May 2023 - Jari Jemari Menari

May 24, 2023

Ulasan Buku - Derita Terindah by Eshal Nuranis

9:19 PM 3
Ulasan Buku - Derita Terindah by Eshal Nuranis

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Permulaan cerita yang mendebarkan. Detik cemas yang berlaku antara Airis & Hazieq membuatkan saya panik juga. Malangnya, kemalangan kereta tersebut telah menyebabkan mereka berdua koma selama sebulan. Mereka sepatutnya akan berkahwin dalam masa terdekat. Tapi Allah lebih menyayangi Hazieq. Saya memang berharap sangat yang selepas dari bahagian ini cerita akan semakin menarik.


Tapi lama kelamaan cerita ini penuh dengan drama dendam keluarga Hazieq. Di mana mereka seolah-olah tidak percaya dengan Qada dan Qadar. Lagi bertambah pening bila Hazim (adik Hazieq) meletakkan kesalahan 100% atas bahu Airis dan mengelarkan Airis pembunuh abangnya. Musykil betul dengan manusia otak kolot macam Hazim. Dia pun terpaling over sampai haramkan orang datang ziarah kubur abangnya.






"Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku" -- Hazill Wafiy


Gara-gara itu jugalah Hazill berubah laku juga. Hazill tampil ke hadapan untuk berkahwin dengan Airis. Tanpa siapa suruh dan tanpa siapa paksa. Diugutnya Airis untuk kahwin dengan dia kalau tak semua keluarga Airis dalam bahaya. Guess what geng? Lepas kahwin, dia jadi suami terpaling red flag.🚩Paling pantang bila lelaki angkat tangan pukul isteri tanpa alasan muhasabah. Dicaci maki orang tu suka hati saja. Dia memang gunakan kuasa veto suami 100% dekat Airis. 

Aku sikit pun tak kesian ya dekat Hazill bila tahu dia sakit kronik. Sebab selalunya mesti akan timbul simpati. Tapi kali ini phew memang tak boleh terima. Sebab perangai jin dia ya ampun. Tak boleh nak sayang isteri sebab sakit. Yang kau pergi kahwin dengan dia sebab dendam boleh pulak? Orang bila ada jiran kena la hidup cara berjiran.Tapi lain pulak dengan Hazill. Dia larang Airis berkawan dengan jiran. Kesian Airis.

Jadi seorang Airis pun tidak senang. Sudahlah tak sempat nak hilangkan trauma kemalangan. Kehilangan orang yang tersayang. Kena pula hidup dengan orang psiko. Banyak perbuatan Hazill yang boleh buatkan Airis tawar hati dan angkat kaki sebenarnya. Tapi kau rasa apa jadi? Mana mungkin la kan. Porak peranda tau awal cerita. Hm. 

Derita Terindah? Hm. Banyak derita dari indah kot.


Tak tahu pula dah diadaptasi menjadi drama pada tahun 2020. Kalau taknak baca buku. Tengok je la drama okay :) Mana tahu kurang menyirapnya. 



I don't know la geng. I don't like it. Mungkin saya bukan target reader penulis. Maaf kalau ulasan ringkas ini mengguris hati. Saya harap penulis akan comeback dengan cerita yang lebih baik.

Note: Yang hanya saya boleh puji cerita dalam ni ialah macam mana Airis ditemukan dengan jiran yang baik macam Nisa. Banyak yang Nisa slow-slow berikan pendedahan dari segi agama buat Airis. Dan Airis juga banyak belajar. Bukannya dia pandang remeh benda yang jiran dia beritahu. 

May 18, 2023

Hermonisse 2: Keselesaan Pakaian Dalam Buat Para Wanita

10:26 PM 1
Hermonisse 2: Keselesaan Pakaian Dalam Buat Para Wanita

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Sebelum ini, saya pernah beli banyak pakaian dalam di online platform. Secara jujurnya, memang tidak dinafikan kalau nak compare dari segi harga. Memang banyak yang dijual dengan harga yang tak masuk akal di online platform (terpaksa rahsiakan). Sangat murah , sampai boleh beli lebih dari 10 sekaligus. Tapi, adakah kualiti yang kita harapkan itu sama dengan pakaian dalam yang pricey?. 


