2024 - Jari Jemari Menari

Nov 16, 2024

Ulasan Buku - Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani

8:39 PM 2
Ulasan Buku - Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Siapa pula yang gila menyiang mayat manusia macam menyiang ikan ni!" - Salim

Selepas kematian ibu Jazrin. Dia berpindah ke sekolah berasrama penuh. Malangnya disana, dia menjadi mangsa buli pelajar senior (Qayyum, Rahili & Romi). Dalam masa yang sama, Jazrin berkawan rapat dengan Hadif yang merupakan pelajar senior & berasal dari daerah (Benut).

Jazrin mengikuti Hadif pulang ke rumahnya & disitu juga dia telah bertemu dengan arwah ibunya. Selepas kejadian itu, banyak perkara aneh mula terjadi di asrama ! Apa sebenarnya yang berlaku?


Nampak nama Hadif. Terus kita jadi lebih yakin untuk rekomen dekat orang. Sila baca Dimensi Paranormal bermula dengan Mayat Pintal dan seterusnya sebab memang berkait rapat antara satu sama lain. Kita suka watak Hadif yang nampak cool tapi ada sisi misteri. Cuma identiti dia masih samar. Kita nak tahu banyak lagi pasal Hadif.

Kita kalau cerita yang latar tempat dia asrama memang kita suka. Lebih sus orang kata 🤌🏻 Just imagine suasana asrama pada waktu malam pun dah meremang. Jadi, masa kemuncak cerita. Kita rasa feel membaca sebab betapa huru-haranya asrama tu dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan yang tragis, dikejar makhluk belaan seseorang & bau hanyir darah. Panik yang membaca ni.

Dalam ni, yang bersalah dengan tak bersalah tetap menjadi mangsa. Dan sebenarnya, manusia memang lebih menakutkan dari hantu. 💀

Sangat fast paced. Kita boleh agak makhluk belaan tu siapa punya. Tapi kita tetap tak sangka yang dalam betul tekaan tu. Masih ada juga part tak betul & plot twist. Bab teka tak betul tu memang kita rasa sampai buku terakhir pun tetap tak betul 🤣

By the way, ceritanya simple. Tapi jadi tak simple sebab macam pusing pusing tapi still hujungnya akan rasa kagum dengan kebijaksanaan penulis merangka storyline untuk setiap buku. Agak terperinci jugak macam mana penulis describe keadaan mangsa. Yeck. Nak termuntah. Lepasni perasaan menyiang ikan sudah tidak sama lagi. Kita tak jangka dengan hubungkait watak yang penulis reka. Tak terfikir pun sebab sepanjang cerita. Tak nampak sangat pun dieorang saling mengenali.


Ulasan di Instagram

Oct 27, 2024

Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama

9:01 PM 1
Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Shopee Affiliates memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan jenama dengan menghasilkan hampir satu juta Shopee Video semasa Shopee 10.10 Festival Jenama—peningkatan 34 kali ganda  berbanding hari biasa, yang menyumbang kepada pertumbuhan jualan keseluruhan penjual Shopee Mall di platform tersebut. Secara keseluruhan, jenama baharu dan sedia ada di Shopee Mall mengalami peningkatan sehingga 8 kali ganda dan kenaikan pesanan sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa, di mana Shopee Affiliates sentiasa membantu jenama tempatan berkembang melalui kandungan interaktif dan pengalaman membeli-belah berperibadi.


Jenama cemerlang yang diketengahkan oleh Shopee Affiliates termasuk SKINTIFIC, Glad2Glow, Panda Eyes, Dr. Cardin, dan Masdora berdasarkan jumlah pesanan.


Jenama baharu di Shopee Mall yang menyertai 10.10 Festival Jenama buat pertama kali menyaksikan jualan mereka meningkat 36 kali ganda berbanding hari biasa. Jenama-jenama ini juga mencatatkan kenaikan pesanan kempen sebanyak 13 kali ganda, hasil daripada komitmen Shopee melalui program Dijamin Harga Terendah, promosi eksklusif, dan keterlihatan jenama hebat melalui ciri-ciri dalam aplikasi Shopee, seperti Shopee Live dan Shopee Video, serta sokongan daripada Shopee Affiliates.


