June 2022 - Jari Jemari Menari

Jun 28, 2022

Wordless Wednesday - Pre Order Carnival Of Phobia

8:56 PM 2
Wordless Wednesday - Pre Order Carnival Of Phobia




Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



 

Jun 16, 2022

Ulasan Buku - Silat Warrior by Sharina Elisa

10:06 PM 0
Ulasan Buku - Silat Warrior by Sharina Elisa



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Silat Warrior merupakan salah satu buku best seller semasa PBAKL 2022 baru-baru ini. Dan ramai yang membelinya disebabkan kulit buku. Kacak katanya hiwhiw :) buat pihak Bookiut atas naskah Silat Warrior ini. Ternyata, ika tidak silap memilih untuk membacanya. Selepas Elite Bunian. Saya menunggu karakter lelaki yang seterusnya. Dan akhirnya, memperkenalkan Yameen dari Silat Warrior. 

Lebih dikenali sebagai Meen. Ketangkasan Meen dalam bersilat tidak dapat dinafikan lagi tapi itu dulu. Selepas tragedi yang tidak diingini itu berlaku, ianya memberikan kesan hitam dalam hidup Meen. Meen mengambil keputusan untuk berhenti bersilat dan fokus melakukan perkara lain.

🖇 "Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya"


Dia lebih banyak mendiamkan diri dirumah mahupun di sekolah. perubahan lakunya itu membuatkan anak murid atuk Meen iaitu Kamarul panas hati. Baginya, Meen tidak sepatutnya menjadi sebegitu. Meen layak berdiri di gelanggang dan menunjukkan kehandalannya. Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Kamarul? Berjayakah dia mengubah Meen yang sudah mati hatinya dalam bersilat. 




Penulis: Sharina Elisa
Penerbit: Bookiut
Tahun: 2022
Harga: RM 10
Mukasurat: 138 mukasurat

Terimakasih sekali lagi buat Syai Bookiut sebab ambilkan sign penulis untuk Ika. Ika tak sempat nak turun ke sana waktu penulis datang sebab kerja. 

Novella ini mengambil intipati seni bela diri tradisional orang Melayu yang masih gah berdiri sehingga kini iaitu Silat. Menarik jalan cerita dari penulis. Penulis tampilkan sisi lain untuk karakter utama iaitu Meen. Meen yang nampak tenang dan bersahaja tapi bergelut dengan jiwanya sendiri. Peristiwa hitam tersebut menjadi halangannya untuk meneruskan silat. Dia sendiri lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap kerana dia akan mengeluarkan ayat yang tidak sama dengan apa yang dia inginkan. 

Nak kupas sedikit mengenai watak Kamarul. Kamarul begitu percaya dengan skill yang Meen ada sehinggakan dia rasa Meen sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Sayang jika disia-siakan apa yang ada. Dan Kamarul juga sangat yakin yang apa sahaja benda yang jadi kepada dia, meen akan ada untuk membantu. Dia punya tahap keyakinan diri tu memang 200%. Suka dengan persahbatan Kamarul dan juga rakan-rakannya yang lain. Nampak nakal tapi masih tidak abaikan pelajaran malah pandai menyusun waktu sebaiknya antara belajar dan bersilat. Cuma tak boleh nak hadam alasan Kamarul membuli palajar di sekolahnya itu. T.T Alasan yang tidak boleh diterima.

Bagi semua, kesemua watak memainkan peranan masing-masing. Melengkapi antara satu sama lain. Jalan cerita menarik. Dialog mudah difahami. Sesuai dibaca oleh semua golongan tidak kira umur.  