Kemudian, keselesaan yang dicari itu bukan semuanya seamless bra boleh berikan kepada kita. Boleh jadi bila sampai, mungkin saiz lebih kecil. Memang ada dinyatakan yang free size dan sesuai untuk semua. Tapi kadang unexpected thing can happen also. Dan bertambah parah bila material dari kain yang panas. Duit habis, hati tak puas. Sedih kan? Harini, ika nak memperkenalkan satu website yang menjual pakaian dalam wanita iaitu Hermonisse





Korang boleh pergi ke website mereka untuk lihat pelbagai jenis pakaian dalam yang dijual. Bukan satu jenis tapi ada lebih dari 5 jenis. Sebagai contoh push up bra, cami top, seamless bra, strapless bra, lace bra, plus size bra & banyak lagi. Satu jenama yang bakal menghabiskan duit para wanita dengan jayanya. Apa yang ika perhatikan, design pakaian dalam mereka memang up to date. Sangat verstail dan cantik. Warna juga menarik. Tapi harini yang ika nak highlight ialah Comfy Wear Plus Size Seamless Bra .

Untuk pattern ini, saiz yang ada dari M - 6XL. Yang mana badan jenis chubby tu tak perlu risau lagi.Confirm muat. Kita juga boleh rasa cantik dengan memakai pakaian dalam yang cantik. 



Antara kelebihan Comfy Wear Seamless Bra ini ialah :- 

1. Fabrik: Nylon & Spandex. Disebabkan ika dah cuba seamless bra yang ini. Ika berani untuk cakap yang fabrik ini tidak panas. Memang senang untuk dikeringkan selepas basuh. Hanya perlu jemur saja. Itupun tidak perlu jemur terlalu lama. Tengok-tengok dah kering :) Happy me happy life. 


2. Sokongan Bebas Kesakitan Ika berani jamin yang kalian akan selesa pakai jenis seamless bra ini. Confirm muat dan tak sakit di bahagian dada kerana tiada wayar yang menyakitkan untuk support bahagian dada. Walaupun tiada wayar. Tapi masih terletak elok. Strectable & Selesa. Jenis memeri ni sebenarnya bagus sebab dia akan melekat mengikut tubuh badan kita. 


3. Pilihan Warna:  Ada 4 warna iaitu Pearl Black, Silver Grey, Mustard Green & Red Velvet. Warna yang sedap mata memandang. Ada earth tone colour dan ada 1 warna yang bright & sexy. Tapi masih dalam kategori bukan warna yang pop out. 


4. Harga Affordable: Dengan harga RM 79. Ika rasa berbaloi dengan kualiti yang korang akan dapat. Kita spent duit beli something price. Mesti akan dapat pulangan yang berbaloi iaitu ketahanan produk tersebut. Kalau pandai jaga memang boleh pakai lama. Macam yang ika pernah cakap sebelum ini. Beli benda murah memang boleh dapat banyak tapi tahan lama tak?. Tak. Sebab mungkin akan cepat koyak dan sebagainya. 


Jatuh cinta dengan rekaan design seamless bra Hermonisse ini. Kalian juga boleh baca review yang positif dari pengguna seamless bra Hermonisse ini. Ika aim untuk dapatkan lebih banyak lagi di website mereka untuk dijadikan koleksi kesukaan :) Kalau boleh nak semua yang di website ada dalam closet ika. Kalau kalian berminat, boleh serbu ke website mereka. Sign up seperti biasa dan gunakan baucar code ini:

IKA10 untuk 10%off. 

