BOOK REVIEW - PUAKA PKP BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Musim PKP ni, masa memang banyak sangat di rumah. Jadinya, kalau suka-suka nak ke tempat kesukaan macam kedai buku tu semata-mata untuk beli buku rasa macam tak patut sebab kita patuh sajalah arahan dari kerajaan. Lain kali, boleh pergi kedai buku. So, ika ambil keputusan untuk beli buku secara online atau beli ebook sajalah. Lagi senang. Sebab ika sendiri pun takda la memilih soal format buku. 

Tengah scroll shopee, ika terjumpa buku baru rasanya keluaran siri puaka. Memang ika kumpul buku-buku siri puaka ni. Wah. Tajuk kalini memang kena sangat ya dengan situasi. Mood tu terus on nak dapatkan buku ni and baca. Terus ke ESentral dan beli. Review kalini mengenai Siri Puaka PKP dari Khairul Nizam Khairani. 


Penulis: Khairul Nizam Khairani 
Format: Ebook 
Harga Ebook : RM 8 

"AKIBAT TIDAK MEMATUHI SOP" 

Mengisahkan tentang kejadian misteri yang berlaku di Kuarters Kerjaaan Sri Bukit sepanjang tempoh PKPD. Penduduk kuarters tersebut bukan sahaja positif Covid disebabkan sebuah majlis perkahwinan yang berlansung diatas sikap tidak bertanggungjawab salah seorang dari penduduk di situ. Malahan, berlaku juga kes kehilangan yang misteri. Kehilangan penduduk kuarters tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya dan pihak polis bingung dengan kes tersebut.

Watak Akif, seorang remaja lelaki dalam Puaka PKP ini mengungguli keseluruhan cerita di dalam ini. Akif lebih menonjol dan wataknya boleh dikatakan sebagai watak yang degil dan tak reti duduk diam. Arahan untuk duduk di rumah seperti tidak diendahkannya dan dia tetap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bertemu dgn rakan-rakannya dan ketika kes misteri itu berlaku, Akif paling curious dan dialah yang paling berani antara mereka semua di kuarters tersebut. Tidak gentar dengan polis yang berjaga di situ. Bilamana penulis ada selit mengenai drone. Teringat cerita zombie Korea, Alive! Watak kedua-duanya ada gunakan drone untuk melihat kawasan sekeliling. Sama tapi tidak serupa. 

Dia merasakan bahawa hutan di belakang kaurters itu mungkin juga menyimpan sesuatu dan Akif juga ada melihat sesuatu yang pelik di sekitar kuarters tersebut! Makhluk itukah punca nya? Kepala babi tunggal? Hantu kah?

Sila dapatkan dan baca okay? 

Sumber: Facebook Penerbit X 


Storyline simple dan paling menarik ada plot twist yang tak expect pun. At the end of the story, ika sendiri macam berfikir fikir dalam kepala dengan ending dia. Sebab tak sangka. Di pertengahan cerita, ika ada predict mengenai sesuatu berkaitan dengan watak tambahan. Ternyata salah sama sekali ya. Normally ika agak kurang la dengan jalan cerita beberapa buah buku dari Siri Puaka. Tapi yang ini masih boleh diberikan kredit buat penulis. Penulis berjaya membawa situasi Covid 19 ini yang terjadi sekarang di seluruh negara sebagai isu utama dalam ceritanya dan ianya memang terasa dekat masa baca. Goodjob!

Secara peribadi, ika rasa walaupun ianya adalah cerita fiksyen semata-mata namun sedikit sebanyak dapat memberi iktibar. Jangan jadi manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri dalam keadaan musim Covid yang tengah melanda sekarang ini. Kita kena jaga kita! Semuanya memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Kalau kita saja jaga diri, orang lain tak jaga. Pun tak akan menjadi juga. Betul kan? 






15 Comments

  1. org ckp, if storyline buat kita fikir ending dia.. means it is a good story to tell

    ReplyDelete
  2. Best!! Mcm dah boleh imagine bila baca review.. apatah lg kalau dh baca full story

    ReplyDelete
  3. Kita suka jalan cerita yang macam ni. tapi sayang x berapa gemar baca buku . tp kalau buat movie layans ni.

    ReplyDelete
  4. tajuk dia memang kena dengan situasi kita sekarang. agak-agak kalau real seram tak hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah dah ada penulis yg tulis citer seram base on PKP. Awesome! Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak lama lagi mesti banyak buku dan movie yang bertemakan covid. Bagus la pengkarya ambil situasi semasa utk digarapkan dlm karya mereka, baru relevan. Buku ni bunyi mcm best, especially sebab ada plot twist yg kita xdpt predict.

    ReplyDelete
  7. Pandai penulis tu gunakan idea dan creativity yang ada kena dengan keadaan sekarang kan hehe..macam menarik juga jalan ceritanya tu 😁

    ReplyDelete
  8. Pandai betul penulis buku tu menggunakan idea & creativity dengan keadaan semasa kita sekarang kan hehe..macam menarik juga tu jalan ceritanya 😁

    ReplyDelete
  9. Pandai betul penulis buku tu menggunakan idea & creativity dengan keadaan semasa kita sekarang ni kan hehe..macam menarik jugak tu jalan ceritanya 😁

    ReplyDelete
  10. Tak sangka ada Puaka SOP hahaha sesuai sangat laa tajuknya untuk mereka yang tak patuhi SOP tu.. nanti try download dan nak tau gak apa kesudahannya...

    ReplyDelete
  11. Thank you for writing such a detailed review. I am a bookworm but any other languages apart from English will take longer time. Will still try to read whichever book is good.

    ReplyDelete
  12. Serious tajuk novel ni itself pun dah sangat menarik perhatian... Sangat dekat dengan pembaca dengan keadaan yang kita hadapi skrg...

    ReplyDelete
  13. Wah buku baru. Kena dengan situasi semasa. Menarik ni bacaan ketika waktu santai

    ReplyDelete
  14. its good to read book when free time. Thanks for recommending this book. Nice one

    ReplyDelete
  15. Thanks for recommending! I have a lot of free time! Time to explore new books!

    ReplyDelete