April 2021 - Jari Jemari Menari

Apr 22, 2021

Temporary Mini Library 2021.

7:22 PM 30
Temporary Mini Library 2021.


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika pernah share pada tahun 2019, mini library ika.Klik Sini. Tapi lepas dari tu, ika tak update sebabnya ika sendiri tiada masa untuk buat apa-apa dekat mini library tu selain dari menambah buku. Haha. Kalau tak silap masa tu, ika still jaga arwah mak yang sakit dan lepas daritu, sibuk kerja and uruskan hal kahwin. Jadi memang terabai sebentar la mini library dalam bilik tu. 

Ika sebenarnya memang ada my own dream mini library. Kalau boleh nak rak besar atau rak yang penuh sampai ke atas, letak tangga. Boleh la fefeeling panjat tangga sebab nak cari buku. Lepastu nak ada sofa yang selesa. Kecil pun tak apa asalkan tak baca buku dekat atas katil. Sebab ending dia kadang tu ternganga tidur. Haha. 

Kualiti memang teruk sungguh gambar ni.Pening kepala nak adjust. Handphone pun buat hal sekarang haih. T.T

Lepas kahwin, ika ada suarakan dekat husband ika untuk buatkan ika at least satu ruangan tetap untuk letak semua buku. Sebab kalau korang nak tahu, ika suka ubah perabot. Setiap 6 bulan. Jenuh juga nak fikir habit macamtu. Tak stick in one place. Jadi, sepakat pilih ruangan di sebelah pintu masuk bilik. Gambar dekat atas merupakan mini library yang paling latest yang ika boleh usahakan untuk diri sendiri. Serius bersepah sebab lepas baca terus letak merata and dan tak ikut warna buku lansung. 

Nanti, inshaAllah. Ika tak janji bila tapi ika harap lagi sekali ika share mengenai mini library ika. Memang dah sepenuhnya menjadi apa yang ika betul-betul nak. Sebab sekarang , ika pakai apa ada. Cadang memang nak besarkan meja and cari kerusi selesa. Besarkan rak & tambah floating shelf. Plus, ika nak beli any Tab or maybe Ipad khas untuk baca ebook. Sebab ika rasa, ika seronok juga baca ebook sekarang :) 

Patut kutip derma kilat tak untuk beli rak baru haha. Okay jumpa lagi nanti dalam next entry oki! 

Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

7:02 PM 10
Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Wah, laju je tangan ni join kalau ada giveaway melibatkan buku. Haha. By the way, ini kali pertama terjumpa blog Encik Fairus. Jadi, saya follower baru encik :)


 Tag: Kasihku Amani & Atie 

Apr 21, 2021

BOOK REVIEW - PUAKA TASIK BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

6:21 PM 4
BOOK REVIEW - PUAKA TASIK BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI



 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini merupakan naskah terakhir dari koleksi ika. Kalau nak baca Siri Puaka kena beli la ceritanya. By the way, setelah lama ika baca karya dari penulis Khairul Nizam Khairani. Ika rasa ika memang suka dengan cara penulisan beliau. Sebab rasa macam dia pandai menulis. Haha. Rasa macam hidup juga cerita-cerita yang dia tulis. 


Mukasurat: 122 mukasurat
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: Penerbit X 
Tahun : 2018
Harga: RM 10 (SM)/ RM 12 (SS) 

Perniagaan Raja Zamarul merosot. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan drastik untuk pulang ke kampung dan menetap di sebuah banglo pusaka keluarganya. Dibawa bersama isteri & anak saudaranya Raja Zairi. Raja Zairi yang kehilangan kedua ibu bapanya tiada pilihan lain selain mengikut saja kemahuan maklong & paklongnya.

Kepulangan mereka sekeluarga menjadi buah mulut orang kampung. Kata mereka, penunggu tasik telah munculkan diri kerana keturunan Raja Tengah kembali ke situ. Berlakulah perkara-perkara yang aneh. Kehilangan beberapa orang pemuda & budak-budak telah menguatkan teori dimana penunggu tasik itu telah mengamuk dan mencari mangsa.

"Kelibat bayang hitam yang sangat besar selalu kelihatan di permukaan tasik itu."

Manakala, Raja Zairi. Dia binggung dengan apa yang dilihat sepanjang dia berada di banglo yang dikelilingi tasik itu. Gadis, bau busuk, banjir di dalam rumah & tapak kaki haiwan menjadi tanda tanya. Apa sebenarnya yang terjadi?

Secara peribadi. Saya memang suka dengan semua karya dari penulis. Memang kena dengan citrasa dan pengunaan ayat dari penulis terasa senang untuk dihadam. Mudah sangat. Cerita Puaka Tasik ini unik. Bilamana penulis describe tentang penunggu tasik itu. Saya imagine dan terus rasa takut. Haha. Storylinenya juga tersusun dan flow cerita pun disusun dengan baik. Cover pun cantik.

Kerana janji dan desakan hidup. Meranalah keturunan yang ada. Memilih untuk larikan diri dan meratapi nasib atau memilih untuk teruskan dengan apa yang dilakukan oleh tradisi keluarga dan hidup mewah. Demikianlah permainan syaitan menyesatkan manusia.#ikareviewbuku

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

6:05 PM 6
GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini free sikit untuk join Ramadhan Giveaway dari seketul Sapikah. Hehe. Rajin benor dia buat GA. :) Jadi, sis pun nak memeriahkan la GA dia hehe. 


Apa impian raya korang untuk tahun ni?

Impian dia mestilah nak beraya di kampung bersama sanak saudara. Tapi keadaan juga tak megizinkan untuk pulang ke sana. Jadi beraya sajalah disini bersama dengan keluarga dan keluarga mertua. Pun dah memadai juga <3 Yang penting orang tersayang disisi. Ah gitu

Apr 16, 2021

LIRIK LAGU SYUKUR LEBARAN / AINA ABDUL

6:26 PM 4
LIRIK LAGU SYUKUR LEBARAN / AINA ABDUL

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Jarang-jarang nak share lirik lagu dekat blog sendiri. Ini first time. Sebab, ika tersuka satu lagu raya dari Aina Abdul. Rasa macam kena dengan halwa telinga. Sedap betul suara Aina & muzik dia macam lagu raya dulu-dulu :) Awalnya keluarkan lagu raya. Haha. Mood raya memang lansung tak sampai lagi sebab tengah fokus bulan Ramadan. 

But, it's okay. Let's proceed. 




Riangnya Gembira Di Hati
Dapat Pulang Rasa Tidak Terperi
Satu Syawal Menjelma Lagi
Menyambut Tibanya Di Aidilfitri

Girangnya Tak Terkira
Dapat Pulang Ke Desa
Pulang Ke Pangkuan Ayah Bonda

Hari Raya Mulia
Semua Bersuka Ria
Bersyukur Pada Yang Esa

Aidilfitri Mulia
Terdengar Sayup Takbir Bergema
Ampun Maaf Dipinta
Bermaafan Lupakanlah Sengketa

Hai Selamat Hari Raya
Tua Muda Bergembira
Marilah Raikan Hari Yang Mulia Bersama

Riangnya Gembira Di Hati
Dapat Pulang Rasa Tidak Terperi
Satu Syawal Menjelma Lagi
Menyambut Tibanya Di Aidilfitri




BOOK WRAP UP MARCH 2021

7:03 AM 3
BOOK WRAP UP MARCH 2021


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika dah lambat sangat update wrap up untuk bulan Mac. Cepat betul masa berlalu ni geng. Tup tup dah bulan puasa ke 4. Dah nak kena buat wrap up. Mudah-mudahan kita semua dapat menyambut bulan Ramadhan sebaiknya. InshaAllah.

Sejujurnya, ika rasa tidak cukup dengan masa yang ada. Sebab dah ika mula tambah rutin harian yang lain. Dimana rutin itu wajib buat setiap hari. Jadi, masa yang ika peruntukan untuk baca jadi sikit. Tapi, semuanya kena kembali kepada asas dan cara kita atur masa kita.



Alhamdulillah bulan ini ika dapat baca 17 buah buku kesemuanya. 11 buah buku fizikal & 6 ebook. Bacaan terbaik ika untuk bulan ini sudah semestinya jatuh kepada Aisyah Keanggunan Sejati & Malaikat Bertali Leher.

