Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Permulaan cerita yang mendebarkan. Detik cemas yang berlaku antara Airis & Hazieq membuatkan saya panik juga. Malangnya, kemalangan kereta tersebut telah menyebabkan mereka berdua koma selama sebulan. Mereka sepatutnya akan berkahwin dalam masa terdekat. Tapi Allah lebih menyayangi Hazieq. Saya memang berharap sangat yang selepas dari bahagian ini cerita akan semakin menarik.
Tapi lama kelamaan cerita ini penuh dengan drama dendam keluarga Hazieq. Di mana mereka seolah-olah tidak percaya dengan Qada dan Qadar. Lagi bertambah pening bila Hazim (adik Hazieq) meletakkan kesalahan 100% atas bahu Airis dan mengelarkan Airis pembunuh abangnya. Musykil betul dengan manusia otak kolot macam Hazim. Dia pun terpaling over sampai haramkan orang datang ziarah kubur abangnya.
"Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku" -- Hazill Wafiy
Gara-gara itu jugalah Hazill berubah laku juga. Hazill tampil ke hadapan untuk berkahwin dengan Airis. Tanpa siapa suruh dan tanpa siapa paksa. Diugutnya Airis untuk kahwin dengan dia kalau tak semua keluarga Airis dalam bahaya. Guess what geng? Lepas kahwin, dia jadi suami terpaling red flag.🚩Paling pantang bila lelaki angkat tangan pukul isteri tanpa alasan muhasabah. Dicaci maki orang tu suka hati saja. Dia memang gunakan kuasa veto suami 100% dekat Airis.
Aku sikit pun tak kesian ya dekat Hazill bila tahu dia sakit kronik. Sebab selalunya mesti akan timbul simpati. Tapi kali ini phew memang tak boleh terima. Sebab perangai jin dia ya ampun. Tak boleh nak sayang isteri sebab sakit. Yang kau pergi kahwin dengan dia sebab dendam boleh pulak? Orang bila ada jiran kena la hidup cara berjiran.Tapi lain pulak dengan Hazill. Dia larang Airis berkawan dengan jiran. Kesian Airis.
Jadi seorang Airis pun tidak senang. Sudahlah tak sempat nak hilangkan trauma kemalangan. Kehilangan orang yang tersayang. Kena pula hidup dengan orang psiko. Banyak perbuatan Hazill yang boleh buatkan Airis tawar hati dan angkat kaki sebenarnya. Tapi kau rasa apa jadi? Mana mungkin la kan. Porak peranda tau awal cerita. Hm.
Derita Terindah? Hm. Banyak derita dari indah kot.
|
Tak tahu pula dah diadaptasi menjadi drama pada tahun 2020. Kalau taknak baca buku. Tengok je la drama okay :) Mana tahu kurang menyirapnya. |
I don't know la geng. I don't like it. Mungkin saya bukan target reader penulis. Maaf kalau ulasan ringkas ini mengguris hati. Saya harap penulis akan comeback dengan cerita yang lebih baik.
Note: Yang hanya saya boleh puji cerita dalam ni ialah macam mana Airis ditemukan dengan jiran yang baik macam Nisa. Banyak yang Nisa slow-slow berikan pendedahan dari segi agama buat Airis. Dan Airis juga banyak belajar. Bukannya dia pandang remeh benda yang jiran dia beritahu.
3 comments:
menyampahnya nak baca bila banyak watak dia ada masalah mental, tak suka perangai hero macam ni.
Suka juga kalau redza rosli berlakon
Bagusnya, rajin baca buku. Saya tahun ni satu buku pun belum habis baca.
Post a Comment