May 2024 - Jari Jemari Menari

May 23, 2024

Ulasan Buku - Sebenarnya Ilusi by Paksa Tulis

8:03 AM 4
Ulasan Buku - Sebenarnya Ilusi by Paksa Tulis

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Hutang yang menimbun membuatkan Orked terpaksa mengerahkan kudratnya untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup & lunaskan hutang. Hidupnya 24 jam hanya kerja kerja & kerja. 


Dan Seth -- sejak kejadian hitam ketika dia masih kecil itu. Dia mengalami PTSD. Hidupnya seperti dalam sangkar kerana dia bergelut dengan deting yang sering menganggu kehidupannya. 

Dan kedua-dua mereka ini bertemu sesama mereka--tapi dalam keadaan yang tidak logik ~ Apa akan terjadi seterusnya? 


Perasaan masa baca Sebenarnya Ilusi ni bercampur baur. Semua perasaan tu bila bergabung jadi unknown feeling. Masalah hidup Seth & Orked ni complicated. Tapi apa yang kita suka pasal both of them ialah sikit pun mereka tidak meletakkan 'sakit' itu sebagai salah satu cara untuk mereka buat perkara yang memudaratkan diri & bodoh. 


Dalam SI. Kita rasa watak-watak yang ada 'hidup'. Saling melengkapi. Especially manusia-manusia yang ada disisi Seth & Orked. Seronok tengok friendship dieorang. Bila kita tahu kawan tengah menghadapi kesukaran hidup. 


Bukan dengan cara kita tinggalkan dia terlalu lama untuk bagi dia space. Tapi tetaplah disampingnya untuk jadi pendengar setia & bantu overcome masalah kawan. 


Tapi ada juga few person yang annoying dalam cerita SI ni. Tapi itulah rencah kehidupan. Bukan semua orang tu boleh dijangka perangainya. 


Kita rasa kita dah jumpa antara salah satu bacaan terbaik untuk tahun 2024. Teruskan berkarya akak. πŸ’—✨

May 15, 2024

Ulasan Buku - Mayat Pintal by Khairul Nizam Khairani

7:10 AM 4
Ulasan Buku - Mayat Pintal by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

πŸ“Œ Keadaan mayat itu hampir tidak dikenali kerana berpintal. Bentuknya tidak ubah seperti kain basah yang baru dicuci & kemudian dipulas bagi memerah airnya. πŸͺ’




Kembali kita dengan siri baru dari penulis Siri Kru Paranormal iaitu Dimensi Paranormal pula. Tajuk untuk siri pertama ini ialah Mayat Pintal. 

Dalam cerita ada cerita. Nak bagi mudah faham. Kira macam interview session la. 
Sesi temubual antara Aziz - Arif. Jadi Arif ni nak korek cerita pelik dekat kawasan perumahan Sri Tanjung Garden.

Cerita mengenai Amira. Disebabkan satu kemalangan. Amira koma selama 3 tahun. Family Amira kena buat keputusan yg berat untuk matikan mesin sokongan hayat. Sebab otak Amira disahkan mati. 
Tup tup dia hidup semula & kembali seperti tiada apa berlaku. Apa sebenarnya yang terjadi? 

Pengalaman lepas mengajar saya untuk tidak percaya apa yang saya baca untuk buku pertama. Sebab? 



Selalunya buku pertama ni penulis baru nak 'panaskan badan' (nak perkenalkan watak, entiti yang wujud, cerita yang probably akan berkait dengan cerita untuk siri seterusnya). So, kita sambil baca sambil tulis dalam notes. Setiap watak & every single details yang ada dalam Mayat Pintal ni. For what? Demi kesejahteraan hidup dan mental. 
Sebab makin lama, kita yakin cerita makin tak masuk akal. Dengan adanya apa yang kita dah catit senang nak refer back. Hshs

▪️ Personally, kita rasa yang tak boleh baca cerita seram. Boleh baca sebab tak seram. Akan datang tak sure (gelak jahat). Korang akan rasa lebih banyak tanda soal bermain-main dalam kepala. 
▪️ Masih tak terjawab apa sebenarnya yang terjadi dengan mangsa-mangsa yang terbunuh. Sebab yeck tak suka cara penulis describe keadaan mangsa. 
▪️ Curious teruk nak tahu pasal lembaga yang meng-huru-hara-kan keadaan. 
▪️ Masih ada elemen suspen & plot twist yang dalam kategori manjah manjah dari penulis.