“Pada 10.10 ini, Shopee Live telah membuktikan keupayaannya sebagai hab strategik untuk penjual berinteraksi lebih baik dengan pengguna, dengan peningkatan 2X jenama yang berstrim langsung semasa 10.10 berbanding hari biasa. Lebih 25 juta baucar Shopee Live dan lebih 21 juta Syiling Shopee telah dituntut sepanjang tempoh kempen, hasil daripada peningkatan penglibatan pengguna semasa strim langsung. Kami juga bersuka cita nmemaklumkan bahawa Shopee telah membantu rakyat Malaysia berjimat lebih RM70 juta melalui baucar menarik di platform dan seluruh kedai Shopee,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee turut menyaksikan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap produk fesyen wanita dan kecantikan, dengan kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barang Runcit & Haiwan Peliharaan mendahului dari segi perbelanjaan pada 10.10 ini. Kategori produk utama termasuk produk penjagaan kulit, alatan penambahbaikan rumah, dan suplemen, manakala carian teratas merangkumi power bank, sandal, blaus, selipar, dan aksesori telefon bimbit.



Shopee 10.10 Festival Jenama sekali lagi menekankan komitmennya untuk memperkasakan jenama dan memacu pertumbuhan jualan yang ketara. Kempen ini menyediakan platform dinamik untuk jenama tempatan dan antarabangsa untuk berhubung langsung dengan pengguna, mempamerkan produk mereka, dan memaksimumkan kecapaian pelanggan. Shopee berdedikasi untuk membina ekosistem e-dagang yang berdaya maju di Malaysia, menyokong pertumbuhan jenama dan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan untuk pengguna.





Oct 21, 2024

Ulasan Buku - Puaka Rombongan Sekolah by Rumie

9:44 PM 1
Ulasan Buku - Puaka Rombongan Sekolah by Rumie

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ☘︎


Kita pilih untuk beli buku ini terlebih dahulu masa 1010 dari buku siri puaka yang lain sebab tertarik dengan sinopsis & cover. Memandangkan, cerita ada mengisahkan tentang Jambatan Pulau Pinang. Sedikit sebanyak dapatlah kita melepaskan rindu dekat tempat kita dilahirkan. Buku siri puaka ini lebih tebal berbanding buku yang lain. Tapi don't worry, masih tetap boleh dihabiskan in one sitting. So, jom ke ulasan. 

Bismillah. 


"..Siapa yang minta izin dengan penjaga lautan sewaktu nak bina jambatan itu? "🏗️


Sinopsis Ringkas: Sebagai reward menjadi Johan dalam pertandingan tarian. Seperti yang dijanjikan, 25 orang pelajar SMK Alor Pondok dapat menjelajah negeri Pulau Pinang diiringi oleh 2 orang guru. Dalam perjalanan pulang, Shah mula bercerita tentang kisah seram mengenai Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mula diganggu oleh sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku?


Ada 3 kisah yang diceritakan oleh Shah kepada Zul sepanjang perjalanan mereka. Dan kesemua cerita ada kaitan dengan Tiang 56. Tiang 56 merupakan salah satu tiang yang ada di Jambatan Pulau Pinang dan juga penjaga lautan. Walaupun jalan cerita setiap kisah rasa macam dah selalu sangat dengar & baca. Orang kita dok panggil urban legend.
Tapi, penulis pandai olah cerita. Cerita tersusun dengan baik dan gaya penulisan yang smooth. Memang tak dapat dinafikan memang kita jadi seronok baca sebab know know tak sedar dah nak habis. Very da page turner. Nak tambah sikit, kita rasa cerita yang Adam cerita dekat deejay tu pun kalau jadi depan mata. Rasanya lari tak cukup tanah.Walapun hanya selingan tapi tetap 'memberi' rasa. 




