Nov 29, 2017

BOOK REVIEW - CREEPYPOSTA

8:29 PM 6 Comments

Hey, I'm back again. Oh, Assalamualaikum readers sekalian. ๐Ÿ™‹
Let's go straight forward to my title post above. Book Review- Creepyposta. 
Thankyou Najwa Yunos sebab belanja sis buku ni, menggunakan baucar buku dia yang tak pernah terusik. Ika dapat buku ni 4 hari lepas birthday ika (2016)
Well, buku ni ika sendiri pilih sebab kebetulan masa tu dia offer dekat kiteorang, ambik je buku apa apa pun dekat Borders, janji cukupkan amount baucar tu. HEHE. 
Before this ika pernah buat entry pasal buku ni, tapi bukan la secara full. My Mini Library

Rasanya tak terlambat lagi nak buat review pasal buku ni sebab sampai sekarang pun ika nampak still lagi ada org yang mencari buku ni. Tertarik dengan coverpage dia yang nampak cam satu machiam. Haha. Gambar tangan pegang aiskrim yang berdarah. Kuku dia tu pulak warna hitam. Em. Tengok cover pun dah feel. Yang paling penting, pasaipa cute sangat warna buku ni. HAHA. 



                                          SINOPSIS                                               
Setiap helaian akan menghantui anda. Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini. Juga, jangan membaca separuh jalan. Kerana, selagi anda belum baca sehingga helaian terakhir buku ini, 'dia' akan mengikuti setiap langkah anda - menurut anda untuk membaca sehingga tamat. 
CREEPYPOSTA acalah koleksi cerita seram yang dikutip daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad)

AUTHOR: JEFFREY ZAIN
PUBLISHER: LEJEN
PAGE: 233 PAGES
YEAR: 2016


                                                MY REVIEW                                              

Eventho, ika kurang suka beli buku yang ada cerita pendek macam ni sebab selalu rasa tak puas bila baca and rasa cam ala, sekejapnya dah habis dah. Tapi, buku ni buat ika tukar fikiran. Ika mula sukakan buku jenis mcmni. Sebab dia sajikan ika a lot of stories. And i love it. Serius rasa seramnya. And yes, berbaloi. Penulis berjaya menulis cerita cerita yang tak klise. Ada satu dua cerita yang dah pernah baca dekat tempat lain. Tapi, yang lain semua baru dan serba baru. 

Ika suka semua cerita dalam ni. Serius tak tipu. Serioussssstalk. 
Paling ika suka is #DIRASAYANGDORA
Cerita mengenai sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang ada anak patung bernama Dora. Maka bila anak patung dah nama Dora, Dira tu anak perempuan nya la. 
Nak dijadikan cerita, Dira Dora ni seakan akan seiras. Dan dari situ la, bapak Dora mula merasakan sesuatu dekat anak patung anaknya. Kalau korang nak tahu apa yang dia buat, korang kena baca. 

Good job Abg Jeff, cerita ni memang menarik sangat bagi ika sebab plot twist. Ika suka sebab walaupun ceritanya ringkas tapi feel seram tu dapat rasa. Semuanya best. Sila la menulis lagi banyak buku camni. 

Highly recommended! Berbaloi dengan harga. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️



Nov 28, 2017

BOOK REVIEW - LENDU FIXI

6:46 PM 2 Comments

Assalamualaikum reader. ๐Ÿ™‹
Kalini, novel yang ika nak review is Lendu by Blue. (FIXI). Sebenarnya, ika tertarik nak dapatkan buku ni bila terbaca sinopsis and tengok cover buku ni. Iya la, ika mengaku yang ika akan mudah tertarik dengan dua benda ni kalau berkaitan dengan buku. 
Nampak mcm scary bila cover macam waktu senja, siap ada lembaga hitam tak ada mata, dengan rumah. Nampak misteri sangat. 

