Jari Jemari Menari ♡: Life
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Aug 18, 2024

Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden

6:42 AM 2
Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




29 June 2024 : Lupa nak update special event ni dekat dalam blog. So harini, marilah kita mengimbas kembali. Sebenarnya sangatlah random pergi ke Tun Laila's Girl's Talk Session X Bath Garden ni. Tak plan. tapi masa tengah scroll X. Ika ada nampak yang Tun Laila ada mention pasal M&G ni. Tapi only for 50 participants only. 


So siapa yang terpilih dapat dapat lagi pergi. Ika terus isi form. Dengan harapan ada la terselit rezeki dapat jumpa Tun Laila in person. And ika paksa one of my close friend untuk register juga. Saja ajak dia sebab tahu kiteorang dua memang perlu pergi event macamni untuk boost up and absorb energy Tun Laila. 




And akhirnya, dapat info yang kita & kawan kita shortlisted. Yayy. Happy me :) Secara automatik terus ada plus one. Bertempat di Dasher Smart Home, Setia Alam. Pukul 10.30 am - 1 pm. Oh ya, dress code untuk event ni ialah pink or  white. Kita pilih untuk pakai warna pink instead of white sebab kita tak ada keyakinan nak pakai warna tu. Silap haribulan nampak baju je berjalan hshs. First time dapat pergi event yang tak ada kaitan dengan buku. Bila tengok gigirl lain dress up lawa-lawa. Auto rasa kerdil. 


So move forward, kita macam starstruck sikit masa Tun Laila depan mata. Selalu tengok dia dekat Tiktok je. Kalau dari kaca mata ika. Ika suka cara Tun Laila bawa diri dia dalam medsoc. Dia tak berpura-pura jadi orang lain. Dia jadi diri dia sendiri. Suka dengan tahap keyakinan yang di ada. Tambah pula dengan kerjaya dia sebagai seorang lawyer. Dia boleh dijadikan contoh yang baik buat pengguna medsoc yang lain. 





And buktinya memang bila depan-depan pun. Selain dia sangatlah cantik and so smol. Kita suka tengok cara dia berikan respon untuk soalan-soalan yang diberikan and cara dia jawab soalan pun bukannya asal boleh saja. Dia tahu apa yang dia cakap. :) Banyak yang Tun Laila share. Bukan saja mengenai diri dia. Tetapi diselitkan juga dengan nasihat dan random talk (kerjaya, kerja, kewangan, kehidupan & tips). Tapi mostly, banyak yang nak tahu macam mana cara Tun Laila boleh jadi sangat confident. Hopefully, sharing Tun Laila dapat membuka mata buat kita semua. Dalam banyak-banyak benda. Ika suka satu ayat dari Tun Laila. 


JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. 

TAPI BANDINGKANLAH DENGAN DIRI SENDIRI


So, enjoy sedikit gambar yang sempat ika capture masa hari kejadian. Tak sempat nak pegang kamera sebab kitanya terlebih fokus hshs. 

"Its's not always rainbow and butterflies"








Talk yang memang berikan positive vibes. Tak rasa menyesal lansung bangun awal pagi semata-mata nak ke sini. Berbaloi and weekend saya pada minggu itu berlalu dengan baik. And the best thing is semua participants dapat goodies beg. Bath Garden sangat bermurah hati bagi full size of product. So, ika dapat scent Coconut Hibiscus  Shower Gel, Shea Butter Scrub & Shower Puff. Shower Gel dia wangi. Lurve. 

Thank you Tun Laila & Bath Garden. 

Shopee Bath Garden 

Sep 28, 2021

Jumpa Silent Reader Blog JJM di Instagram.

10:23 PM 7
Jumpa Silent Reader Blog JJM di Instagram.

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Few weeks ago, masa belek komuniti buku di Instagram. Ika ada terjumpa satu instagram ni. Ika suka tengok dia buat unboxing video. And ika rasa antara sebab utama kenapa ika terus follow this girl sebab ika rasa macam dapat aura positif nak buat video. Sebab kemalasan paling ketara bila nak buat video unboxing. Lepas follow this girl. Dia terus direct message (DM). And lepastu dia mention something dekat IG Story dia. 

