Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Korang sihat? Harini ika mood baik, so ika nak share sesuatu buat semua. Semoga artikel ni mendapat manfaat buat semua. Bismillah.
Siapa yang dekat sini ada plan untuk bercuti dalam masa terdekat? Ha, jom kecilkan lagi tempat nak pergi bercuti tu. Anyone yang nak ke London? London adalah sebuah tempat yang boleh dijadikan salah satu destination percutian kita semua. Ye la kan, siapa yang taknak melihat negara orang dan cari pengalaman. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Bukan selalu dapat pergi ke Europe. Of course la tentu kos pun tinggi, so ika nak share serba sedikit on camne nak meminimumkan kos korang semua untuk pergi bercuti dekat sana. Mesti ramai yang risau pasal bajet. Banyak benda akan bermain dalam fikiran korang kan. Lagi-lagi yang baru pertama kali nak ke negara orang.
Dalam zaman yang serba canggih teknologi ni, korang kini boleh dapat segala-galanya di hujung jari. Ika nak cerita dekat korang pasal Emirates Airline. And ika akan cerita sikit macam mana nak cari book emirates Malaysia air ticket kat korang semua and sikit info pasal Emirates Airlines supaya korang kenal sikit siapa diorang ni. Okay? Let's proceed.
Tiket murah flight sebenarnya ada cara yang korang boleh buat, pertama sekali korang mestilah kena pergi ke web Traveloka atau appsnya sebab kat sini korang boleh search flight yang ada di website tersebut. Contohnya kalau korang nak ke London, atau nak cari cheapest flights to London, first sekali korang kena tahu and pilih tarikh yang korang plan nak bercuti, and suggestion ika is korang pilih tarikh yang bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best. Tempat lain tak dapat la harga yang best macam ni.
Then, next step is korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya tak adalah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain pulak. Dia kluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Mudah kan? Tak pening kepala nak compare sana sini situ sini.
And, siapa sebenarnya Emirates Airlines ni kan? Diorang ni famous sebenarnya sebab diorang dari Emirates group and ada sponsor a few club bola sepak gergasi dunia. Diorang asalnya dari Dubai, UAE and salah satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik. Dia ada 3 jenis class seating iaitu Economy, Business dan First class. Ikut korang la nak yang mana sebab kesemuanya sangat selesa. Not bad. If korang google untuk tengok gambar pun, dah boleh rasa dah selesanya tu. Mewah dan sedap mata memandang. Agaknya, kalau dapat tidur mesti nyenyak kan.
Anyone yang familiar dengan gambar dekat atas? Peminat Harry Potter macam ika? Then, korang jangan lah lepaskan peluang yang satu ni. Salah satu perkara yang tak boleh ditinggalkan sekiranya bercuti kat London adalah menjejaki kawasan yang pernah dijejaki Harry Potter apatah lagi kalau korang peminat tegar filem ini. Salah satu lokasinya adalah Platform 9 ¾ yang terletak kat King’s Cross Station. Kat stesen inilah pelajar-pelajar Hogwarts School of Withcraft & Wizardy menunggu Hogwarts Express. Dalam dunia Harry Potter, Harry dan kawan-kawannya akan menuju ke platform ini dengan melalui dinding batu-bata antara platform 9 dan 10. Harry Potter yang pertama sekali gais if korang nak tengok hehe. Yakin sangat, yang Platform 9 and 10 ni menjadi tempat tarikan buat semua pengunjung. Untuk bergambar kat sini, korang tak perlu mengeluarkan bayaran. Kat sebelah platform ini juga terdapat sebuah kedai Harry Potter untuk korang beli skarf HP sebagai prop bergambar. Baru nampak real! Gambar pun akan come out so nice. Percayalah.
Korang tengok je la aksi mereka yang bergambar di Platform ni. Rasa macam nak terbang ke sana je!
Okay, apa lagi ya yang menarik di London. Jom kita explore lagi.
Buckingham Palace adalah istana yang menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth turut tinggal kat Windsor Castle dan Balmoral. Sebelum ke sini, uolls perlu tahu bahawa Buckingham Palace hanyalah dibuka kepada orang awam ketika musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September. Antara yang boleh korang lihat sekiranya melawati istana ini adalah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles!
Mempunyai seni bina yang menarik dan ala ala historical. Feeling sangat. Wah, menarik. Siapa yang nak merasai atau lihat Buckingham Palace ni secara dekat. Silalah ke sini. Masukkan dalam list korang.
Ada banyak sebab untuk uolls melawat National Gallery yang terletak kat Trafalgar Square ini. Tak kisahlah korang ni pencinta seni atau tidak, lawatan ke galeri ini pasti akan membuat korang teruja melihat karya-karya yang ditunjukkan. Di galeri ini terdapat lebih daripada 2,300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi! Melihat saja tak cukup? Korang boleh menyelami kisah atau inspirasi di sebalik lukisan ini dengan mengikuti lawatan sambil belajar yang ditawarkan. Yang bestnya, masuk adalah free! Bagi pencinta seni, korang lagi akan enjoy this moment and appreaciate more kan?. Ini akan menjadi tempat favourite buat mereka yang suka melukis juga. Senang cerita, pencinta seni sila ke sini.
So please jangan lepaskan peluang ni guys sebab kemungkinan kalau korang dapat kurangkan kos atau dapat cari harga tiket murah korang dapat jejak kaki kat London. Jadikan ini pengalaman yang tak akan korang lupakan dalam hidup korang.
So, jangan lepaskan peluang untuk merebut dan menikmati harga yang murah di Traveloka. Korang boleh bercuti dengan bajet yang korang inginkan dengan melakukan survey di Traveloka. Simple as that. Ikuti tips yang diberi. Yang penting, kalau nak ke negara orang. Kita sendiri kena buat survey bukan saja dari segi tiket flight, hotel, tempat menarik dan sebagainya. Malahan, korang jugak perlu ambil tahu mengenai cuaca dan suhu, public transport yang disediakan di sana, makanan halal, currency dan lain- lain.
Sekian dari Ika. Semoga korang dapat serba sedikit idea untuk bercuti! Adios.
14 comments:
Nakk pergii holiday juga ni
Nini kalau banyak duit pun belum tentu nak pergi bercuti luar negara hahaha. Tak minat travelling XD
awww harry potter mau juga pegi tap ongkosnyaa
memang best kalau dapat melancong ke luar negara :)
شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالظهران
شركة المثالية لتنظيف المنازل بالظهران
شركة المثالية لتنظيف الشقق بالظهران
I can see that you are a specialist at your field! I am propelling a site soon, and your data will be exceptionally valuable for me.. sims 4 news's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ...
Wah.. bestnya emirates ini.. Berangan dulu, mana tahu satu hari nantia dapat naik.. hehehe
شركة تنظيف المنازل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف المنازل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف الشقق بصفوى
Wahhh bestnya kalau dpt bercuti kesana...*berangan jap*
Salam kenal dari akak...dah tinggalkan jejak bertapak kt sini..
wah mewahnya nampak
Bila entah boleh dapat pi London saya ni..sobsob..
Bahagianya kalau dapat bercuti jauh-jauh nie.. Guna apps traveloka nie memang puas hati..
London..one fine day but not so soon hehe
wah offer dari traveloka lagi. menarik deal ni. untung juga kan dapat naik emirates
Post a Comment