Ebook
•Cherita / Mesbo ⭐️⭐️
• Calon Untuk Pengantin / Azieana ⭐️⭐️⭐️
• Bibik Milinieium / Aien Dhiyauddin ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Setiaku Milikmu / Luvis Eija ⭐️⭐️⭐️
• Tanya Dia Tentang Cinta / Ameera Ameer ⭐️⭐️⭐️
• Kupilih Untuk Setia/ Ameera Ameer ⭐️⭐️⭐️ (Tiada dalam gambar)

Buku Fizikal
• Malaikat Bertali Leher/ Amirul Azmeer Asmadi ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Aisyah Keanggunan Sejati ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
• Dendam Ratu Ular / Annur Shanana ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Licik / Sham Hashim ⭐️⭐️⭐️
• Syawal Tak Boleh Lewat / Syafiq Aizat ⭐️⭐️⭐️
• The Memoir Of Sherlock Holmes⭐️⭐️⭐️⭐️
• Nama Aku Syaiful Rizal / Rina Khan ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Bahagia Yang Jauh / Nuril Bahanudin ⭐️⭐️⭐️
• Life Baggage / Syaz Eym ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Kembara Mistik: Perigi ⭐️⭐️⭐️
• Warna Hati / Naniey TJ ⭐️⭐️⭐️

Boleh pulak tertinggal buku Aisyah Keanggunan Sejati & Kupilih Untuk Setia. Haha. Ya Ampun. Maaf la. Dah tua-tua ni lupa.

Semoga momentum & konsistensi membaca itu sentiasa dalam keadaan baik-baik saja sampailah ke penghujung 2021. Jadi untuk bacaan bulan depan. Ika sudah mula membaca beberapa buah buku & ebook. Jumpa next month punya wrap up pulak la eh? 🤧

Apr 14, 2021

RANGKAIAN PRODUK TEH YANG MENARIK DARI FULLEAF TEA STORE

7:44 PM 1
RANGKAIAN PRODUK TEH YANG MENARIK DARI FULLEAF TEA STORE

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Macam mana dengan puasa kalian? Ika rasa tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah puasa kita kalini diterima Allah. Macam mana dengan menu sahur dan berbuka? Mesti meriah bukan. Seronok tengok juadah berbuka rakan-rakan. Macam-macam ada. 

Harini, ika nak memperkenalkan satu rangkaian produk teh dari @fulleaf_tea_store . 🍃 Ini merupakan Wellness Crafted Tea Set + Holiday in Xmas Canva Bag & Premium Black Tea with Rose Petal . Waktu sahur, ika selalunya akan kurang berselera untuk makan. Minum juga kurang. Tapi tahun ini, ika addicted untuk minum teh. Jadi, ika memilih untuk cuba produk dari Fulleaf Tea ini. 

Fulleaf Tea Store ialah variasi teh yang ditanam semulajadi & diadun mengunakan bahan tambahan sifar untuk memastikan hidup sihat dan penambah mood dalam satu cawan.

• Terus dari kilang
• Dipack mengikut permintaan
• Pertanian Semulajadi
• Mempunyai elemen sihat














"Menyediakan teh yang berpatutan, semulajadi dan sihat untuk komuniti di luar sana"

Apa yang menariknya, produk teh mereka mempunyai pengunaan khusus di mana kita boleh memilih untuk minum apa dan untuk apa. Sebagai contoh jika kalian inginkan sesuatu yang dapat memberi ketenangan. Boleh pilih teh yang khusus untuk relaxation. Yang mempunyai campuran Lavender + Chamomile. (Swipe Picture)

Packaging mereka juga sangat la kemas dan mempunyai seal yang kuat. Tidak khuatir lansung jika teh akan tumpah atau koyak.

Ika enjoy setiap satu teh yang dari @fulleaf_tea_store . Rasa yang unik datang dari bahan semulajadi membuatkan rasa teh tersebut lebih sedap. Boleh diminum pada bila-bila masa. Nikmati la minuman teh yang segar ini. Dijamin mengunakan bahan semulajadi yang tiada bahan tambahan atau larangan. Jika kalian berminat untuk dapatkan teh dari mereka. Boleh layari:-

Apr 8, 2021

BOOK REVIEW - WARNA HATI BY NANIEY TJ

9:05 PM 6
BOOK REVIEW - WARNA HATI BY NANIEY TJ


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Mengisahkan tentang Zara Arissa yang dipaksa berkahwin dengan Tengku Irsyad. Perkahwinan yang bukan atas kerelaannya itu menimbulkan masalah buat dirinya. Lagi-lagi bila suaminya Tengku Irsyad dengan yakin tanpa berselindung memberitahu yang dia sudah mempunyai pilihan hati bernama Linda. Mungkin ketika itu. Zara Arissa seperti tiada perasaan. Namun, yang membaca ni la yang sakit hati. 


