Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Lama hold nak baca Derhaka Cinta Jebat. Sebab ika pinjam dekat PNMeReader (versi ebook). Lama nak tunggu turn. Rupanya cerita ni juga dah diadaptasikan. Saya serius tak tahu dengan kewujudan drama tersebut. Nampak sangat tak tengok TV. Haha. By the way, ini merupakan karya Cik Tet yang ke 3 ika baca. Sebelum ini, ika dapat detect yang ada cerita yang ada adegan suami isteri yang ika tidak gemar. Malangnya -- buku ini juga sama.
Benda pertama yang saya nak highlight ialah cerita ini cerita dewasa. Ada part 🔞(atas katil, cium & mandi). Secara peribadi saya tak faham kenapa kena ada scene macamtu. Malah ada juga rasa tidak selesa. Sikit-sikit ke situ je otak Jebat. Inikah dikatakan sweet dan nuckal? idunknow. Perspektif masing-masing la. Bagi saya dengan membaca, pembaca akan imagine. Mustahil tak imagine. Jadi, macam mana? Tak salah pun kan letak peringatan dekat belakang ke mana-mana ke mengatakan yang dalam buku ada part 18sx (-1). Orang pun akan berfikir panjang nak beli.
Hanya kerana ingin membalas dendam. Jebat berkahwin dengan Aisyah. Ikatan suci itu dipermainkan Jebat. Tegar betul Jebat. Lepas berkahwin, rasanya kalian sendiri boleh agak apa yang terjadi pada Aisyah. Sampai Aisyah tekad untuk membawa diri. Bagi saya, dendam Jebat memang dendam yang sia-sia dan makan diri. Tiada usul periksa yang mendalam. Terus buat keputusan bodoh.
Mungkin akan datang Kaseh Aries boleh come out dengan cover yang lebih menarik. Saya tengok rate-rate pembaca kurang minat dengan cover yang ada muka real people. |
1 comment:
Okaylah baca santai-santai..
Post a Comment