]

Jun 14, 2022

Wordless Wednesday - Kiriman Lockdown Moment

8:36 AM 2
Wordless Wednesday - Kiriman Lockdown Moment




Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



 

Jun 12, 2022

Ulasan Buku - Silat Boy #3 - Tiga Penjuru by Ben Wong

8:29 PM 0
Ulasan Buku - Silat Boy #3 - Tiga Penjuru by Ben Wong

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ada berita sedih geng. Setelah syok membaca komik yang ketiga ini. Rupanya baru ika tahu yang rupanya ada sambungan lagi yang tidak diketahui bila akan keluar. Jadi, ika rasa siapa yang tidak kisah nak kena tunggu. Boleh beli kombo ( 3 komik ) dahulu sebelum kita sama-sama tunggu kehadiran buku yang ke 4. 

Untuk Silat Boy #3 -- Tiga Penjuru ini, apa yang ika boleh ringkaskan ialah lebih banyak aksi. Ika puas hati dengan apa yang ika baca setakat ini. Cuma rasa sedih sebab ada sambungan haha. Sebelum ini, ika ada cakap yang karakter utama kelihatan sedikit pasif bukan? Ika rasa nak tarik balik apa yang ika cakap tu untuk siri ketiga ini. 

Watak Boy sangat menyerlah. Kita akan lihat sisi lain Boy. Sisi yang dijaganya selama dia memegang amanah. Mujur penantian saya menunggu karakter Boy menyerlah berbaloi. Terus berubah perspektif jahat saya terhadap watak Boy. Untuk tunggu Boy gunakan kuasa yang diperolehinya itu sampai siri ketiga la kena tunggu. Tak apa. Worth it! 



Kawasan kampung dan sekolah huru hara dengan kedatangan makhluk yang tidak diundang iaitu seekor biawak. Nampak seperti buaya juga. Saya sendiri keliru. Adakah kedua-dua haiwan ini digabungkan. Tapi, melihat pada karakter berlagak si biawak ni memang geram. Tak mudah mengalah dalam menerkam mangsa. Sentiasa mencari peluang yang sesuai untuk membaham. Guna taktik kotor. Sangat licik. Yang penting. Nyawa dia liat sangat. 

Boy juga pada ketika itu tidak menyangka dengan hanya kejadian ketika berlawan itu. Dia akan mendapat bala. Dan dia perlu bertindak cepat untuk mencari penawar. Risau jika lambat buruk padahnya. Tak pasti samaada Boy berjaya dan sempat untuk mencari penawar atau tidak. Ada sambungan pula. 
Setakat ini, semuanya okay dan puas hati. Dari ilustrasi, karakter, jalan cerita, dialog, pemilihan warna dan lain-lain. Nice work Ben 


Ulasan Buku - Silat Boy #2 - Dua Aliran by Ben Wong

7:41 AM 0
Ulasan Buku - Silat Boy #2 - Dua Aliran by Ben Wong



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Kulit buku untuk Komik Silat Boy siri kedua ini nampak lebih menyerlah. Kudos kepada orang yang me-reka kulit buku ini. Jadi, ika terus baca siri kedua selepas menghabiskan siri pertama pagi tadi. Sudah semestinya ika mempunyai high expectation untuk siri ini. Dan melihatkan komen di Goodreads juga not bad. 

Selepas Boy jatuh dari tebing tinggi. Boy terjaga dan mendapati dia berada di sebuah tempat yang sangat asing. Di depan matanya kini, dia menyaksikan pertarungan hebat di antara pahlawan dan orang jahat bertopeng merah. Di dunia itu juga laa banyak perkara terjadi kepada Boy.Boy juga turut terjumpa seekor makhluk hijau ketoto gondol. Makhluk itulah yang mencuri begnya pada awal dia tersedar dia di dunia itu. 

Ada amanah yang perlu dijaga dan dipikul oleh Boy. Mampukah dia? 

Dan Boy kembali ke dunia asal dengan amanah dan identiti yang baru. Kehilangannya selama seminggu telah menjadi buah mulut orang kampung dan orang yang paling risau dengan keadaan Boy selain dari keluarganya mestilah Alyaa Suria. Dialah orang terakhir yang ada dengan Boy pada ketika itu. Sepanjang kehilangan Boy juga, Alyaa diganggu oleh geng Ghoner. Bertambah menarik apabila ada seseorang yang bergelar doktor datang untuk merawat Ghoner. Banyak juga persoalan dalam siri kedua ini. 



Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 
Tahun: 2019 
Mukasurat: 106 mukasurat

Adakalanya, Boy ini karakternya sedikit pasif. Nampak agak blur. Tapi Ben tidak pernah lupa untuk sentiasa bagi kita ingat dengan kehadiran Boy dengan meletakkannya hampir di kesemua mukasurat. Come on ika. Watak utama kan. Mana boleh main hilang-hilang. Tapi, ika tak sabar nak tengok karakter Boy lebih menyerlah sebab dia kan dah dapat 'keistimewaan'. Ada satu bahagian di dalam komik ni yang membuatkan ika rasa okay, Boy nampak cool. Masa dia menyelamatkan seseorang itu. 

Ika terleka sehinggakan tak perasan yang ika sudah ada dihelaian terakhir. Best dan ilustrasi dia sekali lagi memang nak kena puji la. Cantik sangat <3 Tak sangka Ben akan come out dengan idea Silat Boy ni. Mujur dia realisasikan juga idea ni menjadi sebuah komik. Satu keputusan yang tak salah. Kalau tak, mungkin kita sampai sekarang kita tak akan dapat baca.

Ulasan Buku - Silat Boy #1 - Pencak Pertama by Ben Wong

4:48 AM 0
Ulasan Buku - Silat Boy #1 - Pencak Pertama by Ben Wong



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Rasanya siapa yang mengikuti salah satu dari imprint PTS iaitu Komik M. Mesti kenal dengan nama pelukis komik  Ben Wong ini. Ben Wong sudah menghasilkan banyak karya-karya yang standart international. Ika mula mengenali Ben Wong selepas baca Meow. Ada satu komik yang sampai sekarang tak dapat nak beli iaitu Atan. Tak apa, next time. Dan selepas itu, ika terus memburu komik-komik dari Ben. Baru-baru ni, kebetulan di PBAKL. Ada jual kombo Silat Boy. Mana boleh lepaskan peluang. Terus beli tanpa berfikir panjang. 

Jom ke ulasan ringkas. Bismillah. 

Apa yang dimaksudkan dengan pencak? Pencak ialah gerak dasar bela diri dan terikat dengan peraturan. 




Harga: RM 9.90 (SM) / RM 10 (SS) 
Tahun: 2018 
Mukasurat: 107 mukasurat


Silat Boy mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Boy. Boy dibuli dengan teruk oleh geng Ghoner. Boy akan didatangi mereka untuk dipaw duit dan diugut. Malahan, Ghoner juga berani untuk memukul Boy jika apa yang dikehendakinya tidak tercapai. Ghoner dan rakan yang lain masing-masing pandai seni mempertahankan diri Muay Thai. 


Sehingga satu tahap dimana Boy sudah tidak tahan lagi dengan gangguan Ghoner. Jadi, dia nekad untuk bertindak sendiri untuk membalas dendam. Sudahlah permainan konsol yang dimiliki telah dirampas. Pada hari kejadian, perbuatannya itu disedari Alyaa Suria yang kebetulan berada disitu. Apa yang terjadi selepas itu?
Berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika geng Ghoner memburu Boy. 


Terimakasih buat admin Komik M sebab sudi dapatkan sign Ben Wong. <3



Teruja bila pertama kali membuka helaian Silat Boy ini. Suka dengan ilustrasi berwarna yang disajikan. Sedap mata memandang. Saya puji juga lukisan pelukis. Cantik, kemas dan terasa hidup. Yang penting tidak serabut sebab selalunya kalau baca komik yang ada bahagian berlawan mesti pening kepala sebab terlalu penuh. Tapi, saya ada satu kemusykilan. Baju yang dipakai Boy nampak seperti moden berbanding karakter lain. Baju macam ala-ala karakter Ash Pokemon. Adakah pelukis cuba untuk menampakan karakter Boy lebih menyerlah berbanding yang lain?.Untuk karakter seperti Alyaa, Ghoner dan lain lain juga turut memberi impak bagi menyempurnakan lagi jalan cerita. Menarik. 