Perkahwinan yang diatur ini semangnya memberi konflik berganda apabila hati masing-masing bukan dalam keadaan yang bersedia. Kemudian menjadi lagi masalah bila adik ipar Zara cemburu dengan perhatian yang kakak iparnya dapat. Macam eh watdeeh? Kenapa nak kena cemburu. Kurang kasih sayang sangat ke hidup tu. 


Berlaku la satu hasad dengki yang membuahkan komplot antara orang ini dengan orang ini. Jadi hubungan Zara & Tengku Irsyad yang baru saja ingin bercambah menjadi huru hara. Tambahan, Tengku Irsyad makin kukuh dengan pendiriannya untuk memiliki pilihan hati. 


Zara? Dia pergi membawa hati dan diri. Seronok baca bila Tengku Irsyad dan Zara manis manis. Tapi sakit hati baca bila ada lalat berkeliaran. Rasa macam nak buat perangkap untuk lalat tu and bila dah dapat tangkap nak lumat lumatkan dia haha.


BOOK REVIEW - SEMPURNA BY AIMAN HAZZIQ

6:05 AM 6
BOOK REVIEW - SEMPURNA BY AIMAN HAZZIQ

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bulan lepas, masa ika tengah scroll Twitter. Ika ternampak tweet dari Buku FIXI. Sebenarnya, tak expect pun yang akan ada buku baru dari mereka.Memang mereka ada bagitahu yang setiap bulan akan ada buku baru yang akan dikeluarkan. Tapi macam wah. Teruja. Ika jatuh cinta pandang pertama dengan tajuk & cover buku Sempurna ini. Cover buku Sempurna memang A. Dan apa yang boleh ika cakap. Antara cover buku yang cantik dari FIXI. Jadi, ika memang tunggu masa untuk beli dan baca. Kebetulan masa tu, tengah berlansung KLIBF X Shopee. Jadi, keesokan harinya. Ika tengok bukunya dah ada di Shopee. Dan harganya cuma RM 17.90 saja. Which is murah la. 

But then, ika rasa  macam tak sabar. Terus ika decide untuk beli ebook di Google Play Book yang cuma berharga RM 8+. Affordable untuk ebook format. Beli. baca dan habis baca pada hari yang sama. Ika ambil  masa 2 jam untuk habiskan Sempurna by Aiman Hazziq ini. 

Jom kita proceed ke ulasan. Bismillah. 



" I'm afraid I don't have much time" -Kurt-

Mengisahkan tentang 5 sekawan iaitu Liz, Emir, Kurt, Lia & Sid. Mereka akan membuat reunion 2 tahun sekali tanpa gagal. Setiap seorang berpeluang dan mendapat giliran untuk handle reunion tersebut. Namun, pada reunion yang ke 4. Salah seorang dari mereka iaitu Kurt telah membawa berita tidak best iaitu dia menghidap penyakit kronik iaitu Kanser Paru Paru tahap 4.

Kebetulan, Kurt akan handle next reunion mereka akan datang. Jadi? Hayat Kurt tidak panjang dan pada tahun dimana mereka akan reunion sekali lagi. Kurt telah tiada namun Kurt telah menyediakan sesuatu buat keempat sahabatnya. Setiap dari mereka mendapat klu untuk mereka explore bersama dan mencari apa yang ingin disampaikan oleh Kurt

Penulis membawa tema persahabatan. Setiap kali membaca helaian Sempurna ini. Terasa aura keakraban kelima-lima watak. Keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. Buktinya mereka tetap akan mencari masa dan meluangkan masa bersama walaupun kekangan masa & sudah mempunyai kerjaya masing-masing. Mengingatkan juga cerita di zaman persekolahan & di asrama. Automatik terflashback semula. Cemburu dengan friendship dieorang. 🤧

"Nampak api tu? That's you guys in my life. Dalam kegelapan dunia ini, time semuanya hitam dan gelap. Korang yang jadi cahaya dalam hidup aku" - Kurt

Kehilangan Kurt memang meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka berempat. Kata mereka orang baik, Allah sayang. Sebab itu Allah ambil mereka dulu. Baca novel cinta pun tak rasa sebak macamni. Ini bila tahu Kurt dah tak ada lagi. Rasa sebak.

