December 2017 - Jari Jemari Menari

Dec 26, 2017

Big Bad Wolf Haul 2017 📖

6:30 PM 9
Big Bad Wolf Haul 2017 📖

 Assalamualaikum 🙋
Rasa macam tak terlambat lagi nak update pasal Big Bad Wolf Haul. Ecewah, Haul sangat. Actually, ika saja saja nak pergi ke BBW sebab last year memang takda peluang nak pergi. This year, ika awal awal hantar adv dekat encik boyfriend suruh save the date and temankan ika pergi sini. At the sama time boleh la dating 😘
Big Bad Wolf - The Mines - 24 Hours nonstop 

Ika cuma aim satu buku je actually. which is Miss Peregrine's Home For Peculiar Children. Ika ada nampak yang harga buku ni dekat kedai compare dgn harga dekat BBW sangat la jauh beza. Macam ika geram sebab last year tak dpt grab.  Kalau boleh dapat yang murah kenapa nak beli yang mahal. HAHA. 

Dia punya eksited nak pergi tu, setiap hari bercerita nak beli itu ini. Haha. Nasib baik ada yang sudi melayan. Tapi, bila dah pergi. Taknak pergi dah sebab masa tu salah pakai kasut. Terpakai heels. So, masa nak berjalan tu rasa mcm alahai. Tak bebasnya. 

Itu la dilema seorang ika bila nak ke pesta buku at the same time nak pergi dating. HAHA. 


Memandangkan, mmg nak grab 1 buku je. So, duit pun tak ada la bawak banyak sangat. Ika beli apa yang ika nampak depan mata je. Sebab, kalau aim. Susah gila nak mencari. Kali ni, sangat la besar and ada dlm 4.5 juta buku. Ika beli 9 buku & bf ika beli 1 buku. Itupun, ika macam dah terlampau rambang mata sangat dah. Sebab banyak buku yang ika suka and minat. Macam a lot of books yang harga dia mcm tak masuk akal. Rasa macam, ish kalau la duit kepuk dalam poket. Mesti dah main campak dah buku buku yang ika nak tanpa pikir harga. HAHA. 

                                            LIST                                         



1. CINTA PENCURI MIMPI : LYNN DAYANA  (RM 6)
Ika one of Kak Lynn's fans. Ika baca novel novel dia, ika jatuh hati ❤️️  So,ika pun nampak je novel ni. Terus ambik. Oh, ika baca dulu sinopsis dia. HAHA. Ika suka semua karya beliau: Jika Benar Cinta, Juara Carta Cinta, Cinta Perisa Dia & Tarikh Luput Cinta. 

2. FITRAH KASIH : ILANI MYSARA  (RM 6 )

Ni, first time cuba baca buku dari penulis ni. Ni, bf ika yang suggest. So, ika ambik. 

3. MONARKI: LOKMAN HAKIM  (RM 8)

Kenapa Masih beli buku Fixi walaupun pernah baca buku Fixi, end up. It's not even my taste. Kenapa beli Monarki? 

Sebab ika rasa, ika masih cuba nak menyelami perasaan pembaca tegar Fixi yang suka gila buku buku Fixi ni. Ika memang la macam giveup sikit bila baca baca, tak capai apa yang ika nak. Tapi, ika still kasi chance la. Hehe. So, I choose Monarki. 

4. PENA & PICAGARI: DR KHAIRUL HAFIDZ (RM 10)

Yang ni, ika memang dah lama gila aim. Sejak dari buku ni keluar. Tapi, still tak berpeluang nak beli. Harga asal buku ni is RM 25. Tapi, terkejut gila buku ni harga dia jadi RM 10. Sooo, worth it okay. Hee. Ika dah habis baca dah buku ni. And nanti ika akan buat personal book review. 

5. THE LITTLE OLD LADY STRIKES AGAIN  (RM 10)

Again, ni bf ika suggest. Sebab, mula mula tertarik dengan cover buku ni. Cute gila nenek ni. Plus tajuk dia mcm dah boleh agak yang buku ni genre comedy. Bf ika suka dengan buku buku genre camni. Hee. Bila ika google. Ya Ampun, ada lagi Broke The Rules la apa la. Tak sure la ni buku yang first atau macam mana haha. Main beli je. Alaaa. 

6. MISS PEREGRINE'S HOME PECULIAR CHILDREN (RM10)

As be mentioned above, ika nak sangat buku ni since BBW last year. Alhamdulillah. Dapat jugak eventho dah tgk movie dia haha, Nak beli kawan kawan dia jugak. Dia ada Hollow City dengan satu lagi tak sure apa. Tapi, tak tahu la kenapa takda masa haritu. Habis agaknya haha. 

7. BUKU RESEPI: KEK BATIK (RM 2)

Ika peminat tegar kek batik. And ika rasa buku ni akan banyak bantu ika explore dengan dunia kek batik dengan lebih. Selalu kalau buat kek batik, rasa jemu. Ni, tengok dalam buku ni. Ada mcm mcm mcm mcm jenis kek batik. Hehe. 

8. DEEPER (RM 8)

Ika beli ni, sebab satu tajuk dia. Nampak gaya mcm buku ni genre adventure. Lagi satu, ika tak pernah lagi baca buku yang dah ditukar bahasa dari BI ke BM. 

9. TINTA ASYRAF 2 (RM 5)

Dah lama jugak nak beli buku ni. Selalu rasa cam nak beli dekat website. Sekali beli la jugak masa dekat BBW. Karanh menyesal pulak. Since buku ni pun hot selling. Ika beli la. Tanpa fikir panjang. 

Ika akan baca buku buku ni dan buat review. ASAP. Till then gais. Jumpa in next entry okay? Maaf, gambar buku buku tak sempat nak ambik. Pinjam google punya gambar dulu ya. Nanti, ika akan tukar gambar. Hee. 

XOXO. 



GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

5:33 PM 12
GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN



Assalamualaikum. Hi Again 
Harini, ika nak join satu giveaway dari CikYan. 


Follow her blog ✅
Entry bertajuk Giveaway #1 New Year 2018 by CikYan, linkkan entry, copy banner. ✅

                                REVIEW BLOG CIKYAN                                        

Personally, ika rasa blog CikYan simple. Tak crowded dengan widget. Tapi,kalau cikyan boleh tukar background blog kepada something yang lebih simple and plain. Ika rasa lagi naik seri blog Cikyan. Mungkin, cikyan boleh tambah satu ruang bloglist yang cikyan suka. So that, bila ika blogwalking ke blog cikyan, ika boleh la tau blog apa yang cikyan suka baca ❤️️ 

                                          AZAM 2018                                         

Overall punya azam, ika nak jadi seseorang yang much more better than this year. And also nak habiskan intern dengan jayanya so that boleh konvo lambung topi apa semua ke udara. HAHA. 

So, I'm done. Jom memeriahkan lagi giveaway dari beliau. Hee. 

Segmen : REALSVIORS Bloglist !

4:07 PM 4
Segmen : REALSVIORS Bloglist !


Assalamualaikum. Hee 
Setelah membelek reading list. Ika ternampak satu segmen ni. So, harini nak join la  Segmen : REALSVIORS Bloglist !


Syarat nak join sangat la simple and lansung tak complicated. Which is itu yang ika suka hehe. 

1. Ada blog sendiri ✅
2. Follow blog ✅
3. Buat satu entri ✅
4. Letak gambar and backlink 

AND DIA KATA YANG KELIMA BAGITAU KAT DIA APA AZAM FOR 2018
Ada banyak sebenarnya, tapi yang ni top 5. Haha.

  • Nak jadi anak yang baik buat parents, kakak yang sopan santun buat adik adik lelaki, penjaga yang baik untuk Sarang (kucing).
  • Dapat kurangkan berat badan
  • Mengakhiri zaman bujang dengan Encik FA. Doakan ya ❤️️
  • Menjadi seorang yang berjimat cermat. 
  • Tak pi pesta buku selalu. Boleh pi 3 kali ja. HAHA. 

6.Tinggalkan link entri dekat ruangan komen di blog beliau. 
See, i told you. So simple. Hee. 

Segmen ni dari 26/12/2017 - 09/01/2018


Dec 24, 2017

Cara Saya Susun Beg 🎒👜👝

5:56 PM 12
Cara Saya Susun Beg 🎒👜👝


Assalamualaikum & Hi reader. 
Happy Monday blues rakan reader sekalian. Macam biasa, orang lain cuti harini. Ika tak cuti. Kena kerja seperti biasa. HAHA. Dah tak pasti dah nak rasa sedih atau happy. 

