Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Hi September! Pantas waktu berlalu tahun 2020 ni. Semoga yang baik-baik saja tahun ini walaupun kita masih dalam langkah berjaga-jaga dengan Covid 19. Harini, ika nak review satu komik bertajuk Purple Sunday. Komik ini sebenarnya dari Indonesia tetapi di alih bahasa kepada Bahasa Melayu oleh Gempak Starz. Fun fact ya kalian, Sweta Kartika ni ika ingatkan perempuan rupanya lelaki. Sebab mungkin, ika rasa nama dia terlalu feminin.
PENULIS: SWETA KARTIKA
MUKA SURAT: 158 MUKA SURAT
HARGA: RM 12
PUBLISHER: GEMPAK STARZ
Source: Google |
" Di setiap tahap kehidupan apa sekalipun, di dalamnya akan lahir satu pengalaman dan pengajaran berbeza. Begitu juga dengan percintaan"
To be honest, ika dah lama tak baca komik yang berunsurkan percintaan. Few years back, komik cinta sangat popular dalam kalangan remaja. Lagi-lagi keluarkan Gempak Starz. Ini, komik kedua yang ika baca tahun ini untuk tema cinta. Ika merasakan bahawa Purple Sunday ini best. Ika sendiri tak sangka ika akan habiskan bacaan kurang dari setengah jam. Kalau ika nonstop baca itu menandakan buku itu best. Titik.
Komik bestseller Indonesia ini sangat manis. Penyeri komik ini tak lain tak bukan ialah Nila (adik tiri Grey). Grey & Jingga yang dalam cuti sem diminta untuk jaga Nila. Ini kerana ibu tiri Grey mempunyai urusan di luar kawasan. Walaupun, Grey & Jingga mempunyai masalah, mereka tetap pikul tanggungjawab menjaga Nila dengan sebaik-baiknya.
Watak Nila bukanlah seperti watak kanak-kanak yang selalu ada dalam buku. Sesetengah buku menonjolkan watak kanak-kanak yang annoying dan degil. Berlainan sangat dengan Nila. Dia lebih berani , aneh dan dalam masa yang sama sangat comel. Laff sangat. Rasa jatuh cinta <3 span="">3>
Ini bahasa Indonesia. Source: Google |
Nila ialah penyelamat dalam hubungan Grey & Jingga. Jingga melihat sisi lain Grey ketika mereka bersama-sama menjaga Nila. Lebih protective dan penyayang. Bagi Jingga juga, Nila & Grey mempunyai persamaan iaitu mereka berdua aneh. Haha. Paling obvious ialah dalam satu part di dalam komik ini di mana Jingga menemani Nila untuk pergi membeli ikan.
" Ikan Koi berwarna merah putih ini, Nila panggil Ikan Ultraman"
Dan mereka pulang dengan ikan & "sesuatu". Ahaa, kena dapatkan and baca tau. Memang best!
Oh ya, sesiapa yang bercita-cita nak buka cafe yang mempunyai buku. Boleh baca komik ini untuk mendapat vibes tu. Mana tahu lepas baca ni lepas bersemangat ke untuk serius buka cafe yang dikelilingi buku. Dalam Purple Sunday ini, mereka mempunyai cafe. Seronok sambil lepak dengan kawan, minum kopi and baca buku.
Highly recommended untuk penggemar komik cinta dan bahan bacaan santai.
Kalau komik ini berwarna, ika memang akan bagi full star terus sebab kalau berwarna lagi nampak cantik :) Di GR, komik ini mendapat 4/5 star.
6 comments:
waaaaa... your review makes me wanna read this
dah lama tak baca komik juga , tapi still simpan :) sayang nak buang
Betullah.. nama dia feminin sangat.. rupanya lelaki ye.. Komik dia menarik..
wahhh..saya biase baca novel dari komik hehehe..btw nice story😍
sebelum ni Cuya banyak borong komik cinta preloved..baca je belum lagi..
btw komik ni nampak menarik.. :)
sebab kan ika la kite beli komik ni...best! lain drpd lain :)
Post a Comment