May 2022 - Jari Jemari Menari

May 30, 2022

BIG BAD WOLF BOOKS Kembali Ke Negeri Sembilan!

10:48 PM 4
BIG BAD WOLF BOOKS Kembali Ke Negeri Sembilan!



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



SETELAH HAMPIR 3 TAHUN,  

BIG BAD WOLF BOOKS KEMBALI KE NEGERI SEMBILAN!

14 jam! 11 hari!


Wahai pencinta buku sekalian! Big Bad Wolf Books akhirnya akan kembali ke Negeri Sembilan setelah hampir tiga tahun semenjak acara Jualan Buku fizikal kali terakhir. Bersempena dengan kepulangan Serigala, Big Bad Wolf Books menjemput semua penggemar buku dan juga pemburu tawaran dari Lembah Klang untuk menyelami ribuan buku yang ditawarkan oleh penganjur Jualan Buku Terbesar Di Dunia!


Selama 11 hari bermula dari 2 hingga 12 Jun 2022, ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam kepada orang ramai bagi menikmati ‘Box Sale’ 14 jam. Acara ini terletak di tempat letak kereta berbumbung Lotus’s Seremban 2 di Taman Bukit Kepayang.

 

ACARA

-

The Big Bad Box Sale – Midnight Madness

LOKASI

-

Lotus’s Seremban 2, Taman Bukit Kepayang, 

Negeri Sembilan

TARIKH

-

2 hingga 12 Jun 2022 (11 hari)

MASA

-

10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (14 jam)


Untuk menambah keseronokan, orang ramai yang menghadiri ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’berpeluang untuk menyertai Peraduan ‘Book Haul’ di mana terdapat seorang pemenang bertuah akan berpeluang memenangi sebuah troli dipenuhi dengan buku-buku pilihan tersendiri. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, orang ramai haruslah mempamerkan kreativiti melalui gambar bersama ‘Book Haul’ mereka di laman media sosial Facebook atau Instagram. Sertakan hashtag-hashtag berikut: #BBWBookHaul.

Cara menikmati ‘Box Sale’: Orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma dan kemudian dapat memilih sama ada kotak kecil atau besar bagi memenuhkan seberapa banyak buku kegemaran ke dalam kotak. Kotak bersaiz kecil boleh didapati dengan harga RM99.90 manakala kotak bersaiz besar pula berharga RM119.90 sahaja. 


Mari lihat apa yang boleh didapati di acara ‘Box Sale’!

  • ‘Bundle Box’

    • Nikmati 1 kotak Kecil dan 1 kotak Besar pada harga RM199.90 

(Harga Biasa: RM219.80. Jimat: RM19.90)

  • ‘Fuyoh Bundle’

    • Nikmati 3 kotak Besar pada harga RM319.90 

(Harga Biasa: RM359.70. Jimat: RM39.80)


  • Diskaun 10% untuk Institusi Pendidikan 

    • Nikmati potongan 10% daripada jumlah pembelian dengan perbelanjaan minimum RM1,000.00

(Institusi Pendidikan hendaklah mengemukakan ID kakitangan rasmi)

  • Bawa bersama resit Lotus’s anda dan nikmati diskaun 5%

    • Nikmati potongan harga tambahan sebanyak 5% dengan perbelanjaan minimum RM119.90 apabila anda mempamerkan resit pembelian dari pasar raya Lotus’s (dengan sebarang jumlah yang dibelanjakan) kepada juruwang 

  • Bawa bersama risalah Big Bad Wolf Books dan nikmati diskaun 5%

    • Nikmati potongan harga tambahan sebanyak 5% dengan perbelanjaan minimum RM119.90 apabila anda mempamerkan risalah Big Bad Wolf Books kepada juruwang


Rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Books, akan turut membawa pelbagai judul buku pendidikan dan buku hiburan berbahasa Melayu daripada IMAN Shoppe, Prestasi, Pelangi, PTS, Pustaka Azhar, Sasbadi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, buku-buku dari Kualiti Books tidak termasuk di dalam ‘Box Sale’. Namun orang ramai masih boleh menikmati tawaran lain termasuk juga Set Promo, 'Kisah Teladan Kanak-Kanak' dan Stok Penghabisan dari harga serendah RM2.