Harini, ika nak share sikit cara ika susun beg ika dalam bilik. Before this, ika dah guna macam macam cara nak susun beg. Letak dalam kotak la, sangkut belakang pintu bilik, letak dekat tepi penjuru atas kotak. Tapi, bagi ika, sekejap je benda tu tahan kemasnya. 
Lepastu, bersepah balik sebab kadang tu bila nak cepat selalu main tarik je beg. 

Ika tak banyak sgt handbag. Ika banyak sling beg yang kecik kecik. Sebab ika suka jenis macam tu. Bila dah asyik beli beli. Tak sedar benda tu dah jadi banyak. Haha. And memang ika pening pikir cara senang utk ika ambik, pakai dan letak balik. 

Masa tengah scroll Lazada beberapa bulan lalu, ika terjumpa sesuatu. Before that, benda ni actually bukan la ada dekat Lazada saja. Dekat website lain pun ada. Boleh usha usha la. Hee. 
SOKANO 12 Hooks Hanging Pole for Hat Clothes Jacket Umbrella and Handbag - Black
Masa tu, ika rasa mcm benda ni dapat bantu ika untuk sangkut beg. Memang kegunaan dia bukan la untuk beg sahaja. Tapi, kemon. Be creative. Hehe. Ika terus decide nak beli lepas habis discuss dengan abah ika. 
SOKANO Pole ni ada 4 warna kalau tak silap. Hitam, Putih, Biru & Pink. Hampir nak beli warna pink. Tapi, nasib baik laaaa terclick warna hitam. Haha. 


Sampai dengan selamat. Alhamdulillah. Dihantar oleh Ninja Van. Ya awak awak sekalian, ianya kena pasang sendiri. So, posibility barang dalam tu tak cukup atau rosak sangat tinggi. Baca review, banyak jugak komen yang kata barang sampai tak cukup. Risau jugak and ni kali pertama, ika beli barang dekat Lazada yang jenis mcm ni. But, ika dapat semua nya cukup lengkap. Seller hantar barang berbalut kemas and ada protection. Dan of course datang berkotak. 
Thanks dekat abah sebab tolong pasangkan.Nak harap ika, agaknya tak berdiri la benda ni. Plus, depa terlebih kasi barang. HAHA, 

Hasilnya macam ni, and setakat ni ika puas hati and benda ni menyenangkan kerja ika dan bagi bilik tu nampak proper sikit. Tak berselerak. And beg pun tak la penyek. Kalau letak dalam kotak, beg penyek dengan jayanya. 
.
.
.
.



Ika gantung more than 15 bags. And kalau korang nampak actually banyak sling beg ika yang jenis kecik kecik. Sekarang ni, makin bertambah sebab dia ada banyak space boleh sangkut lagi. Maka, benda ni mendatangkan banyak benefit untuk ika dari segi kekemasan, but at the same time bagi separa keburukan jugak. sebab kasi ika keluarkan duit untuk beli lagi sling beg kahkah 😂

                                     MY REVIEW                                     



  • Kukuh. Sangat stabil. Tak goyang. Kalau pandai jaga, mesti benda ni tahan lama. 
  • Warna pun hitam berkilat cantik. 
  • Eventho ada 12 hooks. Tapi, ika rasa ika boleh sangkut more than 30 bags. 
  • Tak makan banyak space dalam bilik. Menjimatkan space lagi adalah. 
  • Harga sangat affordable. 
  • Ada cap untuk every hook. Macam selamat jugak la untuk beg ni atau apa saja yang disangkut untuk rosak. 
  • 3 leg support and practical design. 
⭐️⭐️⭐️⭐️

Ika tahu, dekat Ikea pun ada jual. Tapi tak pasti harga berapa. Ika cuma nak sesuatu yang affordable, nice and also benda tu function dia sama saja dengan barang mahal. Kualiti pun sama mcm benda mahal. Tapi, semuanya atas sendiri sendiri la kan. Lain org, lain la caranya. HEE. 