https://hermonisse.com.my/products/plus-size-comfy-wear









Hermonisse: One Size Travel Bra | Travel Friendly

9:28 PM 0
Hermonisse: One Size Travel Bra | Travel Friendly

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Perkongsian ini, khas buat kalian bernama wanita, perempuan, dan gadis. Whoever yang berlainan jantinan nak baca. Silakan. Nak skip pun tak apa. Sebab entry ini nak bercakap soal 'private' sikit. Kita ni orang perempuan, kalau bab-bab nak bercuti memang terlebih teruja kan? Tapi bila sampai part nak mengemas lugagge untuk pergi bercuti. Memang rasa malas. Tapi bila datang mood rajin. Sampai satu almari nak bawa. Kan kan? Orang perempuan baik mengaku cepat.


Tapi, isu yang nak disentuh bukan pasal baju atau seluar. Tapi, mengenai pakaian dalam/bra. Bercakap soal pakaian dalam yang kita akan pack untuk bawa bercuti. Ika memang tidak selesa jika pakaian dalam terdedah atau bersepah dalam luggage. Sangat menganggu dan segan kalau orang yang tak sepatutnya nampak pakaian dalam kita. Malahan, ada ketika ika terpaksa sehabis daya untuk sorok dalam timbunan baju. Menyusahkan bukan? 


Sumber: Google 

Ika ada nampak ada kedai yang menjual organizer khas untuk menyusun bra khusus untuk dimasukkan dalam lugagge. Ada banyak jenis organizer juga. Jenis yang beg jaring laundry pun sama. Secara peribadi, ika rasa organizer tersebut akan makan ruang yang banyak dalam luggage kita. Malahan, bila disusun dalam lugagge belum tentu organizer tu menjalankan fungsinya dengan baik. 


Nak dibandingkan dengan bra yang kebiasannya kita guna. Memang mengambil ruang yang banyak dan susah nak lipat (risau jika merosakkan bentuk bra). Tapi, jangan risau geng. Ika dah jumpa satu website yang menjual pelbagai jenis pakaian dalam dan yang paling best ada juga bra khas untuk travel. Memang memahami betul la masalah kiteorang :) Dan solution terbaik yang boleh difikirkan untuk memudahkan kita mungkin kita boleh bawak travel bra which is one size travel bra. Wireless & seamless bra.


Memperkenalkan One Size Travel Bra dari Hermonisse. Lihat saja jenis travel bra yang ada dalam website mereka. Rambang mata kan?. Design pun menarik dan nampak moden. Sesuai la untuk dipakai oleh semua golongan. Baik remaja mahupun dewasa. Warna-warna untuk travel bra juga ialah warna yang selamat. Warna yang tidak takut untuk dipakai. Bukannya menonjol. 



Tiada spesifik size. Kalau kalian risau tentang pemilihan saiz. Rasanya tak perlu ada perasaan sebegitu sebab travel bra ini pemilihan tanpa size. Maksudnya, one size bra ini direka khas untuk berikan keselesaan buat pemakai tidak kira saiz badan. 


Mudah kering. Ini sangat penting. Bila travel, kadang-kadang tanpa sedar pakaian dalam yang dibawa sudah habis digunakan. Jadi, menyusahkan kalau setiap kali nak mencuci nak ke dobi yang berdekatan. Fabrik one size travel bra ini mudah kering. Kalian hanya perlu cuci seperti biasa dan jemur sahaja. Kerana materialnya sangat nipis. 





Jimat Ruang. Ini yang kita cerita pada awalnya. Nak bawa lebih dari 10 helai bra ini pun tiada masalah. Kerana kalian boleh lipat travel bra ini dan masukkan terus dalam luggage. Ruang yang diambil hanya sikit saja. Selebihnya kalian boleh letak pakaian kalian yang lain. 