Untuk rekod selama 13 tahun, Big Bad Wolf Books kekal teguh dalam misinya dalam 'Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku' (Changing The World, One Book At A Time). Jualan ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 yang bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan dan menjadikan buku-buku ini mampu dicapai oleh semua. Idea memilih buku pertama untuk dimasukkan ke dalam kotak berpotensi untuk menyebabkan pelanggan untuk akhirnya mengisi kotak mereka dengan pelbagai jenis buku dengan judul yang paling memberi inspirasi kepada mereka. Kempen membaca adalah sebahagian daripada misi Syarikat ini untuk terus menggalakkan orang ramai mengambil sebuah atau dua buah buku sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk rakan atau keluarga mereka dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan. Big Bad Wolf Books memberi tumpuan kepada mencipta generasi pembaca baharu dan meningkatkan literasi bahasa Inggeris.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, sila lawati:

Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/.

Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.

Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.

Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.

Hashtag: #BigBadWolfBooks #BBWSeremban2022 #BigBadBoxSale


Ulasan Buku - Dr. Alpha Male by Anjell

10:44 PM 1
Ulasan Buku - Dr. Alpha Male by Anjell

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Buku Dr Alpha Male dari penulis Anjell ini sangat hype dari hari pertama buku ini dikeluarkan sehinggalah sekarang. Bayangkan dari tahun 2017 - 2022. Buku ni masih mendapat tempat di hati pembaca novel di Malaysia. Dan, ika masih nampak ada beberapa rakan pembaca di Instagram yang mula bercakap pasal buku ini sejak beberapa bulan yang lepas. 


Alasan utama kenapa ika simpan buku ini hampir setahun di rak sebab ika risau jika ika mula baca DAM, tak kena dengan taste ika. Ini sebenarnya yang merisaukan ika. Ika akan terlalu jujur tanpa berselindung mengatakan apa yang ika rasa tentang DAM ini. Sebelum itu, ika nak minta maaf banyak-banyak jika ulasan buku DAM ini akan menganggu sedikit sebanyak niat kalian yang baru saja terasa nak baca DAM ini. Tapi, ini hanya pendapat peribadi ika. Mari mulakan dengan apa yang menganggu pembacaan ika:-


Terlalu banyak kebetulan.


“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – Hilman Ukasyah


Banyak sangat kebetulan dalam hidup Hazel & Hilman. Dari perselisihan faham di 7E, mereka berdua jumpa pula di kolej di mana tempat Hazel belajar. Tup tup, mereka berjiran pulak dan seterusnya adik Hilman jatuh cinta dengan kawan baik Hazel, Sabiha. Jumpa orang yang sama terlalu kerap? Menarik tapi jarang berlaku. Untuk orang macam ika, ika tak boleh nak relate lansung. Meskipun ini cerita fiksyen namun ika rasa harus meletakkan logik akal bab bab terserempak ni.


Normally, kita ni nak berjumpa dengan orang yang kita kenal tu memang susah. Kadang kalau jumpa sekalipun, mahu dari jauh dah U Turn. Entahlah, bab terserempak ni memang tak boleh nak faham. Sebab, dalam banyak-banyak orang. Bula pula lecturer kau berjiran dengan kau. Memang la Hilman tu baru balik dari luar negara tapi itulah, dalam banyak-banyak orang. Jadi jiran pula. 





