Jari Jemari Menari ♡

Nov 24, 2020

BOOK REVIEW - NABI MUSA A.S VS FIRAUN YANG ZALIM BY ABDUL LATIP TALIB

6:07 PM 2
BOOK REVIEW - NABI MUSA A.S VS FIRAUN YANG ZALIM BY ABDUL LATIP TALIB


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Buku seterusnya yang ika nak share ialah novel sejarah islam. Nak dijadikan cerita, kebetulan sangat. Hari yang ika jejakkan kaki ke Chapter One, Star Avenue. Novel Sejarah Islam ini tengah ada sale. Harga memang sangat berpatutan tapi biasalah rasa macam nak ambil semua. Instead of ambil semua, ika rasa why not ambil 2 buah. Terimakasih dekat sepupu sebab belanja satu buku, lagi satu bayar sendiri. Happy tak terkata! Lagi satu buku bertajuk Abu Jahal Yang Jahat kalau tak silap. 

Tertarik dengan tajuk. Kisah-kisah Nabi ini memang takkan dilapuk dek zaman. Selalu seronok untuk dibaca walaupun kita dah tahu ceritanya dan selalu baca. Kan? 


Tajuk: Nabi Musa A.S VS Firaun Yang Zalim
Penulis: Abdul Latip Talib
Publisher: Latip dan Keluarga Enterprise
Bab: 16 Bab
Harga: RM 19

Walaupun dah baca banyak buku yang menceritakan mengenai Nabi Musa AS. Namun, buku ini mendapat tempat di hati kerana menceritakan bagaimana kehidupan sebelum kelahiran Nabi Musa sehingga la Nabi Musa A.S dilahirkan sehinggalah Nabi Musa A.S mendapat wahyu dan peristiwa-peristiwa menarik. Kekejaman Firaun memang tiada tandingan. Angkuh, ego, takbur dan banyak lagi yang negatif ada dalam diri Firaun.

Banyak juga isi yang menari dalam buku ini yang baru dapat tahu antaranya ialah:-

•AllahS.W.Tpelihara kehormatan isteri muda Firaun, Asiyah dengan menjadikan iblis sebagai ganti bila Firaun ingin bersama isterinya.
•Firaun memisahkan suami isteri kaum Bani Israel sebab Firaun takut akan terjadinya kelahiran bayi lelaki iaitu Nabi Musa. Namun, Firaun tidak mampu menghalang sesuatu yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.  
•Rupanya, Firaun sempat percaya akan wujudnya Allah S.W.T. Tapi Allah S.W.T tak terima. 
•Ketua Ahli Sihir & Ahli Ahli Sihir masuk Islam selepas melihat kebesaran Nabi Musa A.S (tongkat bertukar menjadi ular)
•Bab 9 : Bala Menimpa Mesir sangat best. Firaun yang berjanji akan beriman ingkar selepas Nabi Musa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghilangkan segala musibah yang melanda.


Novel Sejarah Islam yang menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur, baik muda atau tua. Kalau sesiapa yang sukakan bacaan sejarah Islam yang mudah untuk difahami ayatnya dan penceritaan yang jelas. Boleh beli buku ini. Nipis tapi padat isinya. Nabi Musa A.S juga menghadapi kesukaran dalam dakwah yang ingin disampaikan. Akan tetapi, berkat kesabaran Nabi Musa A.S, ramai golongan Bani Israel yang bersama sama dengannya dan percaya akan wujudnya Allah SWT. Bukan senang ya.


Suka dengan penceritaan yang ringkas namun memberi kesan yang mendalam dalam diri. ❤️ Rekomen buat semua pembaca yang sukakan bacaan ringkas. 