Tapi, jujurnya macam a bit cuak nak beli sebab pernah ada experience baca buku Fixi, tapi end up rasa mcm tak mencapai expectation ika. So, kalini bila nak beli buku ni. Tetapi pikir seribu kali jugak. Tpi, disebabkan dah terpukau dengan sinopsis dia. Jadi mcm, tetapi nak jugak! HAHA. 


                                               SINOPSIS                                            
Buku ini merupakan diari seorang yang dipercayai mahasiswa di sebuah kampus tak lama dahulu. Kesahsihan apa yang terdapat di dalamnya tidak dapat kami pastikan. Diari ini kami terbitkan seadanya dengan beberapa lakaran tambahan tanpa mengubah apa apa dari segi ejaan atau tatabahasa. Identiti penulis tidak dapat dikenal, tapi dia dipanggil Blue dalam diari ini. Dan kampusnya di LENDU dipercayai masih wujud. 

PAGE: 195 PAGES
PRICE: RM 17.90 
AUTHOR: BLUE 
PUBLISHER: FIXI
YEAR: 2017




                                       MY REVIEW                                          

Honestly speaking, ika suka dengan konsep buku ni which is dia buat mcm ala ala diari. Dan page semua bergaris mcm kita selalu tulis diari la. Dan ada gambaran sekali. Rajinnya si Blue ni tulis diari. Details pulak tu. 
 Tapi sayang, ika mcm hilang minat nak baca bila start day 20. HAHA. Dia ada banyak day sebab dia cerita dari dia masuk sampai habis sem. Lepas dari tu, cerita macam dah mula kesana sini. But still, eventho ika dah mula hilang fokus untuk membaca. Ika still baca sebab dah beli kan ๐Ÿ˜‚ Sem 1 & 2 je yang okay la jugak bagi ika. 
salah ejaan and typo berbagai bagai tu tak mahu la komen. em. 

Kecewa jugak sebab ika taktahu kenapa setiap kali baca buku fixi, Ending dia mesti twist ending. Memang la ika suka mcm plot twist punya cerita. Tapi, entahlah. Mungkin ika nak plot twist yang happy ending gituwww? Boleh camtu? Buku ni memang ada ending yang em. Cuma haha tak apa la. Sebagai pembaca, ika nak sesuatu yang boom sikit. 

Satu benda yang ika suka dalam buku ni is gambar gambar. Lebih leka tengok gambar. Overall, ika rasa if korang nak cuba baca buku ni. Why not kan. Try je la. Tapi, jujur ika cakap. Ika baca buku ni sekali sahaja. Ika salute dengan penulis sebab effort dia menulis tu kena la diberi pujian sebab bukan senang nak menulis. 
Tapi, maybe boleh di improve lagi. Jangan repeat situasi yang sama all the time. Sebab ika tak suka baca benda and situasi yang sama banyak banyak kali. Dalam buku ni, banyak repeat pasal rasuk. Em. 

Maybe pasni, kalau betul betul nak try baca buku fixi kena banyak baca review org kot. Kalau tak mesti frust menonggeng cmni. em. 

Ika kasi ⭐️ HAHA. Can ha. 

Nov 27, 2017

BOOK REVIEW - DIAGNOSIS FOBIA

5:04 PM 3 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ๐Ÿ™‹ 
I'm back with new book review entry. 
So, harini ika nak review buku Diagnosis Fobia by Whitecoat. Ika aim buku ni agak lama sebab curious sangat jalan cerita dalam buku ni. Tengok pulak tajuknya Fobia and cover buku dia boleh tahan menarik. Ika dapat je baucar buku yang tahun ni dah jadi kad debit. Terus gigih pergi beli. Haha. Dan ika tertarik dengan nama Fatin Liyana sebenarnya sebab ika tahu dia kalau menulis dalam blog sangat santai dan kelakar. Tapi, kalini. Cerita dia dalam novel ni lain dengan cara dia menulis dalam blog which is lebih berat dan penuh pengisian. 

So, let's start. 

Mengabungkan 7 orang doktor yang memang berbakat menulis. Which is Dr Anwar Faizal, Dr Aizzat, Dr Fatin Liyana, Dr Beni Rusaini, Dr Mahyuddin, Dr Mafeitz & Dr Shahnaz. 
Each penulis akan belanja more than satu cerita. Hee. Total ada 26 kisah yang berbeza beza mengenai pengalaman dekat hospital. 
PRICE: RM 30
PAGES: 393


MY REVIEW: Honestly speaking, ika suka buku ni sebab jalan cerita yang simple dan bukan la putar belit eventho ada yang guna term kedoktoran. But still boleh faham sebab dekat bawah tu dieorang bagitahu apa maksud untuk term yang dieorang guna. Dari situ, kita dapat lagi satu ilmu baru yang bagi ika ilmu basic seorang doktor. Penggunaan ayat yang mudah difahami, cerita yang menarik dan semuanya cerita berbeza dan tidak klise, and also bagi ika walaupun dia short stories, tetap menambat hati pembaca. Cerita seram yang boleh diterima dek akal dan logiknya itu masih ada. 

Next, is buku ni ada selitkan petikan petikan ayat yang berkaitan dengan cerita contoh mcm Ayat Kursi, Penggerak dan sebagainya. Tak semua buku seram selitkan ayat ayat Al Quran. Mungkin ada tapi Ika yang tak jumpa, tapi ini buku pertama ika baca yang ada.

Overall, senang cerita. Buku ni memang patut ada dekat rak korang yang mana minat baca cerpen pendek yang seram. Dalam banyak banyak cerita dalam ni ika paling suka cerita: 
MAK & COAG BY DR FATIN LIYANA 
KELIRU BY DR SHAHNAZ
MR GEORGE BY DR MAFEITZ. 
CRIME OF PASSION BY DR BENI 
FOBIA 1 2 3 BY DR AIZZAT
ANGSI & FARHAN BY DR MAHYUDDIN 
TAJWID BY DR ANWAR FAZAL 

Kira  mari la itu rasa haha. Meremang okay. Naik semua bebulus. HAHA. 

Good job doctors. Well done. ๐Ÿ‘ Highly recommended to you guys. Berbaloi dengan harga RM30 tu. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️



Nov 23, 2017

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM WAD ๐Ÿ’Š

4:46 PM 8 Comments


  Assalamualaikum & Hi. 
Next book review ika pasal Projek Seram Wad by Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin & Ebriza Aminuddin. 
Okay, let's talk about this book. Wad? Of course main place dia dekat hospital. Hospital ni bagi Ika, mana mana hospital pun terasa cam seram and suram dan cam keras. Tak kira la seceria mana pun hiasan dalaman luaran hospital tu, but still bila malam. Tetap menakutkan. 

Kalau tengok balik cerita Thai, depa selalu buat cerita dekat hospital, Indon pulak siap ada suster ngesot, citer omputih siap ada scene macam hantu muncul dekat dalam wad la apa la. Banyak yang dapat ilham pasal hantu bila terfikirkan wad and hospital. 

HATI HATI.. JANGAN SAMPAI JADI MANGSA 

Novel ni sebenarnya adalah special edition of Projek Seram. Cerpen dari penulis penulis Seramlicious.  Novel ni bercolour, tak macam novel yang colour hitam tu. Sebab yang ni bercolour is senang org nak identify yang jenis bercolor camni jenis Projek Serem, cerpen. 
Tengok cover dia ada muka org berbalut pun dah buat kita fikir lain. HAHA.
This will be long entry. Ika akan fikirkan cara untuk review dengan simple dan mudah untuk book review akan datang. 



                                              SINOPSIS                                                 

PRANK - ZA " Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!" 
Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? 