Kesempurnaan yang Keterlaluan



Untuk karakter Hilman. Terlalu sempurna! Sebagai seorang manusia biasa pasti ada celanya. Dari cara penulis describe Hilman. Memang boleh buat pembaca muda berangan teruk. Mahunya tak boleh nak move on. Sebab nyatanya secara realiti, kalau kau kacak mungkin kau pendek. Kalau kau pendek mungkin kau kaya dan kalau kau kaya mungkin kau tak kacak. Selalunya begitulah. Tapi andai kata ada seseorang yang memang boleh dikatakan hampir sempurna , maka itu mungkin jarang sekali dapat dijumpai. Ini contoh sahaja, tidak ada tuju kepada sesiapa. 


Seperti Hilman. Penulis gambarkan dia sebagai seorang lelaki yang kacak, anak Dato, bijak, bekerja, smart, pandai seni mempertahankan diri, seksi, hot, very protective dan lain-lain. Sebab tu Hazel asyik lemah lutut je kalau nampak Hilman. Belek muka tak usah cakap. Kira memang tidak jemu dipandang. Ika sebenarnya okay jika penulis reka watak yang tidak sempurna. Sebab bagi saya lebih realistik.


"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - 

Hilman Ukasyah


Untuk watak Hilman, saya suka wataknya hanya ketika dia mengajar. Very strict lecturer. Strict dapat mendisiplinkan pelajar. Dan pelajar pun tak main-main untuk subjek dia mengajar dan tidak ponteng. Boleh rasa aura lecturer dari watak Hilman.


Heroin


Hazel sepertinya seorang gadis yang kelihatan lantang bersuara namun bila waktu dia sepatutnya kena bersuara. Dia tak buat. Dan itu sangat mengecewakan. Kenapa dia tak terus cakap dekat tunang dia masa dia nampak tunang dia curang dengan dia. Marahlah sebab kau memang patut marah. Kena dengan situasi dan tempat. Ini tidak, duduk la ceruk mana menangis. Mujur la ada pemujuk.


Dan kalau tak kena rogol pun cuba beritahu orang yang kau tak dirogol. Diamkan diri menimbulkan lebih banyak salah faham. Sebabnya tak ada sebab pun kenapa kena pekakkan telinga dan terima apa yang jadi. Tak faham kadang dengan perangai Hazel. Complicated.




Permulaan cerita pada awalnya saya rasa okay sebab tertarik juga dengan pelanggaran di antara Hazel dan Hilman. Walaupun scene berlanggar ni memang tersangat la klise dan taktik lama. Tapi masa tu memang dah kosongkan otak untuk cuba menerima cerita ini. Sebab nak santai baca. Tapi bila banyak sangat benda yang saya ceritakan di atas. Saya rasa berbelah bahgi pula. Bukan saya cuba kondem tapi saya rasa ini apa yang saya rasa. Saya macam tak gemarkan kedua-dua watak dalam DAM ini. 


Mana yang baik saya boleh ambil dari buku ini, saya ambil dan jadikan pengajaran. Selebihnya saya hanya nyatakan pendapat peribadi saya. Saya tahu buku ini terlalu ramai peminat. Malah saya juga yakin, ada juga kalian yang sangat meminati dengan karakter dalam DAM ini. Saya percaya semua pembaca juga ada taste tersendiri dan mungkin saya bukan target reader Anjell. 



--






May 25, 2022

Ulasan The Perfect Couple by Dea Zoraya

8:55 AM 1
Ulasan The Perfect Couple by Dea Zoraya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Asalnya, Dea Eryna hampir berlanggar dengan Fahin di jalanraya. Pertemuan pertama itu menjadi titik permulaan. Dan kemudian, Eryna yang terdesak dengan asakan dari pakciknya telah membuat keputusan drastik untuk memikat si Fahin. Bayangkan orang yang kau pertama kali jumpa. Tiba-tiba kau nak pikat dia. Memang tak masuk akal. Apa yang akan terjadi selepas itu?


