January 2019 - Jari Jemari Menari

Jan 31, 2019

BOOK REVIEW - KACAU BY ARIFF ADLY

8:09 AM 26
BOOK REVIEW - KACAU BY ARIFF ADLY

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Entry pertama untuk bulan Februari. Alhamdulillah. Dah masuk bulan 2 dah untuk tahun 2019. Cepat betul masa sekarang berlalu ya. Sedar tak sedar dah masuk bulan baru. Azam tahun ni masih cuba diusahakan sebaik mungkin. Entry kalini, macam biasa. Book review yang bertajuk Kacau by Ariff Adly. Memandangkan, sini lebih puas untuk bercerita lebih mengenai buku Kacau ni. 

So, let's start. 



DETAILS

PAGE: 328 PAGES
YEAR: 2014
PUBLISHER: FIXI 
AUTHOR: ARIFF ADLY 




07: First of all, cover buku Kacau da bomb. Thumbs up! Kau rasa macam ada org tgh ngintai kau malam malam haha. Kalau baca malam la. Nampak sangat misteri. Masa pegang buku ni, tertanya tanya kenapa warna hijau dan ada sebelah mata saja. 

Korang kena baca buku ni kalau nak tau apa kaitan cover buku dengan cerita. Brilliant FIXI. I like it! 

Akhirnya, lengkap baca kesemua buku Ariff Adly. Memang sengaja baca atau simpan buku Kacau untuk yang terakhir sekali. Ramai yang kata Kacau terbaik dari ladang. Yes. Ika setuju dengan statement tu. Eventho, konsep permainan Spirit Of The Coin ni dah biasa kita dengar & tengok dalam movie. Masih ada originality dalam buku Kacau ni. Kalau buku Gelap & Mereka, memang penulis ada mencedok idea dari movie. Tapi, masih tetap diolah dgn baik mengikut cara penulis sendiri. 

Sumber: Google Image
Ni untuk sesiapa yang taktahu macam mana rupa board nak main permainan Spirit Of the Coin. 

Bila baca Kacau ni, tak rasa bosan sebab belum sempat otak kita nak rehat, dah ada orang kena kacau. Kira boleh dikatakan sangat cepat la jalan cerita bergerak which is for me very good. Ada banyak part dalam ni yang ika suka antaranya:- 

- Syida kena rasuk dalam kereta Jimie. Siap menyanyi lagu Ulek Mayang & menari sekali. 
- Amat beli KFC untuk Jimie & Amat. Unfortunely, bukan depa yang makan KFC tu. Erk. 
Banyak lagi part yang best and of course ending. Not bad. 

Conclusion ringkasnya. Ika suka dengan tema persahabatan yang penulis terapkan dalam buku ni. Persahabatan yang erat antara dieorang semua jadi kekuatan storyline. Kita boleh rasa aura tu. 
Paling utama ialah, jangan cari pasal boleh tak benda benda mengarut ni. Nak cari hantu la, nak jumpa hantu la, teringin nak tengok la. Lempang tahu la. Realitinya, memang budak -budak remaja sangat suka explore benda mcmni. 
Taksub sangat. 
Adik-adik, please. Otak letak dekat kepala tau, jangan letak dekat kepala lutut. Sekian haha. Tiber emo. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com

5:41 AM 5
Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Last minute, ika baru nak join giveaway dari Sis Kinah. Saja cuba nasib hee. Sempat lagi ni if korang nak join. Sis Kinah tutup pukul 12 karang. 



Jan 29, 2019

Hadiah Terbaik dari Printcious 🎁

7:53 PM 5
Hadiah Terbaik dari Printcious 🎁


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Mungkin, ada diantara kita yang akan runsing nak fikirkan hadiah apa yang patut diberi buat insan yang tersayang bila sampai tarikh istimewa mereka. Lagi lagi bila kita bekerja dan tiada masa untuk keluar survey and belikan hadiah dekat mall or mana mana saja. Maka dengan itu, janganlah kalian risau. Ada satu website yang menyediakan pelbagai jenis hadiah yang sesuai untuk semua jenis majlis.  Websitenya ialah Printcious. Apa yang bestnya dalam website Printcious ni ialah kita sendiri boleh customized hadiah yang ingin diberikan. Mudah dan jimat masa. Harga pun berpatutan. 