REVIEW: Honestly, ika suka cerpen ni sebab plot twist. Of course mcm cerita yang selalu kita dengar pasal hal  cabar mencabar ni. Tapi ini lain sikit. Sebab apa yang kita fikir tak sama dengan apa pengakhiran cerita. Bengang jugak dengan watak Joe ni. Mamat poyo yang suka cakap besar. Tapi end up dia yang terkena lebih dari org lain. Macam ayat tu makan diri dia sendiri. Pity you Joe HAHA. 
_________________________________________________________________________

BOURRE 304 - HASRUDI JAWAWI "Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau" 

Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dijaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu menggangunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu? 

REVIEW: Oh, first time baca nama watak utama dia Izara terus dalam otak teringat Izara yang cantik tu. Haha. Jujurnya, ika dah boleh predict jalan cerita ni sebab mcm dah pernah baca and ada jugak movie yang lebih kurang sama mcm cerita ni. Predict tu dari segi ending dia. But still, penulis berjaya ceritakan suasana seram dan misteri. Tak senang nak bagi pembaca rasa suasana mcm apa yang ditulis. Main issue cerita ni is kecurangan curang dicurangi mencurangi. Cis, emo. 

___________________________________________________________________________

HOSPITAL MELORSARI - JULIE JASMIN " Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik tarik selimut ni?" 
Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari? 

REVIEW: Bagi ika, jalan cerita mcm ala ala cerita melayu yang Aeril berlakon. Lupa nama tajuk filem tu apa. Tapi konsep salah hospital tu sama. Betapa beraninya watak utama dia bernama Zawin. Menjalani hari hari dekat hospital yang salah. 
Cumanya, cerita ni ada plot twist jugak. Best. Doktor Rizki dan jururawat yang mental. 

_____________________________________________________________________________

BILIK 13- EBRIZA AMINNUDIN " Hati hati..jangan sampai jadi mangsa" 
Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka. 

REVIEW: Honestly, ika suka cerita ni sebabnya lain sikit. Suka cara pengceritaan penulis menceritakan pasal Addin. Addin berjumpa dengan mcm mcm org dekat hospital tu. Dan yang paling nyata, dia tak boleh sebut kalimah Allah, seolah olah macam berat betul mulut dia nak menyebutnya. Macam ada kaitan dengan kehadiran dia dekat hospital tu. Dan ada satu nenek yang menami Addin dari permulaan sampai la habis cerita. 

Bintang jujur dari ika untuk novel ni is ⭐️⭐️⭐️
PRICE: RM 26 (nak murah tunggu pesta buku k gais)
PAGES: 523 

Apa pendapat korang pulak kalau terfikirkan pasal wad? Any good or bad experience ke? Drop your comment here and share hee. 
Till then gais. See you gais in next entry. 

Nov 21, 2017

BOOK REVIEW - RINTIHAN MAZLIZA ๐Ÿ“–

8:13 PM 7 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ๐Ÿ™‹
Harini, ika nak buat entry mengenai review buku pulak. Sebab sama jugak macam movie, ika baca a lot of books too. So, ika nak share dalam blog buku buku fav and so so punya buku dgn reader. 
Boleh kita share share buku yang best. Or ika lebih suka baca review org yang dah baca satu satu buku tu, so that ika boleh la macam ada rasa eksited nak ada and baca buku tu jugak. 

Ika pakai gambar ni utk sementara. Ika ambik dari Insta, so tak clear.

Sebenarnya, ika suka dengan novel novel dari Zaifuzaman Ahmad start dari novel Cerita Satu Malam. Masa tu, first time baca novel seram sorang sorang dalam bilik. And, serious meremang bila baca. Macam feel cerita tu sampai. Memang ZA ni mcm salah seorang penulis lama yang suka menulis cerita seram. Macam baya baya RAM kot. HAHA. 
Since that night, ika mula buru novel novel lama and baru dari ZA. 

Rintihan Mazliza ni buku lama, tapi dah tukar jadi cover baru. Rasanya, kawan ika pernah ckp dia pernah baca novel ni masa dekat asrama. So, waktu tu tahun 2010 la. Kira lama jugak novel ni. Tapi still, masih dibaca sampai sekarang. Lagi lagi bila semua novel seram Buku Prima dah diseragamkan jadi warna hitam. So, bila buat collection. Novel ni semua nampak sangat la smart and cantik sedap mata memandang.