Kisah 1 -"Ada yang bermain muslihat" - ⭐️⭐️⭐️
Kisah 2-"Tengok rumpai tu..macam.." - ⭐️⭐️⭐️

Kisah 3-"Dua lembu, dua lepat" - ⭐️⭐️⭐️⭐️

Rasa macam tipikal cerita nombor ekor. Tapi silap. Ada nyawa yang harus menjadi korban. Kita sedih bab yang menjadi mangsa korban. Perjanjian yang penuh tipu daya. Kita pun tak sangka dengan maksud lembu & lepat. Akhirnya, ada jua manusia yang terperangkap dengan helah syaitan.


Cakap pasal scene meloyakan & menakutkan. Ya memang ada 🤚🏿 Kita masih lagi boleh bayangkan apa yang kita dah baca. Terperinci juga penulis gambarkan. Mungkin lepasni nampak rumpai air, lepat, dan ikan dah terimagine benda lain. Hshs

Cumanya, kita harap cerita pasal budak-budak tu dalam bas & gangguan lebih banyak atau seimbang dengan 3 kisah yang ada. Rasa tak puas. Ending pun very da pandang dinding. Tapi overall, satu naskah yang berjaya dari penulis.

Kisah yang mempunyai pengajaran. Selalunya perkara asas lah yang orang mudah lupa. Kan? Kita kena tahu, memang ada segelintir manusia yang tamak haloba dan mahukan lebih lagi. Ada juga yang dalam fasa di mana halal atau haram sudah tidak lagi menjadi keutamaannya kerana terdesak. Apa pun, kita sebagai hambaNYA kena sentiasa bersyukur.


Fun fact: Rumie ialah nama pena debut penulis di Penerbit X. Penulis bukan penulis baru. 

Bookcafe : Beli Sini

Ulasan di Instagram @ikashoid

Sep 17, 2024

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

9:26 PM 1
Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap

e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024. Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model

perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat.




“Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka

dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting

termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate, perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang

kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan

jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee Live telah muncul sebagai instrumen penting buat usahawan tempatan, dengan peningkatan 113% penjual

baharu yang menjalankan penstriman langsung pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan

Shopee

Live sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia untuk perdagangan secara langsung. Penjual tempatan

mengiktiraf ciri interaktif Shopee Live yang memudahkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan lalu  membolehkan mereka membina hubungan yang lebih kukuh dan berkekalan. Kemudahan untuk menggunakan platform in dengan mekanisme maklum balas secara langsung terbukti penting untuk membantu perniagaan menonjol dalam pasaran yang kompetitif, mencipta hubungan bermakna dengan pelanggan, dan mencapai penonton dari seluruh negara. Penggunaan Shopee Live sebagai strategi perniagaan utama dapat dilihat dengan lebih daripada 1.4 juta penstriman langsung dijalankan oleh penjual tempatan dengan 27 juta komen unik dari pelanggan diterima pada tahun ini.


PetalsMalaysia, jenama penjagaan rambut dari Selangor menyertai Shopee pada tahun 2021 untuk menawarkan produk Buatan

Malaysia lestari yang mesra wudhu’ dan disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sebelum menyertai Shopee,

kehadiran pasaran mereka terhad kepada kedai runcit. "Shopee memberikan akses luas kepada khalayak dalam

talian dan dengan ketara memperluaskan jangkauan pasaran kami," kata Khairul Azman, Pengasas Petals Malaysia.

"Shopee Live juga telah mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Melalui strim langsung, kami

berinteraksi dan menjawab soalan mereka secara langsung, dan mempamerkan produk kami dengan lebih berkesan

. Interaksi mudah dan pantas ini membina kepercayaan dan mendorong pembelian. Kami juga menggunakan ciri

‘polls’ dan sesi soal jawab untuk menggalakkan keterlibatan penonton, mengumpul maklum balas, dan

mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan." Petals telah menjual lebih 26,000 unit

syampu pewarna rambut halal,  ‘Hair Color Shampoo’ yang menjadi produk terlaris mereka sejak tahun 2021.