Korang mesti tak caya kan? Penulis siap masukkan 1 watak dari siri sebelum ini. Kenapa kena drag watak sebelum ni? Saya jadi takleh nak move on tau dengan Siri Kru Paranormal. Tapi at the same time kita rasa satu langkah yang bijak juga dari penulis.

Ulasan Buku - Pelan by Zaifu Zaman Ahmad

7:08 AM 2
Ulasan Buku - Pelan by Zaifu Zaman Ahmad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Ya. Mira lumpuh. Jadi, dia bergantung harap sepenuhnya pada Suri (orang gaji) & suaminya untuk buat rutin harian dia. Tapi pada suatu hari, suami Mira terkejut apabila dia mendapati orang gajinya mati ditangan Mira & Mira boleh bangun dan bergerak dengan sendirinya. Apa yang terjadi seterusnya? 



Jangan kata suami dia je terkejut. Yang baca ni pun sama. Kita nak tahu juga selama ni dia pura-pura ke sebab nak attention dari orang dalam rumah tu?. And kita sebenarnya tak adalah sabar banyak masa di permulaan cerita ni. Sebab Mira banyak ulang benda yang sama all the time. Bila minta dia perjelasan dia diam. Itu membuatkan kita sendiri rasa macam nak masuk dalam cerita and soal Mira sendiri. Geram. 


Awal cerita agak slow sikit. Tapi penulis mula dapat rentak bila dah masuk part nak sorok mayat Suri yang mati katak tu. Of course kita yang sejenis tak boleh jadi polis ni. Terus tuduh sesiapa yang kita rasa bersalah dalam cerita ni. Rupanya salah tekaan kita. 



Bayangkan dah la pelan nak sorok mayat. Patutnya bukan ke kena macam panik? Atau sekurang-kurangnya tunjuk la kau shaking ke nampak darah atau kau menangis ke? Tapi kita rasa argh tak cukup feel tu. Over kan?. Kita rasa watak Mira terlalu rileks. Cara dia suruh Nawawi buat semua kerja tu macam semudah itu saja. Padahal benda tu salah dia. Nawawi pula yang nak kena struggle fikir masalah yang bini dia buat. Nawawi pula macam ha awak dah bunuh orang. Ha itu je la. Takda pula kau report polis. Lagi bersekongkol dengan bini. Ko rasa kenapa dia tak report? Sebab sayang? . Kena bacalah~


Kita rasa ending dia tak adil & berat sebelah buat si pelaku & si mangsa. Tapi persoalan kenapa Mira boleh lumpuh-berjalan & kenapa benda ni semua berlaku. Terjawab πŸ™ŒπŸ» 


Kadang tu,tak sangka kan yang sebenarnya baik dengan kita tu la ketua setan. Yang perlahan-lahan nak ambil kesempatan atas kesempitan. Sebab tu kita hidup ni kena ekstra berhati-hati.


Siapa nak baca cerita thriller yang tak berapa nak thrill. Baca ni okay? Bulan ni rasa macam kerap baca cerita pasal sorok mayat 😢‍🌫️ Nanti kita kumpulkan semua cerita yang ada kaitan dengan sorok mayat okay?

May 13, 2024

Ulasan Buku - Gharib by Intan Aidda

12:53 AM 2
Ulasan Buku - Gharib by Intan Aidda

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Mya nampak semuanya, mak su.

..sama macam apa yang berlaku dalam mimpi Mya."



Kelebihan Mya dapat melihat kematian yang bakal berlaku benar-benar menyesakkan dirinya. Kelebihan yang dia tidak banggakan. Tambahan pula, kematian ibunya beberapa tahun lepas masih lagi menjadi tanya tanya. Dia dituduh gila dan bunuh emaknya sendiri. 

Kejadian pembunuhan yang berlaku di Flat Cempaka membuatkan Mya tidak fikir panjang untuk mulakan langkah untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang terjadi. Kenapa Mya beria? sebab Mya mimpikan kejadian itu. Apa yang terjadi seterusnya? 