                                                  SINOPSIS                                                 

Cover lama. 

Amirul merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Dia sering bertemu dengan kanak kanak perempuan bermain teng teng dan diganggu suara kanak kanak menangis. Suatu hari dia terjumpa beg sekolah kanak kanak bernama Mazliza. 

AUTHOR: ZAIFUZAMAN AHMAD
PAGES: 368 pages
PUBLISHED: JANUARY 2007. 
GENRE: HORROR. 

                                                           MY REVIEW                                                          

Suka dengan cerita simple yang cuba nak disampaikan oleh ZA. Senang untuk difahami. Bukannya berbelit dan too compilcated. Kalau nak difikirkan, kita cuma kena fokus baca dan kenal watak sahaja sebab watak yang kerap muncul dalam novel ni is Amirul dan Cik Hantu Mazliza itu sendiri. Dia selalu munculkan diri depan Amirul and kasi hint. 
Dari situ, Amirul ni mula cari identiti Mazliza ni. Sebab dia selalu kena ganggu. 
Dia mula bertanya org org kampung. 

Bagi ika personally, ika suka character Amirul yang takut takut berani, tapi dalam masa yang sama geram jugak sebab dia lambat pickup. Haha. Rasa nak je masuk dalam cerita ni and tolong dia investigate. Rasa cam dia lambat sangat HAHA. 'Sis ni pun bukan la penyabar orgnya. 

Ada terselit perasaan simpati dekat Mazliza. Budak kecik yang jadi mangsa keadaan. Kalau nak tahu kenapa Mazliza berlegar legar dekat sekolah tu? Dapat ke si Amirul tu dapat jawapan siapa Mazliza? Apa sebenarnya yang jadi? 
Korang kena baca novel ni. 

Cuma personally,ika hampa sikit dengan ending dia yang mcm ala ala tergantung haha. 
⭐️⭐️⭐️

Kalau rasa nak cuba baca, why not. Lain org, lain opinionnya hee. 
Till then gais. Jumpa in next entry. InsyaAllah. 

Nov 19, 2017

MOVIE REVIEW - MEOW (2017) ๐Ÿฑ

6:18 PM 0 Comments


Hi again ๐Ÿ’›
Today, nak buat satu movie review lagi. Sebab hujung minggu waktu berehat. So layan movie. Kalini, ika saja nak review movie dari China. Which is, jarang jarang ika tengok. And kalau layan pun cerita kungfu and Jackie Chan. 
But, this movie yang ika nak review is maigad. Super duper cute eva. Haha. 
Ika belanja 2 poster cute for this movie. Sumber pakcik google. Ika tengok this movie dekat website. Korang boleh google tajuk cerita ni. 



Sinopsis: An alien lifeform from faraway planet has been residing on Earth for thousand of years. They transform themselves into cats and populate every area of globe. Their inteligence and adorability have led to them being treated as kings and queens by their human minions. XiXili is the latest visitor from their home planet. Planet Meow. He is an adorable oversized cat like being that has come to invade Earth and ensure his planer's survival. His plans get derailed upon his arrival on Earth when a family in Hong Kong takes him in as their pet. 


GENRE: COMEDY, FAMILY & FANTASY 
COUNTRY: HONG KONG 
YEAR: 2017 
LANGUAGE: CANTONESE 
100 min 
CAST: Louis Koo, Ma Li, Jessica Lui, AndyWong

                                         MY REVIEW                                             
For me, personally. Ni macam kategori ala ala movie CJ7. Beza yang ketara is haiwan la. Dah nama meow, mestilah kucing. Haha. Mula mula ika punya expectation is very low towards this movie. Ika rasa macam ni mesti cerita merapu dan akan bikin ika mengamuk sebab buang masa spent almost berjam nak tengok this movie. 
but. 
Of course, ika salah sikit. Ika suka dengan character dari XiXili. Sebab dia sebenarnya kucing sado lagi sasa dari planet dia. Dengan bulu warna biru, mata biru. Macam hensem gila la for kucing. HAHA. tapi bila dia turun bumi. Dia terus jadi kucing gemok gedempol. Ika macam tengok watak dia je terus keluar emoji love love dekat mata tu. 
Kalau nak ikutkan, memang tak logik la ada kucing yang terlalu oversized macam dalam cerita ni. Dah macam maskot pun ya. Tapi, cam who cares. As long as dia comel for me. Okay je haha. 