Nov 21, 2020

BOOK REVIEW - PUAKA PKP BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

8:24 AM 18
BOOK REVIEW - PUAKA PKP BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Musim PKP ni, masa memang banyak sangat di rumah. Jadinya, kalau suka-suka nak ke tempat kesukaan macam kedai buku tu semata-mata untuk beli buku rasa macam tak patut sebab kita patuh sajalah arahan dari kerajaan. Lain kali, boleh pergi kedai buku. So, ika ambil keputusan untuk beli buku secara online atau beli ebook sajalah. Lagi senang. Sebab ika sendiri pun takda la memilih soal format buku. 

Tengah scroll shopee, ika terjumpa buku baru rasanya keluaran siri puaka. Memang ika kumpul buku-buku siri puaka ni. Wah. Tajuk kalini memang kena sangat ya dengan situasi. Mood tu terus on nak dapatkan buku ni and baca. Terus ke ESentral dan beli. Review kalini mengenai Siri Puaka PKP dari Khairul Nizam Khairani. 


Penulis: Khairul Nizam Khairani 
Format: Ebook 
Harga Ebook : RM 8 

"AKIBAT TIDAK MEMATUHI SOP" 

Mengisahkan tentang kejadian misteri yang berlaku di Kuarters Kerjaaan Sri Bukit sepanjang tempoh PKPD. Penduduk kuarters tersebut bukan sahaja positif Covid disebabkan sebuah majlis perkahwinan yang berlansung diatas sikap tidak bertanggungjawab salah seorang dari penduduk di situ. Malahan, berlaku juga kes kehilangan yang misteri. Kehilangan penduduk kuarters tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya dan pihak polis bingung dengan kes tersebut.

Watak Akif, seorang remaja lelaki dalam Puaka PKP ini mengungguli keseluruhan cerita di dalam ini. Akif lebih menonjol dan wataknya boleh dikatakan sebagai watak yang degil dan tak reti duduk diam. Arahan untuk duduk di rumah seperti tidak diendahkannya dan dia tetap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bertemu dgn rakan-rakannya dan ketika kes misteri itu berlaku, Akif paling curious dan dialah yang paling berani antara mereka semua di kuarters tersebut. Tidak gentar dengan polis yang berjaga di situ. Bilamana penulis ada selit mengenai drone. Teringat cerita zombie Korea, Alive! Watak kedua-duanya ada gunakan drone untuk melihat kawasan sekeliling. Sama tapi tidak serupa. 

Dia merasakan bahawa hutan di belakang kaurters itu mungkin juga menyimpan sesuatu dan Akif juga ada melihat sesuatu yang pelik di sekitar kuarters tersebut! Makhluk itukah punca nya? Kepala babi tunggal? Hantu kah?

Sila dapatkan dan baca okay? 

Sumber: Facebook Penerbit X 


Storyline simple dan paling menarik ada plot twist yang tak expect pun. At the end of the story, ika sendiri macam berfikir fikir dalam kepala dengan ending dia. Sebab tak sangka. Di pertengahan cerita, ika ada predict mengenai sesuatu berkaitan dengan watak tambahan. Ternyata salah sama sekali ya. Normally ika agak kurang la dengan jalan cerita beberapa buah buku dari Siri Puaka. Tapi yang ini masih boleh diberikan kredit buat penulis. Penulis berjaya membawa situasi Covid 19 ini yang terjadi sekarang di seluruh negara sebagai isu utama dalam ceritanya dan ianya memang terasa dekat masa baca. Goodjob!

Secara peribadi, ika rasa walaupun ianya adalah cerita fiksyen semata-mata namun sedikit sebanyak dapat memberi iktibar. Jangan jadi manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri dalam keadaan musim Covid yang tengah melanda sekarang ini. Kita kena jaga kita! Semuanya memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Kalau kita saja jaga diri, orang lain tak jaga. Pun tak akan menjadi juga. Betul kan? 






