Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Nama penulis memang selalu sangat diperkatakan oleh pembaca buku di Malaysia, Tapi, ika masih belum terdetik nak baca sampailah semalam tiba-tiba rasa macam ah why not cuba baca buku Anna Lee. Sebab lama dah dia duduk dekat rak buku, Jadi, setelah baca beberapa muka surat, ika macam terfikir kenapa la tak baca buku ni awal . Kalian, ini merupakan buku pertama yang ika baca tahun 2020 ni yang mendapat full star di Goodreads Ika.
Storyline Jika Aku memang menarik untuk kita teruskan pembacaan tanpa henti. Banyak lagi buku yang nak dibaca dan diexplore ya gais. Tak sangka ada buku yang mempunyai storyline yang berlainan dari kebiasaan. Ika dah ketinggalan keretapi ni, nak kena baca buku yang lain.
Sumber: My Own Picture Oh ya, bookmark comel ni dari Ibtisam Creative Design yang diredeem dari Shopee. Comel sangat :) |
Tak pernah baca buku yang watak utamanya boleh membaca fikiran orang/mind reader. Mengisahkan tentang Teja Citra. Dia ada kelebihan untuk membaca fikiran orang lain. Tapi, dia lebih gemar utk tidak ambil tahu apa yg ada dalam fikiran manusia lain sebab macam-mcam yang manusia fikirkan dan katakan. So, muzik dan earphone menjadi teman sejati dia. Permulaan cerita sangat menarik sebab dia dok usha sorang mamat ni dalam train. Kira dia admire la. Dan semua yang dibaca dalam Jika Aku ni majoriti ialah kata hati dan otak dia. Which is wow. Bermonolog dalaman.
Yang menjadi tak boleh stop baca is, nak tauu sangat apa yang Teja akan tahu dalam fikiran mamat yg dia dok stalk hari hari tu. Dan siapakah mamat tersebut.
For me personally dapat menghayati watak Teja ni dengan begitu mendalam. Macam mana kehidupan dia menjadi seorang yg ada keistimewaan yang unik, social circle dia, mcm mana dia adapt dan ignore benda benda toksik, cara dia bawa diri dia. Semuanya best utk diexplore. Cara perkenalan dia dengan Maliq pun boleh buat kita tersenyum simpul. Tak ada kata kata manis cintan cintun. Tapi manis tu mcm ah dont know how la to describe haha. Yang penting, perkenalan dieorang memang membawa satu hubungan yg sangat special.
Best ya kerja si Teja Citra ni, kerja dekat bookstore kot. My dream job. Jom tukar tempat nak? Haha tapi part job je la. Part yang mind reader tu idunwan. :) |
Tapi, tengah syok baca. Part kedua buat sis jadi keliru. Rasa curious. Sebab kalau betul Teja ni mental. Memang aku koyak buku ni. Haha. Tapi sabar sabar. Lagi lama baca lagi banyak persoalan di Part one yang terjawab. Masuk Part 3. Dah cun dah. Storyline makin clear. Mood baca macam roller coster. Persoalan dari Paklong, Puan Lola, Dr Lee dll menjadi persoalan besar.
Hm, ika suka sangat watak Teja. Dia buat kita rasa sama apa dia rasa. Part 2 turut mengheret kita sama utk ikuti perjalanan Teja merungkai permasalahan yg serabut dalam kepala dia. Misteri sangat. Mencari identiti sendiri walaupun kita yakin kita dah cukup tahu pasal identiti kita. Tapi di tonggang terbalikkan oleh org lain sampai kita was was dgn diri kita sendiri. And watak Maliq/Aidan. Manis dan misteri jua. Okay la padan la dgn Teja.
