BOOK REVIEW - HIKAYAT MALIM DEMAN BY PAWANG ANA & RAJA HAJI YAHYA - Jari Jemari Menari

Nov 29, 2020

BOOK REVIEW - HIKAYAT MALIM DEMAN BY PAWANG ANA & RAJA HAJI YAHYA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Buku klasik pilihan ika kalini bertajuk Hikayat Malim Deman yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini ika dapat dari kotak subscription dari Readers Heaven. Kalau RH tak berikan buku ini, kemungkinan besar ika tidak akan baca buku ini. Tetapi, setelah beberapa muka surat ika baca. Ika rasa tertarik dengan buku klasik Melayu ini & rasa macam nak dapatkan kesemua koleksi. Menarik juga kalau boleh dapatkan semua koleksi. 


Format: Paperback 
Harga: RM 10 
Mukasurat: 113 mukasurat 
Bab: 14 Bab 

Mengisahkan tentang Malim Deman yang mendapat mimpi dari wali untuk berhijrah ke tempat lain untuk mencari jodoh. Bangunnya Malim Deman dar tidurnya, dia terus menyampaikan hasratnya itu kepada kedua orang tuanya. Namun, ibu bapanya merasa risau kerana Malim Deman ini tidak pernah masuk ke dalam hutan. Jadinya, perjalanan Malim Deman untuk berhijrah itu ditemani oleh beberapa orang dan malangnya kesemuanya kecundang, tinggal lah Malim Deman keseorangan meneruskan perjalanan. 

Secara peribadi, ika mengaku untuk memahami bahasa puitis di dalam buku ini agak susah kerana setiap kali baca. Ika akan terjumpa beberapa perkataan yang ika tidak faham. Meskipun, kita boleh main agak apa yang ingin disampaikan dengan membaca keseluruhan ayat. Tetapi, ika rasa tidak puas. Jangan risau kerana terdapatnya glosari di bahagian belakang. Jadi, ianya sangat membantu. 

Buku ini turut terselit butir bicara secara gurindam, pantun, syair dan lain-lain. Menarik. Kalau difikirkan, bahasa yang klasik macamtu dikekalkan sehingga ke harini, mungkin kita akan terasa lain sama sekali. Kan?. 

3 comments:

Atie Zieya said...

sngt berilmiah :)

anakdenesor said...

macam hikayat zaman dulu kan..malim deman..seronok baca buku klasik mcm ni

Sha Mohamed said...

Bestnya.. lama tak baca buku macam nie..