May 2021 - Jari Jemari Menari

May 12, 2021

Ramadan Special: Kurma Series dari Fulleaf Tea Store

8:16 AM 6
Ramadan Special: Kurma Series dari Fulleaf Tea Store

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️





Harini, ika nak share satu produk istimewa sempena bulan Ramadan dari Fulleaf Tea Store. Ini merupakan range terbaru dari mereka. Siapa sini yang dah bosan dengan teh biasa? Yang ingin mencari kelainan. Angkat tangan please. Kita geng. Honestly, ika mencari minuman lain dari yang lain untuk sahur atau berbuka puasa. 

Sebelum itu, ika nak ceritakan serba sedikit mengenai Fulleaf Tea Store. 

Fulleaf Tea Store ialah variasi teh yang ditanam semulajadi & diadun mengunakan bahan tambahan sifar untuk memastikan hidup sihat dan penambah mood dalam satu cawan.

• Terus dari kilang
• Dipack mengikut permintaan
• Pertanian Semulajadi
• Mempunyai elemen sihat


Untuk Kurma Series ini ada 4 jenis yang kalian boleh pilih iaitu:- 
  • Kurma Tea Fatimah (Kurma Powder + Pandan + Lemongrass)
  • Kurma Tea Aisyah  (Kurma Powder + Ginger + Tumeric ) 
  • Kurma Tea Aminah (Kurma Powderr + Roselle + Roseship)
  • Kurma Tea Khadijah (Kurma Powder + White Chrysanthemum + Chrysanthemum Buds) 
Setiap box mempunyai 5 sachet. Berat bersih setiap sachet ialah 6.5g per sachet. Dan harga promosi ialah RM 24.90

Cara penyediannya sangat mudah.
  1. Buka sachet
  2. Masukkan ke dalam cawan. 
  3. Masukkan air panas. 
  4. Kacau rata dan habis. 
  5. Siap! 

"Menyediakan teh yang berpatutan, semulajadi dan sihat untuk komuniti di luar sana"

Packaging mereka juga sangat la kemas dan mempunyai seal yang kuat. Tidak khuatir lansung jika teh akan tumpah atau koyak. Yang penting sangat eksklusif. Ika suka sangat. Boleh jadikan hadiah sempena bulan Ramadan atau letak dekat hamper. Masa mula tu rasa sayang sangat nak bukak. Tapi kalau tak buka, macam mana nak rasa kan :) 

Ika enjoy setiap satu teh yang dari @fulleaf_tea_store . Rasa yang unik datang dari bahan semulajadi membuatkan rasa teh tersebut lebih sedap. Lagi-lagi ditambah dengan serbuk kurma yang memberikan rasa yang lebih sedap.Boleh diminum pada bila-bila masa. Nikmati la minuman teh yang segar ini. Dijamin mengunakan bahan semulajadi yang tiada bahan tambahan atau larangan. Jika kalian berminat untuk dapatkan teh dari mereka. Boleh layari:-


Gunakan code: sicashoid untuk dapatkan 10% off any product dari Fulleaf Tea Store (min RM 50
Valid sehingga 30 June 2021 

May 11, 2021

Express Kad Raya GA 2.0 by Nina

6:33 PM 7
Express Kad Raya GA 2.0 by Nina


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Macam tak percaya harini merupakan hari terakhir berpuasa. Jadi, ada masa terluang sikit nak berblogging. Ika decide nak join giveaway ringkas dari Nina. Harini hari terakhir :) 



Design Hadiah Sendiri di Printcious 🎁

1:29 AM 4
Design Hadiah Sendiri di Printcious 🎁

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bila kali terakhir kalian berikan atau belikan hadiah buat orang yang tersayang?. Kadang, kita bukannya taknak berikan sesuatu buat mereka. Cuma kita tiada idea dan paling bermasalah ialah sudah jemu dengan barangan yang ada di kedai. Citarasa kita semua mesti berbeza bila bercakap soal memilih hadiah kan. Apa kata kalini tukar selera dengan berikan sesuatu yang kalian customize sendiri di website Printcious,

Printcious merupakan satu website atau platform dimana kalian boleh customize hadiah dan idea kalian menjadi realiti. Disini mempunyai pelbagai jenis barangan yang boleh kalian pilih iaitu pakaian, kanvas, mug, kusyen, apron, beg, topi dan banyak lagi. Hadiah juga sesuai untuk lelaki dan perempuan. Jika kalian seorang yang straightforward dan tidak suka buang masa untuk mengodek website dan tengok apa yang Printcious ada. Kalian boleh terus pilih di bahagian peristiwa. Di sana, pemilihan hadiah sudah disediakan. 


Bulan 6 nanti kawan ika nak kahwin. Jadi, ika tengah mencari hadiah yang sesuai untuk dia. Lagi-lagi bila musim PKP ni. Ika pula tak dapat nak pergi ke majlis dia. Kita ganti dengan hadiah la sebagai ganti diri. Jadi, ika cadang untuk berikan dia samaada baju atau kanvas. Ika dah explore sendiri website Printcious ni dan ika rasa disini la paling sesuai untuk mencari hadiah. Entry kalini ika nak share cara untuk gunakan website Printcious step by step okay? 


1. Create Account 
Create Account - Login - Pilih Rekaan Anda Sendiri 


2. Rekaan Anda Sendiri - Pakaian 
Disini kalian akan nampak ada jenis design baju yang boleh dipilih. Untuk customize ada 4 jenis design. 
  • Basic T Shirt 
  • T Shirt Kanak-Kanak
  • T Shirt (Depan & Belakang)
  • Long Sleeve T Shirt 
Ada juga yang sudah ready dengan design dari Printcious. Yang ready made ni kalian boleh pilih warna dan size. Tak boleh tukar design. 




3. Pilih jenis Pakain - Size - Warna - Kuantiti - Reka Sekarang 
Kemudian, ini tipsnya. Pastikan kalian sudah letakkan image yang kalian mahu letakkan di baju dalam komputer/phone. Kemudian, klik Image & Upload. Adjust image di bahagian yang tersedia. Gambar kalian kena letak dalam kotak hijau. Gambar yang melebihi kotak hijau kemungkinan besar akan pecah. Dan tak cantik la kalau untuk diprint. Okay geng? Dan settle semuanya klik Selesai. 




6. Checkout dan masukkan maklumat kalian. Dah siap! :) Mudah bukan. 



Ika rasa platform ini memang patut dicuba oleh semua yang sedang memburu hadiah menarik. Tak perlu ke kedai untuk berikan design anda dan yang penting musim Covid ni rasanya kita semua kena kurangkan keluar tanpa sebarang kerja atau sebab. Semuanya boleh dilakukan melalui online. Di samping itu juga dapat menjimatkan masa, tenaga & minyak kereta kalian. Kan? Apa tunggu lagi. Boleh serbu sekarang sebab dengar cerita Printcious menyediakan banyak diskaun yang berbaloi!