December 2022 - Jari Jemari Menari

Dec 24, 2022

Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain

6:49 PM 2
Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Terimakasih buat pihak Bookiut sebab berikan buku ini semasa Event K Day tempoh hari. Disebabkan my plus one tak baca buku. Jadi, buku ni menjadi milik saya sepenuhnya. Haha. Setakat ni, semua kulit buku Bookiut memang comel dan colourful. Eye catching sangat. Teruskan keluar buku yang ada cover buku yang cantik-cantik okay?.


Rasanya majoriti kenal siapa group Blackpink. Jadi tak perlu nak terangkan dengan lebih lanjut siapa mereka. Group mereka sama naik dengan BTS. Saya ialah peminat kpop band masa zaman Big Band, Sistar, FT Island & 2PM. Jadi layan la jugak kpop-kpop ni dulu. Cuma sekarang dah slowdown. 


K-Pop Girl Blink yang Bersinar mengisahkan tentang Elsi yang anti kpop & anti sosial. Hidupnya hanya bergelumang dengan buku. Belajar saja yang menjadi keutamaannya. Malahan, dia meletakkan gap yang besar untuk bergaul dengan keluarga dan kawan. Kontra dengan adiknya, Anni yang meminati Blackpink. Gara-gara satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Elsi. Hari tersebut ialah hari paling malang dalam hidup dia kerana bila celikkan mata saja dia berada di tahun 2012 dan dia berada bersama-sama Blackpink sebagai trainee.



Rasa macam baca fanfic pula. Seronok juga kalau dapat merasa kehidupan seorang trainee. Tapi mesti bukan semudah yang kita fikirkan. Saya percaya artis kpop yang berjaya hari ini melalui hari-hari yang memenatkan dan struggle untuk mereka berjaya itu setimpal dengan apa yang dah mereka korbankan dan usahakan. Jadi bila Elsi masuk ke dunia 'itu'. Dia juga struggle untuk melalui hari-harinya di situ. Macam mana cara dia nak pupuk diri untuk buat apa yang dia tak pernah buat dan dia tak suka buat. (menari, jaga pemakanan & menyanyi).


Watak Elsi memang menjengkelkan. Saya tak pasti kenapa semua benda nampak salah di mata dia. 🀷🏻‍♀️ Terutama sekali bila dia terlalu panas hati dengan minat adiknya. Bagi saya, kita kena belajar menerima dan menghormati minat orang. Mindset Elsi yang salah itu membuatkan hidup dia bosan. Malah saya tak boleh terima cara layanan dia dengan keluarga dia sendiri. Kasar. Memang ada perubahan dalam watak dia pada hujung cerita tapi effect dari perbuatan dia yang annoying itu membuatkan saya lebih ingat perangai dia yang mula dari yang akhir. Tapi apa pun, saya faham karakter sebegini memang dapat membuka mata. kan? Kita akan reflect semula.


•Saya personally suka dengan cara Anni menyeimbangkan pelajaran dan hobi. Siapa kata kalau nak pandai kena baca buku all the time? Study smart dear not study hard. Don't push yourself so hard. Belajar kena santai.
• Jangan pentingkan diri sendiri. Jaga hubungan dengan parents dan adik-beradik. Rumah pun aman damai dan harmoni.

Dec 19, 2022

DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS

2:35 AM 2
DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️






Every year, we look forward to celebrating the year-end festivities with family and friends. Christmas is a time of joy and happiness and family gatherings, but it is also a time of cleaning, baking, and decorating the Christmas tree, leaving you little time to prepare lunch or dinner.  

From 20th to 25th December, ShopeeFood has lined up some amazing promos to start the Christmas cheer with RM25 off discounts and up to 99% off with ShopeeFood. Whether you are busy wrapping gifts, decorating the tree or just visiting, ShopeeFood has you covered. And with the ShopeePay mobile wallet, you can take advantage of amazing deals with a secure, rewarding payment and delivery experience with ShopeeFood.  


Here are the top three reasons why you should sit back, relax, and take advantage of ShopeeFood amazing deals this Christmas.  


Value for Money 

“I went to a new restaurant recently. It was a little far from my place, but I loved the food. Luckily, I found it on ShopeeFood! Imagine my excitement when I could order in my favourite food from that rest.


