar antara satu sama lain.”



Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia
, menekankan dedikasi Shopee untuk membawakan perbezaan bermakna melalui kuasa transformasi teknologi. "Shopee komited menjadikan e-dagang mudah diakses dan bermanfaat untuk seluruh rakyat Malaysia, termasuk meningkatkan akses terhadap barang keperluan. Kerjasama kami dengan kerajaan, seperti inisiatif Pek Kasih Mama dengan kerjasama KKM ini membolehkan kami membawakan impak positif secara langsung kepada komuniti terutamanya kepada ibu dan keluarga. Melalui pek penjagaan keperluan dan sumber berharga di Shopee Mum’s Club, kami berusaha untuk membawakan sokongan segera dan berjangka masa panjang buat ibu-ibu di seluruh Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2019, Shopee Mum’s Club telah muncul sebagai tonggak sokongan untuk para ibu di seluruh Malaysia. Ini dapat dilihat melalui komitmen pelaburan berterusan melalui subsidi harga dan baucar untuk keperluan penjagaan ibu dan anak. Menawarkan keahlian percuma dengan faedah eksklusif, termasuk baucar khas RM30 untuk ahli baharu dan baucar eksklusif RM20 untuk pengguna sedia ada*, Shopee berusaha untuk menyediakan penjimatan dan kemudahan yang signifikan kepada semua ibu. Melalui kerjasama dengan jenama bayi terkemuka, Shopee memastikan akses kepada produk berkualiti pada harga yang berpatutan, yang dihantar terus ke pintu ibu. 



Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai Shopee Mum’s Club, layari https://shopee.com.my/m/mums-club.


Jun 18, 2024

Wordless Wednesday - Hadiah Hari Jadi ♡

10:24 PM 6
Wordless Wednesday - Hadiah Hari Jadi ♡

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kita nak langgar entry wordless kalini. Kita masih nak tulis sesuatu disini. Terima kasih banyak to both of you sebab bagi hadiah dekat kita. Kalian pandai buat saya terharu. Semoga kalian dimurahkan rezeki & yang baik baik saja buat kalian. <3 . Yang pasti, tahun ni saya tak payah beli bag dah hshs. Alhamdulillah.