And cuba teka apa dia tulis. Kalau tengok dekat gambar memang banyak sangat dia tulis. Halus je tulisan. Haha ika amazed. How come dia rajin tulis kekecik macamtu. Rupanya dia silent reader blog ika. Ika rasa dia tak follow blog ni. And kebetulan dia baca entri buku seram yang ada dalam ni untuk dia nak ambil mood. 

What a small world. 


nrlatqh:

Tenkiu for writing the bookreview of horror genre yang buat kita ralit. Hehe

Ada la dua tiga kali jugak iqa baca book review genre seram seram sebab nak amik mood utk baca trilogi jangan baca novel ni. yang sampai haritu.
& memang banyak kali iqa blogwalking satu site ni sebab dia banyak buat bookreview cerita seram seram tau, i jelajah sampai entri around 2017-2015 sebab ralit tau baca Hahaha.

Bila start singgah sampai entri yang sudah sudah ni,tahu tahu perasaan rindu nak blogging tu datang balik. Join segment, giveaway, and buat ramai kawan among bloggers. bestnya time tu. Hahaha tapi tulah now dah tak rajing blogging macam muda muda dulu. 

Iqa takdalah nak stalk owner blog ni sape at first tau sebab cam suka baca review dia je lately ni. 
And todayy teknologi membuktikan feature filter recommendation technique (like can trace our suggestions --more to 'retargeting technique' itu exist ye kawan kawan sebab owner blog ni follow iqa. 

Mula mula cam 'eh sape ni'. stalk stalk eh blogger ni la. 

_______________________________________________________________________

Salam perkenalan nrlatqh. Terimakasih sebab sudi baca entri book review lama-lama. Memang dulu kerap ulas buku seram. Sekarang campur-campur genre. InshaAllah nanti kita re-read balik buku seram lama and baru and kita letak latest review okay. Thanks again awak. Jangan jemu singgah sini and sapa kita dekat IG. Ini buatkan ika lagi semangat nak baca buku and buat ulasan. Walaupun rasa macam okay tak ada siapa akan baca ulasan kita. Tapi, ika harap dapat memberikan secebis manfaat buat para pembaca :)

Feb 2, 2019

Meet Yuyu Zulaikha - Dream Come True ✨

4:42 AM 27
Meet Yuyu Zulaikha - Dream Come True ✨


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Alhamdulillah, rezeki hujung bulan Jan. Baru-baru ni, ika ada join satu giveaway dekat Insta Yuyu Zulaikha. Actually, tak menaruh harapan apa sangat pun bila join tu sebab ramai gila yang join. Tapi entah macam mana, Kak Yuyu closed giveaway betul betul lepas ika komen dekat post dia. Speechless jugak. 

Hadiah yang Kak Yuyu nak bagi dari Cathy Dollx DisneyTsumtsum. Kalau sekarang korang pergi drugstore boleh nampak ada makeup comel ni. Kak Yuyu bermurah hati kasi pink makeup pouch, Olaf pouch with compact powder Code Natural Blur & 2 in 1 lip and cheek Chiffon Tint. Thankyou so much. Dapat merasa pakai brg comel comel mcm ni hee. Terasa ekstra comel. 


Olaf is so so so so cute. <3 td="">




Ika yakin mesti ramai blogger yang dah kenal Yuyu Zulaikha. Tak perlu nak kenalkan lebih lebih kot kan. Sebab mmg terang-terang kita tahu Yuyu Zulaikha ni influencer. Oh ya, Kak Yuyu is one of my favourite blogger since highschool. Actually tak plan pun nak meet up. Tapi kebetulan, Kak Yuyu dia stay sekejap dekat Icity. So, alang alang tu, jumpa la sebab tak jauh pun dengan ika. Untuk tatapan korang semua, ni fresh dari phone ika, gambar Kak Yuyu. Of course, rasa macam kupu kupu terbang dlm perut masa nak jumpa tu sebab ika jarang expose diri ika dekat kwn-kwn alam maya. Kahkah. 

And guess what, Kak Yuyu comel gila weh. Cantik flawless. I kenot. Haha. Very softspoken person & senyum je memanjang. Thankyou sebab susah payah jalan nak hantar hadiah. Kalau tahu, lama dah datang ambik sendiri dekat Kak Yuyu. Sebab tahu condition dia yang tgh pregnant. Huu. And thankyou also for the cute makeup stuff. 