Variety of Food  

“Christmas is my favourite time of the year. With so much to do, from all the cleaning, shopping, and decorating the Christmas tree, and so little time, I turn to ShopeeFood. You can order just about any type of food on the app. The choices are endless, and I can focus on getting ready for Christmas while my favourite foods are delivered right to my doorstep!” 
Donovan David, Selangor 


Convenient and Hassle Free 

“When it comes to the festive season, especially Christmas, everyone is busy cooking for Christmas day. With technology being at our fingertips, I have opted to just order in. I can spend quality time with my family and friends and at the same time order great food from ShopeeFood. The safety and convenience of ShopeePay make my life so much easier”.  
Melanie Siew Li Shean, Selangor. 


ShopeeFood connects users to various eateries, from restaurants to local street food stalls, where you can choose from a wide variety of cuisines. ShopeeFood is currently available in six locations: Kuala Lumpur and Putrajaya, Selangor, Penang, Johor Bahru, Ipoh, and Kota Kinabalu. Make your Christmas time extra special with us!  

Here’s ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You! 

Order from a variety of restaurants like Salad Atelier, Kenny Rogers Roasters, Bubble Bee, JuiceWorks, Old Town White Coffee, Baskin-Robbins, Juicy and much much more:  

From 20th - 23rd Dec  
  • ● 50% OFF Vouchers 
  • ● Free Delivery min. spend RM0 

From 24th - 25th Dec 
  • ● Up to 99% OFF Vouchers 
  • ● Free Delivery min. spend RM0 




Dec 16, 2022

Penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda dalam jualan pada Jualan Hari Lahir Shopee 12.12

3:14 AM 2
 Penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda  dalam jualan pada Jualan Hari Lahir Shopee 12.12

 



Penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda 

dalam jualan pada Jualan Hari Lahir Shopee 12.12

Pembeli menikmati lebih penjimatan dengan lebih 23 juta baucar dituntut



KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2022 - Shopee mengakhiri musim beli-belah akhir tahun dengan penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda dalam jualan semasa hari kemuncak Jualan Hari Lahir 12.12 berbanding hari purata. Pembeli berjaya menjimatkan lebih banyak melalui tawaran terbaik dengan jenama dan penjual, dengan lebih 23 juta baucar dituntut pada 12 Disember.


Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah & Kehidupan, dan Mudah Alih & Aksesori muncul sebagai kategori popular yang dijual pada 12 Disember. Antaranya, kata kunci teratas yang dicari ialah pakaian, kasut perempuan, blaus, baju kurung dan powerbank, sebagai persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut 2023.


Sepanjang dua jam pertama 12 Disember, Shopee melihat peningkatan pesanan sebanyak 8 kali berbanding purata hari. Pelbagai bandar di seluruh Malaysia di luar wilayah Lembah Klang muncul sebagai bandar raya popular sepanjang tempoh kempen Jualan Hari Jadi 12.12, dengan Johor Bahru, Kinta, Timur Laut dan Kuantan mencatatkan jumlah tempahan tertinggi.


Sementara itu, 100 penjual tempatan popular juga mencapai peningkatan jualan sebanyak 8 kali ganda pada 12 Disember berbanding purata hari. Penjual tempatan yang berprestasi tinggi termasuk Dr Macio, Momo House, Hollywood MotorSport, cost2u dan Tot.Retail & Wholesale.


Selain itu, pembeli juga terlibat dengan influencers kegemaran mereka yang berkongsi ulasan produk, tutorial dan banyak lagi semasa tempoh kempen dengan lebih 425K penglibatan direkodkan merentas media sosial.


Hidangan istimewa tempatan mendominasi tempahan makanan untuk Jualan 12.12 dengan Satay Ayam dan Roti Canai muncul sebagai kegemaran yang jelas untuk pengguna ShopeeFood di seluruh wilayah Utara, Tengah dan Selatan. ShopeeFood juga mencatatkan peningkatan dalam baucar yang dijual, didorong oleh pengguna yang menyokong jenama tempatan. Ini termasuklah peniaga seperti Tealive, ZUS Coffee, Ayam Gepuk Pak Gembus, Tiga Budak Gemok, Gigi Coffee, Thong Kee Cafe, Pop Meals, Sakura Donburi, Restoran Meng Kee, Universal Sambal dan Planet Nasi Kukus. Untuk jenama antarabangsa, McDonalds dan KFC terus menjadi kegemaran.


Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami berbesar hati melihat peningkatan positif dalam kalangan penjual tempatan baharu kerana mereka telah menggunakan ekosistem kami dengan baik untuk mengatasi prestasi e-dagang. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Shopee mendorong penyertaan dengan membantu lebih 251,000 penjual tempatan baharu mendigitalkan perniagaan mereka. Lebih 140 daripadanya merekodkan lebih setengah juta jualan dalam tempoh masa yang sama. Melangkah ke 2023, Shopee berusaha untuk terus meningkatkan pengalaman pengguna untuk kedua-dua penjual dan pembeli, dengan berinovasi untuk memenuhi keperluan tempatan, dan menjadikan e-dagang boleh diakses oleh semua orang.”


Untuk mengakhiri tahun ini, Shopee akan mengadakan Shopee Super Awards pada Khamis ini untuk mengiktiraf penjual, jenama, rakan kongsi dan bakat tempatan yang berprestasi terbaik di seluruh industri e-dagang Malaysia. Saksikan Shopee Live pada 15 Disember, 7:30 malam untuk menyaksikan persembahan dan perayaan yang menarik dengan bintang paling terang yang merentas kategori industri yang berbeza. 

Dec 15, 2022

Ulasan Cerpen- Nombor 5, Tingkat 5 by Khairunisaq

3:43 AM 2
Ulasan Cerpen- Nombor 5, Tingkat 5 by Khairunisaq

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Cerpen ringkas ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Khairina Najihah. Bekerja sebagai penulis novel & berkerusi roda (OKU). Dia tinggal bersama seorang lagi rakannnya bernama Lufy. Pada hari kejadian, seperti biasa Lufy akan keluar kerja dan Khairina akan tinggal berseorangan untuk teruskan menulis. Tiba-tiba keadaan luar pangsapurinya itu huru hara dengan manusia yang berlari ketakutan, jeritan dan banyak lagi. Rupanya zombi muncul! Apa yang akan terjadi selepas itu? 


Mungkin tahun ni saya banyak baca dan menonton movie pasal zombi ( Alive, Hope 1-10/Zint, All Of Us Are Dead etc) Jadi saya rasa No 5, Tingkat 5 ini sudah boleh dijangka jalan ceritanya. Seolah-olah pattern jalan cerita zombi tidak kira la buku atau movie sudah dapat ditebak dari awal sehingga akhir. Satu virus boleh buat ribut. 



Satu percubaan yang baik dari penulis. Saya mengharapkan lebih dari Khairina tapi dalam masa yang sama saya juga ter-sangat faham dengan keadaannya yang tidak berupaya untuk keluar dari pangsapuri itu dan fight dengan zombi. Memang ada part di mana Khairina selamatkan diri dari zombi. Tapi dayanya terhad. Jadi saya kesian dengan dia dan rasa macam nak selamatkan dia pulak. T.T 


Bila penulis meletakkan satu jurang besar dalam satu cerita. Cerita itu akan jadi batu penghalang untuk penulis explore something yang lebih luas dan luar kotak. Selain dari tahu apa yang jadi dekat watak Khairina. Saya juga nak tahu apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa & kerajaan untuk menangani masalah zombi tersebut. Maksud saya selain misi menyelamatkan survivor. Takkan Kuala Lumpur akan dipenuhi dengan zombi sampai bila-bila? πŸ‘€


Ada beberapa watak yang pengakhiran hidupnya menyedihkan. Hanya gara-gara satu virus yang berpunca dari _ _ _ _ _. Ramai manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.


Buat pengetahuan kalian, ada satu aplikasi ebook yang kalian boleh muat turun dan langgan untuk baca buku & cerpen. Dengan hanya RM 4.90 setiap bulan. Kalian akan dapat baca buku-buku yang terbaru dan juga rare di Aplikasi Cereka. Ika harap mereka akan dapat masukkan lebih banyak lagi buku-buku yang best. RM 4.90 memang tak rugi dan sangat berbaloi. Rasa macam tak masuk akal pun ya. Tapi itulah kenyataannya. Nanti ika akan cerita dalam post yang lain khas untuk Apps Cereka sahaja. 


Cereka








Dec 6, 2022

Ulasan Buku - Sorok by Zura Anwar

8:30 PM 5
Ulasan Buku - Sorok by Zura Anwar

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Tajuk Sorok itu sendiri. Kena dengan storyline. Sorok identiti, sorok kisah silam, tempat reunion tersorok & kebenaran disorok. Penuh dengan istilah sorok. Jadi sesuailah dan kena sangat.


Mengisahkan tentang -Lana yang merasakan barang di apartmentnya beralih tempat. Dia yang menghidap anxiety ketika sekolah menengah menjadi lebih terkesan apabila dia melihat kejadian aneh dirumahnya.