Kajian ini juga mengetengahkan peningkatan sebanyak 65% penjual Shopee Live dari Pantai Timur

yang mencerminkan kejayaan platform ini dalam membantu perniagaan tempatan meluaskan jangkauan mereka

ke seluruh negara. Ini juga menunjukkan komitmen Shopee untuk membantu usahawan terutamanya dari kawasan

luar bandar untuk berkembang dalam e-dagang. Penjual dari Pantai Timur menggunakan Shopee Live untuk

membina kesetiaan jenama dan memperkasakan hubungan dengan pelanggan yang membantu platform ini

mewujudkan lebih banyak peluang buat usahawan lain di seluruh Malaysia.


500 perusahaan tempatan cemerlang di Shopee telah mencapai purata pertumbuhan tahun-ke-tahun

sebanyak 50% pada tahun 2024, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu perkembangan perniagaan. Kejayaan ini menyerlahkan


kekuatan ekosistem Shopee dan peranannya dalam membantu penjual berinovasi dan berkembang. Kajian ‘Sayangi

Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ juga menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan

memajukan ekonomi digital. Shopee kekal menjadi rakan penting perniagaan tempatan, menawarkan alat dan

perkhidmatan perniagaan untuk membantu penjual tempatan mencapai kejayaan baharu.

Sep 5, 2024

Ulasan EBook - Diari Seorang Duda by Rafina Abdullah

7:56 PM 1
Ulasan EBook - Diari Seorang Duda by Rafina Abdullah

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Depan-depan mama saya mengaku sekali lagi, saya nak Zila balik. Saya nak nikah semula dengan dia.” - Adi


Sinopsis Ringkas: Selepas 3 tahun bercerai. Adi nak get back semula dengan bekas isterinya (Zila). Tapi, tidak bagi Zila. Kerana pengalaman lepas mengajar dirinya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bersama Adi. Apa yang terjadi seterusnya? 


Rasanya semua dapat agak macam arah tuju cerita ni kalau saya cakap happy ending kan. hshs. Storyline simple & straightforward. 




Cerita tentang peluang kedua. Memang kalau go thru apa yang Adi buat dekat Zila sepanjang tempoh mereka berkahwin. Adi memang redflag 🚩 Pernah naik tangan, kaki perempuan & selalu di side perempuan yang dia selalu usung. Memang patut pun Zila tu fikir panjang nak getback. 


Bukannya benda kecil yang digaduhkan sampai bawa pada penceraian. Besar. So saya tak hate watak Zila yang main tarik tali tu. Reason dia jadi keras hati pun rasanya semua orang boleh faham. 





And Adi? Yes. Kesilapan dia tu buatkan dia sedar yang dia dah hilang keluarga kecil dia. Jadi, memang patut pun Zila tak terus terima dia. Jadi itu membuatkan dia letakkan effort lebih dari 100% untuk tawan semula hati Zila. Sebab guna anak pun tak jalan. So, memang kena berusaha lebih la. 


Konflik berjaya diselesaikan dengan baik. Agak rushing bahagian ending. Maybe sebab ebook ni tak sampai 100 pages pun. 

Saya enjoy baca part bapa & mak Zila komplot nak kenakan dieorang berdua. Part menyakat sampai panas punggung masing-masing. 


Saya rasa saya tak feel sangat kalau ini dikatakan romcom. Maaf. Mungkin masalah itu datang dari saya yang susah nak terhibur dengan senang. Saya memandang cerita ini sebagai cerita yang pra serius. Ha boleh tak macamtu? sebab ini kan tentang peluang kedua. Tapi apa pun satu percubaan yang baik dari penulis.