Crop picture hehe sebab gambar ika tak perlu kot kan? Haha. Kalau nak tengok, boleh tengok dekat IG. 

Untuk sesiapa yang nak tips parenting, beauty dan sebagainya. Boleh pi usha blog Kak Yuyu. Macam macam ada. Dekat IG pun selalu diupdate jugak. 

Jul 9, 2018

Hadiah dari Blogger Aswaleyla ❤️️

4:18 AM 16
Hadiah dari Blogger Aswaleyla ❤️️


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Harini, entry ni special ika buat untuk one of this blogger yang really generous untuk bagi ika buku sebab jadi viewer blog dia yang ke 1M. Boleh tengok di sini.  Ika baru je dapat kalau tak silap dalam minggu lepas. Yang terkejutnya, bila dapat parcel. Ika macam berteka teki siapa yang hantar since takda nama pengirim yang sebenar haha. Memang tanya semua orang. Akhirnya, dapat jugak jejak pengirim buku ni. 

Big thanks to this beautiful girl Cik Aswaleyla. Korang boleh visit her blog untuk baca macam macam jenis entry. Which is ada entry untuk skincare, tips, and many more. Boleh tengok dekat bahagian label and popular post beliau.  




Thanks again awak sebab bagi buku Gantung ni. Haha actually memang ada rasa teringin nak baca Gantung. Sekarang dah ada Gantung 2 dah. Tapi nak membeli nya tu taktahu bila haha. Alih alih dapat ni. Alhamdulillah. I'm so happy. 

Congrats again for your 1 million pageviews. Sekarang dah lebih dah hee. Sumber inspirasi betul haha. Sebab JJM tak cecah pun lagi 1 million haha. Jangan kata cecah. Bayangan pun samar samar je. Huhu.

InsyaAllah. Nanti bila dah baca. Ika buat book review untuk Gantung ya. Walaupun orang kata mcm ketinggalan sikit la. Ye la, semua org baca dah Gantung. Ika je lambat huhu. 

See you in my next entry. InsyaAllah. ❤️️

May 24, 2018

HAPPY BIRTHDAY TO ME ❤️️

5:37 AM 19
HAPPY BIRTHDAY TO ME ❤️️

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

This entry gonna be short and simple. Sebab saja up entry ni untuk kenangan. 

Alhamdulillah. Harini, genap berumur 25 tahun. Actually, nak sorok umur. Tapi gambar ni ada pulak tertulis umur. Tak boleh nak buat apa. Haha. Apa pun, terimakasih Ya Allah atas pinjaman nyawa dan nafas. Pinjaman yang Allah berikan untuk sentiasa perbaiki diri, berbakti kepada org tua, menjadi seseorang yang menghargai org yang sentiasa ada disisi susah senang.   

Terimakasih untuk semua doa dan ucapan dari kalian. Doakan yang baik baik buat ika. Semoga tahun ni dan akan akan datang, membawa kejayaan dan kegembiraan buat diri ini. 

Mana tahann coklat ni. Bukak puasa je terus makin kurang coklatnya hee. Fav sekali, Ferero Rocher. 


Nothing much. But, special thanks to Najwa. My bestfriend since 2013. Beria ia dari semalam suruh siap cantik cantik dekat rumah. Calit la lipstick sikit. Apa semua. Tapi semua tu, ika buat endah tak endah je. Sebab duduk rumah je kot. Haha buat apa nak lawa lawa. Rupanya, ini la tujuannya.  Apa pun, terimakasih banyak banyak untuk suprise ni. Nasib baik harini siap mandi awal wangi wangi. 

Memang terkejut sangat sebab hang pi buh umur aku besaq nala punya

Walaupun, umur meningkat satu angka. Hati dan jiwa serta muka masih muda dan baby face. Kihkih. Doakan ika dapat kerja dan kahwin! Hee
InsyaAllah. Will update new entry soon. Lots of love, SS. 

May 16, 2018

New Book from GA SPM Result Giveaway.

3:53 AM 6
New Book from GA SPM Result Giveaway.