Kalian boleh gunakan kupon code IKA10 untuk dapat 10% off di website Hermonisse. 


https://hermonisse.com.my/products/zbra-buckle-padded-seamless-bra?variant=42479841378466

May 16, 2023

Ulasan Buku - Meet- Cute Romance / 13 Penulis

9:20 PM 0
Ulasan Buku - Meet- Cute Romance / 13 Penulis

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Buku pre order yang ditunggu-tunggu dari Lawa Lingo akhirnya selamat mendarat dengan jayanya. Alhamdulillah. First time dapat tahu mengenai buku ni, memang terus berhajat nak dapatkan. Sebab katanya ini merupakan antologi cerita comel yang manis-manis belaka. Dipilih oleh Kakak Lawa dari banyak-banyak penyertaan. Maknanya yang terbaik dari ladang la kan. Haha. Lagipun, mostly semua penulis baru. Kita perlu baca something fresh dari dieorang ni.

 

Second thing yang menarik perhatian kita ialah cover buku MCR. Comel sangat. Pemandangan pun cantik. Tak boleh cakap No! Congrats Lawa Lingo sebab everytime keluar buku baru ada banyak improvement. Kalini bukan setakat cover sahaja. Packaging penghantaran pun cantik & secure! Laff. Buku ni juga jenis floppy. Tak rasa bersalah nak buka luas-luas.


Kadang, kita akan tersenyum mengenangkan detik pertemuan kita berkenalan dengan seseorang dalam hidup kita. Perasaan yang bercampur baur. Macam ada rama-rama berterbangan dalam perut. Senyum tidak lekang dari bibir. Hati berbunga-bunga <3


Siap dapat postcard checklist tempat cari jodoh :) Kiyot. And thankyou untuk nail cliper hee. 

Tentang pertemuan kali pertama

Semua cerpen dalam buku ni memang watak hero-heroin , kedua-duanya meet up buat pertama kali<3. Dibawah ialah rating setiap cerita berdasarkan personal opinion ika :- 


1. Dobi Albab / Dhea ⭐⭐⭐⭐.5

2. Hujan / Hironuwi ⭐⭐⭐⭐

3. Cepet / Asyah Teo ⭐⭐⭐⭐.5

4. Mawar / Liya Fatiya ⭐⭐⭐.5 

5. Leave A Note . Izz Khair ⭐⭐⭐⭐.5

6. Lelaki Hitam Putih / Zar Zatie 

7. Rosemary / Deian Dyan 

8. Bear Bear - Kaymi 

9. Nilam Harraz / BukuKecik

10. Tiket / Atin Fatin 

11. The Ghost Run / Tihaa Ris 

12. Awak, Saya & Miko / Nadra 


Buku Meet Cute Romance yang mempunyai 195 mukasurat ini boleh dihabiskan in one sitting sahaja. Nipis sangat. Tambahan pula, setiap cerita memang ringkas dan padat. Setiap cerita tak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Compact & straightforward. Untuk saya yang sudah berusia ni. Saya kira buku ni dikira sebagai satu naskah yang berjaya mencuit hati saya. Sebab manis dan comel sangat omaigad. Haha. Percubaan yang baik dari 13 penulis. 


Cumanyaa -- memang tak puas la sebab rasa nak lagi. Ada cerita yang macam habis poof 🌬macamtu sahaja. I want more. Sebab ada cerita yang berpotensi besar untuk dipanjangkan lagi.

Ada juga beberapa cerita yang mungkin boleh ditambah rencah kemanisan Hee. Kalau tambah sikit lagi mesti umph & feel.

Bacaan yang TERamat santai. Suka dengan variasi latar tempat pertemuan watak-watak dalam MCR (refer gambar untuk lokasi tempat). Watak hero & heroin semuanya memang manis belaka perangainya dalam MCR ni. Manis masih terkawal dan bukan dalam kategori overdose. Jangan sampai tahap overdose eh. Sangat merbahaya!