Tapi when it comes to, what is actually morale value yg kita akan dapat dengan cerita ni is beauty of family. Sebab XiXili ni atau nama asal dia Pudding macam ada bad thinking pasal human. Mission dia nak pecah belahkan family yang bela dia tu. 
Character dari every single family tu pun menyerlah. And cerita ni actually kelakar la kalau siapa yang jenis mudah terhibur macam sis. Boleh tengok cam mana dia punya gedik mengada. 
Boleh tengok macam  macam cara yang dia guna untuk pecah belahkan family ni. Geram sangat sebab comel. Siap ada dialog monolog dalaman lagi. Si Xixili ni suka cakap dalam hati. Haha. 

Kalau nak tahu rupa asal XiXili ni macam mana? Apa yang dia buat utk kacau family ni? Apa yang dia makan? Oversized mcm manakah dia? Korang kena la tengok Meow. 


Kalau nak jadikan cerita ni as a cerita hujung minggu utk family, ika recommend la. Sekadar memenuhi masa lapang. Of course, ada a lot of movie yang jenis fantasy yang much more better than Meow. Tapi good job la sebab come out with this Meow Movie. So adorable. Like so cute eva. 
Ika kasi ⭐️⭐️⭐️. 
Credit: Google Image





Nov 16, 2017

MOVIE REVIEW : POORNA ๐ŸŽฅ

10:54 PM 4 Comments






Hai again. 
Harini ika nak buat movie review since, apa salahnya share dengan korang. Sebab lately ni ika suka gila tengok movie. Semalam, ika tengok this movie dekat C215, Astro. Mula mula ingatkan Poorna ni macam movie yang biasa tengok. Tapi, bila dia kata based on true story.
Terus mata dari mengantuk jadi segar.

POORNA STORY: Based on the true story of a 13 years old Adivasi from Telangana who became the youngest girl in history to climb Mount Everest. 
YEAR RELEASE: MARCH 31, 2017 
GENRE: BIOGRAPHY
1H 40 MIN
CAST: ADITI INAMDAR, HEEBA SHAH, RAHUL BOSE, MANOJ KUMAR 
DIRECTOR&PRODUCER: RAHUL BOSE 

.MY REVIEW.
Honestly speaking, selain Neerja. Poorna pun satu movie yang tak rugi untuk kita tengok. Just tengok sebagai satu inspirasi. Seorang budak perempuan yang hidup dia macam ada persimpangan. Memang trend org India, budak kecik pun dikahwinkannya. So, nak dijadikan cerita, sepupu Poorna ni dikahwinkan gara gara dieorang dua plan nak larikan diri dari rumah sebab nak ke sekolah yang lebih baik dari sekolah yang dieorang dua sekolah sekarang. 
Selain pengajian percuma, ada makanan sedap sedap dekat sekolah tu. So, atas sebab tu jugak dia dengan sepupu dia nak larikan diri. 

Paling menyirap dengan watak sbapak sedara Poorna. Kerja nak kahwinkan orang je sebab dah tak boleh nak bela anak. Dia hasut jugak bapak Poorna suruh kahwinkan Poorna. Viadap. Haha. 
Character yang paling berjaya of course dari Aditi. Dia buat kita leka dengan peranan dia dalam cerita ni. And dalam masa yang sama, dia buat kita nak tahu lebih lebih lagi. 