Cumanya, mungkin ika terlepas pandang. Ika sepatutnya baca Hello, It's Me. Sebab ika agak clueless ya dengan watak Tiya & Duta yang tiba-tiba ada dalam storyline. Kerana terlangkah bendul haha ika kelihatan blur ya disitu. My bad. Tapi, tak apa la. Sebab ika still enjoy every moment dengan Jika Aku. Sekarang tengah baca Hello, It's Me. Tak sabar nak explore watak Duta and Tiya pula.
# Kalau dapat baca fikiran orang mesti hidup kita jadi tak best sebab ada baiknya tak payah tahu apa org fikirkan pasal kita. Serabut tau. 😂 Depan lain, dalam hati lain. Hipokrit sangat.
Buku ni highly recommended!
⭐⭐⭐⭐⭐
Sumber: Google Ini la penulis Jika Aku: Anna Lee |
23 comments:
Ah tergoda lagi *terus order online
best baca buku anna lee ni..hehe
Rawlins pun suka menulis puisi dan cerpen - sejak zaman sekolah lagi. Dulu suka menghantar hasil tulisan pada buku tahunan sampai la sendir jadi sidang redaksi
terus nak cari jugaks... tq for sharing!
Anna Lee rupanya penulis muslim ya... hehehe... selalu nampak nama ni disebut2 di instagram ulat buku... nampak Ika review buku terus activated pula mood baca buku. Lama juga mengalami reading slump. Bookstagram pun dah mula bersawang. hahaha.
Memang menarik jalan ceritanya. Tetapi kalau boleh baca fikiran orang, memang jadi lebih menarik lah hidup dan penuh drama. :D
memang masa study dulu suka baca novel, boleh hayati watak tu dan bayangkan situasi diorang dalam cerita. hmm best jalan cerita nove ni
Baca sinopsis belakang membayangkan dalam dalam perceritaan cinta. ni boleh suggest kat mak mentua. dia suka baca novel macam ni
Dah lama tak baca novel. Nanti nak cari la buku akak rekemen ni.
Macam menarik je jalan cerita dia. Dah lama tak baca novel
Zaman ramaja memang kawan2 hantu novel. Hehe. Kita pon terjebak. Kalau baca susah nak benti sebab akan pikir plot seterusnye
Cerita ni mcm kena byk fikir.. agak berat jugak kan
Tak baca novel tapi dari penceritaan sis mcm menarik buku ni. Thanks for the recommendation
Lama tak baca novel takut hanyut melepek kat tilam seharian.haha..anyway jalan cerita buku ni macam menarik juga.
Baca review dah macam baca sinopsis drama le plak, mesti best juga kalau di buat drama kan...
Uitt kalau boleh baca fikiran orang, waaa bestnyaaa tapi mesti musuh kita lari hahahaha
Ada baik dan buruknya jika kita dapat baca pemikiran orang kan tapi jika bole ia anugerah istimewa kpd mrk yg memilikinya...
haa macam nak dekat Jalan cerita drama Korea ni. drama Korea suka La buat cerita yang Ada superpower macam ni
Wah rajinnya baca Novel.. iena baca novel masa zaman sekolah je. Since dah kerja takde baca pun :)
Tapi jalan cerita dia macam menarik.
hahaha fikiran sendiri pun tak larat nak tepis, apatah lagi fikiran orang lain. Bak kata Teja, kelebihan atau ketulahan? For me, it's ketulahan.
Macam menarik la novel Jika Aku. Boleh la Rawlins cari di bookstore berdekatan soon. Tq
Saya terus terang adalah salah seorang yang tidak suka membawa novel yang tebal-tebal macam ni tapi bila ada review daripada blogger kat blogger terhadap buku macam ni saya dapat baca dan faham isi cerita dengan lebih mudah. Kisah pasal orang boleh baca fikiran orang lain menarik ni heheheh bila lah boleh ada kuasa macam tu wakakakak...
aaaaaa dah lama nya tak baca novel :(
Owh.. Ika baca ke belakang ye.. Takpe masih seronok juga kan.. Every book by this author give a very different vibes.. best..
Post a Comment