Sep 1, 2024

Ulasan Buku - Puaka Dobi Layan Diri by Siti Solehah, Mus Masmian & Khairul Ahmad

5:48 AM 1
Ulasan Buku - Puaka Dobi Layan Diri by Siti Solehah, Mus Masmian & Khairul Ahmad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kalau dobi layan diri kalian berada di tempat yang sunyi & tersorok. Kalian nak pergi juga ke? Kalau nak pergi juga. Ajak orang temankan & awal sikit. Bukannya waktu orang tengah sedap buat taik mata. Awak sibuk nak mendobi 🧺 Masa baca buku ini, dalam kepala terus terbayang satu dobi yang saya suka pergi di (tempat dirahsiakan). Suasana dekat situ memang sunyi and kalau ada orang pun boleh kira pakai jari. Let say if nak pergi atas dari pukul 10 malam. Memang kena bawa teman sebab kawasan dia macam agak tersorok juga. 


.melihat ☠️ sedang berputar sama dengan baju di dalam mesin itu - Penunggu Baju / Siti Solehah

Darah pada sehelai blaus labuh berwarna nilakandi itulah yang membawa Johari ke dobi yang baru sebulan beroperasi itu. Dia tidak dapat menghilangkan kesan kotor pada baju pelanggannya . Sampai di dobi, mesin yang digunakan tidak mengeluarkan sabun walaupun sudah 10 minit berputar. Dia menghubungi pemilik kedai dobi untuk mengadu. Apa yang terjadi selepas itu?

Cerita pertama best 🙌🏻 Simple & not bad. Senang nak faham. Yang tak ada kena mengena terpalit sekali. Malah teruk diganggu. Disebalik gangguan itu. Ada rahsia besar yang tersimpan akhirnya terbongkar juga. Cumanya, kita tak puas hati sikit sebab orang yang sepatutnya kena ganggu. Tak diganggu. Hantu selek ke cane ni?.


..dia terlihat sesuatu cuba merangkak keluar dari mesin-mesin dobi - Dobi Dosa / Mus Nasmian

Terpaksalah Faizal pergi ke dobi walaupun dia penat. Mana tidaknya, mesin basuh rumahnya rosak & baju menimbun berbakul-bakul. Tambah pula dengan bebelan si isteri. Pening Faizal. Jika dia tak ke dobi malam itu, esok dia tiada baju kerja untuk dipakai. Sampai di dobi, ada seorang gadis misteri turut bersamanya disitu. Apa yang terjadi seterusnya?

Cerita kedua tak scary tapi lebih pada misteri. To be honest, kita kesian dekat Faizal. Dia memang mangsa keadaan. Hint yang selama ni dia dapat, dia terlepas pandang. Bukan salah dia sebab betul la. Lelaki memang tak reti benda kiasan. Dan kisah ini juga mengenai ibu - anak & perlakuan jahat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Cerita kedua lebih compact. Yang pasti lepasni rasanya Si Faizal terus beli mesin basuh baru letak dekat rumah dia hshs.



Ketiga-tiga penulis berjaya menulis berkaitan dengan latar tempat dobi layan diri. Cuma nak kata seram. Tidak. Dia cuma bagi kita sebagai pembaca rasa macam sus sus sikit saja.


Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

5:23 AM 1
Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




Menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan. 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna

Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian barangan Malaysia serta menyumbang kepada penciptaan pekerjaan dan kestabilan ekonomi. Trend ini memperkukuhkan ekonomi tempatan, mengukuhkan solidariti komuniti, dan menjadi daya penggerak yang berkuasa dalam memajukan negara.

"Menyokong perniagaan tempatan bukan sekadar membuat pembelian; ia adalah satu pelaburan terhadap komuniti dan masa depan ekonomi kita," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Dalam kita menyambut Hari Merdeka, kami terinspirasi menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia bersatu untuk memperkasakan perusahaan tempatan. Dengan menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, kita meraikan warisan dan memperkukuhkan fabrik masyarakat kita lalu memastikan ekonomi kita terus berkembang dan komuniti kita terus makmur."

Sentimen ini turut dikukuhkan dengan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penjual tempatan, dengan 9 dalam 10 percaya dengan kebolehan mereka untuk memenuhi pesanan dan menjawab soalan dengan berkesan. Tahap kepercayaan yang tinggi ini menyerlahkan kebolehpercayaan, perkhidmatan berkualiti, dan khidmat pelanggan yang cemerlang oleh perniagaan tempatan, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara pengguna dan jenama tempatan. Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan terhadap produk tempatan bukan hanya mengenai menyokong ekonomi; ia didorong oleh keyakinan tulen terhadap kebolehan dan kecemerlangan usahawan tempatan.

Kajian ini juga menonjolkan aspek lain tentang membeli lokal: 70% rakyat Malaysia menunjukkan sokongan teguh terhadap penjual wanita dan penjual luar bandar, menegaskan kepentingan keterangkuman dalam ekonomi tempatan. Komitmen ini mencerminkan keinginan yang lebih luas untuk memperkasakan komuniti terpinggir, memastikan mereka disokong dan mampu berkembang. Dengan memberi keutamaan kepada golongan penjual ini, rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan tempatan dan memupuk pasaran yang lebih inklusif.

Tambahan lagi, apabila ditanya tentang pengaruh asal usul produk dalam keputusan pembelian, 8 dalam 10 responden berkongsi bahawa mereka lebih suka membeli produk Buatan Malaysia, menunjukkan keinginan yang kuat untuk memperkasakan komuniti tempatan. Keutamaan ini juga menyerlahkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap nilai unik penjual bandar dan luar bandar dalam pasaran serta komitmen untuk memastikan peluang ekonomi adalah lebih sama rata seluruh negara. Dengan menyokong perniagaan tempatan, rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian produk tempatan dan secara aktif menyumbang kepada pembangunan dan kemampanan komuniti penting ini.

Shopee juga telah mengambil langkah penting untuk menyokong penjual tempatan, memastikan mereka boleh fokus untuk menjual produk mereka tanpa risau. Ciri-ciri seperti Bayaran Waktu Terima (COD), Jaminan Tepat Waktu, dan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma memudahkan pengguna membeli dengan yakin. Malah, 85% responden menunjukkan mereka lebih cenderung untuk menyokong penjual tempatan jika ciri-ciri seperti ini tersedia, menunjukkan kepentingan kemudahan dan kebolehpercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian.

"Kami bersuka cita dengan respon positif pembeli terhadap ciri-ciri baharu ini di mana ianya menunjukkan peranan penting kemudahan dan kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Kami terinspirasi melihat rakyat Malaysia bangga dengan perniagaan tempatan dan aktif menyokong mereka. Dalam kita menyambut Hari Kebangsaan, usaha kolektif ini menjadi lebih bermakna dan mengingatkan kita bahawa dengan memilih untuk membeli lokal, kita bukan sahaja memperkukuhkan komuniti tetapi juga memupuk semangat kemerdekaan dan perpaduan untuk masa depan yang lebih cerah buat semua." tambah Tan.

Aug 18, 2024

Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden

6:42 AM 2
Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




29 June 2024 : Lupa nak update special event ni dekat dalam blog. So harini, marilah kita mengimbas kembali. Sebenarnya sangatlah random pergi ke Tun Laila's Girl's Talk Session X Bath Garden ni. Tak plan. tapi masa tengah scroll X. Ika ada nampak yang Tun Laila ada mention pasal M&G ni. Tapi only for 50 participants only. 


So siapa yang terpilih dapat dapat lagi pergi. Ika terus isi form. Dengan harapan ada la terselit rezeki dapat jumpa Tun Laila in person. And ika paksa one of my close friend untuk register juga. Saja ajak dia sebab tahu kiteorang dua memang perlu pergi event macamni untuk boost up and absorb energy Tun Laila. 




And akhirnya, dapat info yang kita & kawan kita shortlisted. Yayy. Happy me :) Secara automatik terus ada plus one. Bertempat di Dasher Smart Home, Setia Alam. Pukul 10.30 am - 1 pm. Oh ya, dress code untuk event ni ialah pink or  white. Kita pilih untuk pakai warna pink instead of white sebab kita tak ada keyakinan nak pakai warna tu. Silap haribulan nampak baju je berjalan hshs. First time dapat pergi event yang tak ada kaitan dengan buku. Bila tengok gigirl lain dress up lawa-lawa. Auto rasa kerdil. 


So move forward, kita macam starstruck sikit masa Tun Laila depan mata. Selalu tengok dia dekat Tiktok je. Kalau dari kaca mata ika. Ika suka cara Tun Laila bawa diri dia dalam medsoc. Dia tak berpura-pura jadi orang lain. Dia jadi diri dia sendiri. Suka dengan tahap keyakinan yang di ada. Tambah pula dengan kerjaya dia sebagai seorang lawyer. Dia boleh dijadikan contoh yang baik buat pengguna medsoc yang lain. 





And buktinya memang bila depan-depan pun. Selain dia sangatlah cantik and so smol. Kita suka tengok cara dia berikan respon untuk soalan-soalan yang diberikan and cara dia jawab soalan pun bukannya asal boleh saja. Dia tahu apa yang dia cakap. :) Banyak yang Tun Laila share. Bukan saja mengenai diri dia. Tetapi diselitkan juga dengan nasihat dan random talk (kerjaya, kerja, kewangan, kehidupan & tips). Tapi mostly, banyak yang nak tahu macam mana cara Tun Laila boleh jadi sangat confident. Hopefully, sharing Tun Laila dapat membuka mata buat kita semua. Dalam banyak-banyak benda. Ika suka satu ayat dari Tun Laila. 


JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. 

TAPI BANDINGKANLAH DENGAN DIRI SENDIRI


So, enjoy sedikit gambar yang sempat ika capture masa hari kejadian. Tak sempat nak pegang kamera sebab kitanya terlebih fokus hshs. 

"Its's not always rainbow and butterflies"








Talk yang memang berikan positive vibes. Tak rasa menyesal lansung bangun awal pagi semata-mata nak ke sini. Berbaloi and weekend saya pada minggu itu berlalu dengan baik. And the best thing is semua participants dapat goodies beg. Bath Garden sangat bermurah hati bagi full size of product. So, ika dapat scent Coconut Hibiscus  Shower Gel, Shea Butter Scrub & Shower Puff. Shower Gel dia wangi. Lurve. 

Thank you Tun Laila & Bath Garden. 

Shopee Bath Garden 

Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

6:17 AM 1
Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaannya yang lalu, Mohd

Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019,

beliau melancarkan Lampu Cherita, sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid

berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu.

Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang

diperlukan. 


Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang

memperkasakannya dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya.

Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan

strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori.


Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee

Xperts di mana sekumpulan pelatih sah dan penjual yang berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka

bersama beliau. Bimbingan mereka memainkan peranan penting yang membolehkan Zaid mengaplikasikan

amalan terbaik dan memaksimakan keberkesanan alatan perniagaan platform. Dengan nasihat berkesan daripada

para profesional berpengalaman ini, Zaid melakukan penambahbaikan kepada operasi perniagaannya yang

membawa hasil ketara dan dan membuka pintu kejayaan buat Lampu Cherita.



Dalam Zaid aktif dalam kumpulan Facebook ShopeeUni - sebuah komuniti penjual yang rancak berbincang hal

e-dagang, beliau menemui rangkaian sokongan yang sangat berharga. Kumpulan ini menjadi sumber inspirasi d

an nasihat yang membawakan perspektif baharu yang membantunya kekal maklum tentang trend industri dan

mengatasi cabaran. Persekitaran berkolaboratif kumpulan ini merupakan faktor kritikal dalam pertumbuhan dan

kejayaannya.


Namun, Zaid menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan perniagaannya. Pada tahun 2021, banjir yang

melanda kilang lilin yang juga rumahnya menyebabkan kerosakan bernilai RM100,000. Dalam menghadapi

kesulitan ini, beliau menemui semangat melalui komuniti Shopeenya. Rakan seperjuangan penjual dan

pelanggannya bekerjasama memberikan sokongan penting dan bergotong-royong membersihkan ruang yang

rosak. “Bantuan mereka semasa waktu yang paling sukar buat saya meringankan beban yang sangat berat buat

saya dan mengingatkan saya tentang ikatan kuat yang telah dibentuk. Pengalaman ini buat saya rasa sangat

bersyukur dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat,” kata Zaid.