Kalau ditanya secara peribadi. Saya sebenarnya tidak pasti dengan perasaan saya lepas baca buku ini. Saya anggap saya so-so jela. Boleh?. Bahan bacaan yang nipis. Sesuai dibaca waktu santai jika korang still boleh terima cerita terlanggar dekat jalanraya dan banyak kebetulan. 😶 Mungkin ada adik-adik dan pembaca lain yang akan sukakannya. Siapa tahu kan.


Dea Eryna

Seorang gadis yang mempunyai memori zaman kanak-kanak yang tidak menyeronokkkan. Simpati juga dengan keadaan diri dia walaupun dia nampak berjaya dalam hidup. Mempunyai butik sendiri, bekerjaya dan berduit.


Tetapi dia sebenarnya seorang gadis yang sangat lonely. Bayangkan, dia banyak memendam rasa. Kehidupan dia pada masa lalu yang sangat buruk telah membuatkan dia sentiasa bersedih hati. Jadi, selepas saja menerima ugutan dari pakciknya. Dia nekad nak pikat Fahin yang dia tidak kenali. Memang gila! Tapi memang tebal muka Dea haha. Pikat orang yang hati batu.


Sejenis yang senang kena pukul ke Dea? Atau dia sebenarnya memang rasa terhutang budi dengan Karim? Tak kisah la macam mana pun janji kau sayang diri kau dulu. Jangan suka suka bagi orang pukul kau.Kau bukan anak kucing. Walaupun family kau dera kau. Kau ada hak untuk report polis untuk keselamatan diri hm. Berapa kali kena debik wei. Tak sakit ke badan tu? Saya kalau orang ter-terpukul sikit pun dah menangis. Haha. Inikan pulak yang betul-betul belasah.





Fahin


Watak hero yang suka perasan handsome. Memanjang dia puji diri sendiri. Saya rasa dia lebih sesuai dengan watak keras beku kejung instead of watak sebaliknya. Sebab rasa macam dia lebih menyerlah sebegitu. Bila jadi karakter sebaliknya, dia jadi pelik. Tapi okay sebab dia cuba untuk menjadi seperti mamat kpop yang cuba untuk sweet dengan awek sendiri.


Karim


Jauhi lelaki seperti Karim. Bukan ingin terlalu prejudia dengan lelaki seperti Karim. Tetapi untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup. Maka itulah yang terbaik. Karim senang cerita dia memang watak antagonis yang membuatkan saya tak senang duduk. Sanggup ke nak hidup dengan lelaki yang panas baran, dayus dan pemabuk. Tak boleh terima dengan cara dia melayan Dea Eryna. Sampaikan dah tahap sepak terajang ada hati nak kahwin. Jaga diri kau dulu boleh tak Karim sebelum nak jaga anak orang? Ubah perangai dulu.


Haris

Secara jujurnya, kesian dengan watak Haris. Sampaikan ada juga mengharapkan yang penulis tampilkan satu watak perempuan yang lain sebagai galang ganti Eryna. Setia sungguh dia menjadi peneman Dea sepanjang 2 tahun. Tidak memaksa untuk terima diri dia. Cuma adakalanya dia seperti mengongkong Dea macam Dea awek dia. Padahal tidak. It's okay Haris. Life must go on. Dan pergilah mencari bunga lain okay. Saya suka bila penulis ada selitkan sisi lain Haris. 


Pengakhiran yang baik untuk kesemua watak. Cuma saya musykil dengan beberapa watak seperti Karim, Laila dan Zahra. Adakah kesemua watak ini mendapat satu pengakhiran yang baik juga? Terutama sekali Karim. Seperti tergantung. Saya harap jika saya dapat tahu mengenai mereka-mereka ini mesti best. 