Semoga penulis-penulis sekalian tidak berhenti menulis. Teruskan menulis. Jangan sia-siakan bakat menulis korang okay? . Congrats to all 👏🏻


Website Lawa Lingo

Instagram - Ulasan MCR





Ulasan Buku- Mentekedarah by Natasha Mayza

9:15 PM 0
Ulasan Buku- Mentekedarah by Natasha Mayza

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Maksud Mentekedarah ialah makan secara berlebih-lebihan. Biasanya kedengaran orang utagha gunakan perkataan ini. Actually, lepas tahu mengenai anak sulung Natasha Mayza ni memang terus aim nak dapatkan. Sebab sinopsis & tajuk menarik 👍🏻 . Suprisingly, penulis tahun ini keluarkan 2 buku serentak. Haip makan apeni haha idea tumbuh dengan jayanya ya. Another book is Kpop Girl Atiny Yang Tabah under Bookiut. Congrats penulis. Ini memang big achievement ni. 


Jom ke ulasan Mentekedarah. Bismillah. 


Triggered Warning: Gore &  Cannibalism

Genre: Slasher Horror 



"Saya nak hidupkan isteri saya sendiri..untuk kekalkan nilai sentimental"


Sinopsis Ringkas

Mengisahkan tentang Jaafar (owner hotel Puspakona) yang tidak dapat menerima kematian isterinya, Teh Habibah. Pemergian Teh memberikan impak yang sangat besar dalam hidup Jaafar. Jaafar menyalahkan dirinya sendiri kerana sehari sebelum kejadian malang itu berlaku, mereka berdua bergaduh. Akhirnya, Jaafar mengambil keputusan untuk menghidupkan isterinya itu semula atas bantuan seorang bomoh. 

--

Yang hidup itu bukan isterinya. Tapi makhluk terkutuk pemakan daging (La'un).  Jaafat terjerat. 


Kemudian, 5 orang ( Dharma, Maisara, Afwan, Megat, Najid & Julia) pergi ke Hotel Puspakona untuk menyelesaikan assignment & content youtube. Mereka terperangkap di hotel milik Jaafar dan menjadi buruan. Berjayakah mereka keluar dari hotel tersebut dengan selamat? 



1. Secara peribadi, ika suka macam mana penulis tidak melenggahkan jalan cerita dengan pusing sana sini untuk memanjangkan cerita dan menebalkan m/s. Mukasurat pertama saja penulis direct menceritakan mengenai apa yang terjadi dekat Jaafar sekeluarga. Disebabkan itulah, saya rasa saya boleh habiskan bacaan in one seating saja (2 jam+). Fast pacing &  tidak  melewah. 


2. Bagi orang Islam, kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita ini semuanya sudah ketentuan Ilahi. Dalam Mentekedarah ini, kita boleh lihat Jaafar hilang pedoman selepas kematian Teh. Imannya hilang terbang entah ke mana. Berbakul-bakul perasaan bersalahnya itu sehinggakan dia boleh terfikir untuk menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia. Syirik. Macam tu saja syaitan menyesatkan manusia. 


3. Jika lihat dari segi perwatakan Jaafar ketika dia menjadi Polygone. Memang nampak yang Jaafar menjadi "orang lain" bila dia pakai topeng. Dia sedang bergelut dengan dirinya sendiri. Mental health dia dalam keadaan tidak baik. Tapi penulis tidaklah terus diagnose mental health yang sedang dialami watak. Penulis haya berikan simptom awal sahaja. 



4. Saya senang dengan gaya penulisan penulis. Kena dengan jiwa. 🫶🏻 Walaupun sudah banyak menonton serta membaca cerita sebegini. Saya boleh cakap Mentekedarah masih ada originalitynya tersendiri. Mesej utama yang penulis nak sampaikan itu saya rasa berjaya. Tak boleh mention mesej tersebut sebab akan jadi spoiler. Namun, banyak pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai peringatan buat semua.


5.  Scene meloyakan dalam ni memang euww and so yucks (masih teringat-ingat) 😶 Perasaan suspen masa baca melonjak naik bila sampai part-part Teh Habibah/ La'un seksa mangsa dia.) 


