BOOK REVIEW - MAGNOLIA 1976 BY ALIS PADASIAN - Jari Jemari Menari

Oct 2, 2020

BOOK REVIEW - MAGNOLIA 1976 BY ALIS PADASIAN


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalini, ika berpeluang sekali lagi untuk membaca karya dari penulis Sabah yang bernama Alis Padasian. Sebelum ini. ika telah baca karyanya yang bertajuk Sinarut 1994. Ika berterimakasih kepada Untitledbc X ByteLiber kerana memberi ika peluang dan ruang untuk membaca Magnolia 1976. Magolia ialah nama bunga tetapi di dalam Magnolia 1976 ini, Magnolia ini ialah nama kumpulan. 

Ika merupakan orang kedua yang akan review Magnolia 1976 ini. Kalian boleh baca review yang lain juga antaranya dari Aisyah, Faiz & Sizreads. Pada tarikh 2 Oktober, ika akan update review buku ika di Instagram dan Blog. Maka, ini adalah serba sedikit ulasan dari ika. Tidak dipengaruhi sama sekali dengan review dari Aisyah,. Jika kami mempunyai point yang sama, maka mungkin kami mempunyai point of view dan citarasa yang sama. Let's proceed. Bismillah. 



Nama Penulis: Alis Padasian

Publisher: ByteLiber

Mukasurat: 220 mukasurat

Ulasan Ringkas

Secara peribadi, Magnolia 1976 merupakan naskah yang berat/sarat dan memerlukan konsentrasi bacaan 100%. Kepada sesiapa yang sukakan genre spy politik thriller. Ini buat kalian. Penulis Alis Padasian akan membawa kalian menjelajahi dunia perisikan yang berasaskan politik di Sabah. Dengan 220 mukasurat, kita akan berkenalan dengan watak seperti Joseph, Stevan, Peguam S Temian, Peter Wong, Romel Adin dan ramai lagi. Dan setiap sorang darinya mempunyai karakter yang berbeza. Selain itu,  kita akan baca beberapa fakta sejarah mengenai Pemberontakan Jesselton dan setelah digoogle, ika baru tahu mengenai Albert Kook, Ketua Gerilla Kinabalu 1943 seperti yang diselitkan di dalam Magnolia. Menarik. Ilmu juga tu!

Dalam Magnolia ini, Datuk Romel Adin dan Binisol (musuh dan rakan politik) yang ketika itu sama-sama bekerja di kerajaan mengambil keputusan untuk berhenti dan melibatkan diri dalam politik. Kedua-duanya ingin menjadi wakil rakyat. Akan tetapi, pati no 1 UNSO menyatakan hanya akan ada satu kerusi tempat bertanding, samaada ianya milik Romel atau Binisol. Tetapi berlakulah kejadian yang diluar jangkaan sehinggakan Romel dan Binisol bermusuhan. Dan Joseph dan Stevan menjadi spy Romel untuk menyiasat Binisol. Watak Joseph dan Stevan adakalanya mencuit hati. Pekerjaan baru ini membuatkan mereka sentiasa curious dengan apa yang terjadi, begitu banyak persoalan yang timbul sehinggakan mereka sendiri inginkan jawapan secepat mungkin. Cerita yang penuh aksi, pengorbanan, konflik dan perasaan emosi. Semua dalam satu naskah. 

......................................................

Dengan bahasa Melayu campuran loghat Sabah. Ika terpaksa baca dua kali ayat yang sama kerana sudah semestinya ika kurang faham loghat Sabah. Maka, ika perlu baca maksud dalam bahasa juga. Ini membuatkan ika terpaksa mengambil masa yang lebih sikit untuk habiskan Magnolia 1976 ini. Tetapi bagi sesiapa yang suka baca buku yang mempunyai loghat negeri lain. Ini juga untuk kalian. Banyak perkataan Sabah yang ika peroleh sepanjang baca buku ini. Yang kelakarnya, masa baca kuat-kuat siap ada bunyi slang Sabah. Keh keh. Rasa diri power cakap Sabah padahal tak pun. 

Sometimes, ika akan lost sedikit dengan nama watak dan jalan cerita kerana sebagai contoh nama watak, Binisol Bolungi. Sekejap Binisol, sekjap Bolungi. Haha. Orang yang sama tapi kalau tiba-tiba terlupa ika akan rasa macam eh ni nama watak yang mana pulak. Of course I blame myself sebab blur. Jalan cerita pula, ada banyak campak belakang (throwback/flashback). Kena fokus dengan pembacaan jika benar-benar inginkan kepuasan. Ada part yang sedikit samar-samar jalan cerita, tetapi keseluruhannya ika boleh agak apa yang penulis ingin sampaikan kepada pembaca. 

Mencabar bagi ika kerana ika cuba membaca sesuatu yang bukan bahan bacaan yang ika selalu baca. Sekalipun, ika minat genre thriller spy. Ika merasakan bilamana ada sedikit campuran politik. Sesuatu bahan bacaan itu menjadi rumit. Haha. Tapi, cabaran sebegini dapat membuatkan ika buka mata dan minda bahawa genre sebegini juga masih ada valuenya dan menarik untuk dibaca. 



Ika mungkin akan baca sekali lagi selepas ini buku Magnolia 1976. Kerana pada pendapat ika, ika rasa tak puas. Mungkin bacaan kali kedua, ika sudah senang untuk teruskan pembacaan sebab sudah familiar dengan nama watak dan akan lebih faham storyline. Magnolia 1976 adalah satu bacaan yang ada keistimewaannya tersendiri. Walaupun storyline nya kelihatan rumit tetapi secara ringkasnya ika dapat simpulkan yang dalam bidang politik ini. Di mana mana negara sekalipun bukan sahaja negara Malaysia, pasti akan adanya politik kotor.Bukan saja dari segi rasuah, fitnah, medium yang digunakan, apa yang disogok, melobi dan sebagainya. 

Isu ini memang tidak semua pihak ambil kisah. Tapi sedikit sebanyak kita kena tahu la mengenai politik yang ada di negara kita sendiri. Dan ika puji penulis, Alis Padasian kerana berani menulis karya yang lain dari yang lain, lari dari kebiasaan, dan ianya cubaan yang baik dan boleh diberikan kredit. Bukan mudah nak menulis cerita sebegini dan ika kagum kerana Alis ialah penulis wanita. Penulis wanita juga boleh menulis cerita risikan dan politik. Thumbs up! 

Kalau nak tahu siapa inspirasi disebalik Magnolia 1976 ini, kalian kena dapatkan okay?

5 comments:

Syazni Rahim said...

bagus orang yang boleh baca buku berat2 ni, saya tabik!

Cuya said...

singgah sini ^^Y

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

Atie Zieya said...

buku berat2 ni klu otak kita mampu berfungsi mmg best baca kan

Sha Mohamed said...

Suka bila ada slang negeri lain.. satu kelainan yang menambah keunikkan pada buku tu..

marbella said...

Macam menarik ceritanya.Di mana boleh dapatkan buku ini?