Ulasan Ebook - Subjek #15 by Melati Shafika

2:55 AM 2
Ulasan Ebook - Subjek #15 by Melati Shafika

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Pertama sekali, apa yang ika akan ulas ini mungkin akan menimbulkan perasaan kurang senang . Tapi apa yang ika tulis ini hanya sekadar pendapat peribadi ika sendiri. Ika harap penulis tidak patah semangat membaca ulasan jujur ini. Ika sendiri tengah berkira-kira samaada ika perlu ulas ebook ini atau tidak memandangkan ika sedia maklum yang penulis ada katakan ini merupakan karya lama beliau yang telah diolah semula untuk bacaan terkini. Tapi, ika rasa ika perlu juga ulas ebook ini. 


Untuk layout ebook. Font besar. Layout simple. 


Ini merupakan karya pertama penulis yang ika baca. Jadi, ika rasa ika mungkin perlu berikan peluang kepada diri ika sendiri untuk membaca karya penulis yang lain memandangkan penulis juga sudah mempunyai lebih dari 3 buah novel. Yang ika lansung tak pernah baca. Mungkin selepas ini, ika boleh dapatkan sebuah dari karya penulis dan baca. Secara jujurnya, ika kurang gemar dengan Subjek #15 ini. 


Subjek No. 1Marissa 

Muda, Bergetah. 

Ligat dan very open-minded. 

Laporan 1 Percubaan pertama, tidak berjaya

Laporan 2 Percubaan kedua, settled

 (contoh laporan yang ditulis oleh Zairul di dalam buku)

"He has been going out with so many ladies. Too numerous to mention and even had record of it"


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadiya yang telah dijadikan sebagai subjek eksperimen Zairul. Dia ialah perempuan yang ke 15. Jadi sebelum ini, Zairul telah mendekati sebanyak 14 perempuan yang lain. Dalam masa yang sama juga,  Zairul mempunyai sebuah buku berwarna hitam. Di dalam buku itu mempunyai laporannya ketika mendekati perempuan-perempuan tersebut. Adakah eksperimen Zairul berjaya kali ini atau gagal? Adakah Nadiya akan terjerat dengan permainan Zairul?




Watak heroin dalam Subjek #15 ini ialah Nadiya. Adakah Nadiya tersangat innocent?. Ika sendiri tak pasti kenapa watak Nadiya seolah-olah nampak sangat yang dia lemah. Terutama sekali ketika dia dan Zairul di pawagam. Memang dia ada tarik jari dia pada awalnya bila Zairul pegang. 


Aku cuba meleraikan tapi
genggamannya menjadi semakin erat. Aku mahu
bersuara tapi entah kenapa aku jadi kelu.


Kali kedua, getting worse bila Zairul mula berani.
Apa yang membuatkan dia tetap dengan pendirian dia untuk tetap stay dalam pawagam tu walaupun dia tahu Zairul cuba untuk buat perkara yang tidak menyenangkan?. Dia rasa dia akan dicop tak sporting oleh Zairul? Terhutang budi? Tak baik sebab tinggalkan Zairul terkontang kanting seorang diri?. 

Kalau dah tahu diri rasa terancam. Bangun Nadiya dari kerusi tu dan keluar. Dari dalam pawagam sampai ke dalam kereta itu semuanya dapat dielak kalau kalau kau bertindak dengan lebih awal Nadiya. Bukan bila sudah terjadi baru nak menyesal, terfikir dan jauhkan diri. Saya rasa saya mungkin akan berubah fikiran jika Ndiya bertindak sebaliknya ketika berada di wayang. Saya harap yang Nadiya akan bangkit mempertahankan maruah dia. Kalau dapat belasah si Zairul pun ngam jugak. Baru puas hati sikit. 


“Why? Saya ada buat salah pada Nadiya?