Permulaan cerita yang baik sebab saya tak berhenti baca. Tak sempat nak rehatkan minda, terus dibawa ke cerita yang lain. Suka baca cerita adventure macam ni. Buat kita tertanya-tanya. Nak suruh mereka berempat cepat selesaikan misi tu pun iya juga. Tak sabar. Disebabkan Kurt sudah tiada. Banyak andaian yang mereka fikirkan sendiri. Mungkin ini yang Kurt inginkan atau sampaikan. Tapi apa sebenar-benarnya yang Kurt mahu tunjukkan? Adakah andaian mereka ini tepat atau sebaliknya.

Dari satu tempat ke satu tempat. Bertemu dengan orang yang mereka tidak kenal dan orang ini ada kaitan dengan Kurt. Lebih mengenali antara satu sama lain & isi hati walaupun sudah berkawan sejak bangku sekolah lagi. Yang disangka tenang rupanya ada juga terselit gelora. Siapa yang suka baca cerita adventure, roadtrip & misteri. Buku ini mungkin boleh dibaca. 

Tapi ending dia bagi saya, saya kurang puas hati sebab rasa macam sedikit tergantung dan menimbulkan tanda tanya. 



Apr 5, 2021

BOOK REVIEW - DRAMA GIRL BY MK RIZA

8:47 PM 4
BOOK REVIEW - DRAMA GIRL BY MK RIZA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Jika dilihat ilustarasi kulit buku ini, baju yang dipakai oleh gad memakai baju Cik Siti Wan Kembang. Memang cantik. Kalau dilihat di pencarian Google. Bajunya memang klasik dan penuh dengan ciri-ciri Kemelayuan. Bersongket dan berwarna merah. 

Penulis: MK Riza 
Penerbit: Bookiut 
Mukasurat: 128 mukasurat
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mawar. Dia baru saja berpindah dan akan bersekolah di sekolah baharu. Di sekolah baharunya. Kehadirannya diterima oleh pelajar kelas Tingkatan Empat Bougainvillea dan mendapat kawan seperti Idayu, Janet dan Dewi.

Cuma bagi The Trio. Akhyar, Chin & Deevan. Mereka merasakan Mawar ialah pesaing mereka dan tidak menyenangi kehadiran pelajar baharu itu. Kerana Mawar mungkin akan mengugat populariti mereka di sekolah itu. Sejak isu pemilihan ketua kelas sehinggalah ke pertandingan drama. The Trio mula menganggu Mawar dan lain-lain. Hanya disebabkan cadangan Mawar kepada cikgu. Mereka akhirnya diminta untuk membuat 2 drama melayu klasik. Apa akan terjadi selepas itu? Dengar kata ada sampai kena sabotaj dan props & kostum dirosakkan.



Secara peribadi, Ika suka dengan watak Mawar yang sangat matang dari usianya. Cara dia mengendali situasi, emosi, menjaga hubungan antara rakan-rakan dan menyelesaikan masalah itu sendiri boleh dipuji.Kerana untuk orang seusianya belum tentu dapat bertindak dengan bijak. Malahan, buku ini mengangkat tema persahabatan. Di mana, banyak yang boleh dipelajari dan di ambil sebagai iktibar.

Benar, di sekolah. Kita mungkin akan berdepan dengan pelbagai ragam rakan. Hal kecil juga boleh jadi pergaduhan dan salah faham. Dalam Drama Girl. Kalian akan dihidangkan dengan cerita pertelingkahan antara The Trio & geng Mawar. Tapi bukan saja itu. Kalian juga akan dibawa bersama untuk melihat persiapan mereka dalam menjayakan Drama Hang Tuah & Cik Siti Wan Kembang. Ada beberapa info Cik Siti Wan Kembang yang diselitkan dalam ini.