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Alhamdulillah. Rezeki bulan Mei. Ika sebenarnya tak expect pun akan dapat parcel tengahari semalam. Sebab selalunya posmen akan turun bawah. Tapi tadi dia berlalu pergi macam tu je. Tapi, ika saja check peti surat. Ingatkan ada la satu dua surat. Rupanya ada parcel yang disumbat teruk oleh abang posmen. Kah. Sudah la koyak teruk kertas pembalut buku ni. Ish ish. Nasib baik la tak hujan. Kalau tak mesti lunyai buku ni. 

Ika dapat buku ni sebab menang GA anjuran Abam Kie. Hadiah Keempat- Novel Baharu 3x pemenang. Refer entri ni. http://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html.



Terimakasih banyak banyak dekat Abam Kie dengan Henrietta Jose. Sebab, ika suka sangat baca buku. Bila dapat buku ni. Rasa macam menang loteri pulak Haha. Genre buku ni pulak macam ala ala mystery thriller gituww. Tapi tak sure lagi genre apakah buku ini. Hee. Baca sinopsis nampak macam banyak genre dalam satu buku. Hee. 

Semoga kalian dimurahkan rezeki. Ika akan baca nanti and buat review in next entry InsyaAllah. Nak kena baca buku yang masih beratur dalam list hee.

Entry special ni ika buat sebab nak hargai blogger dan as a one of my good moment in blogging 🧡

May 14, 2018

Entry Penghargaan buat Bloggers. 🎉

3:27 AM 10
Entry Penghargaan buat Bloggers. 🎉

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lamanya rasa tak update blog. Lama jugak rasanya tak buat sebarang book review. InsyaAllah soon. Semoga mood membaca datang berdesup haha.  Alhamdullilah awal bulan Mei ni, ika dapat beberapa parcel dari bloggers. Ika nak ucapkan banyak banyak terimakasih dekat kalian. Dah dapat lama tapi baru nak letak dalam blog. Maaf. Entry ni khas buat kalian. 

Ada rasa macam nak buat giveaway tapi em em masih berfikir. InsyaAllah doakan supaya ika dimurahkan rezeki so that ika boleh la realisasikan giveaway yang diangankan menjadi realiti. Ecewah. 


Gambar first, dari blogger Shafyqah. For Top Commentator Bulan Mac. Boleh refer dekat entry dia di sini. Thankyou awak for earphone, keychain, pouch, dan yang lain lain juga. Pouch syiling tu cute sangat. Unik. 


Second from Kak Shikin dari blog Jurnal Shikin Razali. Oh ya. Tahniah Kak Shikin sebab dah tukar dari .my ke .com. Menang besar dalam Giveaway Abam Kie baru baru ni hehe. Seronoknya. New look and new domain. Congrats again. Kak Shikin kasi a lot of thing. Thankyou tau. Hee. Bookmark semua nya comel. And ika suka sangat quote "LOVE WILL LEAD YOU HOME". 



Lastly from Pokcik Blogger. Lama dah sebenarnya ika dapat Minyak Gonggang ni. Maaf sebab lambat habaq. InsyaAllah akan digunakan. Hee. Terimakasih banyak banyak. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dengan lebih lagi. Sangat bermurah hati. 

Keep blogging everybody. Semoga sentiasa come out with good entry and dapat memberi sejuta manfaat buat pembaca. Harap dengan blog ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. You guys boleh la blogwalking kat blog depa tiga tau. Hee. 

See in next entry. Lots of love, SS❤️️

May 3, 2018

Hadiah dari Blogger Kak Sha.

10:01 AM 25
Hadiah dari Blogger Kak Sha.

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Ika dah blogging almost 7 years plus. Tapi dulu, ika tak rasa macam ika nak jadikan blog ni untuk mencari kawan. Ika hanya jadikan blog sebagai medan untuk ika menulis apa saja yang ika suka. Tapi, 2017 ika aktif blog balik sebab ika rindu nak blogging. And memandangkan, ika suka baca buku. Ika tak sangka. Yang ika akan jumpa ramai sangat geng yang sama minat dengan ika. 