Keduanya, saya suka dengan isu yang dibangkitkan dalam komik ini. Isu yang paling terkenal dan tak lapuk dek zaman iaitu buli. Memang kalau yang lemah akan selalu ditindas dan menjadi mangsa buli ke?. Kasihan pada watak Boy. Boy tahu dirinya bukanlah kuat untuk melawan mereka itu semua. Dia malahan tahu dengan kepakaran mereka itu dalam Muay Thai. Namun, apa yang dia mampu lakukan hanyalah memendam rasa sahaja. 


Siapa yang rasa isu buli ialah satu isu remah. Salah sama sekali. Buat adik-adik yang sudah baca komik ini ataupun akan baca. Kalian kena ingat yang buli orang itu salah dan kalau kalian dibuli. Jangan diamkan diri. Terus laporkan perbuatan tak bermoral itu untuk diambil tindakan selanjutnya. Jika tidak, mungkin akan berlarutan. SAY NO TO BULLY! 

Dan buat pengetahuan semua, komik Silat Boy ini bersiri. Ada 3 siri kesemuanya. Saya sendiri kebetulan beli kombo jika tidak mesti kena tunggu nak beli sambungan baru dapat baca. Tak sabar nak tahu apa yang akan jadi dekat Boy. Tolonglah Boy. Bangkit pertahankan diri please! 

Ulasan Buku - Kru Paranormal Baphomet by Khairul Nizam Khairani

4:10 AM 0
Ulasan Buku - Kru Paranormal Baphomet by Khairul Nizam Khairani

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Siapa dekat sini kalau nampak penulis kesukaan dia keluarkan buku baru. Terus teruja nak beli. Angkat tangan please!. Kalau tak beli tu asyik teringat-ingat. Itu 'pesen' ika. Dah dapat tu, kadang bukan terus baca pun. Tapi sebab ika suka kalau time nak baca tu, buku tu dah ada dekat rak. Tak perlu nak keluar pergi beli dan tunggu buku sampai (kalau beli online). Jadi, masa ika nampak IG Story Penerbit X menegenai buku baru penulis Khairul Nizam Khairani, ika terus dah set yang ika akan dapatkan buku ni dulu dari buku-buku yang lain. 


Seingat ika, buku terakhir dari penulis yang ika baca ialah Siri Puaka Kantin Sekolah. Sejujurnya, ika memang suka dengan cara penulisan penulis yang ada keunikannya tersendiri. Sebab itu, ika mengikuti perkembangan buku-buku terbaru dari penulis.


Penulis: Khairul Nizam Khairani 

Penerbit: Penerbit X 

Tahun: 2022 

Genre: Thriller 

Mukasurat: 127 mukasurat 

Harga: RM 12 (SM)/ RM 14 (SS)




"Makhluk itu bertubuh manusia tetapi berkepala kambing gurun"

Baphomet mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang bernama Zamir, Imtiaz & Huda. Mereka bertiga merupakan youtuber dan saluran youtube itu dinamakan Kru Paranormal. Sudah semestinya 'forte' saluran youtube mereka mengisahkan tentang perkara mistik. Nak dijadikan cerita, Zamir telah menjadi mangsa korban dalam Tragedi letupan feri di Tanjung Pengelih. Dan kebetulan, pada ketika itu Imtiaz telah menghantar Zamir ke jeti dan dia sempat merakam sesuatu di atas bumbung feri sebelum feri tersebut meletup.


Saya puji konsep kulit buku siri Kru Paranormal ini. Siapa punya idea ni? Bila disusun bersambung ya. Cantik sangat. Eye catching.👁 Brilliant! Ilustrasi kulit buku pun kena dengan storyline. Dapatlah kita gambaran bagaimana rupa hantu kepala kambing tu. Smart juga siap berkot. 