Tapi, bapak Poorna ni hantar jugak Poorna ni ke sekolah yang di nak tu. And dekat situ, dia mula berjinak jinak dengan aktiviti mendaki bukit. So, dari situ la, bakat mendaki dia mula terserlah sampaikan ada yang offer dia dan kawan dia Anand untuk panjat Gunung Everest. Dan, hanya mereka dua saja yang terpilih sebab bakat semula jadi yang ada dalam diri dieorang. 




Ada konflik dalam cerita ni bila last min Poorna batalkan niat dia nak daki Gunung Everest. Atas sebab apa? Kena tengok la movie ni. And dia tukar fikirkan ke tak lepas tu pun kena la tengok movie ni. 


Boleh rasa kegigihan Poorna nak ubah nasib diri dia. Nak elak dari kena kahwin muda macam orang lain. Ada semangat yang tinggi untuk capai impian dia. 
Dari seorang gadis miskin yang biasa jadi seorang yang luar biasa. 

Ika recommended movie ni. Kalau nak dirate pakai star, ika akan bagi: 

⭐️⭐️⭐️

Special recommend ntuk yang berminat jenis genre biography camni. 
Kalau ika kena daki gunung Everest yang sejuk tu agaknya entah macam mana. Selsema sikit pun, hidung merah semacam. Aha, jenis tak cekal kalau bab bab sejuk ni. Gagal serta merta. Haha

Nov 14, 2017

Always in my heart, Tati ❤️️

1:12 AM 1 Comments

Assalamualaikum and Hi readers ๐Ÿ’™
This entry ika dedicated special untuk Arwah Tati. 
Kenapa Tati? Maybe sebab dulu masa ika kecik. Budak budak kan pelat and nak cepat je cakapnya. So, nama arwah Norhayati. Nak senang punya pasal, panggil Tati, asalkan ada la bunyi Ti Ti belakang tu. Haha. 

Arwah sangat rapat dengan my family. Sebab dulu masa ika kecik, family duduk sekali dengan dia, kebetulan masa tu arwah tak kahwin lagi. Arwah bela serta belek Ika & adik adik macam anak dia sendiri. Ika membesar depan mata dia, sampai la ika umur 6 tahun. Lepastu, arwah kahwin. Family pun pindah. 

Satu benda yang paling ika suka pasal arwah is dia sangat sangat sangat pandai masak. Even dia jenis suka share resepi yg dia masak dekat semua org, tapi tak sesedap air tangan dia. Serious talk. Since i was kid, i always request any kind of food that i want. 
Personally, dari pandangan mata ika. Suami & anak anak dia kira sangat beruntung. Sebab arwah sangat pandai masak and suka masak bagi makan. 

tapi, 



Raya tahun ni. Sebelum arwah meninggal. Memang kebetulan, kiteorang beraya dekat Penang. Memang tau, dia sakit sebelum raya lagi. Dia tak lalu makan and selalu cakap mcm dia tak larat. So, hari raya pertama tu. Pergilah ziarah dia. And macam biasa, dia happy and kiteorang sembang mcm biasa masa tu. Suddenly, around 5-6 pm mcmtu, her son call us, cakap arwah masuk hospital. Totally shocked. sebab baru je jumpa. 

Of course, masa sampai Hospital. Arwah ada dekat ICU. Macam biasa, mana boleh masuk ICU ramai ramai. Tapi, masa tu ika nak sangat masuk. Macam i dun care, nak jugak tengok depan mata. So, ika org terakhir masuk tengok arwah masa tu. Masa tu, dia pandang ika dengan mata merah, sebab rasanya dia sakit mata masatu. Tak boleh bercakap dgn dia, sebab dia lemah and doc pun halau sis. Huu. ๐Ÿ˜ญ




Balik rumah, esok datang balik. Bila dapat tahu, yang arwah guna bantuan mesin. Tengok pulak keadaan dia. Rasa mcm sedih sangat. Ramai sangat org masa tu, tapi Alhamdulillah. Ika berpeluang jaga arwah dari petang sampai malam. Walaupun sekejap, at least ika tak rasa ralat dan menyesal sampai bila bila sebab tak jaga dia masa dia sakit. Lepas tukar giliran dengan suami arwah. Ika balik je dgn family. Baru sampai depan pintu rumah. Anak dia call, cakap arwah dah takda dah. Susah nak percaya. Serious mcm terlampau cepat sangat. 