Nov 19, 2020

EBOOK REVIEW - PENJARA BY MUHAMMAD FAREED

8:28 PM 4
EBOOK REVIEW - PENJARA BY MUHAMMAD FAREED

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, ika nak review satu ebook baru dari FIXI iaitu Penjara. Jujurnya, ika dalam fasa reading slump. Jadi, buku tebal ke nipis ke tidak dapat dibaca. Mood tu lari. Bulan ni hanya dapat baca 2-3 buah saja. Tapi, sebab ika tersangatlah tertarik dengan sinopsis Penjara ni. Ika rasa tak salah untuk baca supaya mood tu kembali semula. Biarlah lambat asalkan habis baca haha. 

Buat masa sekarang, Penjara berformat ebook dan tak pasti sama ada FIXI akan keluarkan physical book dalam masa terdekat. And by the way,  turut sama seiring keluar dengan Penjara ialah ebook Angker dan Ular. Ketiga-tiganya boleh dapatkan di Google Play Store atau Kaki Buku. 



Penulis: Muhammad Fareed 
MukaSurat: 435 mukasurat 
Publisher: FIXI
Format: Ebook
Genre: Thriller 

SATU KESALAHAN: ENGGAN BERKAHWIN SEBAIK MENCECAH USIA 21 TAHUN!

Permulaan cerita Penjara ini. Seolah olah, kita turut sama dalam cerita. Bayangkan, kau masih muda dan taknak berkahwin dan taknak sangkut dengan apa apa komitmen. Tapi ditangkap sebab itu. Tidak berkahwin. Dan dihumban ke dalam Penjara Manusia Sepi yang dikelilingi oleh jerung gergasi. Lepastu, keadaan dalam penjara tu penuh dengan peraturan yang aneh. Itu la yang terjadi dekat Sufian. Sufian rasa hak berkahwin tu, adalah hak manusia. Tak perlu orang lain masuk campur terutamanya kerajaan la.

Ketika Sufian ditangkap, ada beberapa lagi orang yang mengalami nasib yang sama seperti Megat, Paul, Anggerik & Joanna. So untuk dijadikan cerita, dalam tu semuanya akan bekerja la. Di bahagian masing-masing. So, semuanya akan berpasangan untuk buat kerja tersebut. Sufian bergandingan dengan salah seorang dari yang ditangkap dengan dia. And dekat sana, mereka diberi peluang untuk cari pasangan dan berkahwin. Tapi, mereka akan hidup di rumah agam. Kalau okay dalam fasa perkahwinan tersebut mereka akan dibebaskan. Agak agak macam mana kehidupan Sufian? Dia akan dapat cari pasangan dan bebas tak? Atau Sufian dan tahanan semua ada rancangan lain?. Mmapukah mereka bertahan? 

Undang-undang yang aneh? 
Kegilaan yang memang gila.
Latar tempat ala ala movie Hollywood.
Perasaan yang bercelaru
Survival 

Permulaan cerita memang membuatkan saya berdesup baca sebab seronok. Suka dengan idea dan konsep penulis yang membawa kita menjelajahi pengalaman berada di Penjara Manusia Sepi. Boleh imagine la sebab ada cerita juga keadaan di sana bagaimana. Nak expect apa dalam Penjara. Mestilah suasananya sama. Gelap kotor dan sunyi. Akan tetapi, sampailah dekat 300++ mukasurat. Rasa macam 'perlahan' sedikit. Ketika part di hutan. Mungkin sebab diri sendiri tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku dekat dieorang semua. Hm ada sedikit part 18sx yang masih boleh dikawal. Saya sebenarnya taktahu nak cakap macam mana tapi ending dia saya hanya mampu berhuhu di dalam kepala otak je. 

Sebelum ending yang huhu tu, saya suka juga dengan ending yang akhirnya menyelesaikan segala persoalan di permulaan cerita. Ending yang mengembirakan untuk manusia manusia di Penjara Manusia Sepi. Kira ada dua ending la. #ikareviewbuku

Kepada sesiapa yang sukakan cerita thriller aksi dan misteri boleh dapatkan Penjara. Ebook ini dijual dengan harga RM 8 lebih. Dan kalau ditanya, apa pendapat keseluruhan setelah baca ebook ini. Hanya satu yang boleh diulas. Luar kotak yang bikin hati geram. Ternyata cerita fiksyen sekadar fiksyen dan kalau ada pengajaran yang boleh diambil. Ambillah dengan sebaiknya. Yang buruk-buruk tolak tepi dan hiraukan. Okay? Arraso? 