Sampai sekarang, saya masih kagum dengan idea penulis untuk jadikan cerita ini menjadi satu siri di mana sekarang sudah ada buku ke-4. Pada saya, Baphomet ini sebenarnya lebih kepada misteri dari seram. Sebab sepanjang saya baca, saya lebih banyak perasaan ingin tahu dari meremang bulu roma. Penulis bijak memberikan pembaca satu perasaan tidak sabar untk ke mukasurat terakhir. Plot bergerak dengan sangat laju. Cuma ada beberapa ketika berlaku lompatan cerita dari satu cerita ke cerita yang lain dengan tiba-tiba. Tapi, jika fokus rasanya okay. 


Bahasa yang digunakan penulis memang tiada masalah lansung. Malahan saya sebenarnya mengikuti karya penulis kerana saya sukakan dengan cara penulisan beliau. Penulisan mengunakan bahasa yang mudah difahami dan justeru itu lebih mudah dan lancar saja pembacaan. Siapa yang jangkakan Baphomet ini akan memberikan kepuasan menyeluruh kepada kalian. Kalian sama sekali salah besar. Kerana, selepas dari ini kalian harus dapatkan Hantu Misi pula untuk memuaskan lagi suku dari tahap kepuasan kalian. Haha. Harga mampu milik. Kalau bijak, boleh beli waktu diskaun. Lagi berbaloi baloi. 

Urutan buku kalau kalian nak baca: 

Kru Paranormal-   Baphomet
Kru Paranormal - Hantu Misi 
Kru Paranormal - Imaginary Friend 
Kru Paranormal - Shadow People NEW



Jun 8, 2022

Ulasan Buku - Cinta Pandang Pertama by Ellis Gee

10:40 PM 0
Ulasan Buku - Cinta Pandang Pertama by Ellis Gee

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Masa mula baca dialog dalam Cinta Pandang Pertama terus automatik dengan kita sekali terslang cina tanpa sengaja. Haha. Jarang sebenarnya dapat jumpa cerita yang menampilkan perempuan cina sebagai watak utama. Satu percubaan yang baik dari penulis yang berani mencuba sesuatu yang lain. Apa pun, mini novella ini memang sangat nipis dan dapat dihabiskan in one sitting sahaja. Saya juga tidaklah meletakkan harapan yang besar ketika baca buku ini. Sekadar untuk bacaan santai saya sahaja. 


Saya beli buku ini di Website Bookxcess. Harga pun tak masuk akal. Kalau tak silap dalam RM 1 rasanya. Tak pasti kenapa dijual dengan sangat murah. Mungkin siapa yang berminat untuk dapatkan boleh check di website tersebut.


Mengisahkan tentang percintaan berbeza agama antara Khalid & Swee Lin. Kedua-dua mereka jatuh cinta pandang pertama. Ada juga main tarik tali antara mereka. Gara-gara salah faham. Ketika Swee Lin menghulurkan salam perkenalan. Khalid di fasa yang sangat susah. Jadi, dia menjauhkan diri tetapi Swee Lin salah sangka dengan perbuatan Khalid itu. Mujurlah semuanya okay apabila Khalid cuba betulkan keadaan. 



Tapi, siapa kata cinta berbeza agama tiada dugaan?. Dalam CPP ini kita akan baca beberapa dugaan yang mereka lalui. Berjayakah mereka melaluinya?
Satu hal yang saya kurang gemar dengan heroin ialah dia selalu ungkit kejadian mak Khalid. Punyalah dia tak dapat nak lupakan pengalaman tersebut sampaikan dia kadang menyindir Khalid. Mak Khalid tu pun dah minta maaf kan. Tolong move on please dan buka lembaran baru. 
Dan Mak Khalid pun bukanlah 100% betul. Ada juga khilafnya. Tapi sekurang-kurangnya dia berani minta maaf. Memang tak patut dia layan tetamu sebegitu rupa. Rasa seolah-olah tidak dialu-alukan pula.

"Berkepala botak di bahagian depan"
"Ketinggian 5'5"
"Badan sasa ala ala atlet"

Penulis juga reka watak hero (Khalid) sebagai lelaki yang biasa sahaja. Seperti yang penulis gambarkan di dalam buku ini, Khalid berumur 40an dan botak di bahagian depan. Tapi, semua itu diterima baik oleh heroin kerana baginya Khalid menepati citarasanya. Bagus Swee Lin kerana tidak menjadi gadis tipikal yang akan memilih rupa dahulu barulah perkara yang lain. Jadi, saya tiada sebarang isu mengenai ini. Sebab rasa macam okay. Cuma saya ada masalah untuk imagine watak heroin cina. 

Tapi, apa pun pengakhiran yang baik cuma tergesa gesa sebab dah nama pun mini novella kan.





Jun 7, 2022

Wordless Wednesday - Throwback Bookshelf 2021

9:33 PM 4
Wordless Wednesday - Throwback Bookshelf 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Jun 6, 2022

Book Haul - PBAKL 2022 di WTCKL

10:20 PM 11
Book Haul - PBAKL 2022 di WTCKL



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Kalau kalian nak tahu, sekarang tengah berlansung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di WTCKL. Dan, pesta ini sangat dinanti nantikan oleh semua pembaca buku sejak beberapa bulan yang lepas. Ika juga tidak lepaskan peluang untuk ke sana pada Sabtu lepas. Yang gigihnya, lepas balik kerja terus drive ke sana. Bila fikirkan jalan sesak, rasa macam malas. Tapi memikirkan yang sekali sekala bersesak apa salahnya. Husband pula bagi permission. Apa lagi, ika angkut adik ika sekali dengan ika buat peneman. Nak berjalan sorang boleh tapi lebih afdhal berdua. 


Kalau datang awal mungkin boleh park kereta dekat Sunway Putra Mall. Kalau nak lagi senang boleh naik pengangkutan awam sahaja. Jimat minyak dan tenaga. Ika cadangkan untuk kalian bergerak awal untuk sampai awal. Kalau lambat memang sangat sesak. Pesta kalini memang lain kemeriahannya mungkin sebab dah 2 tahun pesta ini tertangguh. Jadi, memang orang lepas geram kalini. 



Tapi malangnya, bila sampai sana. Memang terus rambang mata tengok banyak buku dan harga dia memang tak masuk akal. Memang sangat murah. Rupanya rakyat Malaysia masih sukakan buku. Jadi, seronok pula bila dah ramai-ramai tu. Masing-masing datang dengan family, kawan, rombongan sekolah dan lain-lain. Yang penting jangan jadi macam ika. Kalau kalian berhajat nak ke PBAKL. Make sure tahu nak beli apa dan buat senarai. Kemudian tahu di mana no kedudukan reruai yang kalian cari dan bawa beg yang sesuai untuk bawa buku-buku yang dibeli. Nanti over bajet. 


Ini merupakan buku-buku yang ika sempat beli semasa singgah ke booth di PBAKL. Ada 14 buah kesemuanya. 2 buah buku tiada dalam gambar sebab sebuah ada dalam simpanan Siqah dan sebuah lagi akan dihantar kemudian by pos. 


-Anarkis Bangkit / Khairul Nizam Khairani (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

-Anarkis / Khairul Nizam Khairani (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Simulasi/ Lokman Hakim (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Eksistensi / Lokman Hakim (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Hiatus / Budak Tomato  (RM 3 / Reruai Iman Publication -Clearance)

-Kombo Silat Boy / Beng Wong ( RM 25 / Reruai Pavilion PTS)

-Kombo Misi Solat Lima Waktu (RM 18 / Reruai Pavilion PTS)

-ESC /Budak Tomato (RM 3 / Reruai Iman Publication - Clearance)

- Nahkoda Tenggang / Mohamad Shaidan. (RM 5 / Reruai ITBM)

- Nabi Adam AS (RM 3 /Reruai Iman Publication-Clearance)

*Bookmark - RM 5