One word. Best ✋🏻 
Ini pertama kali kita baca karya penulis. Kita tak letakkan any expectation masa baca sebab kita rasa cerita macam mimpi jadi kenyataan ni macam susah nak cari yang best. Suprisingly ini best sebab tak dapat predict dengan tepat apa yang jadi. Mungkin kita ada otak jenis lurus macam pembaris. 




Rupanya, psikopat dalam Gharib ni memang orang yang kita tak sangka-sangkakan. Cara mangsa-mangsa dibunuh menggunakan method yang sama (racun dari katak akan disuntik untuk melumpuhkan mangsa). Patutnya bosan la kan sebab sama je? Tapi apa yang membuatkan kita tetap selak m/s sebab kita rasa penulis tak belanja hint psiko tu banyak sangat. That's why kita clueless a bit. Ending dia lagi main jiwa la ek? hm

Kita faham betapa penatnya jadi seorang Mya. Mimpi pun tak indah. End up mimpi jadi kenyataan. Otak penat nak digest apa yang jadi. Watak yang cool dan tak over react. Kita actually lebih tertarik untuk tahu pasal serial killer & pembunuhan berantai tu. Cara dia bunuh mangsa kejam. 

Kita rasa watak sampingan macam Inspektor Kyle yang incharge dengan kes pembunuhan ni lagi menyerlah dari Inspektor Nick. Karakter Inspektor Kyle sometimes nampak tegas, terlalu melulu jump into conclusion & misteri. Nick pula lebih pasif. 

Memikirkan motif pembunuhan. Buatkan kita fikir sejenak. Jangan sangka perbuatan kecil kita itu tidak besar akibatnya buat insan lain. Berhati-hatilah πŸ“Œ

Apa pun, kita akan cari karya lain dari penulis untuk dibaca. ✨ Well done @intanaidda_novelis .






May 11, 2024

Ulasan Buku - Miss CEO by Haryani Kamilan

8:53 PM 3
Ulasan Buku - Miss CEO by Haryani Kamilan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Jika hendak meniaga, 

Jiwa kena kental πŸ’ΌπŸ₯Š


Dalam usia yang muda. Qarla sudah menunjukkan minat terhadap bidang perniagaan. Buktinya? Sampai ke sekolah dia berniaga. Namun, disebabkan ada satu kejadian yang Qarla tidak jangka. Dia terpaksa ubah strategi perniagaannya. Kalau sebelum ini dia menjual barangan kecantikan. Kali ini dia bercadang untuk menjual barangan tudung pula. Hasil support keluarga dan rakan-rakan tercinta. Qarla tidak betah untuk menunggu walau sesaat untuk membina empayar perniagaannya sendiri.  Apa yang akan jadi seterusnya? 


Cerita Miss CEO ini cerita simple dan basic. Apa yang menjadikan buku ni boleh dibeli & dibaca oleh adik-adik sekalian ialah mesej & asas ilmu perniagaan yang penulis ingin sampaikan. Boleh agak ke mana arah jalan cerita. Predictable.


Banyak yang adik-adik boleh belajar dari watak utama. Qarla tidak mudah cepat mengalah. Dia melalui dugaan demi dugaan & risiko perniagaan yang ada naik turunnya. Antaranya ialah pelanggan tidak berpuas hati & minta ganti rugi, ditipu, sabotaj dll. Tapi semua itu, samaada pengalaman pahit atau manis mengajar Qarla untuk menjadi seorang gadis yang: 

•Sentiasa bersedia akan apa saja kemungkinan ✔️ 
•Kuat mental dan fizikal ✔️ 
•Tidak terus menerus melayan perasaan sedih dan terus melangkah maju ✔️ 
•Tahu siapa lawan siapa kawan ✔️ 




Siapa kata kalau nak berniaga kena ada kedai fizikal & stok yang banyak?. Kalau otak jenis memang pandai buat duit memang mana-mana pun boleh buat duit. Jadilah DS & tahu produk apa yang tengah 'in' dalam pasaran untuk dijual. Siapa yang minat berniaga? Teruskan okay. Jangan letakkan faktor usia sebagai penghalang. 