Oct 27, 2020

BOOK REVIEW - PHILANTHROPISTS BY ROZLAN MOHD NOOR

7:21 AM 20
BOOK REVIEW - PHILANTHROPISTS BY ROZLAN MOHD NOOR


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Ini merupakan kali ketiga ika berpeluang untuk join blogtwit tour bersama dengan Untitled. Sebelum ini seperti yang ika pernah beritahu dalam previous post. Ika pernah collabarate untuk Sinarut 1994 & Magnolia 1976. Untuk bulan ni, ika akan baca buku baru dari FIXI yang bertajuk Philanthropists dari Rozlan Mohd Noor. Tujuan utama ika apply untuk baca buku ni sebab ika aim tahun ni at least nak baca 3 buah buku English. At least. Dan juga penulis bernama Rozlan Mohd Noor ni, ika familiar dengan nama beliau tapi tak pernah lansung baca karya dia. Hanya dengar ura ura yang karya beliau memang best! 

Tapi, sebelum itu. Review ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nanti, ika akan update semula dengan Bahasa Inggeris. Kira review ini akan jadi dwibahasa. :)



Penulis: Mazlan Mohd Noor
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 301 muka surat
Format: Paperback 
Genre: Jenayah & Penyiasatan
Harga: RM 16.90

Mengisahkan tentang dua lelaki yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Sentul. Dengan kesan tembakan dan boleh dikatakan pembunuh tidak meninggalkan banyak petunjuk untuk dikesan. Yang menjadi misterinya apabila pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan dadah. Namun mengapakah tempat persembunyian dadah tidak disentuh? Dan masih terdapat juga misteri yang lain. 

Dalam menangani kes itu, Inspektor Mazlan Latif dan Detektif Sarjan Jihan Kamaruddin dari Penyiasatan Khas (D9) menghadapi rintangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh negara. Ianay menyekat pergerakan mereka untuk mencari lebih banyak petunjuk. Atau sebenarnya mungkinkah pembunuh tersebut dekat sahaja dengan mereka? 

Siapa yang minat cerita penyiasat polis. Ini khas buat kalian semua. Kalian akan dibawa menyelusuri penggembaraan dalam menyelesaikan jenayah besar di Malaysia.Cerita ini terasa dekat kerana kita tahu cerita yang ditulis penulis itu berlatarkan negara kita. Jangan sangka dunia dan tugas polis ini senang. Risikonya tetap ada di mana mana saja yang mereka ada. Tahniah buat penulis kerana berjaya menulis cerita ini dengan sangat baik dan kalian boleh dapatkan terus kesemua karyanya. Worth it! 

Penulis juga ada menyelitkan tentang pe'el orang kita di Malaysia ini. Yang memang betul sama sekali apa yang diperkatakan nya di dalam bahagian pertama buku ini. Tentang orang kita yang suka berkumpul di tempat berlakunya kemalangan. Membuatkan keadaan disitu sesak dan kehadiran mereka yang sekadar melihat itu tidak membantu pihak polis. 

Cumanya, ika ada juga macam blur sikit dengan pangkat yang ada dalam unit polis dan juga term-term yang mereka gunakan. Namun, ika rasa itu bukanlah penghalang untuk ika tidak habiskan buku ini. 

Congrats again untuk penulis Rozlan Mohd Noor! Semoga terus berkarya dan hasilkan karya yang menarik lagi. 



