Ulasan Buku - Meet- Cute Romance / 13 Penulis - Jari Jemari Menari

May 16, 2023

Ulasan Buku - Meet- Cute Romance / 13 Penulis

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Buku pre order yang ditunggu-tunggu dari Lawa Lingo akhirnya selamat mendarat dengan jayanya. Alhamdulillah. First time dapat tahu mengenai buku ni, memang terus berhajat nak dapatkan. Sebab katanya ini merupakan antologi cerita comel yang manis-manis belaka. Dipilih oleh Kakak Lawa dari banyak-banyak penyertaan. Maknanya yang terbaik dari ladang la kan. Haha. Lagipun, mostly semua penulis baru. Kita perlu baca something fresh dari dieorang ni.

 

Second thing yang menarik perhatian kita ialah cover buku MCR. Comel sangat. Pemandangan pun cantik. Tak boleh cakap No! Congrats Lawa Lingo sebab everytime keluar buku baru ada banyak improvement. Kalini bukan setakat cover sahaja. Packaging penghantaran pun cantik & secure! Laff. Buku ni juga jenis floppy. Tak rasa bersalah nak buka luas-luas.


Kadang, kita akan tersenyum mengenangkan detik pertemuan kita berkenalan dengan seseorang dalam hidup kita. Perasaan yang bercampur baur. Macam ada rama-rama berterbangan dalam perut. Senyum tidak lekang dari bibir. Hati berbunga-bunga <3


Siap dapat postcard checklist tempat cari jodoh :) Kiyot. And thankyou untuk nail cliper hee. 

Tentang pertemuan kali pertama

Semua cerpen dalam buku ni memang watak hero-heroin , kedua-duanya meet up buat pertama kali<3. Dibawah ialah rating setiap cerita berdasarkan personal opinion ika :- 


1. Dobi Albab / Dhea ⭐⭐⭐⭐.5

2. Hujan / Hironuwi ⭐⭐⭐⭐

3. Cepet / Asyah Teo ⭐⭐⭐⭐.5

4. Mawar / Liya Fatiya ⭐⭐⭐.5 

5. Leave A Note . Izz Khair ⭐⭐⭐⭐.5

6. Lelaki Hitam Putih / Zar Zatie 

7. Rosemary / Deian Dyan 

8. Bear Bear - Kaymi 

9. Nilam Harraz / BukuKecik

10. Tiket / Atin Fatin 

11. The Ghost Run / Tihaa Ris 

12. Awak, Saya & Miko / Nadra 


Buku Meet Cute Romance yang mempunyai 195 mukasurat ini boleh dihabiskan in one sitting sahaja. Nipis sangat. Tambahan pula, setiap cerita memang ringkas dan padat. Setiap cerita tak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Compact & straightforward. Untuk saya yang sudah berusia ni. Saya kira buku ni dikira sebagai satu naskah yang berjaya mencuit hati saya. Sebab manis dan comel sangat omaigad. Haha. Percubaan yang baik dari 13 penulis. 


Cumanyaa -- memang tak puas la sebab rasa nak lagi. Ada cerita yang macam habis poof 🌬macamtu sahaja. I want more. Sebab ada cerita yang berpotensi besar untuk dipanjangkan lagi.

Ada juga beberapa cerita yang mungkin boleh ditambah rencah kemanisan Hee. Kalau tambah sikit lagi mesti umph & feel.

Bacaan yang TERamat santai. Suka dengan variasi latar tempat pertemuan watak-watak dalam MCR (refer gambar untuk lokasi tempat). Watak hero & heroin semuanya memang manis belaka perangainya dalam MCR ni. Manis masih terkawal dan bukan dalam kategori overdose. Jangan sampai tahap overdose eh. Sangat merbahaya!

Semoga penulis-penulis sekalian tidak berhenti menulis. Teruskan menulis. Jangan sia-siakan bakat menulis korang okay? . Congrats to all 👏🏻


Website Lawa Lingo

Instagram - Ulasan MCR





No comments: