BOOK REVIEW - YOUTUBER PALING CUN BY HARYANI KAMILAN


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejak kebelakangan ini, ika tertarik sangat untuk membaca buku keluaran dari Bookiut ini. Jika ika pergi ke kedai buku. Ika akan capai buku dari mereka dan belek dari muka depan sampailah kebelakang. Ika rasa kulit buku mereka sangat fancy dan menarik perhatian. Mereka tahu cara untuk attract kanak-kanak dengan menghasilkan kulit buku yang comel dan berwarna terang. Kira dari jauh sudah boleh nampak. Tahniah buat Bookiut & mereka yang di belakang tabir.

Kalau sebelum ini ika baca buku bertajuk Boba Girl dari Sabrina Ismail. Kalini, ika baca buku bertajuk Youtuber Paling Cun dari Haryani Kamila. Sudah semestinya mengisahkan tentang seorang youtuber. Semua orang sudah tidak pelik lagi jika nampak orang vlogging di tengah jalan, beli barang, buat tutorial makeup, mukbang dan sebagainya. 
Jom kita teruskan dengan resensi untuk buku ini. 

"Hai! Assalamualaikum, Selamat Datang ke Channel Youtube saya. Nama saya Dalina.." 


Penulis: Haryani Kamila 
Penerbit: Bookiut 
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 
Mukasurat: 111 mukasurat 
Tahun: 2020 (Cetakan Pertama) 
2021 (Cetakan Kedua) 

Buku kedua untuk bulan April ini. Youtuber Paling Cun mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dalina yang suka akan dunia solekan. Di sekolah, Dalina mempunyai musuh bernama Sophie yang cemburu melihat bakat Dalina dalam dunia solekan. Jadi, Sophie telah mencabar Dalina untuk lawan dia dalam Pertandingan Siapa Paling Cantik.

Namun, pertandingan tersebut tidak berjaya dilaksanakan dan dibatalkan serta merta. Tambahan pula, Sophie cedara ketika proses solekan tersebut. Nak dijadikan cerita, ketika Dalina berbual dengan salah seorang rakannya bernama Ain. Ain telah memberi satu idea untuk Dalina menghasilkan video youtube dan menunjukkan skill yang Dalina ada.

Hasil dari bantuan Ain dan juga usaha Dalina. Mereka berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melihat video tutorial tersebut. Setelah lama bersama-sama dalam penghasilan video. Sophie yang cemburu dengan kejayaan Dalina turut sama membuat video. Namun videonya tidak sehebat Dalina dan dia hampa.
Dia harus dapatkan Ain. Supaya videonya lebih berkualiti. Berjayakah Sophie?

Dan kehilangan Dalina secara tiba-tiba juga telah menimbulkan kekecohan di sekolah dan juga keluargannya. Kemanakah Dalina menghilang? Katanya Dalina diculik oleh seseorang. Peminat misterinyakah atau ada yang berniat dengki kepada Dalina?



 
Penulis berjaya membuatkan kita sebagai pembaca untuk teruskan bacaan sehingga ke penghujungnya. Storyline juga logik dan realistik. Watak yang ada di sekolah itu juga memang watak yang sedia maklum wujud di semua sekolah. Contohnya, kaki buli busy body dan sebagainya. Saya percaya penulis sudah membuat serba sedikit kajian mengenai barang makeup yang ada dipasaran. Dari kedai murah sehinggalah yang mahal. Malahan kesan memakai makeup murah juga akan menyebabkan alergi kulit dan sebagainya. Belilah di drug store. Sekurang-kurangnya terjamin sedikit. 

Ika paling suka nasihat yang berikan oleh Farhana kepada Dalina:- 

"....Lagipun dalam Islam, kita tidak boleh tabarruj, tidak boleh berlebihan dalam bersolek. Takut nanti kita akan menarik perhatian lelaki hidung belang." 

Malahan, penulis juga turut selitkan info mengenai youtube & solekan. Saya percaya penulis mengambil sedikit inspirasi dari kes youtuber mukbang famous yang hilang iaitu Kate Yup. Tahniah buat penulis. Sebuah naskah ringkas namun penuh pengajaran. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. #ikareviewbuku

KLIBF X SHOPEE masih berlansung. Tinggal lagi 2 hari sahaja sebelum Pesta ini tamat. Beli 2 buku dari Bookiut dan dapatkan limited edition bookmark yang sangat cantik! 
Shopee PTS - RM 9 

20 Komen

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  2. seriously to be a youtuber mmg kena tul2 lucky.. and kena work hard,once your video goes viral then everything is amazing

    ReplyDelete
  3. Sometimes you just need to continue to work hard until you get that moment that will help you to shine and burn bright. Still without determination and hardwork, it will be useless.

    ReplyDelete
  4. Dania memang suka baca novel ni. Kalau tahu mesti nak beli novel ni. Muka depan pun cute.

    ReplyDelete
  5. wahh novel sekarang pun ikut trend terkini ya, tentang youtuber pulak! terbaiklah. kalau ada novel tentang blogger mesti best ni. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Interesting book. But the cover attracts me more than the storyline. Btw, Bookiut nie hasilkan novel remaja ker? Sorry, I haven't heard of this brand. Next time share la illustrations dlm Buku nyer skali ya. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya buku ni. Content pun mwnarik minat ramai nak tengok sbb pasal youtube. Nnti nk beli lah

    ReplyDelete
  8. MENARIK YER JALAN CERITANYA SAMPAIKAN KES KATE YUP PUN TERSELIT SAMA. PENASARAN JUGAK NAK TAHU KISAH SELANJUTNYA. NANTI NAK BELI JUGAKLAH BUAT ANAK2 ANAK BACA . MAK PUN BOLEH TUMPANG BACA SAMA.

    ReplyDelete
  9. tidak boleh berlebihan memang penting...suka baca buku yang mempunyai content yang bermanfaat seperti ini

    ReplyDelete
  10. Terkesima kita tengok cover buku tu, cantik betul animasi katun tu.. lama tak baca novel gini.. baca review menarik plak..

    ReplyDelete
  11. comelnya buku tu! kalau khai pun fikir cover depan peranan untuk tarik pembaca. kalau very dull, and tulisan pun kecil, awal-awal dah reject

    ReplyDelete
  12. Betul. Kulit bukunya memang comel. Pastu diselitkan juga nilai-nilai baik yang perlu diketahui dan diamalkan oleh semua kan. Sesuai untuk bacaan anak-anak ni.

    ReplyDelete
  13. Baca tajuk jer dah menarik ye! Something yang kita boleh relate dengan our daily life especially zaman media social yang berkembang pesat ni..

    ReplyDelete
  14. Ooo buku cerita rupanye. Grafik buku dia comel. Jalan cerita macam best

    ReplyDelete
  15. Interesting... This book starting is so cute. I also feel like getting it

    ReplyDelete
  16. Kita selalu ada perdebatan dalam diri untuk dapatkan kejayaan. Sebagai muslim, ye memang banyak perkara perlu kita fikirkan. Tapi jangan anggap Islam membuatkan kita terperangkap dalam melakukan sesuatu. Amalkan nilai yang baik okay. ☺️

    ReplyDelete
  17. menarik juga buku nanti rasa nak beli gak satu, buat bacaan di rumah waktu lapang. thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Wow ada karya baru dan juga sesuai untuk generasi Z sekarang ini hehehe Youtube paling cun gambar pun menarik mesti isi dalam juga penuh dengan kisah suka duka menjadi youtuber hehehehe.... Bagaimana nak berjaya kena usaha dan cekal serta tabah betulkan..

    ReplyDelete