Oct 25, 2020

EBOOK REVIEW - WANGI BY NAIM TAMDJIS

5:57 AM 24
EBOOK REVIEW - WANGI BY NAIM TAMDJIS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini merupakan ebook terbaru dari penulis, Naim Tamdjis. Sebelum ni, ika ada baca ebook penulis bertajuk Lockdown. Kalau tanya apa yang membuatkan ika tertarik dengan ebook ini. First sekali, cover ebook ini. Tahniah buat You Seth Tan. Kalau zoom nampak habis la segala macam muka dalam cover tu.Warna cover menenangkan tapi dalam masa yang sama bagi satu vibe yang lain. 

Ebook ini boleh dibeli dengan penulis. Denga harga RM10, kalian akan mendapat ekstra satu lagi cerita seram Paranormal yang ika akan review di entry yang lain. Untuk pengetahuan kalian, hasil pembelian kalian sebanyak 20% akan dimasukkan di tabung Covid. Membeli sambil menderma kiranya. 

Review ini mungkin akan ada sedikit spoiler tanpa disengajakan. Maaf ya. 


Penulis: Naim Tamdjis 
Muksurat: 194 mukasurat
Format: Ebook 

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Alias, yang baru saja berpindah ke rumah baru kerana dia suka akan kehidupan yang lebih selesa, bersih dan tenang. Tidak diganggu dengan hiruk pikuk orang lain. Dengan bajet yang sederhana, Alias dapat sebuah rumah teres yang dirasakan okay baginya. Disitu, dia berkenalan dengan seorang perempuan cantik bernama Lengsir Wangi yang merangkao jirannya.Maka, hati Alias berbunga-bunga mengenangkan yang dia mempunyai jiran perempuan yang sangat cantik, berbau wangi dan yang pastinya telah memikat hati lelakinya.

Hari demi hari, Alias semakin angau dengan Wangi. Tanpa disedari Alias, sesiapa sahaja yang mengacau Alias atau mempertikaikan kewujudan Wangi pasti akan diganggu. Seolah -olah memberi ancaman dan ugutan secara halus buat mereka-mereka ini. Sedangkan Wangi ini duduk disebelah rumahnya. Dan kehidupan Wangi juga ternyata sama seperti orang lain. M

Namun, sampailah terjadi satu kejadian dimana ibu kaki Alias seperti digigit oleh sesuatu. Dia seolah-olah seperti mayat hidup. Hidupnya mula huru hara. Apa yang terjadi kepada Alias?  

Ketahuilah bahawasanya cerita Wangi ini nampak macam logik tapi hakikatnya yang mustahil ini tidak mustahil boleh terjadi dalam realiti kehidupan kita. Mata kasar kita tidak akan nampak benda yang tak sepatutnya dan tak diizinkan olehNYA. 



Storyline teratur dan kemas. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Sebagai pembaca, ika sendiri dapat predict dari awal cerita perngakhirannya. Cuma yang membuatkan ika teruskan pembacaan ialah kerana ika nak tahu apa akan terjadi terhadap watak utama, si Alias. Ayat yang digunakan penulis mudah difahami dan sangat straight forward. Permulaanya dimulakan dengan penuli menembuial mangsa. Dan seterusnya, dilanjutkan dengan pengalaman mangsa tersebut. Secara peribadi, benarlah cinta itu buta sehinggakan tidak dapat nak bezakan realiti atau ilusi. 

Watak Alias pada mulanya, ika anggap dia sebagai seorang yang buta hati sebab tidak peka dengan benda yang tidak masuk akal. Ada banyak sangat tanda & clue yang diberikan atau secara logiknya boleh difikirkan dengan baik oleh seseorang itu jika berdepan dengan situasi pelik sebegitu. Adakah Alias ini seorang yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain? Em. Mungkin la. Tapi, ketidakpekaan dia tu membuatkan dia sendiri merana haha kbai.

Menarik sebab ika enjoy baca part penulis ceritakan tentang orang-orang yang diganggu oleh benda tu. Dari si Pakistan, Si Badur  sampailah orang India, si Muthu pun dikacaunya haha. Masa baca tu, terikut ikut dengan slang dieorang. 😂