Flashback-- Lana & 4 kawannya yang lain digelar Geng Diva di sekolah. Mereka kerap membuli seorang budak lelaki bernama Pete dan sampai satu tahap Pete telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Geng Diva terutamanya Lana. Jadi Lana telah merangka satu perangkap buat Pete. Pete patut diajar. Akibat peristiwa itu, Pete hilang tanpa khabar berita sehingga la sekarang.
Walaupun sudah 20 tahun. Lana masih tidak mampu melupakan perkara tersebut. Mereka juga telah berjanji untuk tidak bercakap soal ini dan membuat kata sepakat berpecah dan membawa haluan masing-masing setelah habis sekolah. Rahsia yang membebankan.


• Isu yang penulis ketengahkan ketika part imbas kembali ialah buli di sekolah. Ini bukan satu isu baru. Dalam Sorok, kita akan melihat budak yang masih setahun jagung sudah pandai membuli yang berlainan jantina. Lana & rakan-rakannya sudah jauh menyimpang. Mereka buli mangsa seperti sampah.


• Body & Faceshaming: Jgn ajar anak kalian menilai seseorang dengan paras rupa dan bentuk badan kerana sememangnya budak sekarang. Terlalu telus dalam berkata-kata sehingga lupa dengan adab. Ajar anak untuk lebih beradab tidak kira di mana sahaja mereka berada. Jika perkara ini sudah menjadi kebiasaan, mereka akan jadikan isu ini untuk membuli dan menilai seseorang itu. Kesian Pete. Hanya gara-gara dia berisi. Dia menerima ejekan dari kawan-kawan di sekolah. Sungguh perit!


Saya suka dengan karya Zura Anwar ini kerana penuh debaran & seolah-olah saya merupakan karakter yang ada dalam Sorok ini. Idea yang menarik.
Tertarik untuk mengetahui siapa yang sebenarnya alihkan barang Lana di apartmentnya. Adakah dia berhalusinasi? Atau memang ada seseorang yang mengalihkan barang tersebut? Pengakhiran yang menarik dengan plot twist yang tidak disangka. #ikareviewbuku

Ulasan Buku - Detektif Hantu by Sharina Elisa

8:25 PM 2
Ulasan Buku - Detektif Hantu by Sharina Elisa

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Selepas Silat Warrior, penulis (Sharina Elisa) muncul dengan buah tangan baru iaitu Detektif Hantu. Nama penulis bukan nama baru dalam kalangan pengemar buku Bookiut. Kerana pada tahun ini saja, penulis sudah mengeluarkan lebih dari sebuah buku. Tahniah buat penulis :) Masa ika terima buku, ika dapat rasa yang buku ini sedikit tebal berbanding buku yang lain. 


Penulis sekali lagi, menampilkan budak lelaki sebagai watak utama. Dimana kalau dilihat buku yang sudah diterbitkan. Kebanyakan watak utamanya ialah budak perempuan. Ayuh, banyakkan lagi watak budak lelaki supaya dapat mengubah persepsi pembaca Bookiut dimana buku ini bukan hanya ada watak perempuan dan untuk budak perempuan. 



Menampilkan An @ Farhan seorang gamer yang berpengaruh di e-sport. An juga ialah budak bijak di sekolahnya. Namun, dia dihantar pulang ke kampung untuk tinggal dengan neneknya atas sebab-sebab tertentu.
An juga mendapati yang Kampung Mata Tiga akan sepi pada malam hari dan penduduk kampung tidak berani untuk keluar malam. An pelik namun perasaan pelik itu tidak lama kerana dia juga turut mendengar hilaian cik pontianak saban hari.

Hihihihihi
Hihihihihi
"Kau memekak pagi-pagi dah kenapa, hah? Mana kau? Mana? Aku nak tidurlah! Jangan nak memekak kat sini!" -Farhan-

Misteri cik ponti itu membuatkan Farhan juga terjebak untuk menyiasat dengan lebih mendalam lagi bersama-sama dengan Akif. Dia yakin pasti ada yang tidak kena dengan kampung tersebut.

Berani betul si An & Akif ni. Melanggar hukum penduduk Kampung Mata Tiga. Sebab yang lain semua takut dengan cik ponti tapi budak-budak ni siap nak pergi menyiasat. Makin disiasat , mestilah makin banyak benda yang diketahui. Penduduk kampung dimomokkan dengan perkara yang mereka tidak nampak. Mereka cuma hanya mendengar. Seperti ada 'something fishy' yang direka-reka untuk menambahkan ketakutan tersebut. Tapi apakah yang fishy itu? Kalian kena dapatkan DH! Penuh dengan adventure.

