August 2022 - Jari Jemari Menari

Aug 31, 2022

Ulasan Buku - Imaginary Friend by Khairul Nizam Khairani

10:37 PM 2
Ulasan Buku - Imaginary Friend by Khairul Nizam Khairani


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Masih terlalu awal untuk jangkakan keseluruhan jalan cerita bagi siri Kru Paranormal ini. Sebab setiap buku mempunyai kesinambungan yang sangat berkait rapat. Ternyata, penulis bijak memberikan tanda tanya kepada pembaca setiap kali pembaca berada di helaian terakhir. Jadi, macam mana sekalipun, pembaca yang sudah terjebak dengan siri ini perlu dapatkan kesemua siri. Jangan tercicir walaupun hanya satu siri sebab ada watak yang diflashback semula dari siri sebelumnya.


Bagi saya, kedua-dua siri sebelum ini iaitu Baphomet dan Hantu Misi lebih kepada misteri berbanding seram. Berbeza bagi Imaginary Friend, saya boleh cakap ada gabungan elemen seram dan misteri. Sebab, saya dapat rasakan aura meremang ketika membaca beberapa bahagian di dalam Imaginary Friend ini. Meremang beb.


Masih menjadi persoalan siapa agaknya dalang disebalik semua kejadian pembunuhan yang terjadi. Saya bercakap mengenai hantu berkepala kambing. Memang psiko orang tersebut kerana sangat berani mengambil nyawa orang tanpa rasa bersalah. Selalunya orang macamni ada sakit mental. Atau dia memang psikopat. Dia akan puas hati bila melakukan sesuatu yang salah. 

 

Blurb Imaginary Friend~


Dalam Imaginary Friend kali ini, kita akan menyelusuri perjalanan hidup Khairil. Kharil pulang ke Malaysia hanya kerana ingin menziarahi ibunya yang sakit. Lama dia membawa diri ke negara orang. Sejak kepulangannya di rumah itu, banyak peristiwa pelik berlaku. Malah, ada juga yang tak dijangkau dek akal. Bisikan, penampakan, mimpi, kemunculan Ajim (kawan imaginasi Aril) & ibunya yang kerap hilang dan banyak lagi. Semuanya menganggu Aril. Malah, Aril juga boleh dikatakan macam seolah-olah short/lost memory. Ada rahsia besar yang terjadi dan hanya diketahui oleh rakan baiknya Epul. Namun, Aril lansung tidak ingat apa-apa. Apa agaknya yang terjadi ya?


Kalian kena dapatkan siri ini untuk mengetahui lebih lanjut. Saya lebih puas hati dan suka dengan siri ketiga ini. Tahniah penulis. Sata dapat rasa semua emosi di dalam ini. Saya masih terfikir-fikir beberapa bahagian di dalam ini yang bikin bulu roma saya naik. Dan dalam masa yang sama, saya geram sebab clueless di bahagian terakhir cerita. Mujur la sambungan setiap siri tidak mengambil masa yang lama untuk diterbitkan. Kalau tidak saya merajuk setahun haha. Untuk watak pula. Kalian akan diperkenalkan dengan watak baru. Watak seperti Imtiaz dan siri sebelumnya tiada. 

Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Misi by Khairul Nizam Khairani

9:34 PM 1
Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Misi by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Mungkin masih ada yang tidak tahu dan tidak menyedari akan kehadiran satu siri baru dari imprint Penerbit X. Buat pengetahuan kalian, penulis Khairul Nizam Khairani telah mengeluarkan siri Kru Paranormal dan sekarang sudah 4 buah siri sudah berada di pasaran. Dengar cerita bakal ada yang ke 5 tidak lama lagi. Ika tak pasti ada berapa siri kesemuanya. Seperti yang diberitahu rakan bookstagram, ada 12 siri kesemuanya. 


Ini merupakan sambungan buku Baphomet. Hantu Misi mengisahkan tentang pembunuhan yang terjadi dalam kalangan gadis sunti di Bandar Raya Johor Bahru. Kes ini dikaitkan dengan hantu misi yang kononnya merupakan wanita berpakaian jururawat yang minum darah anak dara. Dikatakan lagi, hantu misi bermain dengan ilmu hitam sehingga menjerat dirinya sendiri kerana dia telah melanggar pantang. Untuk menghapuskan sumpahan tersebut, hantu misi perlu melakukan sesuatu. Masa baca sekali lalu, terus teringat cerita Hantu Kum Kum dan beberapa cerita melayu seram yang lain. Ada vibes yang sama. 