Honestly, ika dapat detect beberapa blog yang suka meng-review buku macam SIQAHKAK SHALEA AZLEEYA & FATINA. Ika terjumpa blog ni semua masa blogwalking. Dan ika tahu ada ramai lagi yang suka baca buku jugak. Finally, ika tak rasa yang minat ika ni. Satu minat yang aneh pelik serta ganjil haha. Keep on membaca and mengreview kalian. 


Entry ni entry penghargaan untuk Blogger Kak Sha. Kak Sha dengan baik hatinya bagi ika satu buku yang ika sebenarnya lama jugak tengok tengok dekat website and bookstore. Mereka by Ariff Adly. Thankyou so much Kak Sha sebab bagi ika buku. Ika anggap buku dari Kak Sha sebagai hadiah upcoming birthday ika yang akan datang. Hee. 

Kak Sha siap balutkan buku lagi. Hee. Rajin sangat. Bila balut dengan pembalut mcm pembalut hadiah. Rasa macam dapat hadiah birthday. Seronok kemain mcm budak kecik haha. Sangat salute dengan Kak Sha. Dia dapat baca 100 buku. Ika tak rasa tahun ni ika baca sebanyak tu. Dan kak sha ada anak, dengan kerjanya. Wow. Satu pencapaian yang memang terbaik.




 Ika baca ikut mood. Tapi kalau dipulun mau seminggu berpuluh buku jugak. Ika terpaksa kawal nafsu camtu sebab nanti takda bahan bacaan haha. 

Just sweet and simple reminder. Actually, setiap blogger yang review buku. Dia ada cara dia tersendiri. Macam ika, ika sampai sekarang still work hard untuk mengreview buku sebaik mungkin. Jangan dicompare cara review buku seseorang blogger tu sebab dia mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan dengan apa yang dia dah baca. Respect and support each other. 💪🏻

Apr 24, 2018

Menang GA Lea Azleeya & Review Jali Ohsem The Comic.

8:53 AM 20
Menang GA Lea Azleeya & Review Jali Ohsem The Comic.

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Baru baru ni, ada rezeki ika untuk menang GA dari sis Lea. Boleh refer sini. Which is untuk hadiah Komik Ankel Jonni. Terkejut jugak bila tengok nama ada di hujung hujung video. Alhamdulillah. Thankyou Sis Lea & Ankel Jonni. So, today dapat parcel from Ankel Jonni. Punya eksited sampaikan bila bukak tu, terus baca dekat ruang tamu since memang takda benda nak buat dekat rumah ni. Sejak tanam anggur dekat rumah. Hee. 

Ankel Jonni ni  cam so familiar to me. Maybe pernah terbaca komik dia dekat memana. Rupanya dia ada blog. Maybe dulu ika pernah baca komik dia haha. So gais, kalau nak singgah ke blog dia boleh klik sini


                                                            REVIEW                                                               

PELUKIS/ PENULIS: ANKEL JONNI 
IDEA & KONSEP: ANKEL JONNI 
DESIGN DAN SUSUN ATUR: ANKEL JONNI 
EDITOR: ANKEL JONNI
PENERBIT: KOMIK KE BULAN 
HARGA: RM 7 
PAGE: 91 PAGES 

Macam yang korang boleh nampak dekat cover komik ni. Segala info pasal harga dan penulis ada dekat situ. And ika habiskan dalam masa sehari saja sebab pulun baca. Tabik dekat orang yang reti melukis ni. Sebab tangan sangat berseni. Ika cukup suka tengok cover page yang menarik. And komik ni ada satu cover page yang sangat menarik dan hipstur. Korang tengok mak pak Jali and Jali camna. Haha. Mak dia sangat hipstur. dengan baju kurungnya haha. 

Komik ni sangat bersahaja. Cerita pasal Jali.  Bagi ika, personally. Komik yang senang untuk difahami dan santai. Kelakar and comel je character yang ada. Mak bapak Jali punya perangai ngada gedik okay bila sweet swet haha. Jali pulak macam macam ragam. Dengan kelam kabutnya haha. Haih. 

Ada banyak part yang kelakar. Adik sis kata, sis spesis mudah terhibur.Tapi i dun think so. Memang ada part yang kelakar. Ingat ika gila ke gelak walaupun takda benda kelakar. haha. Kemon la. 