Oh, korang susun beg korang macam mana? Share la sikit. 
Mana tau, ada cara yang lagi senang dari ini. Hee. 
Till then gais, jumpa lagi in next entry. Harap, entry ini dapat memberi manfaat dan serba sikit idea buat reader sekalian. 

Dec 21, 2017

Menang Lazada 3rd Prize ❤️️

8:23 PM 10
Menang Lazada 3rd Prize ❤️️


Assalamualaikum & Salam Jumaat. 
Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi hujung tahun ni. Tak sangka menang contest dari Lazada. Dapat email dari Lazada few days ago. 3rd Prize (RM 100 LAZADA SHOPPING VOUCHER)
Alhamdulilah. Happy sangat. Kebetulan, memang kasut dah terkopak dengan jayanya. Macam tahu tahu je. 
Actually, ni first time cuba nasib masuk contest dari Lazada. Sebab ika memang peminat tegar Lazada. Macam diehard fan. Sebab setakat ni beli barang, tak pernah menghampakan. 



Congrats dekat semua pemenang ❤️️ Let's memeriahkan lagi untuk akan datang punya contest. InsyaAllah, semoga ada rezeki buat kalian untuk akan datang. 
Actually, ika dah dapat dah code untuk redeem. Dan ika dah settle membeli dah pun dengan gelojoh dan eksitednya. 
Tengah tunggu barang barangan sampai. Semoga sampai elok elok dan dengan baik. 
InsyaAllah, nanti ika akan buat special entry untuk barang barang yang dah dibeli. 
Ika buat this entry untuk contest Lazada
Online Revolution Blogger Contest.

Thankyou Lazada. I love you. ❤️️ See you guys in the next entry. XOXO. 

Dec 20, 2017

Beli Sebuku Roti dengan Duit Syiling 🍞

5:06 PM 10
Beli Sebuku Roti dengan Duit Syiling  🍞


Assalamualaikum ✋🏻


Harini, ika nak share satu cerita yang baru je pagi ni ika nampak jadi depan mata. Macam biasa, sebelum pergi kerja. Ika akan singgah KK Mart dekat dengan area rumah untuk beli roti & topup. Tapi, harini agaknya Allah nak tunjuk and kasi ika pengajaran. 
Masa tengah beratur nak bayar tu. Ika sedar ada sorang pakcik ni lama dekat bhg cashier. 
Rupanya, lama sikit ika fokus dekat dia. Rupanya dia tengah kira duit syiling dia untuk beli sebuku roti. Lama jugak dia kira. Tapi, ika tak cakap apa apa. 
Sebab jgn kata pakcik tu. Ika sendiri pun pernah beli barang pakai duit syiling masa tengah susah. 
So, ika perhatikan je dia sampai dia habis bayar. 

Tapi, dia masuk balik dalam kedai. Dan pergi area belakang. Dia datang cashier balik and tanya..
"Berapa harga sebiji telur?"
Tapi, pekerja situ cakap la yang depa tak juai sebiji telur tapi 10 biji telur depa juai la. 
Pakcik tadi tetap tanya. "Harga sebiji telur?"
Mungkin, dia nak makan dengan roti dia. Serious cakap. Ralat jugak sebab tak dapat bantu pakcik tu. Sebab ika dah lewat ke tempat kerja. 

Ika masuk kereta, terus pakcik tu keluar. Agaknya dia tahu situ memang tak dapat beli sebiji telur. Sedih tengok raut wajah dia. Nampak tenang. Tapi, dalam hati siapa yang tahu kesusahan dia. Mungkin macam macam yang dia tengah pikir. 

Ika harap, Allah murahkan rezeki buat pakcik tadi. Semoga segala urusan dia dipermudahkan. Maaf sebab tak dapat membantu. Mampu mendoakan yang baik baik sahaj buat pakcik. 


Dalam kita dok rasa kita ni tak cukup macam macam benda, tak boleh beli apa yang kita suka, tak boleh makan makanan yang sedap sedap, ada makanan pun dibuangnya sebab tak sedap atau tak menepati citarasa. Pembaziran merata rata. Kita kena fikir jugak yang, ada jugak org di sekeliling kita yang susah dari kita. 
Nak makan pun kena korek duit, makan saja apa yang ada. Sedap tak sedap belakang cerita asalkan dapat makan untuk alas perut. 
Pakai apa yang ada. Bila ada rezeki lebih. Baru la beli sikit. 
Bersyukur dengan nikmat Allah. 

