Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika nak review satu ebook baru dari FIXI iaitu Penjara. Jujurnya, ika dalam fasa reading slump. Jadi, buku tebal ke nipis ke tidak dapat dibaca. Mood tu lari. Bulan ni hanya dapat baca 2-3 buah saja. Tapi, sebab ika tersangatlah tertarik dengan sinopsis Penjara ni. Ika rasa tak salah untuk baca supaya mood tu kembali semula. Biarlah lambat asalkan habis baca haha.
Buat masa sekarang, Penjara berformat ebook dan tak pasti sama ada FIXI akan keluarkan physical book dalam masa terdekat. And by the way, turut sama seiring keluar dengan Penjara ialah ebook Angker dan Ular. Ketiga-tiganya boleh dapatkan di Google Play Store atau Kaki Buku.
Permulaan cerita Penjara ini. Seolah olah, kita turut sama dalam cerita. Bayangkan, kau masih muda dan taknak berkahwin dan taknak sangkut dengan apa apa komitmen. Tapi ditangkap sebab itu. Tidak berkahwin. Dan dihumban ke dalam Penjara Manusia Sepi yang dikelilingi oleh jerung gergasi. Lepastu, keadaan dalam penjara tu penuh dengan peraturan yang aneh. Itu la yang terjadi dekat Sufian. Sufian rasa hak berkahwin tu, adalah hak manusia. Tak perlu orang lain masuk campur terutamanya kerajaan la.
Ketika Sufian ditangkap, ada beberapa lagi orang yang mengalami nasib yang sama seperti Megat, Paul, Anggerik & Joanna. So untuk dijadikan cerita, dalam tu semuanya akan bekerja la. Di bahagian masing-masing. So, semuanya akan berpasangan untuk buat kerja tersebut. Sufian bergandingan dengan salah seorang dari yang ditangkap dengan dia. And dekat sana, mereka diberi peluang untuk cari pasangan dan berkahwin. Tapi, mereka akan hidup di rumah agam. Kalau okay dalam fasa perkahwinan tersebut mereka akan dibebaskan. Agak agak macam mana kehidupan Sufian? Dia akan dapat cari pasangan dan bebas tak? Atau Sufian dan tahanan semua ada rancangan lain?. Mmapukah mereka bertahan?
Permulaan cerita memang membuatkan saya berdesup baca sebab seronok. Suka dengan idea dan konsep penulis yang membawa kita menjelajahi pengalaman berada di Penjara Manusia Sepi. Boleh imagine la sebab ada cerita juga keadaan di sana bagaimana. Nak expect apa dalam Penjara. Mestilah suasananya sama. Gelap kotor dan sunyi. Akan tetapi, sampailah dekat 300++ mukasurat. Rasa macam 'perlahan' sedikit. Ketika part di hutan. Mungkin sebab diri sendiri tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku dekat dieorang semua. Hm ada sedikit part 18sx yang masih boleh dikawal. Saya sebenarnya taktahu nak cakap macam mana tapi ending dia saya hanya mampu berhuhu di dalam kepala otak je.
Sebelum ending yang huhu tu, saya suka juga dengan ending yang akhirnya menyelesaikan segala persoalan di permulaan cerita. Ending yang mengembirakan untuk manusia manusia di Penjara Manusia Sepi. Kira ada dua ending la. #ikareviewbuku
4 comments:
Geli hati baca komen kak diana 😂
ish kalau mcm tu saya dah masuk penjara la tu 😅 bestnya jalan cerita
win komen ini.. hehehe
Buku Fixi ini kalau nak beli pun mungkin versi ebook.. ulasan Ika ini menarik..
Post a Comment