Kita sebenanrnya ada rasa annoyed dengan beberapa watak dalam buku ni terutama sekali watak Faqihah. Dia punya busuk hati dengan member memang tak boleh bawa bincang. Alasan taknak menerima barangan dari Qarla memang boleh pengsan bila dengar hshs. Kita harap sangat dapat baca apa yang jadi dekat si Faqihah ni. At least hati kita rasa puas sikit 🀣 

Sesiapa pun boleh baca Miss CEO ni. Tapi kita rasa cerita ni lebih khusus buat adik-adik sekolah rendah - remaja. πŸ™ŒπŸ»



May 9, 2024

Ulasan Buku - Your Name Is Halal by Aamir Hafreez

3:56 AM 1
Ulasan Buku - Your Name Is Halal by Aamir Hafreez

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Pertama sekali, terima kasih buat penulis Am untuk naskah edisi kemaskini YNIH 2020 ini. Maaf sebab lambat dan ambil masa yang lama sangat untuk letak resensi di media sosial. Maaf kalau ulasan ada menyakitkan hati atau buat penulis terasa. 


So here we go. Bismillah. 


Sinospsis Ringkas: 

5 tahun dalam relationship dengan Zarief. Alih-alih Dayana Qaisarah dapat tahu boyfriend dia (Zarief) sudah berkahwin. Secara mengejut dan tanpa pengetahuan dia. Dari mana Dayana tahu? Dari mulut sahabat baiknya sendiri. Dan Dayana? Dia terus tutup pintu hatinya untuk menerima & mempercayai insan bernama lelaki. 


Dalam masa yang sama, ayah Dayana iaitu Pak Syah cuba untuk 'mengkenenkan' anaknya dengan seorang lelaki mualaf bernama Shiraz Danial. Apa yang akan terjadi selepas itu?


Penulis memang dari awal dah inform yang cerita cinta ni klise & cringe. Memang penuh dengan pickupline. Ada sesetengah pembaca yang tak boleh nak terima ayat manis yang sangat melimpah ruah. I can understand that. Saya pun rasa memang banyak sangat pickupline & ada beberapa perkataan pengulangan yang penulis tulis seperti halal. 

Kalau difikirkan juga memang secara realitinya susah nak jumpa lelaki yang all the time manis mulut. Selalunya masa mengorat tu mungkin la ada. Hshs tapi lepas tu? Sambung la sendiri eh. 


Tapi as for me, saya anggap karakter Shiraz Danial yang penulis cipta ini seorang yang sweet talker & suka ekspresskan sayang dia terhadap pasangan dengan kata-kata. Plus with action too. Jadi, kita terima sajalah semua pickupline yang ada dalam buku ini.


Thanks to Shiraz Danial yang tak pernah giveup untuk menawan hati Dayana. Sebab kalau orang yang tak ada kesabaran tinggi. Nak face it orang macam Dayana. Kena level sabar yang tinggi woo. Member baru putus cinta pulak. Hm. 


πŸ“Œ Apa yang kita suka dalam YNIH ini ialah selingan ayat Al Quran diletakkan bersesuai dengan situasi. Bukan simply letak macam tak ada arah.

πŸ“Œ Hubungan kekeluargaan & persahabatan yang kuat dan penuh dengan kasih dan sayang. 

πŸ“Œ Plot yang kemas dan bahasa yang mudah difahami. Tak sangka dapat baca POV (cintan cintun) dari seorang lelaki. 

πŸ“Œ Ada watak yang perlu diberikan exposure yang lebih sebab berpotensi untuk menyerlah. 


And kita sangat berharap kita dapat baca sikit cerita dari side Zarief pasal apa sebenarnya yang berlaku sampaikan dia kena kahwin. Tak kisah la dipaksa ke aturan keluarga ke. Nak tahu dari POV dia. Watak antagonis yang tak antagonis sangat. Sebab senang je nak patahkan kejahatan dia. Hati dia tak seterong enuf untuk jadi langau.


Untuk bacaan santai cerita cinta, boleh baca YNIH. Teruskan menulis @aamirhafreez .Jangan putus asa. Kasi buku baru dekat pembaca okay πŸ‘ŒπŸ»Hopefully jika penulis nak revamp buku ini for good. Kita harap penulis dapat polish lagi storyline and kurangkan ayat ayat manis yang terlalu overload. Less is more.