Saya suka dengan apa yang penulis sajikan dalam Detektif Hantu ini. Susunan jalan cerita yang teratur. Mudah difahami. Ada pengajaran, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang boleh kalian ambil untuk jadikan pedoman hidup wihuu. Yang penting, saya berani jamin untuk yang tak suka baca cerita yang ada elemen misteri mesti boleh baca punya DH ini. Sebab saya boleh cakap tahap seram cerita ini sesuai dibaca oleh orang yang tak suka cerita momok.

Saya juga secara jujurnya suka dengan friendship An dan rakan-rakannya yang lain. Terasa akrabnya. 🫢🏻 Saling ada untuk sesama diri dan tidak tinggalkan kawan bila dalam kesusahan. Perangai masing-masing pun mencuit hati.

Kalian boleh dapatkan Detektif Hantu di reruai @bukupts di SIBF 2022/MBSA Convention Centre Shah

Dec 1, 2022

Personal Shopper Selangor International Book Fair 2022

9:44 PM 4
Personal Shopper Selangor International Book Fair 2022

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Buat kalian yang tidak sempat untuk ke SIBF atau duduk jauh. Kalian boleh gunakan khidmat PS yang saya sediakan. Saya akan carikan buku yang kalian inginkan dan pos secepat yang mungkin. Apa-apa pertanyaan boleh direct message saya di IG: @ikashoid atau boleh juga drop comment untuk pertanyaan. InshaAllah esok saya akan ke sana semula untuk batch ke 2. Siapa nak join masih sempat untuk order okay. 


Saya sentiasa akan melayan pertanyaan kalian! 



Batch 1 Settled! 


Ulasan Buku - Upacara Helang Darah by Khairul Nizam Khairani

9:07 PM 1
Ulasan Buku - Upacara Helang Darah by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


"Tulang rusuk dipisahkan daripada tulang belakang mengunakan gergaji elektrik" ❗️

"Kedua-dua belah paru-paru ditarik ke bahagian belakang"❗️

"Tergantung dengan kulit dan tulang rusuk dikembangkan seperti sayap burung"❗️



Upacara Helang Darah mengisahkan tentang penemuan satu mayat yang digantung dalam keadaan yang mengerikan dalam sebuah banglo. Dikatakan seksaan yang diterima mayat tersebut ialah kaedah seksaan bangsa Viking yang amat kejam. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah satu kes lama (30 tahun) seorang wanita mati dengan cara yang sama dan pelakunya juga telah lama mati. Jadi, siapakah dalang disebalik pembunuhan yang berlaku pada masa kini?


Makin lama, siri Kru Paranormal ini makin mendebarkan. Macam tak percaya buku senipis 133m/s ini boleh berikan plot twist bukan 1. Tapi lebih dari itu. Tak faham dari mana penulis kutip idea untuk merangka jalan cerita siri KP ini. Bila baca satu siri memang akan automatik terflashback siri-siri yang lain sebab saling berkait rapat.





Ain merupakan seorang gadis yang suka bersendirian. Digelar sebagai budak gothik di kolej. Tiada kawan. Hidupnya hanya ada dia & diri dia. Di rumah, dia mendapat tekanan dari ayahnya. Sampaikan dia sudah lali dengan perangai ayahnya yang satu itu. Namun, sampailah terjadinya satu kejadian pada ayahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan rapi terbongkar juga. Dia hilang arah.

Dalam siri ini, kita akan lihat banyak mangsa yang tidak bersalah menjadi korban hawa nafsu manusia yang rakus akan ketamakan. Si pelaku melakukan perkara tersebut hanya semata-mata demi memuaskan sendiri. Sejujurnya, siri kali ini memang mengancam, best dan tidak mengecewkan. Sebab ada bahagian yang tidak masuk akal dan luar kotak.

Kemunculan semula Zamir yang sudah lama menghilangkan diri selepas insiden di Jeram tempoh hari memang tepat pada masanya. Merungkai segala persoalan sepanjang kehilangan dia. Geram sangat dekat Zamir. Mujur rasa cool down sikit bila baca ending. Puas hati! Cuma mestilah penulis tidak akan senang lenang bagi pembaca dia relaks. Di hujung cerita, mesti akan timbul persoalan lain supaya pembaca akan terus menunggu siri seterusnya: KP Draugr. 

Fast pacing! Intense! Mind Blowing! In one sitting dapat habiskan! 

Penceritaan yang sangat details ( cara pembunuhan, info Upacara Helang Darah, keadaan mayat, lokasi & suasana) Tahniah penulis Khairul Nizam Khairani. 



Berita baik! Dengan harga RM58! Kalian boleh dapatkan 7 buah siri termasuk yang latest. Hanya di SIBF 2020/ MBSA Shah Alam Seksyen 13.