Eventho dia black and white comic. Kualiti sangat bagus. Remind me of Ujang. Haha. Size of gambar pun besar gabak and penggunaan bahasa komik yang okay hehe. Kreatif betul Ankel Jonni ni sebab semua dia buat dari A to Z for this komik. Effort dia kena puji. 


Good job Ankel Jonni. Semoga idea untuk melukis komik sentiasa mencurah curah ke ladang gandum. Selamat berkarya. You ken duit. 💪🏻If ada rezeki lebih, keluarkan la yang berkaler punya. Hee. And create la lagi banyak  banyak banyak watak yang dekat di hati pembaca. Dekat fb boleh baca lagi banyak and berkaler. Nice one. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️ point five haha. Can?  Lepastu bundarkan. 
Siapa yang suka baca komik. You gais may try to read this. Support our local kartunis please. Tak salah ada dis komik as one of your comic's collection. 

FACEBOOK & IG 📱: KOMIK KE BULAN 

Mar 28, 2018

Perempuan Berkebaya Merah.

5:32 PM 19
Perempuan Berkebaya Merah.

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Semalam, ika ternampak satu video perempuan berkebaya merah yang semua org tgh kecohkan. Dah la ika tertengok waktu pagi buta. Haha menyesal betul. 
Elok cantik je dia pakai kebaya merah huhu. Siap kain bercorak lagi. Tapi tak nampak muka. Ish geram. 
Tak pasti betul ke atau sekadar main main. Tapi, video ni berjaya buat ika rasa ketar lutut. Phew. 

Depa kata, dulu pernah ada cerita pasal perempuan kebaya merah ni dekat Kedah. Tapi taktahu nak kata la betui ka dak. Even kalau di-search di google, boleh tengok yang ada pasal perempuan berkebaya merah ni. Haha. Ni kalau ika terjumpa ni masa drive, mau berlari sambil menangis haha. 

Apa pun, jangan terlalu taksub dengan benda ni dan jangan la jugak tak percaya lansung tentang kewujudan makhluk lain selain kita di muka bumi ini. Cukup la sekadar kita tahu yang ianya ada. Jangan berani dicabar, ditegur, dan sebagainya semata mata nak prove to everybody yang hang berani. 




Tengok tarikh video ni tahun 2018. Baru lagi ni. Huhu. 
Selamat Menonton. Credit to owner of this video. Tak sure siapa. :) 
Wallahualam. 

Mar 13, 2018

Bersyukurkah Kita ❓

6:56 PM 24
Bersyukurkah Kita ❓


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before apa pun, ika nak bagitahu yang entry ini tidak merujuk kepada seseorang yang specific. Ika menulis entry ni berdasarkan pemerhatian saja. Jangan judge entry yang ini. 

Semalam, terdetik dalam hati ika sesuatu bila ternampak satu gambar ni. dekat google Bila muhasabah diri tu, kita akan nampak satu benda yang bagi kita kecil, tapi besar sangat untuk orang lain. Bersyukur kah kita dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan buat kita setiap hari? 

Panjang umur, dapat bangun setiap pagi pun satu pemberian Allah yang kita patut bersyukur. Apa saja rezeki yang kita dapat tu, ada juga rezeki orang lain. Bila tengok mcm mana negara lain yang susah tak ada makanan, minuman, tempat tinggal, dan kemudahan lain. Ika rasa kita dekat Malaysia ni boleh dikatakan mewah bab bab benda ni semua. Kadang tu, bazir je buang makanan sebab tak sedap. Beli mahal, tapi senang senang buang. Ralat tengok. Memang itu duit dia, tapi entahlah. Em. 

APA MAKSUD SYUKUR? 
Syukur berasal dari perkataan arab yang bererti berterimakasih. Menurut istilah, bersyukur adalah berterimakasih kepada Allah atas kurnia yang dianugerahkan kepada dirinya. 


Sebab tu, jenis ika. Ika kalau makan. Tetap akan habiskan walaupun makanan tu kurang sedap. Seboleh bolehnya, ika habiskan sebab taknak membazir. Negara lain yang susah kalau dapat makanan kita, mesti depa seronok. Lagi lagi bila bulan Ramadhan. Macam macam ada. Ika tengok depa yang kat sana makan rumput la, kertas, pasir,serangga,kayu em. Bukan makanan sahaja ya. Sebenarnya ikutkan, banyak jenis rezeki yang Allah bagi dekat kita. Tapi, kita selalu pertikaikan sebab tak cukup buat kita. 