Ini, berlaku depan mata ika beberapa minggu lepas. Ika namakan dia Aida (bukan nama sebenar). Aida ni suka beli makanan. Tapi, bila dia makan atau minum. Dia selalu buang. Atas sebab tak sedap. Banyak kali ika tengok dia buat mcmtu. Bukan la nak kata kita ni dengki ke apa. Tapi cara dia tu, macam terlalu membazir. 

"Taknak la habiskan air ni. Tak sedap lansung" 
"Tak sedapnya bihun sup ni. Tawar"
"Macam nak basi je makanan ni"
"eeii, masin la"

Aida ni sejenis manusia yang tidak bersyukur. Senang cerita. Fullstop. 

Sebagai manusia, bersyukur la dengan rezeki yang Allah berikan buat kita semua setiap hari. Jangan mengeluh. Jangan pertikaikan kenapa orang itu mcm tu, kenapa bukan kita. 
Semoga cerita yang ika tulis ini, dapat memberi satu pengajaran buat kita semua. InsyaAllah. 

Dec 19, 2017

BOOK REVIEW - KAMAR SUTERA BY HAMKA KERETA MAYAT

4:12 PM 2
BOOK REVIEW - KAMAR SUTERA BY HAMKA KERETA MAYAT

Assalamualaikum & Hi semua. 
What a hectic week. Tak sempat betul nak blogwalking atau nak up kan entry. Sebab, kerja dekat opis tiba tiba jadi double triple menimbun. Dan sangat letih. Tak itpu punya.
Harini curi masa sikit nak buat review buku. Kamar Sutera by Hamka Kereta Mayat. 
First time nampak buku ni, ika mcm tak berminat sangat sebab ika rasa mesti buku ni boring. Tajuk pun mcm tak menarik. Siapa penulis ni? Tak kenal pun. Kenapa tajuk dia mcm ni? Kamar tu tahu la tempat tido. Sah, ni cerita ada kaitan dengan tido.HAHA. 

Tapi, baca je first page. Lepastu, bila dah start ketawa berdekah. Ika cam tepuk dahi sebab buat first impression secara menghikhok buta. Haha. Best. Tak sangka mamat Hamka Kereta Mayat ni dia punya level kelakar mcm pelawak profesional. Ika rasa sebenarnya konsep buku ni sangat santai, kelakar tapi dalam masa yang sama ada nilai pengajaran yang kita boleh dapat. 






                                       SINOPSIS                                          

"Aku telah lama kelakar, baru hari ini kamu ketawakan aku. Bukankah kita semua akan menjadi mayat?"
Semoga Kamar Sutera ini dapat memberi hikmah kepada kita semua terutama kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak yakin untuk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin, tapi sudah bertukar jadi mayat. 

YEAR: 2013
PUBLISHER: TERFAKTAB MEDIA
AUTHOR: HAMKA KERETA MAYAT
PRICE: RM 25


                                                     MY REVIEW                                                   

Straight forward cerita, buku ni ada variasi punya corak penceritaan dan banyak cerita cerita yang real dan kisah suamisteri yang ika rasa ada kemungkinan terjadi dalam kehidupan. Cara Hamka bercerita boleh buat kita as pembaca teruja nak baca next story dia. Memang tak gelak tu, tipu sangat la. Sudah la gelak, kalau tak berdekah tu, bohong bangat. HAHA. 

Sebab ika mula tu tak familiar dengan nama penulis, ika rasa buku ni mcm buku yang sarat isi nya. Tapi, macam yang ika cakap. Ika salah besar. Korang tau? Sampai sekarang ika beli buku buku dari penulis. Punya la addicted serta admired dgn penulisannya. 
Ika fully recommend korang baca buku ni. If baca review dari orang lain pun, depa pun cakap benda sama. Worth it la. Tak la rasa macam ala, why ending dia mcm ni, nape mcm tu. No. No at all. 
Suami isteri , bakal suami isteri, single mingle oso boleh baca. 
Macam macam yang Hamka ceritakan dalam ni. Contohnya peranan suami isteri dan sebagainya. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Next entry, ika will up 3 entries pasal buku buku Hamka yang ika dah beli dan baca which is Kisah Laki Bini, Kisah Anak Bini & Aku, Almond London & Gay. 