Dalam masa yang sama, kisah hantu misi ini turut tersebar luas dalam komuniti paranormal. Dan Imtiaz tidak melepaskan peluang untuk membuat penyiasatannya sendiri untuk channel youtube nya. Dapatkan polis menyelesaikan misteri yang melanda? 

Blurb ~

Storyline menarik. Cerita juga bergerak dengan laju. Cuma ada beberapa bahagian sedikit meleret. Tapi tidak melarat. Sejujurnya, ika masih suka dengan elemen misteri yang penulis selitkan. Penulis banyak berikan tanda soal kepada pembaca. Ini membuatkan pembaca sentiasa ada perasaan ingin tahu dan pembaca jadi tidak sabar untuk habiskan pembacaan. Ika suka dengan plot twist yang penulis berikan. Walaupun tak banyak tapi masih ada plot twist. Predictable with nice ending. Thumbs up untuk penceritaan yang terperinci untuk mengambarkan keadaan mangsa pembunuhan. Hal-hal forensik yang diselitkan. Bukan mudah untuk menceritakan hal sebegini dengan baik. 

Watak yang ada dalam Hantu Misi ini boleh dikatakan saling berkait rapat dan pusing sana sini masih juga berkait. Dan bagi watak Rafidah yang kelihatan polos dan sering ditindas itu mendapat simpati dari ika sebagai pembaca. Kesian dengan hidupnya yang selalu kena beralah dan menurut. Watak antagonis juga memainkan peranan yang baik. 

Hantu Misi ini tak buatkan ika rasa meremang. Lebih kepada curious. Ika masih mengharapkan siri seterusnya membuatkan ika tersenyum gembira. 2 siri yang dibaca ini lebih kepada elemen misteri. 

Baphomet - Hantu Misi - Imaginary Friend (NEXT) 

Instagram- Ulasan Hantu Misi


Ulasan Ebook - Tiga by Miss Honey

9:24 PM 0
Ulasan Ebook - Tiga by Miss Honey




Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Terimakasih kepada saudari Honey atas ebook ini. Siapa yang pernah baca ebook penulis bertajuk Jodoh Di Luh Mahfuz. Kali ini, penulis tampil dengan ebook terbaru bertajuk Tiga. Ika anggap yang tajuk Tiga dipilih sebab ada 3 cerita dalam 1 ebook. Betul tak? Kalau salah betulkan ya. 

Saya sama sekali tidak menyangka ketiga-tiga cerpen ringkas di dalam ini membuatkan saya sebak dan terkenang diri sendiri. Mungkin, saya boleh relate dengan realiti kehidupan saya yang pernah melalui fasa kehilangan orang yang tersayang. It's not easy at all. Tak mudah nak bangun semula dan teruskan hidup seperti biasa di saat kita betul-betul terasa sakit kehilangan itu. It takes time. Berapa lama? I'm not sure tapi saya sendiri masih cuba dan sentiasa cuba untuk terima. 

By the way, in one sitting saja boleh habis kerana ebook ini mempunyai 101 mukasurat. Saya kira penulis masih tetap dengan identitinya iaitu dengan elemen yang mempunyai unsur islamik. Sama seperti ebook sebelum ini. Cerita di dalam ini sedikit sebanyak membuka mata dan hati saya. Yang kita sayang tidak akan kekal dengan kita. Sampai masanya, ia pasti akan pergi meninggalkan kita. 




Kata-kata puitis, susunan ayat yang teratur, bermadah pujangga semua ada dalam Tiga. Siapa yang pernah rasa kehilangan tidak kira pasangan, keluarga, kawan atau anak. Cerita dalam ini akan mencuit perasaan sedih kita secara tidak sengaja. Betapa peritnya ditinggalkan insan tercinta samaada secara mengejut atau sudah ada petandanya. Sayangilah sesama kita. Mungkin hari ini dia masih ada, esok sudah terkujur kaku di hadapan kita. 

