Hermonisse: One Size Travel Bra | Travel Friendly - Jari Jemari Menari

May 18, 2023

Hermonisse: One Size Travel Bra | Travel Friendly

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Perkongsian ini, khas buat kalian bernama wanita, perempuan, dan gadis. Whoever yang berlainan jantinan nak baca. Silakan. Nak skip pun tak apa. Sebab entry ini nak bercakap soal 'private' sikit. Kita ni orang perempuan, kalau bab-bab nak bercuti memang terlebih teruja kan? Tapi bila sampai part nak mengemas lugagge untuk pergi bercuti. Memang rasa malas. Tapi bila datang mood rajin. Sampai satu almari nak bawa. Kan kan? Orang perempuan baik mengaku cepat.


Tapi, isu yang nak disentuh bukan pasal baju atau seluar. Tapi, mengenai pakaian dalam/bra. Bercakap soal pakaian dalam yang kita akan pack untuk bawa bercuti. Ika memang tidak selesa jika pakaian dalam terdedah atau bersepah dalam luggage. Sangat menganggu dan segan kalau orang yang tak sepatutnya nampak pakaian dalam kita. Malahan, ada ketika ika terpaksa sehabis daya untuk sorok dalam timbunan baju. Menyusahkan bukan? 


Sumber: Google 

Ika ada nampak ada kedai yang menjual organizer khas untuk menyusun bra khusus untuk dimasukkan dalam lugagge. Ada banyak jenis organizer juga. Jenis yang beg jaring laundry pun sama. Secara peribadi, ika rasa organizer tersebut akan makan ruang yang banyak dalam luggage kita. Malahan, bila disusun dalam lugagge belum tentu organizer tu menjalankan fungsinya dengan baik. 


Nak dibandingkan dengan bra yang kebiasannya kita guna. Memang mengambil ruang yang banyak dan susah nak lipat (risau jika merosakkan bentuk bra). Tapi, jangan risau geng. Ika dah jumpa satu website yang menjual pelbagai jenis pakaian dalam dan yang paling best ada juga bra khas untuk travel. Memang memahami betul la masalah kiteorang :) Dan solution terbaik yang boleh difikirkan untuk memudahkan kita mungkin kita boleh bawak travel bra which is one size travel bra. Wireless & seamless bra.


Memperkenalkan One Size Travel Bra dari Hermonisse. Lihat saja jenis travel bra yang ada dalam website mereka. Rambang mata kan?. Design pun menarik dan nampak moden. Sesuai la untuk dipakai oleh semua golongan. Baik remaja mahupun dewasa. Warna-warna untuk travel bra juga ialah warna yang selamat. Warna yang tidak takut untuk dipakai. Bukannya menonjol. 



Tiada spesifik size. Kalau kalian risau tentang pemilihan saiz. Rasanya tak perlu ada perasaan sebegitu sebab travel bra ini pemilihan tanpa size. Maksudnya, one size bra ini direka khas untuk berikan keselesaan buat pemakai tidak kira saiz badan. 


Mudah kering. Ini sangat penting. Bila travel, kadang-kadang tanpa sedar pakaian dalam yang dibawa sudah habis digunakan. Jadi, menyusahkan kalau setiap kali nak mencuci nak ke dobi yang berdekatan. Fabrik one size travel bra ini mudah kering. Kalian hanya perlu cuci seperti biasa dan jemur sahaja. Kerana materialnya sangat nipis. 





Jimat Ruang. Ini yang kita cerita pada awalnya. Nak bawa lebih dari 10 helai bra ini pun tiada masalah. Kerana kalian boleh lipat travel bra ini dan masukkan terus dalam luggage. Ruang yang diambil hanya sikit saja. Selebihnya kalian boleh letak pakaian kalian yang lain. 

Kalian boleh gunakan kupon code IKA10 untuk dapat 10% off di website Hermonisse. 


https://hermonisse.com.my/products/zbra-buckle-padded-seamless-bra?variant=42479841378466

No comments: