July 2021 - Jari Jemari Menari

Jul 27, 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

8:02 PM 9
Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Tengah leka berjalan-jalan di blog rakan-rakan. Ternampak giveaway ni. Bulan ni mood nak join giveaway je ya. Haha cuba nasib. Tak salah kan kan :) Harap ada terselit la rezeki hehe. Hadiah macam best je. Hom la gais kita follow and join giveaway ni. All the best semua. 

Cerita sikit, apa yang anda ingin lakukan atau ke mana anda ingin pergi sekiranya tamat PKP.

Nak pergi bookstore & pantai. That's all. Taknak plan lebih-lebih sebab nanti kiciwa. Bukan la sekarang tak boleh pergi bookstore. Boleh tapi yang berdekatan saja. Yang nak pergi ni jauh sikit sebab situ lebih besar dan seronok :) Kalau pantai pula, sebab memang nak sangat jalan pijak pasir batu dan sebagainya. Dapat la release tension sikit. Tengok pemandangan yang cantik -cantik. 


Jul 23, 2021

MOVIE REVIEW - SEVEN (2019)

7:03 PM 19
MOVIE REVIEW - SEVEN (2019)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Movie Seven ini kalian boleh tengok di Netflix. Ika pun semalam tak plan lansung nak tengok movie ni. Ika ingatkan Seven ni series. Sebab tu ika pandang sepi. Sebab ika masih boleh layan lagi kdrama. Tapi kalau nak layan series ni, take time sikit la atau kata mudahnya tak ngam la. Movie Seven dah ada lama dah dekat Netflix kalau tak silap. Ika tak pasti kalau movie ni kalian boleh tengok di mana-mana website. Kalian boleh search. :) 

Ika tak familiar sangat dengan pelakon yang ada dalam ni tapi nampak macam familiar la jugak, Haha dia macam was-was samaada kenal pelakon ke tak. Tapi, ika tetap bagi peluang untuk movie ini. Kenapa tajuk dia seven eh? Sebab ada 7 watak utama ke? Siapa tahu boleh drop komen ya. 



SinopsisBeberapa wanita mendakwa Karthik sebagai suami mereka dan membuat laporan polis atas kehilangan Karthik. Namun, kes semakin rumit. Polis menganggap Karthik ialah penipu dan mula membuat siasatan. Dan juga seorang pesakit mental secara tiba-tiba mengaku yang Karthik ialah sahabat lamanya dan sudah mati. 

Pelakon: Anisha Ambrose, Tridha Choudhury,  Nadita Swetha, Havish, Regina Cassandra, Rahman, Pujita Ponnada

Tahun: 2019 

Masa: 1jam 57min

Genre: Drama/Thriller

Bahasa: Tamil/Telugu

Secara jujurnya, ika tak ada high expectation sangat bila tengok sinopsis cerita ni. Sebab mungkin ika kerap tengok storyline yang seakan-akan dengan cerita ni. Tapi, sangkaan ika meleset sama sekali bila di pertengahan cerita di mana 2 wanita melaporkan perkara yang sama di balai polis. Kehilangan suami mereka menimbulkan tanda tanya. Jangan kata polis blank. Yang tengok ni pun blank juga. Polis agak clueless asalnya sebab tak ada sebarang petunjuk. Nak dijadikan cerita, selepas pihak polis meletakkan iklan orang hilang di surat khabar, ada sorang pesakit mental secara tiba-tiba datang ke balai dan mengaku yang Karthik itu sebagai kawan lamanya dan telah mati. Selepas itu, pesakit mental itu dibunuh dengan kejam. Dari situ polis mula bergerak. 

Sumber: Google

Hasil siasatan mendapati yang Karthik ini bukan saja menipu 2 orang gadis, tetapi lebih dari itu. Malahan, gambar yang ada dalam simpanan pesakit mental itu jelas menunjukkan yang muka persis seperti Karthik. Jadi, Karthik pernah hidup dalam zaman sebelum ini. Kekeliruan ini la yang menyebabkan pihak polis teruskan siasatan dengan lebih mendalam. Ada plot twist. Dan seronok juga bila cerita ini banyak menimbulkan banyak tanda tanya sebab otak ni ligat berfikir apa yang jadi. Tak senang duduk juga ya. Toward the end, baru terfikir macam possible ke nak jadi macamtu dan macamni. Dalang disebalik kejadian dia memang tak expect pun. Cuma ending macam terburu-buru nak cepat habis.

Ika paling suka karakter yang dibawa oleh Regina Cassandra. Nampak hidup dan real. Perasaan taksub dan obses dia membuatkan dia separuh gila dengan kekasih ciptaan dia. Sanggup buang keluarga dan lakukan apa saja asalkan kemahuan dia dipenuhi. Gila betul bila tengok karakter dia. Lakonan yang baik. Dengan ekspresi dan mimik muka seorang psiko tu menjadi. Bagi credit untuk karakter yang dia bawa. Untuk yang lain. For me, ada rasa macam kaku dan seolah-olah macam try hard sikit. Ke try hard banyak ya. Haha tak pasti la tapi yang nampak all out ialah Regina Cassandra. 

Kalau kalian jenis tak memilih cerita. Mungkin boleh tengok cerita ni. Cuma ika tak jamin yang kalian akan suka. Sebab citarasa kita kan berbeza :) Sedangkan ika sendiri pun ada rasa macam lack sana sini untuk movie Seven ni. Kesudahannya, ika banyak juga buat kesimpulan sendiri untuk beberapa perkara. If kalian dah tengok, dah nak share pendapat atau anything. Boleh la kita komen komen :) 

⭐️⭐️⭐️

Segmen Wanna Be My GFF by AO

5:03 AM 9
Segmen Wanna Be My GFF by AO

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini first time ika nak join segmen anjuran Alien Oren. Aha, memandangkan lambat lagi segmen ni. Ika pun tengah ada free time. Apa lagi, rebut peluang la nak join :) By the way, ika duduk area Shah Alam. hee. Jom gais kita join segmen AO ni. Sangat mudah.


21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.

Jul 13, 2021

Senarai Peserta Segmen Renew Bloglist 2021

7:23 PM 16
Senarai Peserta Segmen Renew Bloglist 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Terimkasih kalian sebab sudi join segmen picisan ika dan follow blog & IG ika. Ika harap akan ada ramai lagi yang sudi join sebab masih ada masa banyak lagi untuk kalian join :) Entry ni untuk ika compile semua link blog yang dah join segmen ni. Sekali lagi, ika ucapkan terimakasih dan kalian boleh singgah menyinggah blog rakan-rakan yang lain okay. 


  1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  2. https://www.anakdenesor.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html?m=1
  3. https://www.farhanajafri.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  4. https://www.atiqahnajihah.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  5. https://www.shikinrazali.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  6. https://famf-tower.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  7. https://www.tiarasaphire.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  8. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  9. http://www.zianaeunos.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  10. https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  11. https://www.mialiana.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  12. https://www.adianiez.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  13. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  14. https://loveneddy.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  15. https://ciksukataip.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html?m=1
  16. https://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  17. https://saranur74.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  18. https://belognoordiana.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  19. https://www.alienoren.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  20. http://www.naniey.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  21. https://www.fairusmamat.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html

Jul 10, 2021

Hadiah Top Komentator dari Ako Tetap Ako

4:22 AM 17
Hadiah Top Komentator dari Ako Tetap Ako

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Harini, ika tak rasa ika akan dapat apa-apa parcel dari kurier. Lagipun, bila tengok barang yang ika order sempena sales 7.7 ni tersekat dekat mana tah. Jadi, emo bila mengenangkan yang barang akan sampai lambat sebab sekarang korang tahu kan yang ada sesetengah shop dekat Shopee, kita dah tak boleh pilih kurier T.T Jadi, ika macam okay tak apa la. Bagi masa untuk barang tu sampai. 

Alih-alih. Ada satu parcel sampai. Mula macam takut juga nak bukak sebab kan ada kes scam parcel tu. Tapi bila perasaan curious tu terlebih. Terbuka la juga. Baca kad baru tahu dari siapa. Memang tak expect lansung. 


Bulan lepas ika ada jadi salah satu top komentator blog Kak Ret. Jadinya, inilah hadiah yang Kak Ret bagi. Makeup bag with my name on it. Cantik sangat. <3 Jarang ika letak nama sendiri dekat mana-mana bag atau barang. Tapi, bila tengok ada nama sendiri dekat beg ni rasa macam eh nice jugak. 
Terimakasih banyak dekat Kak Ret untuk hadiah ni. Ika suka sangat. Boleh letak buku sebenarnya dalam ni selain dari barang makeup. Haha nampak kan gigih juga nak sumbat buku. Sebab cantik sangat. Hee. Apa pun, Salam perkenalan sekali lagi dari Ika. 

Yang penting, bila tengok wish card tu. Terus rasa semangat nak blogging dengan lebih gigih. Kalian boleh singgah ke blog Kak Ret untuk baca macam-macam cerita best especially pasal travel la. Mesti terus rasa macam nak juga terbang ke tempat tu. Link di bawah ya :) 

Jul 7, 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp

2:47 AM 18
Giveaway Road To 3M Mamapp

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bismillah. Ika join giveaway dari Mamapp :) Nampak best dan menarik. Dan, kebetulan ika juga tengah blogwalking. So, ada la masa nak join. Jom geng kita support sis Mamapp untuk giveaway beliau. Dan tahniah untuk 3M. Sangat memberi inspirasi dan semangat. 

Syarat-syarat penyertaan GA Road To 3M Mamapp

  1. Terbuka lepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat blog post bertajuk "Giveaway Road To 3M Mamapp". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. 
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  5. Jemput Follow Media Social Mama  || Instagram | Youtube |  Twitter |  FB Page| |
  6. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.


Jul 5, 2021

Segmen Renew Bloglist 2021

3:46 AM 37
Segmen Renew Bloglist 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika sebenarnya dah lama sangat nak buat segmen untuk update bloglist blog ika. Sebab ika rasa, ika sepatutnya explore lebih dengan blog yang ada. Ika juga mencari bloglist yang benar-benar aktif. Nak buat simple punya segmen saja. Ika nak mencari 10 blog atau lebih untuk diletakkan di bahagian sidebar blog. Dan ika harap kalian sudi join sebab syarat dia inshaAllah tak susah. 

Jika ada kelapangan waktu, boleh juga untuk komen apa saja entry di blog picisan ika ni. Ini sangat membantu untuk boost up ika punya mood nak berblogging. 


 


Bloglist kalian akan ada di dalam list sampai habis 2021


Instructions:

1. Follow blog JJM Jari Jemari Menari &  Instagram (WAJIB) 

2. Buat entry tajuk : " Segmen Renew Bloglist 2021'

3. Letak banner di atas & link kan ke entry ini. 

4. Minta kalian like gambar di Instagram Ika untuk support ika dalam meng-review buku. 

5. Letak link entry yang sudah di publish ke ruangan komen. 

Ika harap rakan rakan blogger ada yang sudi memeriahkan segmen bloglist ika ni and support ika ya. Sebab ni kali ketiga ika buat segmen. Giveaway nanti InshaAllah bakal menyusul ❤️️Sambil sambil tu, korang boleh la blogwalking each other. Ika kan update list peserta segmen ini di next entry. 

Jumpa lagi InshaAllah. 

Giveaway Aku Dan Kamu

3:35 AM 14
Giveaway Aku Dan Kamu

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Next giveaway yang ika rajin nak join sebab hadiah dia ada buku la haha. Harap terselit la rezeki di sini juga. Salam perkenalan buat sis As Samsudin. Jon gais kita join GA yang dianjurkan oleh beliau. Giveaway ni sampai hujung bulan ni. Masih sempat sangat kalau kalian nak join. 


Happy Anniversary to you guys. 

Terus bercinta sampai ke syurga. Sayangi antara satu sama lain selamanya dan berbahagialah. Amin. Semoga yang baik-baik sahaja buat kalian berdua. 


Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

12:57 AM 10
Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Selamat petang semua. Harini, ika tengok di reading list banyak yang join giveaway dari Kak Shalimar. Jadi, ika taknak lepaskan peluang untuk join sama giveaway dari Kak Shalimar. Jom kalian kita meriahkan lagi GA akak blogger ni. Hadiah yang dia nak berikan juga menarik. 

Semoga ada rezeki buat seketul potato ni. :) Amin. 


Hadiah Giveaway Blog ShalimarYusofDotcom

Pemenang No.1 - 1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker

Pemenang No 2 - 1 Unit jutebag + 1 unit custom sticker kad bank/kad touch n go

Pemenang No 3 -  1 Unit Kain Batik Viral

Pemenang Saguhati - 2 pemenang custom sticker kad bank/kad touch n go


Giveaway Tamat: 4 Ogos 2021 

Jul 4, 2021

BOOK REVIEW - CUKARIA ALL-STARS BY PENULIS-PENULIS CUKARIA.COM

11:56 PM 13
BOOK REVIEW - CUKARIA ALL-STARS BY PENULIS-PENULIS CUKARIA.COM


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika ingat lagi last ika ke BBW ialah pada tahun 2017. Masa tu, buku Cukaria ini memang duduk di bahagian hadapan sekali di dalam dewan. Tapi masa tu, kalau tak silap bukunya agak pricey sikit. Kebetulan pula ika memang kekurangan bajet masa tu. Fikir lain kali saja la beli. Alih-alih tahun 2021 baru dapat baca. Buku ini merupakan cetakan terhad yang dihasilkan dengan kerjasama Big Bad Wolf Sale pada Disember 2017. 

Kalian jangan pelik dengan ulasan ika kalini sebab terlalu ringkas untuk setiap cerpen. Malahan, kenapa ika tidak nyatakan nama watak. Sebab penulis hanya mengunakan perkataan Aku sebagai ganti nama. Jadi begitulah.


Penerbit: FIXI 
Penulis
Faizal Sulaiman, Regina Ibrahim, Abdul Rahman Shah, G Zachary, Mim Jamil, Hasnol Hayat, Aliaa Alina, Pasidah Rahmat, Anuar Shah, Chua Kok Yee, Arif Zulkifli, Fage & Mohamed Naquib Ngadnan
Mukasurat: 125 mukasurat 
Tahun : 2017 

▫️ Ne Fumez Pas / Abdul Rahman Shah

Mendebarkan. Dia tahu dia telah menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia juga berniat baik untuk melakukan sesuatu atas kejadian tersebut. Tapi mungkin dia tersilap langkah. Part lif memang rasa berdebar lain macam. Rasa diri sendiri dalam lif tu. KALAU la dia tak turun. Mungkin kalau di tempat dia, kita sendiri tahu kita sudah tidak punya waktu lagi ketika itu. Malang memang tidak berbau.


▫️Fragmen / Faye 

Dia yang baca, saya yang nervous. Seorang doktor curi-curi baca diari seorang pesakitnya yang bernama Harith. Tapi lagi dia baca isi di dalam diari tersebut, lagi dia terasa sesuatu. Seakan-akan ianya benar-benar berlaku. Watak Harith walaupun sekejap tapi masih mampu menegakkan bulu roma. 

▫️Hantu Buku / Arif Zulkifli 

Mixed feeling sangat dengan cerita ni. Ending dia memang 👍🏻. Tak expect lansung. Sebab mengenangkan yang tujuan utama mereka nak ke destinasi tersebut. Satu tempat yang mengembirakan kot. Pesta Buku. Siapa tak suka. Tapi end up, kejadian tak disangka berlaku hmph. Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri. Kalau sorang memang menangis tak berlagu la jawabnya. Tak sempat nak mengucap. Dan amal pun belum cukup. Bagaimana hm Insaf.

▫️Kursus / Mim Jamil 

I is kenot brain. How eh. Tapi itulah realiti yang zaman sekarang ni. Orang tak jangka benda tersebut tapi itu yang berlaku. Jangan sangka yang lurus itu sentiasa lurus. Dan tiada apa sekalipun alasan seseorang itu untuk sentiasa bersangka buruk kepada orang. 

▫️Perspektif Mariana
Sejujurnya, masa baca cerita memang simpati dekat orang yang bakal kena hukuman gantung ni. Sebab ye la mangsa keadaan kan. Ditambah pula dengan isu curang yang jadi penyebabnya. Lagi bertambah-tambah kesian la. Tapi akhirnya engkau sendiri terasa sakit kepala baca. Pengakhiran yang sangat baik! Nice. Tak jangka lansung. Psiko ya mat. 

▫️Sebelum Kiamat 
Cerita sedih dalam banyak-banyak cerpen dalam ni. Rasa macam lonely sangat watak ni pada akhirnya. Ada anak, anak buat taik. Tak menghargai setiap apa yang dilakukan kepadanya. Tapi aku tetap tak setuju dengan si ayah. Katanya, dia terima apa yang dilakukan anaknya asalkan anaknya bahagia. Salah tetap salah. Haram tetap haram. Tiada apa yang dapat menghalalkan yang haram. Faham? Sampai abang jamil mampos pun takkan berubah semua itu. Dasar. Sempat lagi mengenangkan yang anak dia sempat taubat ke tidak. Entahlah.

Overall, not bad. Sebab ada 8 cerpen yang menarik. 


Boleh dapatkan di Shopee FIXI. Ika nampak semalam buku ni ada dalam senarai produk. Masih ada stok yang ada.