Antara nikmat yang Allah berikan buat kita ialah: 
  • Nikmat Fitiryah: Sihat tubuh badan. Diberikan anggota badan yang lengkap. Sihat tubuh badan pun, kadang kadang berikan alasan mcm mcm bila nak bekerja. Yang serba kekurangan kadang tu lebih rajin bekerja. 
  • Kesihatan yang baik. 
  • Alam: Udara, Air, Angin, Hujan, Matahari. Semua semua la yang ada disekeliling kita. 
  • Nikmat Ikhtiyariyah: Nikmat harta. 
  • Nikmat Keamanan. Kalau la kita ni negara yang kacau bilau. Nak beribadat, menuntut ilmu, bekerja pun susah. Betul kan? Maka, keamanan yang kita ada sekarang ni haruslah dijaga. 
  • Hidayah Beragama Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang paling besar di mana kita dapat menilai kebaikan dan keburukan. 





Eating dirt? Allah. Tak sanggup betul rasanya nak tengok gambar ni lama lama. Doakan semoga mereka sentiasa dipelihara Allah. Dilindungi dan dijaga oleh Allah sebaik baiknya. Dan kalau kita lihat sekeliling kita, ada juga yang serba kekurangan. Yang jauh lebih susah dari kita. Sebab ika pernah terjumpa seseorang yang nak makan pun takda duit em (boleh click link di bawah utk baca entry tersebut) Ika harap yang lepasni, ika berpeluang untuk bantu mana yang ika boleh. 



Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. 
" Dan jika kita menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Qs, Ah Nahl: 18)

STOP COMPLAINING. LOOK AT ALL THE BLESSINGS YOU HAVE. ALHAMDULILLAH. ❤️️


Feb 27, 2018

Hadiah GA Jeju by Salbiah & Siti ❤️️

9:31 PM 13
Hadiah GA Jeju by Salbiah & Siti ❤️️


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
This gonna be a appreaciation entry. Actually, semalam ika ada received satu sampul. Mak letak dekat atas meja dalam bilik. Hee. So, bila nampak yang ada tulis
PEMENANG GA JEJU SALBIAH & SITI.
Boleh refer dekat this entry CikSiti

Dah tahu dah isi dalam sampul ni. Ika actually tak sangka yang selain dari hadiah utama. Depa ada la sediakan another gift untuk yang lain jugak. So, ika dapat fridge magnet dari Hong Kong. 
Thankyou so much cik blogger. Semoga dimurahkan rezeki and dapat buat another GV so that, ika boleh join untuk memeriahkan lagi. 

Fridge Magnet cute sangat hee. Thanks again. I like it. Keep in touch and
semoga modd nak berblogging itu sentiasa ada Hee. 

Feb 21, 2018

Postcard from Blogger Anies ❤️️

1:25 AM 14
Postcard from Blogger Anies ❤️️


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Alhamdulillah. Thankyou to Anies sebab bagi ika postcard comel ni. 
Boleh refer in this entry GA by Anies 
Ika terfikir jugak apa benda dalam pos laju punya sampul ni. Keluar je dari sampul tu, berap banyak kali wow pun tak tahu la keluar dari mulut ika. 
Sampai mak ika tegur " Kak, apa yang hang teruk sangat tu sorang sorang dok wow wow" Haha. 
Cantik sangat poskad ni semua. Ada lima semuanya. 



5 poskad ni is Transformers, Need For Speed Rivals, World Of Tanks, 
Gears Of War 4, Oz:Broken Kingdom. 
Memandangkan ika baru beli something from Daiso, boleh la decorate dekat situ dengan poskad ni. Ada la something new for decoration. I love it so much. 

Salam Ukhwah jugak buat awak Cik Anies. Salam perkenalan dari Ika. And happy blogging always okay? Thankyou so much sebab bagi ika this postcard. So cute. 
Semoga Anies sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. 

See in next entry gais. InsyaAllah. 
Tiba tiba rasa macam nak kumpul poskad hehe. Agak agak boleh dibuat hobi tak?