Ini blog Encik Hamka: BLOG HAMKA KERETA MAYAT
InsyaAllah. Till then gais. Kita jumpa dalam next entry ya 🙋





Dec 3, 2017

BOOK REVIEW - Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1

11:57 PM 6
BOOK REVIEW - Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1

  Assalamualaikum readers sekalian ✋🏻
Selamat berMonday Blues di pejabat. HAHA. Memang mcmni eh perasaan malas hari Isnin? Malas sangat rasanya ni. Nasib baik tak drag mood nak berblogging. Dalam kemalasan tu, masih ada jua kerajinan sedikit. 
Harini, ika nak share pasal Kisah Malam Jumaat Vol 1. Kenapa Vol 1? Sebab ya pasti dia ada Vol 2. Okay, mesti ramai macam pelik. Kenapa agaknya Buku Prima keluarkan a lot of books yang bermacam macam kaler. 
As I know that, actually yang ini sebab special collabration antara penulis penulis Seramlicious.
So, dia come out with the idea of red colour of cover book yang memang aumm sangat. 




                                                                 SINOPSIS                                                                  

"SYAITAN DALAM KEPALA AKU SURUH AKU TOLAK MUHAMMAD"
SYAITAN - A DARWISY

"ZAHIR BENDA YANG KITA NAMPAK. BATIN BENDA YANG KITA TAK NAMPAK. MACAM JIN, HANTU DAN SYAITAN"
RAYA - NAIM TAMDJIS 

"BILA MANCIS DIGORES, YANG GANJIL ADALAH AKU"
MANCIS -SUFI ABQARI

"AKU DAN TUNAIKAN PERMINTAANMU, AMBILAH DARAHKU"
POTRET LAMA- FAZRIN FAUZI

PRICE: RM 20
PUBLSIHER: BUKU PRIMA 
PAGE: 170
YEAR: 2017

                                                                    MY REVIEW                                                                 



First of all, ika nak komen pasal cover buku dia. Ika rasa depa berjaya curi perhatian pembaca dengan warna merah ang ang. Pasai dari jauh org dah boleh nampak dah aih buku ni. HAHA. And yang Vol 1 dia belanja punggung. Nanti, Vol 2 dia akan kasi kepala pulak. Bila gabung dua buku ni dpat satu gambar serigala? HAHA. Serigala kan?

Sejujurnya semuanya okay. Ika kasi komen utk overall ya. 
Memandangkan, ianya short stories. Ada 4 cerita dalam satu novel. So, cerita yang disampaikan pun sampai ke pembaca dengan ending yang baik dan jalan cerita yang bagus. Pengisian dan pengajaran pun kita boleh dapat dalam buku ni. 

Semua cerita dalam ni ika suka. Menarik. Dan lain dari yang lain. Tapi, dari 4 cerita yang paling ika suka is Syaitan dari ADarwisy. Sebab ada plot twist dekat nak hujung hujung cerita. Walaupun, ada rasa mcm cerita yang penulis bawa kali ni lebih berat sedikit. Tapi, ika salute sebab cerita tu sampai and terasa meremang okey baca. 
Phew.  
Sifat hasad dengki terhadap kawan sendiri sampaikan sanggup buat sesuatu yang diluar kotak fikiran kita. Menyampah dengan watak Bahyah tu. Mengantar sihir pemisah jodoh semata mata utk kepuasan diri sendiri. Eii geram ! 

Raya: Naim Tamdjis sekali lagi berjaya menulis cerita horror comedy. Sebelum ni dia pernah menulis Roh Rumah Sewa yang ada unsur kelakar jugak. Well, penulis berjaya add on satu lagi perasaan iaitu kelakor dalam seram. Cerita yang simple dan tak terlalu sarat dan mudah dihadam. 

Mancis: Ika sebenarnya before this pernah baca cerita pasal budak mancis ni. Tapi tak sure dekat mana. So, cerita yang disampaikan oleh penulis sedikit sebanyak bagi ika flashback balik cerita yang ika pernah dengar sebelum ni. Tapi, seram jugak bila baca. HAHA. 