Zairul (hero) pun bukanlah satu watak yang memberikan satu kesan positif ketika membaca. Segala tindak tanduknnya dari awal menunjukkan dia 'sesuatu' sangat. Terutama apabila dia sendiri berubah laku ketika di pawagam. Sanggup mengambil kesempatan ke atas seorang perempuan yang lemah. Kalau sampai tahap boleh cium anak dara orang sesuka hati, itu sudah melebih. Tunjuk tanda suka dekat seseorang dengan cara yang salah. Dari seseorang itu fikir baik pasal kau, jadi sebaliknya. Mungkin juga dengan adanya pertalian persahabatan yang baik jadi renggang hanya kerana benda bodoh yang kau buat. 

Saya minta maaf. Tapi Subjek #15 ini mungkin dapat diperbaiki. Seperti yang saya katakan. Saya tak berapa gemar dengan beberapa adengan dalam ebook ini. Seolah-olah heroin hanya tahu menurut dan hero suka-suka bertindak. Sepatutnya seseorang itu perlu dengan sendirinya pandai mempertahankan diri. Dan mungkin penulis cuba untuk sampaikan mesej lain dalam ebook ini tapi saya minta maaf sekali lagi kerana saya sendiri tak dapat mesej tersebut. Saya hanya highlight isu utama saya dalam ebook ini sahaja. 

Teruskan menulis dan berkarya penulis Melati Shafika. Saya tahu ini mungkin agak terlalu straight forward dan terlalu jujur. Tapi saya rasa saya akan baca karya awak yang lain dan akan berikan ulasan seterusnya untuk buku-buku awak. 

Kalau kalian berminat nak baca, mungkin boleh cuba dapatkan direct dari penulis.

May 24, 2022

Wordless Wednesday - Zero Two

10:03 PM 1
Wordless Wednesday - Zero Two

Sanah Helwah Dearself 2022

10:00 PM 2
Sanah Helwah Dearself 2022

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Tak tahu nak mula dari mana sebab jarang nak share hal peribadi dalam blog. Semalam, genap sudah usia tua. Tak ada apa lagi nak diperkatakan melainkan perasaan syukur. Tak sangka juga tahun depan nak masuk ke angka yang lain. Tapi apa pun, umur bukanlah pengukur segalanya. Jangan rasa bila makin meningkat usia. Semuanya terbatas. Tidak. Hargai setiap masa yang anda ada. Sayang semua yang ada disisi anda. Yang penting hargai nikmat yang Allah berikan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar nikmat. 


Jika rasa diri sedang diuji, ingat pasti ada manisnya kelak. Sabar (remind diri sendiri). 


Terimakasih Ya Allah atas pinjaman nyawa, nafas dan jasad ini.

Dikelilingi dengan insan-insan tersayang dan dicintai. Sahabat andai yang jika dilihat ternyata sedikit namun yang sedikit itulah yang sentiasa ada. 

Kesihatan yang baik untuk mencari rezeki. 

Terimakasih juga atas doa kalian buat diri ini. 

Doakan yang baik-baik buat diri ini. Banyak yang ingin dicapai dan dihajati. Semoga Allah mendengar setiap doa dan perkenankan :) 


Tak expect ini akan datang semalam. Buat susah-susah je. Kau doakan aku pun dah cukup. Terimakasih wa sebab selalu cakap yang kau sayang aku haha. Jarang la kawan nak confess sayang. Selalunya malu. 



Rasa macam nak buat giveaway ringkas la. Tapi nanti okay sebab sekarang rushing nak kejar dateline reviu buku. Nanti dah selesai semua. Akan dipertimbangkan. Sebab dah lama rasanya tak buat giveaway dekat blog :)

May 15, 2022

Ulasan EBook - Sebening Cinta Dea by Emmiyya

9:17 PM 1
Ulasan EBook  - Sebening Cinta Dea by Emmiyya

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Terimakasih buat cik penulis (Emmiyya) untuk ebook percuma ini. Tengahari semalam (21 April) claim ebook, tengahari juga dapat. Tak sangka cepat betul penghantaran file. Ika memang tak ada perancangan nak baca ebook ni sebenarnya tapi entah kenapa lunch 21 April terdetik nak tengok layout ebook. Sekali boleh terlajak baca. 


Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini juga karya pertama penulis sudah diterbitkan. Bertajuk Sahmura Cinta - terbitan Kaseh Aries. Ika masih tidak berpeluang untuk dapatkan Sahmura Cinta. Jadi, kita bacalah ebook percuma yang penulis berikan ini terlebih dahulu.Nanti ada rezeki lebih, boleh dapatkan Sahmura Cinta pula. 


Jom teruskan dengan ulasan ringkas untuk ebook Sebening Cinta Dea ini. Bismillah. 




Jalan cerita sudah boleh dijangka. Konflik juga bukanlah konflik yang berat. Konflik yang masih boleh diselesaikan dengan baik. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Adakah jalan ceritanya klise? Ya, klise. Sebuah cerita romantik yang boleh dikatakan sebagai kahwin mengejut. Kalau ditanya, apa alasan utama ika tetap baca dan habiskan buku ini. Ika akan secara jujurnya akan cakap yang 





"Rumah ini kosong. Sunyi. Sayu"

Kehilangan
🧷Saya boleh kaitkan emosi kedua-dua watak utama (Mirza & Dea) dengan diri saya sendiri ketika mereka berdua kehilangan orang yang mereka sayang. Hati terasa kosong dan terasa seolah-olah orang tersebut masih ada. Lagi-lagi bila kita masih duduk di tempat yang sering kita bersama dengan arwah. Yang merasai kehilangan saja tahu perasaan kehilangan itu. Ada satu bahagian di dalam ebook ini yang sedih bagi saya iaitu ketika Mirza & Dea melayan perasaan mereka ketika hujan turun. Mereka berdua tahu yang cuaca itu merupakan cuaca kesukaan arwah. Sedih tau T.T 

"Saya minta maaf sebab terlalu lambat untuk zahirkan rasa hati. Tapi saya rasa kita belum terlambat untuk mulakan kisah hidup kita sebagai suami isteri "

Kesalahan

🧷Akhirnya, Mirza sedar juga dari kelekaan. Itupun, setelah bertahun berlalu. Langkah yang diambilnya untuk membetulkan keadaan itu ialah satu tindakan yang bijak. Dia tidak membabi buta membuat keputusan yang akan memakan dirinya sendiri. Suka dengan cara dia berfikir semula segala tindak tanduknya itu. Mirza juga tidak malu mengakui kesalahannya terhadap Dea.

Konsisten


🧷 Dea masih mampu mengalas tugas sebagai seorang isteri dengan baik meskipun layanan Mirza bukanlah layan yang sepatutnya diterima oleh seorang isteri yang taat kepada suami. Perempuan lain belum tentu akan buat seperti mana Dea buat. Sebab selalunya perempuan ini mudah uuntuk befikir jauh sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dan overthinking. Saya sendiri tak tahu macam mana Dea boleh kawal emosinya dengan baik. Salute. Hati kau memang keras Dea. 

Apa yang penting ialah Mirza & Dea. Kedua-dua mereka belajar dari kesilapan. Dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik demi hubungan dan rumahtangga mereka. Sebenarnya kunci utamanya ialah komunikasi. Dua hala komunikasi lebih berjaya dari satu hala. Inilah hakikatnya. Jika tiada komunikasi, apa jua masalah memang tidak dapat diselesaikan. 

Kegatalan

"I masih sayangkan you.. I nekad untuk dapatkan you balik Mir"

🧷 Hajeera such a stupid toxic. Best ke jadi langau dalam hubungan orang?. Mohon kita semua dijauhkan dari orang yang macamni. Buat sakit hati ja. Dan Hajeera. Ketidak sanggupan engkau untuk menjaga mak Mirza sudah membuktikan yang kau bukanlah orang yang selayaknya menjadi isteri Mirza. Kaau dah buktikan yang kau adalah orang paling pentingkan diri. Paling tak boleh nak hadam bila kau cakap kalau kau tahu jangka emak Mirza hanya setahun, kau sanggup untuk jaga. See. Apa yang dalam kepala otak pun tak tahu la. Sick. 