Akak sentiasa doakan Tati. I love you. Terimakasih sebab datang rumah kami haritu, and spent your time with us, almost a month. Kami tau Tati seronok mai umah, sebab boleh tenangkan diri and release tension.  Masakkan untuk kami satu family. Tengok cerita The Promise, ingat dekat arwah. Sebab dia selalu tengok cerita tu. 

Suami arwah cakap: 
"Kak, Arwah paling sayang kat hang macam anak dia sendiri"

Em. Deep, very deep. 

Al Fatihah. 


Nov 6, 2017

Shopping Buku lagi? Pesta Buku Karangkraf 2017 ๐Ÿ““

7:52 PM 1 Comments



Assalamualaikum & Hi readers ๐Ÿ™‹
Last week, ika pergi Pesta Karangkraf dekat Shah Alam. Memang tak boleh lepas pergi tempat fav ika ni sebab buku semua murah murah. And yes, haritu ika baru je beli buku masa dekat Mycybersale, tapi macam nak tambah stok buku dekat rak. So, ika pergi la sana dengan kawan ika. 
Sampai sana, memang kali ni lain sikit sebab dieorang buku dekat tempat beraircond. Actually before this , buat mcm dalam khemah je. So, a bit hot la for us utk shopping buku. Tapi ada je kipas, cuma macam bila dah ramai org, jadi panas sikit. 

Ika eksited gila sampai sana sebab buku yang takda lagi dalam rak semua murah murah. Rasa nak menangis okay. Haha over. 

1. Soalan Bocor dari Kubur - RM 1 
2. Aduhai Suami - RM 3 
3. Aduhai Isteri - RM 3 
4. Bikin Sama Dia - RM 3 
5.Ada Aku Kisah - RM 3 
6. Oh Dia Rupanya - RM 3 
7. Kala Cinta Menggoda - RM 3 
8.Awek Buku & Cornflakes Madu - RM 3




Sekarang, ika tengah baca buku Aduhai Suami dari Muhamad Mat Yakim. Well, sangat berbaloi gais nak beli buku motivasi sebab murah. Kat luar, agak mahal. Kita mesti la nak tukar arah jugak kan sometimes, takkan la nak baca novel je. Buku ni macam short story. Tapi ada pengisiannya untuk setiap cerita walaupun pendek. Jujurnya, ika macam tak puas. Tapi sebab dia ada banyak topik. So, macam okay,Boleh diterima. Berdekah jugak malam malam bila baca. Bukannya apa, sis mudah terhibur. Haha. 

Page: 344 m/s
Kategori: Umum 
Keluaran: 2014


"JANGAN BERANGAN BERSUAMIKAN BRAD PITT KALAU DIRI SENDIRI TIDAK SEPERTI ANGELINA JOLIE"

kahkah, deep deep so deep. Damn ๐Ÿ˜…

Masa beli ni, dalam hati macam rasa. Kan best kalau penulis keluarkan buku untuk isteri jugak. Alih alih, bila kiteorang pusing sekali lagi sebelum balik. Terjumpa buku Aduhai Isteri. Memang rezeki betul haritu. Tau tau je kita dok mencari partner buku ni. Hee. 

Thankyou Karangkraf sebab selalu jual buku murah murah dari dulu sampai sekarang. One of my fav pesta buku dekat Malaysia.  Maka, bulan ni Ika kena puasa dari beli buku sebab macam dah terover sangat beli buku. And mcm dah melampau lampau. Abah ika pandang je perbuatan anak dia yg over ni. Haha. 
Till then reader, jumpa lagi. InsyaAllah.