Potret Lama: Bagi ika, jalan cerita ni okay. Ini kali pertama baca cerita dari penulis. So, bagi ika. Not bad. Boleh diterima. 



Honestly speaking. Ika recommended buku ni utk korang yang suka baca cerita seram.
⭐️⭐️⭐️⭐️
Good job utk semua penulis. Teruskan berkarya. Fighting!


Dec 1, 2017

Food Festival Malaysia & Thailand Shah Alam 🍴

12:22 AM 16
Food Festival Malaysia & Thailand Shah Alam 🍴


Hey ✋🏻Salam Jumaat & Salam Maulidur Rasul. 


Harini, semua org cuti, tapi ika kena kerja. Haha. Tak mengapa. Rasakanlah pengalaman kerja yang takda cuti, fefeeling tak dapat cuti nak balik raya. HAHA. 
So, harini opismate ika ngajak ika pergi Food Festival dekat Shah Alam. Oh, ika sendiri taktahu ada food festival.  Dan, em ni jujur cakap. First time pergi food festival. Sebelum ni dengar je, dan tak rasa berminat nak pergi. HEHE. 
Tak sempat nak ambik banyak gambar. Ini pun hasil curi curi. 

FESTIVAL MAKANAN MALAYSIA & THAILAND


Location dia senang je. Belakang giant dan of course bukan la dalam stadium. Dekat dekat dengan stesen bas Seksyen 13, Shah Alam. Nampak ada khemah besar warna putih, nampak booth jual tudung, jeruk & makanan. Ha, situ la dia. 
Serius, ada macam macam sangat sangat banyak gila makanan Malaysia & Thailand. 
Cuma siap sedia duit je. 
Dalam banyak banyak tu, ika tertarik dengan satu kedai yang jual churros, telur puyuh goreng & stick, air besaw. 
Antara makanan yang ada dekat situ is Bakso, Pulut Mangga, Kerabu Maggi, Pau Viral, Nasi Kerabu, Sotong goreng, Somtam, Tomyam, Air Mangga & alot. Alot weh. 
Bukan makanan minuman sahaja. Tapi ada jugak yang jual baju Tshirt RM6, Tudung, Kosmetik, Selipar, Biskut Timbang, Jam, Beg & etc. 
Oh ya , ini kedai yang ika beli churros. Kedai dia hujung sekali belah atas. Betul betul sebelah kedai jual air mangga. 




Harga churros: RM6 (9 Ketul) + Sos. 
Boleh rasa dulu. Lepastu decide nak perisa apa. Bagi ika, yang warna kuning tu sedap. And ika tak pasti itu apa. Butter? Vanilla? HAHA. Lupa nak tanya. Yang penting dia sedap. Choc too mainstream. Sebab dah selalu sangat makan churros dgn choc. Ada jem strawberry, pandan. 
Berbaloi sebab churros dia panjang panjang, panas serta mok. Nampak tak mesin buat churros tu? HAHA. So cool. That's why depa buat sesikit. Nampak cam dah nak habis, buat lagi. Dapat la makan panas panas. 
Packaging dia cute hokey. Semua bekas letak makanan dia semua cute. HAHA. Taktau la mana depa beli. Nak buang pun sayang, tapi kena buang sebab kotor. 

Telur Puyuh : RM 3 
Stick Puyuh: RM 3




Air mangga pulak opismate ika yang beli. Nampak cam terliur jugak. Tapi dah terbeli air lain, so kenot la beli. Hanya mampu tengok saja la opismate minum. HAHA. Kedai ni mcm ika kata, betul betul sebelah kedai churros ni. Special nya ianya mangga float. HAHA. Nampak so piawwwww kaw punya air mangga dia. 


So, ika ada tanya opismate ika sebab ika ada google benda ni tapi cam haha problem pulak internet. Lambat ciput. So, kata opismate ika sampai hari Ahad ni. And also sampai ke malam. 
Selamat menjamu selera, menghabiskan duit, bersantai bersama keluarga dan apa apa sahaja asalkan kau bahagia. AHAHA. 
Maaf, sebab tak cukup info. Sangat mengejut pergi. Tak sempat nak mengoogle. 
Till then gais. Jumpa lagi in next entry. 

Assalamualaikum 🌸