6. Mungkin kalau untuk improvement. Mungkin dari segi emosi watak. Tambah sikit lagi then nice dah 👌🏻. Teruskan berkarya Tasha. Jangan stop!


Shopee DN -- Mentekedarah

Instagram -- Ulasan Buku


May 11, 2023

Jadual Jelajah Buku PTS | Penerbit X 2023

9:16 PM 1
Jadual Jelajah Buku PTS | Penerbit X 2023

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Mulai esok, kalian boleh mengikuti medsoc kami rapat-rapat untuk mengetahui buku-buku terbitan Penerbit X yang akan ada di PBAKL pada 26 Mei 2023. Ada ramai rakan resensi yang terlibat. Setiap rakan resensi ada tarikh masing-masing untuk mereka post. 


Ika juga terlibat untuk jelajah ini pada 14 Mei / Ahad. Ika akan post serentak di 3 medsoc iaitu Instagram, Twitter & Tiktok. Ini lebih kurang macam booktour. Mohon support kami ya gais. Bukan sahaja Penerbit X. Malahann, imprint yang lain seperti Bookiut, Puteh Press, PTS juga turut terlibat.Apa yang ika akan share? Nantikan. Sebab ada satu siri yang ika suka sangat. Dan ika tak nak kalian lepaskan peluang dapatkan buku-buku tersebut. Serius tak rugi. Jumpa 14 Mei nanti oki! 


May 10, 2023

Ulasan Buku - Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet

4:57 PM 1
Ulasan Buku - Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Lama hold nak baca Derhaka Cinta Jebat. Sebab ika pinjam dekat PNMeReader (versi ebook). Lama nak tunggu turn. Rupanya cerita ni juga dah diadaptasikan. Saya serius tak tahu dengan kewujudan drama tersebut. Nampak sangat tak tengok TV. Haha. By the way, ini merupakan karya Cik Tet yang ke 3 ika baca. Sebelum ini, ika dapat detect yang ada cerita yang ada adegan suami isteri yang ika tidak gemar. Malangnya -- buku ini juga sama. 


Benda pertama yang saya nak highlight ialah cerita ini cerita dewasa. Ada part 🔞(atas katil, cium & mandi). Secara peribadi saya tak faham kenapa kena ada scene macamtu. Malah ada juga rasa tidak selesa. Sikit-sikit ke situ je otak Jebat. Inikah dikatakan sweet dan nuckal? idunknow. Perspektif masing-masing la. Bagi saya dengan membaca, pembaca akan imagine. Mustahil tak imagine. Jadi, macam mana? Tak salah pun kan letak peringatan dekat belakang ke mana-mana ke mengatakan yang dalam buku ada part 18sx (-1). Orang pun akan berfikir panjang nak beli. 


Hanya kerana ingin membalas dendam. Jebat berkahwin dengan Aisyah. Ikatan suci itu dipermainkan Jebat. Tegar betul Jebat. Lepas berkahwin, rasanya kalian sendiri boleh agak apa yang terjadi pada Aisyah. Sampai Aisyah tekad untuk membawa diri. Bagi saya, dendam Jebat memang dendam yang sia-sia dan makan diri. Tiada usul periksa yang mendalam. Terus buat keputusan bodoh.



Mungkin akan datang Kaseh Aries boleh come out dengan cover yang lebih menarik. Saya tengok rate-rate pembaca kurang minat dengan cover yang ada muka real people. 




Cerita sedikit meleret bab pujuk memujuk, klise & pengulangan dialog. 🙃. (-1) Nak sampai ke main point tu agak makan masa juga. Awal tu geram sebab tak tahu apa sebenarnya yang mereka gaduhkan. Tapi saya tahu mesti Aisyah face it something really bad. Kalau tak. Takkan la dia layan Jebat macamtu.