Jujurnya. Memang puas dengan ending Drama Girl ini. Ika tutup buku dengan senyuman okay. Maknanya betul-betul puas hati. Rasa macam nak pergi sekolah semula tapi bukan untuk belajar. Tapi untuk main-main. Haha boleh? 🤭 #ikareviewbuku

Apr 1, 2021

BOOK REVIEW - YOUTUBER PALING CUN BY HARYANI KAMILAN

8:18 PM 21
BOOK REVIEW - YOUTUBER PALING CUN BY HARYANI KAMILAN


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejak kebelakangan ini, ika tertarik sangat untuk membaca buku keluaran dari Bookiut ini. Jika ika pergi ke kedai buku. Ika akan capai buku dari mereka dan belek dari muka depan sampailah kebelakang. Ika rasa kulit buku mereka sangat fancy dan menarik perhatian. Mereka tahu cara untuk attract kanak-kanak dengan menghasilkan kulit buku yang comel dan berwarna terang. Kira dari jauh sudah boleh nampak. Tahniah buat Bookiut & mereka yang di belakang tabir.

Kalau sebelum ini ika baca buku bertajuk Boba Girl dari Sabrina Ismail. Kalini, ika baca buku bertajuk Youtuber Paling Cun dari Haryani Kamila. Sudah semestinya mengisahkan tentang seorang youtuber. Semua orang sudah tidak pelik lagi jika nampak orang vlogging di tengah jalan, beli barang, buat tutorial makeup, mukbang dan sebagainya. 
Jom kita teruskan dengan resensi untuk buku ini. 

"Hai! Assalamualaikum, Selamat Datang ke Channel Youtube saya. Nama saya Dalina.." 


Penulis: Haryani Kamila 
Penerbit: Bookiut 
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 
Mukasurat: 111 mukasurat 
Tahun: 2020 (Cetakan Pertama) 
2021 (Cetakan Kedua) 

Buku kedua untuk bulan April ini. Youtuber Paling Cun mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dalina yang suka akan dunia solekan. Di sekolah, Dalina mempunyai musuh bernama Sophie yang cemburu melihat bakat Dalina dalam dunia solekan. Jadi, Sophie telah mencabar Dalina untuk lawan dia dalam Pertandingan Siapa Paling Cantik.

Namun, pertandingan tersebut tidak berjaya dilaksanakan dan dibatalkan serta merta. Tambahan pula, Sophie cedara ketika proses solekan tersebut. Nak dijadikan cerita, ketika Dalina berbual dengan salah seorang rakannya bernama Ain. Ain telah memberi satu idea untuk Dalina menghasilkan video youtube dan menunjukkan skill yang Dalina ada.

Hasil dari bantuan Ain dan juga usaha Dalina. Mereka berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melihat video tutorial tersebut. Setelah lama bersama-sama dalam penghasilan video. Sophie yang cemburu dengan kejayaan Dalina turut sama membuat video. Namun videonya tidak sehebat Dalina dan dia hampa.
Dia harus dapatkan Ain. Supaya videonya lebih berkualiti. Berjayakah Sophie?

Dan kehilangan Dalina secara tiba-tiba juga telah menimbulkan kekecohan di sekolah dan juga keluargannya. Kemanakah Dalina menghilang? Katanya Dalina diculik oleh seseorang. Peminat misterinyakah atau ada yang berniat dengki kepada Dalina?



 
Penulis berjaya membuatkan kita sebagai pembaca untuk teruskan bacaan sehingga ke penghujungnya. Storyline juga logik dan realistik. Watak yang ada di sekolah itu juga memang watak yang sedia maklum wujud di semua sekolah. Contohnya, kaki buli busy body dan sebagainya. Saya percaya penulis sudah membuat serba sedikit kajian mengenai barang makeup yang ada dipasaran. Dari kedai murah sehinggalah yang mahal. Malahan kesan memakai makeup murah juga akan menyebabkan alergi kulit dan sebagainya. Belilah di drug store. Sekurang-kurangnya terjamin sedikit. 

Ika paling suka nasihat yang berikan oleh Farhana kepada Dalina:- 

"....Lagipun dalam Islam, kita tidak boleh tabarruj, tidak boleh berlebihan dalam bersolek. Takut nanti kita akan menarik perhatian lelaki hidung belang." 

Malahan, penulis juga turut selitkan info mengenai youtube & solekan. Saya percaya penulis mengambil sedikit inspirasi dari kes youtuber mukbang famous yang hilang iaitu Kate Yup. Tahniah buat penulis. Sebuah naskah ringkas namun penuh pengajaran. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. #ikareviewbuku

KLIBF X SHOPEE masih berlansung. Tinggal lagi 2 hari sahaja sebelum Pesta ini tamat. Beli 2 buku dari Bookiut dan dapatkan limited edition bookmark yang sangat cantik! 
Shopee PTS - RM 9