Saya ada sedikit point kepada penulis untuk penambahbaikkan pada masa akan datang:- 

Cover ebook - Cover ebook itu penting untuk 1st impression dari pembaca dan menarik perhatian reader juga. Akan datang, Miss Honey boleh tampil dengan design cover ebook yang lebih menyerlah dan menonjol. 

Simple Layout - Secara peribadi, ika rasa layout yang simple akan membuatkan ebook tersebut nampak bersih dan tidak sarat. Jika berwarna, kena make sure yang warna tersebut tidak menganggu pembacaan. Malahan, font juga perlu lah sesuai. Boleh nak fancy. Tidak salah sama sekali, tapi simple but nice itu lagi better rasanya. 


Walaupun ringkas. Satu percubaan yang baik dari penulis Miss Honey. Bukan senang untuk menulis. Bukan senang juga untuk meletakkan emosi yang sebegitu di dalam ebook yang serba ringkas ini. Saya suka ketiga-tiga cerita tapi saya paling suka cerita kedua. Teruskan menulis okay :)

August 2022 Reading Wrap Up

9:17 PM 0
August 2022 Reading Wrap Up

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je buat wrap up untuk bulan Julai. Tup tup dah kena buat wrap up untuk bulan Ogos pulak. Bulan lepas, ika banyak habiskan masa baca buku pada waktu lunch. Tapi, ika pilih bahan bacaan yang nipis sebab ika ada kekangan masa. Apa pun, bukan kita nak kejarkan kuantiti. Tapi, kualiti dan isi yang kita akan perolehi. Kan? 

Banyak juga unexpected reading. Sebab ika jenis tak tetapkan buku apa perlu baca pada bulan tersebut. Main ambil,belek dan baca. Itupun, kalau menepati citarasa. Kalau tidak buku tersebut akan DNF. Bulan lepas ada satu buku ika DNF (did not finish) iaitu Bunga Api / Orked V. Buku ni mungkin ika akan sambung baca bulan ni. Kita cuba. Sebab ika rasa buku ni ada something yang berat. Nak kena sit down and focus. 

Dan, ika juga cuba cara yang seronok untuk membaca iaitu dengan buddy read. Ika ber-buddy read dengan kawan bookstgram iaitu Aliya (prettyandreads & lysareading) untuk buku terbaru dari Penerbit X iaitu Siri Kru Paranormal yang ke 5 -- Hantu Kilang Lama. Seronok juga sebab nanti kita akan brainstorming apa yang dah dibaca. Nanti akan keluar banyak point-point dan pendapat masing-masing. :). Rasa macam lebih puas hati dengan cara macamni. Nanti ika nak berbuddy read lagi. 


Yang pasti, cover untuk siri Kru Paranormal paling win setakat ni. <3

Antara bahan bacaan terbaik ika bulan lepas ada 4 buah buku iaitu:- 

1.Coffee Sara / @ieyasya
2. Miss Adventure / @azwinnalisa
3. Sang Purba / @naimtamdjis
4. Imaginary Friend / Khairul Nizam Khairani 



1. Tiga / @misshoney_author ⭐️⭐️⭐️
2. Seloka Anak Rantau / @shazjohar ⭐️⭐️⭐️
3. Aku Dengar Kat Kedai Mainan Ada ⭐️⭐️⭐️
4. Cinta Untuk Dijual ⭐️⭐️⭐️
5. Awak Pengantin Saya / Ainul Hazrah ⭐️⭐️⭐️
6. Pada Suatu Hari / Zati Mohd ⭐️⭐️⭐️
7. Miss Adventure / @azwinnalisa ⭐️⭐️⭐️⭐️
8. Imaginary Friend / KNK ⭐️⭐️⭐️⭐️
9. Shadow People / KNK ⭐️⭐️⭐️
10. Hantu Kilang Lama / KNK ⭐️⭐️⭐️
11. Boyfriend For Hire / Ayumi Syafiqah ⭐️⭐️
12. Berteman Puaka ⭐️⭐️⭐️
13.Kpop Girl- Blink Yang Bersina ⭐️⭐️⭐️
14.Dajal Berbisik ⭐️⭐️
15.Coffee Sara / @ieyasya ⭐️⭐️⭐️⭐️
16.Sang Purba / @naimtamdjis ⭐️⭐️⭐️⭐️
17.The Boy I Met That Night ⭐️⭐️