Sifat solidariti dan kemurahan hati ini menunjukkan semangat mendalam dan kesepaduan komuniti e-dagang

yang membantu Zaid membina semula perjalanan perniagaannya. Didorong oleh rasa syukur dan dilengkapi

dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehnya, Zaid melangkah ke peranan baharu sebagai mentor. Beliau

aktif menyertai kumpulan Facebook ShopeeUni dengan berkongsi mesej motivasi, tips praktikal, dan nasihat

tentang cara memanfaatkan alat perniagaan Shopee. Pandangannya mengenai strategi pemasaran, penglibatan

pelanggan, dan pengoptimuman produk dihargai komuniti ini. 


"Saya amat bersyukur atas sokongan yang saya terima ketika saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam

menjalankan perniagaan. Kini, saya berasa puas dapat membantu yang lain mencapai kejayaan dengan bimbingan

dan dorongan yang juga pernah membantu saya. Menyokong komuniti adalah cara saya memberi kembali dan

membantu yang lain berjaya seperti yang telah saya terima sebelum ini," kata Zaid.



Pada tahun 2022, sumbangan Zaid diiktiraf secara rasmi apabila beliau dipilih sebagai salah satu daripada 17

ahli Shopee Bintang. Penghormatan ini menandakan peralihannya daripada seorang penjual yang berjaya kepada

mentor dalam program Komuniti Shopee Bintang. Zaid berinteraksi dengan penjual lain melalui acara dalam dan luar talian dan berkongsi kepakarannya melalui

sesi bulanan Facebook Live. Beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa belajar dengan mengadaptasi trend

baharu dan untuk menggunakan sepenuhnya sumber bernilai Shopee Xperts dan Shopee University.


Kisah Zaid adalah bukti kuasa transformasi sokongan komuniti dan pembelajaran berterusan dalam dunia

e-dagang. Melalui sumber Shopee dan sokongan yang tidak pernah putus dari rakan seperjuangan penjual,

beliau mengubah cabaran kepada perniagaan yang berjaya dan mengambil peluang ekosistem platform untuk

membantu orang lain berjaya.


Menyokong Perniagaan Tempatan Melalui Perkongsian Strategik

Bagi Shopee, memacu ekonomi digital Malaysia bukanlah sekadar menyediakan alat perniagaan dan memupuk

komuniti penjual yang dinamik; ianya jugalah adalah tentang kerjasama yang berkesan yang boleh

memperkuatkan sokongan terhadap PMKS tempatan. Mengenalpasti usaha kolaboratif dengan agensi kerajaan

dan pihak berkepentingan utama adalah penting, Shopee meningkatkan peranannya dalam memperkasakan

penjual melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.


Program seperti Pupuk@Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) yang bertujuan untuk melatih dan memperkasakan penjual e-dagang luar bandar melalui kelas Shopee

University telah dijalankan di pusat internet luar bandar MCMC. Kelas-kelas ini telah memacu jualan sebanyak

RM55 juta untuk 29,000 penjual tempatan yang meningkatkan pendapatan harian purata mereka sebanyak 22%

tahun ke tahun. Selain itu,  melalui Program OKU Celik Digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi,

500 penjual OKU tempatan dapat belajar cara mengemudi pasaran digital melalui sesi latihan yang dijalankan

oleh Shopee.


“Di Shopee, komitmen kami lebih daripada menyediakan alatan perniagaan. Kami percaya dengan kepentingan

komuniti dan memupuk perkembangan komuniti untuk membantu penjual tempatan berjaya dalam era digital.

Kami berusaha membantu memenuhi potensi penuh mereka yang memacu ekonomi digital Malaysia dengan

menyediakan sumber penting kepada PMKS dan membina komuniti penjual yang kukuh. Dengan usaha bersama,

kita dapat membawakan impak yang berkekalan dan meningkatkan pertumbuhan usahawan kita,” kata Tan Ming

Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.