Tapi dalam pada dia taknak melayan Jebat. Jebat gunakan kuasa dan duit yang dia ada. Dengan stay di resort tempat Aisyah bekerja dan menjadi VIP guest di sana. So nak taknak Aisyah kena juga entertain dia as VIP guest. Money can buy that. Hm. Cuma isu ni di sini. Cara Jebat tu macam tak bijak sampai akhirnya menimbulkan fitnah. Dan Aisyah pun sampai ke sudah rahsiakan status dia dari pengetahuan rakan sekerja. Ini semua benda simple je pun. Takkan nak kena ajo. Haha adui


Konflik boleh diselesaikan dengan cepat sebenarnya. Tapi Jebat lebih memilih untuk tunjuk lagak dan ego dia. Walhal apa yang dia perlu buat ialah minta maaf & mengaku salah. 

NOTA: Benda yang aku suka dalam ni mungkin nama anak-anak Puan Huda. Jebat, Tuah & Teja. ❤️ Even ika rate 2 star solid, itu tidak membuatkan ika stop baca karya Cik Tet. 

⭐⭐


May 7, 2023

Ulasan Buku - Spy Hunter by Ejart14

9:17 PM 3
Ulasan Buku - Spy Hunter by Ejart14

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Pertama sekali, terima kasih buat pihak Imprint PTS Bookiut untuk naskah Spy Hunter ini. Since first day saya bekerjasama dengan Bookiut. Saya yakin Bookiut mampu melangkah jauh dengan buku-buku yang mereka keluarkan. Setakat sekarang, sudah ada banyak buku pelbagai genre yang sesuai dibaca bukan sahaja untuk remaja tapi bagi semua peringkat umur. Saya agak teruja bila mengetahui penulis Spy Hunter ini ialah seorang gadis muda. Nama saja macam lelaki hehe. 

Mari kita ke ulasan ringkas bagi buku Spy Hunter. Bismillah. 




"Apabila munculnya kebenaran. Lenyaplah kebatilan"


Menyesal juga peram buku ini lama di rak. Suprisingly, buku ini memang best. Karya pertama dari Ejart14 ini mempunyai elemen Nusantara & Islamik vibes. Gabungan kedua-dua elemen ini jika tersalah langkah boleh jadi boring. Samaada, pembaca sentiasa menguap bila baca atau jadi slow reader. Tapi nampaknya, penulis tahu menambah rencah untuk tarik perhatian pembaca untuk stay dengan Spy Hunter ini (ciri-ciri kemodenan). Saya wonder macam mana penulis mampu compact kan cerita dalam satu buku yang nipis ini. 


Spy Hunter mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Esmi Sunka yang seorang pewaris takhta kerajaan Sukangkara. Dia diberikan tugas oleh Maharaja untuk mengintip MUMTAZ (musuh utama Sukangkara) di Tanah Utama. Namun begitu, Esmi mula menyedari segala-galanya serba tidak kena & benarkah apa yang dia lakukan untuk Sukangkara?. 

Kesetian Esmi untuk  negara & maharaja teruji. Sudahlah menjadi harapan Sukangkara. Untuk dia berundur memang bukan la sesenang petik jari. Namun, saya percaya kehidupannya sejak kecil dengan Tuan Yusof mempengaruhi minda dan cara Esmi berfikir. Itulah duduk dengan orang yang baik-baik . Hati juga akan turut terbuka untuk menilai mana yang baik dan buruk. 

Kebenaran memang perit untuk ditelan. Sebab tu kita boleh lihat Esmi dalam Spy Hunter ini ada pergilakan perasaan dalam diri dia. The way dia bermain-main dengan diri dia. Sebab orang berbelah bahgi ni, dia tak dapat nak buat keputusan yang betul dan cepat walaupun kenyataannya depan mata jelas terpampang realiti. 

Thumbs up buat penulis dengan karya Spy Hunter ini. Jalan cerita memang menarik dan buku hanya sekadar tin kosong. Penuh dengan nasihat yang bagus d