Kita cume kena luangkan sedikit masa untuk piliih hadiah dalam website ini & effort utk customized hadiahnya. Kemudian, tunggu hadiah tu sampai untuk kita berikan kepada org yang kita sayang. 


Antara hadiah yang boleh diberikan ialah Tshort, Canvas,Casing Phone, Pillow, Mug dan banyak lagi. Bukan itu saja, pilihan untuk kita customized sendiri juga banyak. Printcious sudah sediakan template bagi memudahkan kita untuk terus edit. Bagi yang baru nak berjinak jinak dengan Printcious, ika rasa tiada masalah untuk memahami cara untuk edit. 


Nampak tak mcm mcm hado. Rambang pulak mata ni nak pilih. Haha.

Ika nak tunjuk sedikit cara cara untuk korang yang baru first time nak cuba customized hadiah dekat Printcious. Quick Tutorial gituw.  Dengan 4 cara yang mudah ni, korang hanya perlu ikut arahan sahaja. 


1: Pilih produk apa yang korang nak bagi hadiah. If korang nak hadiahkan bantal. Click bantal. Pillow pulak terbahagi kepada 4 jenis. Terpulang dekat korang nak pilih yang jenis macam mana.  Ada Throw Pillow, Cushions (Square), (Love), (Rectangle). Dan ada diantara pillow tu yang korang boleh pilih warna. Pilih bantal yang korang nak. 


2 & 3 Klik Start Designing. Atau kalau korang malas nak design sendiri. Boleh terus pilih apa yang Printcious dah sediakan. Just click Buy Now. tapi kalau korang taknak, click start designing. dah korang akan nampak ada bantal kosong. If nak masukkan gambar, tekan image. Dah masukkan image. Ajust ikut kotak yang dieorang dah bagi. 

Kemudian, kalau rasa ada nak tambah ayat, tekan add text. 

Nak tukar warna pun boleh. No problem. And dah puas hati. Click DONE. 


4: Place Order. Lastly, korang add to cart & proceed to checkout. Simple! :) 



Itu adalah quick tutorial dari Ika. Ika yakin korang boleh explore lebih dari ni. Ini hanya untuk org yang baru first time masuk ke website Printcious. Tunggu apa lagi. Printcious sekarang pun tgh bagi promo. Harga pun murah. Ika sure korang mesti akan eksited untuk tunggu barang yang korang sendiri customized. Memang nampak sangat eksklusif. 

Lawati media social Printcious untuk ketahui lebih lanjut lagi: 

Hadiah dari Blogger Kak Sha ❤️️

1:05 AM 20
Hadiah dari Blogger Kak Sha ❤️️


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Entry ni entry penghargaan buat Kak Sha. Ini kali kedua ika dapat buku dari Kak Sha. Sebelum ni, ika dapat buku Mereka dari Kak Sha. Boleh baca sini. Tak sangka sebenarnya yang nama ada tersenarai dalam entry Kak Sha yang Selamat Tinggal 2018 tu. By the way kali ni, apa yang ika eksited sangat ialah buku  yang Kak Sha bagi dekat Ika. Buku bertajuk Misteri Mimpi Yana // Salleh Kausari. 

Kalau tak silap, pernah cakap dengan Kak Sha yang ika terlepas peluang untuk beli buku ni masa ada sale dekat Book Cafe tahun lepas. Masa tu, boleh pulak tak sedar yang buku ni tak ada dalam list pembelian pun. Hampa gila kot rasanya sebab ika selalu tertarik dengan buku ni masa dekat bookstore area rumah ika. Sebab ika rasa buku ni mcm lain dari yang lain. 

Alhamdulillah rezeki. Terimakasih byk byk Kak Sha. Semoga Kak Sha dimurahkan rezeki lebih lagi. Kak Sha selalu buat suprise dengan hadiahkan buku utk rakan blogger yang lain. Oh ya, lagi satu. Kak Sha rajin sangat baca buku and dia selalu update dekat blog & Goodreads. Siapa yang nak baca review dari Kak Sha. Boleh terjah blog dia. 


Terimakasih jugak untuk notebook & penanda buku. Comel sangat. Happy dapat buku ni, sebab buku ni lain dari yang lain katanya. Tunggu ika baca dan review okay? 
Target ika tahun ni nak baca 30 buah buku. Harap berjaya. Bulan ni pun dah nak habis dah. Ika cuma baca 7 buah buku je. Dan sekarang masih membaca lagi hee. Insha'Allah akan update book review. See you gais in my next entry. InshaAllah. 

Eh, korang tengah baca buku apa tu? Meh la share dengan ika buku yang best. 

Jan 22, 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

6:06 AM 9
 GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Harini, ika nak join giveaway dari Blog OM. Congrats sebab OM dah ada domain sendiri. Ika pun teringin nak ada domain sendiri. Doakan ika dapat beli domain sendiri tau. By the way, ika rasa maybe OM boleh letak section Top Commentator kot hee so that OM boleh tahu siapa yang rajin tinggalkan komen dekat blog OM. 



Jom join gais and support OM. All the best semua. Semoga ada rezeki <3 font="">

Jan 15, 2019

MOVIE REVIEW - RATSASAN 2018

9:19 PM 13
MOVIE REVIEW - RATSASAN 2018

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️




Movie review untuk tahun 2019 kalini, ika nak review satu cerita tamil. Ika baru je lepas layan Tamil Movie bertajuk Ratsasan dekat youtube. New update, tapi ika perasan yang account movie yang ika tengok cerita ni dah tak ada. Taktahu la sama ada dah delete atau macam mana. Oh ya, ika terjumpa satu post dkat fb pasal cerita ni. Katanya, ini movie paling best abad ini. Haha maka ika tak ragu ragu untuk tengok cerita ni harini. 


Ratsasan in english means Demon. (Raksasa)
Genre: Thriller/ Drama/ Crime
Year: 2018
Director: Ramkumar
Duration: 2h, 50 min 
Short Synopsis: A rookie cop attemps to track down a serial killer who is murdering young school girls. 

Source: Google




MY SHORT REVIEW 


Honestly, dari start cerita sampai habis. Ika fokus gila tengok. Sebab jalan cerita Ratsasan ni menarik. Permulaan cerita, kita akan nampak watak utama (Arun) struggle sangat nak bagi skrip cerita dia yang bergenre psiko. Bila tengok dia punya kegigihan mengumpul material - bahan bahan untuk skrip dia. Macam wow. Penuh dinding dengan article surat khabar. Malangnya, banyak producer yang tolak skrip dia sampaikan dia terpaksa kerja as a polis atas bantuan abg ipar dia. 

Dalam masa yang sama, kes pembunuhan kejam budak sekolah dalam lingkungan umur 15 tahun pun terjadi. Kira kita mcm tak boleh nak hilang fokus, sebab cerita dia mcm keep on go go go and go. Nak dijadikan cerita, masa Arun start jadi polis. Dia mcm dapat clue pasal jenayah dan misteri pembunuhan bdk bdk ni. Sbb before this kan dia banyak buat research pasal psiko. 

Agak menakutkan cara pembunuhan budak budak ni. Kita pulak tak boleh imagine mcm mana derita dan seksanya budak tu semua. Nampak sangat kejam dan tak perikmanusian. Damn you!

At the same time, ika salute dekat pembunuh. Pembunuh memang pandai plan strategi. Susah gila weh nak cari pembunuh. Tak ada bukti kot. If ada pun, merujuk ke org lain haha. sebab tu, ika awal awal lagi surrender utk teka siapa pembunuh. 


Source: Google


Sebagai penonton, ika sendiri tak boleh nak predict siapa yang bunuh. Sebab tak banyak sgt yg  boleh kita fikirkan siapa pembunuhnya. Kira mcm zero la nak main tuduh tuduh.Taktahu nak komen apa lagi. Ika rasa siapa yang suka tengok cerita psiko mcm ni, akan suka. Nasib baik ada Arun, so that dia gigih mencari pembunuh tu. Pembunuh akan tinggalkan kotak dekat setiap bdk yang dia bunuh. Scary jugak tengok patung yang dalam kotak tu. Kena toreh bagai haih. Taknak cakap banyak. Please tengok okay? Haha. 


RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

UPDATE: Ika check balik movie yang ika tengok dekat youtube. Tapi dah hilang yang full movie. Nanti ika carikan yang ada subtitle and update :) 

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

9:03 PM 10
Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 
Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

 


Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5ckAULYrj


Jan 10, 2019

BOOK REVIEW- GELAP BY ARIFF ADLY (PNMe-Reader)

6:08 PM 6
BOOK REVIEW- GELAP BY ARIFF ADLY (PNMe-Reader)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


DETAILS 
PAGES: 268 PAGES 
YEAR: 2014
PUBLISHER: FIXI 

04: Ini buku yang ke 4 ika baca untuk bulan ni. Before this, ika pernah buat review utk buku MEREKA // ARIFF ADLY . Dari penulis yang sama jugak. So, ika aim untuk baca semua karya beliau. At least, ika dapat tahu pattern atau style penulis. Selalunya, benda first ika belek bila baca buku FIXI ialah cover buku. Tapi disebabkan ika baca ebook. So, ika tak sempat belek and terus baca. 

Oh, rupanya cover buku FIXI memang semuanya beri kita satu hint utk storyline. Macam Gelap. Ika baru sedar yang cover buku dia seorang perempuan. Ingatkan lelaki. Brilliant! Good job siapa yang buat cover buku utk FIXI.

Source: Goodreads


Benda first terlintas dalam fikiran masa baca buku Ariff ni ialah "Eh mcm ala ala movie Saw". Cumanya, macam biasa. Diolah menjadi satu cerita yang lain untuk nampakkan kelainan sikit,  of course la kan. Boleh dikatakan, ika tak bosan untuk teruskan membaca sampai habis. Flow cerita dia bergerak laju. Lepas dia ni kena bunuh, dia ni pulak. Kau yang nervous lebih nak tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan ni semua. 

KARAKTER

Buku ni tak sesuai dibaca oleh budak sekolah. Ada unsur unsur 18sx dalam ni. Cakap pasal karakter, ika personally tak suka watak Eva. Haha. Semua pakat nak dgn dia je. Anip la, Ed la. Jijik oi. Friend-with-benefit sangat! Eva ni kalau dalam istilah kawan, kawan makan kawan. Hipokrit, selfish, stupid and beauty with no brain. Paling tak boleh terima bila dia buat hubungan sulit dgn si Anip. Ah si Anip pun sama la. Dah ada Dawi yang baik tu pun sanggup eh kau duakan dia. Eeei.

Nadiah mengingatkan ika dengan watak dalam cerita Hichki. Ada syndrome yang bunyi Chap Chap tu. Ika rasa tak ada la buku ni sekadar buku kosong. Ada juga terselitnya benda baru. I mean, new knowledge to us.And ika rasa logiknya jalan cerita ni bila dalang di sebalik pembunuhan ni seorang yg bukan calang-calang org. Dia seorang yg 'tahu apa dia buat'. Bukan sekadar buat tanpa ada ilmu. 

Overall, siapa yang sukakan storyline ala ala Saw. Boleh baca buku ni. Dalam ni, memang ada beberapa pages yang 18sx sikit. Plus , kita boleh baca dari awal lagi yang depa ni semua sangatlah social and open minded. Em, sama ada skip or baca je la ye dak? Kalau skip karang tak faham kohkoh. Well, last book dari Ariff yang ika kena baca is Kacau. Masih baca. Adios. Jumpa lagi in next entry. 

RATE⭐️⭐️⭐️



BOOK REVIEW- DENDAM CINTA BY NURUL AIN SYUHADA (PNMe-Reader)

6:07 PM 8
BOOK REVIEW- DENDAM CINTA BY NURUL AIN SYUHADA (PNMe-Reader)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Source: Google 

DETAILS 

PAGE: 732 PAGES 
YEAR: 2015
PUBLISHER: PENULISAN2U


Source: Goodreads


03: Finished already! Haha my third book for this month. By the way, novel ni dia punya main storyline is revenge. Dendam Alfan terhadap Dyla tu kemain teruk benar. Dari zaman sekolah dibawa sampai ke besar. Padahal masa tu, bak kata Dyla, cinta monyet je kot? Why so serious? Tapi lain bagi Alfan sendiri sebab dia memang dah menyimpan dan serius dgn Dyla waktu tu. Eventho dia selalu kena buli dengan Dyla. 

Lepastu, dipaksanya Dyla kahwin dengan dia. Gamble gila cara melamar. Em what else eh? Em of course, sepanjang baca novel ni. Kita akan nampak la hate love relationship antara depa dua. Jangan risau, dah namanya novel cinta kan? Manisnya tetap ada. Hee.  Cumanya bila dah selalu tarik tali ni. Ada beberapa bab yang mcm hilang fokus nak baca. Sebab terlalu meleret. Drag mood. 

KARAKTER

Watak paling menyampah dalam novel ni jatuh kepada Encik Fuad, lecturer si Dyla yang gatal ya amat. Lepastu suka hati dia je nak gagalkan org just because tak memenuhi kehendak dia. Eh kalau lecturer macam ni wujud dekat kolej, memang dah kena baling telur la kat muka la oi. 

Geram!
Tak proffesional! 
Annoying! 
Hidup kerja menyusahkan orang je. Dah tua tapi kot ya pun jiwa muda agak agak la sampai taste pun nak ngorat student sendiri. Siap nak rogol!. Eeeii. 

ps: Oh, ada a few sentence yang mcm tersalah. I mean, typo error maybe? But, it's okay sebab tak ada la sampai menghalang untuk teruskan membaca. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️

BOOK REVIEW - PEWARIS TAKHTA CINTA BY SITI KHADIJAH (PNMe-Reader)

5:55 PM 3
BOOK REVIEW - PEWARIS TAKHTA CINTA BY SITI KHADIJAH (PNMe-Reader)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Source: Google 

DETAILS 

PAGE: 638 PAGES 
YEAR: 2014
PUBLISHER: PENULISAN2U 

Source: Goodreads 

02: Storyline ala ala macam novel Siti Rosmizah. Konflik mengenai perbezaan darjat dan pangkat. Syed wajib kahwin dengan Syarifah. Alahai. Disebabkan wasiat jugak, Ary & Waffiya terpaksa kahwin. Menyirap gila bila ada part sepak terajang dalam novel ni. Heroin baik gila weh. Reda je kena belasah dengan mak mertua dgn suami dia. Kalau sis, sis lari jauh dah. Tacing and makan hati kot kena bantai. Haha padahal tak buat salah apa pun. 

KARAKTER: 

Ary (hero) sebenarnya is nice person. Tapi buta mata & hati sebab taktahu nak faham perasaan sendiri. Bukan berdosa pun sayang dekat bini sendiri eventho 'kahwin paksa'. Ego. Setiap kali nampak Wafiyya (heroin) dengan laki lain tahu pulak sakit hati? Haih. And Waffiya pulak 'typical' malay innocent lady character. Baik, lemah lembut dan kental gila nak mati. At the same time, rasa macam eh Waffiya please jangan baik sangat eh. Org buat kau mcm mcm okay. Kau kena berani untuk protect diri kau sendiri dari ditindas oleh orang yang hati busuk. 


Tiba-tiba rasa macam di pertengahan cerita, Waffiya patut dengan Amil je. Nasib baik, Ary berubah dari bad to good person. So, ika berubah fikiran haha. 

At the end of the day, kita akan nampak banyak perubahan dekat diri Ary. Dia sendiri yang ubah.  Individu tu sendiri akan berubah dengan sendirinya bila dia rasa perlu, kalau kita as a partner cuba nak ubah diri partner kita tu. Maybe partner kita akan jadi terpaksa ubah. Get it? So, apa yang ika nak cakap is, Ary ni berubah sebab dia rasa dia ni serba serbi tak kena sedangkan Waffiya lain sangat dgn diri dia. Well done Ary. 


Overall, masih boleh baca gais. This is just my personal opinion. Don't get me wrong. Taste kita semua kan lain lain. Kalau rasa nak beli dan baca, silakan. 


RATE: ⭐️⭐️⭐️

BOOK REVIEW - SUAMIKU PALING SWEET BY ANJELL (PNMe-Reader)

5:40 PM 6
BOOK REVIEW - SUAMIKU PALING SWEET BY ANJELL (PNMe-Reader)

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Untuk book review tahun ni, ika nak letak nombor. So that, ika tahu buku yang mana yang ika baca dulu dan seterusnya. Nampak lebih sistematik gitu untuk rujukan ika. Tahun ni, ika start dengan baca ebook dekat PNMe-Reader. Ketagih dah sebenarnya baca ebook. Haha. Honestly, sampai sakit kepala baca through phone. Bila cuba stop baca, okay pulak tak sakit kepala. Em. Whatever it is, Ika start baca dgn novel Suamiku Paling Sweet // Anjell. 



DETAILS 

PAGE: 791 PAGES 
YEAR: 2014
PUBLISHER: KARYA SENI 

01: Setelah dibelek list buku yang ditulis Anjell. Ini buku pertama yang ika baca. Banyak jugak rupanya karya Anjell yang ika tak baca lagi dan banyak jugak yang dh berjaya di adaptasi. Well, antara novel karya Anjell is, Tundukku Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella, Eksperimen Cinta, DHeos' & Dr Alpha Male.  Bila dah namanya pertama. Ika akan automatik 'terima' apa saja yang dibaca. Tak banyak cekadak org kata. Rupanya, tanpa ika sedar yang novel ni pun dah diadaptasi dah pun. Ika tak alert dgn benda ni. Itupun, lepas ika google lebih pasal novel ni baru tahu. 



KARAKTER

Honestly, watak si hero, Izz Haikal. Dia sweet, romantik, caring & protective. Maka, bila ada semua elemen ni, watak hero akan dapat A+ dari Ika. Kahkah. Dia sanggup sabar dan terima pe'el isteri dia yang separa matang. Yang perangainya akan suka melarikan diri.  Ada masalah sikit lari. Dari situ kita nampak betapa tak matangnya si Qisya. Mungkin faktor umur jugak. Eh tapi ada je umur muda berfikiran matang. Nasib engkau la Izz. Dah sayang kan? Terimalah seadanya. Jatuh cinta pandang pertama kan? 

And of course, penyeri cerita ni sampaikan dah habis baca pun masih terasa sayangnya dekat dia ni. Hafiy. Yayy. Kalau takda Hafiy ni mungkin akan hambar jugak jalan cerita. Love you Hafiy. ❤️ Suka juga dengan watak Hakimi (adik Izz). Teringat em aoa nama eh. Pelakon rambut yang kembang yang nyanyi lagu ' kamulah wanita, pujaan hatiku, kamulah wanitaaaaaaaaa'. Haha tak ingat nama apa. Terimagine Hakimi muka macam pelakon tu. 

Satu storyline yang berkembang sikit demi sedikit which is good. Dihujung hujung kita akan nampak la banyak benda yang senang cerita, semua persoalan kita pada awal novel banyak akan terjawab.  

RATE: ⭐️⭐️⭐️