Secara keseluruhannya, memang sebuah cerita cinta klise. Ika rasa sesiapa yang tidak cerewet dan masih boleh menerima jalan cerita sebegini. Kalian boleh dpaatkan ebook percuma ini dari penulis. Mungkin pendapat kita berbeza. Tapi tidaklah ika kata yang lansung tiada pengajaran yang boleh diambil dari ebook ini. Masih ada. 






May 14, 2022

Ulasan E book Review - Pantang Larang by Anuar Darwisy

3:42 AM 2
Ulasan E book Review - Pantang Larang by Anuar Darwisy


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Karya A Darwisy memang tidak menghampakan. Ika mula mengenali karya A Darwisy ketika membaca novel Gaun Berdarah. AD merupakan salah seorang dari penulis dalam buku tersebut. Dari situ, ika mula mengikuti perkembangan buku-buku baru dari penulis. Ebook ini sebenarnya dibaca pada tahun lepas. Tapi, ika baru perasan yang ika terlupa nak letak ulasan di blog. Jadi, ebook ini diberikan secara percuma oleh penulis sebelum Hari Raya 2021. Ika tak pasti kalau kalian boleh dapatkan lagi atau tidak ebook ini. Mungkin boleh direct tanya kpada penulis jika berminat. Sangat nipis. Dengan hanya 25 mukasurat, kalian dapat habiskan in one sitting sahaja. Bahasa yang digunakan penulis dari dulu sampai sekarang memang  kena dengan jiwa. 


Di sini, malam raya mereka bersembunyi. 


Pasang sumbu pelita api, 

Pelita api mana dapurnya,

Hilang saya disangka mati, 

Jika mati mana kuburnya? 


Mengisahkan tentang keluarga Baharom yang baru saja berpindah di Kampung Puris Nyiur. Si suami ditugaskan di tempat baru. Yang menjadi persoalan kepada mereka ialah penduduk kampung seolah-olah takut akan sesuatu dan berkelakuan aneh. Bagi orang perempuan, mereka tidak solat terawih di surau. Tiada nyalaan lampu pelita di sekitar rumah. Suasana sunyi sepi. Dan keluarga Bhaarom juga mendapat amaran dari Haji Semail. Kata Haji Semail, di kampung itu ada pantang larang yang perlu mereka ikut.


Tidak cukup dengan itu, Anak Baharom yang tidak puas hati akan perkara tersebut terus menayakan hal itu kepada anak Haji Semail. Apa yang didedahkan oleh kawan barunya itu sangat mengejutkan. Ada sebab rupanya kenapa semua penduduk seperti takutkan sesuatu dan mereka akur dengan pantang larang mengarut itu. Nak tahu kena baca sebab risau akan jadi spoiler.





Sejujurnya memang tak percaya yang AD mampu menghasilkan ebook yang paling nipis setakat ini. Walaupun nipis, ianya ringkas dan padat. Masih diselitkan pengajaran dan ceritanya juga boleh tahan menarik. Andai dapat dipanjangkan lagi mesti lagi menarik. Tak tahu bersyukur. Sudahlah percuma nak demanda lagi. Apa pun masih terasa mood seram itu. Kena pada tempatnya. Teruskan menulis dan menghasilkan lebih banyak lagi cerita seram yang berkualiti. Oh ya, AD ada buku bary bertajuk The Story Of Maria - Kaki Novel. Kalian boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. 


Pengajaran: 

Beringat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. 

Jangan jadi manusia yang pengecut untuk mengaku salah. Yang salah tetap salah, 

May 12, 2022

Wordless Wednesday - Zero One

10:15 PM 1
Wordless Wednesday - Zero One



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️