April 2022 - Jari Jemari Menari

Apr 21, 2022

#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan

10:46 PM 1
#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

KUALA KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2022 - #ShopeeDeliversLove, sebuah kempen oleh Shopee untuk menghargai rakan kongsi penghantaran, kembali pada Ramadan ini. Kempen ini berlangsung dari 11 April - 22 April di mana rakan penghantaran Shopee dan ShopeeFood boleh mengambil makanan berbuka puasa mereka dari Hab Penghantaran Shopee terpilih.

Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan ShopeeFood Malaysia mengulas, “Kami mahu memastikan rakan penghantaran kami dapat berbuka puasa dengan selesa semasa bekerja. Rakan penghantaran adalah rakan kongsi yang dihargai kerana mereka membantu kami menyokong pendigitalan industri F&B di Malaysia. Semasa Ramadan, sesetengah rakan penghantar perlu membuat perubahan pada jadual penghantaran mereka. Kami berharap usaha ini membantu mereka pada masa yang sama menyampaikan mesej kepada rakan penghantaran kami bahawa mereka dihargai."




Mendengar secara langsung daripada rakan penghantar ShopeeFood tentang pengalamannya, kami bercakap dengan Ahmad Fikri Tajuddin, 28 tahun dari Ampang. “Saya telah bersama ShopeeFood selama lebih setahun dan ini adalah Ramadan pertama saya sebagai rakan penghantaran makanan. Saya memilih untuk menjadi rakan penghantaran makanan berbanding pekerjaan lain semasa pandemik kerana sebagai rakan penghantar saya mempunyai kebebasan dan fleksibiliti untuk merancang waktu kerja saya. Sebagai contoh, untuk menyambut Hari Raya tahun ini, saya dapat merancang untuk lebih banyak penghantaran dan tambahan waktu bekerja untuk mendapatkan lebih banyak belanja untuk Hari Raya.

Mengenai sama ada terdapat cabaran tambahan semasa menghantar makanan pada bulan Ramadan, Fikri berkata, “Menghantar makanan pada bulan Ramadan mempunyai cabaran yang sama seperti hari-hari biasa. Cuaca Malaysia yang mencabar, kesesakan lalu lintas serta keadaan jalan yang buruk seperti jalan berlubang, serpihan dan papan tanda jalan yang hilang adalah antara cabaran yang kami hadapi setiap hari sebagai rakan penghantar makanan.” Tambah Fikri, setakat ini tiada halangan besar untuk menyempurnakan penghantarannya tetapi memenuhi tempahan dalam cuaca buruk agak mencabar kerana penunggang perlu lebih berhati-hati di jalan raya.

Bagi memastikan dia mempunyai masa berbuka puasa sambil menyiapkan tempahan, Fikri merancang jadualnya dan menyediakan juadah dari rumah. “Sepanjang Ramadan saya mengubah sedikit rutin saya supaya saya mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat di antara penghantaran. Saya juga memperuntukkan sedikit masa untuk berbuka puasa dengan membawa minuman dan makanan ringan sendiri seperti roti. Jika tiada penghantaran pada pukul 6:30 petang, saya akan berhenti berbuka puasa dahulu sebelum meneruskan penghantaran,”

Mengulas tentang #ShopeeDeliversLove , Fikri menghargai usaha tersebut. “Memandangkan rakan penghantar biasanya bergerak, mendapat makanan bungkus akan membantu kami memberi tumpuan kepada penghantaran dan berbuka puasa tepat pada masanya.”

Di samping itu, pengguna Shopee juga boleh mendapat tawaran hebat apabila mereka membeli Domino’s Pizza dari 12 April - 12 Jun. Peminat piza boleh membeli pizza Domino’s bersaiz peribadi pada harga RM5 di kedai dengan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran. Untuk setiap pembelian piza peribadi, pengguna layak mendapat pulangan tunai RM1 daripada ShopeePay.

Bagi pengguna yang menempah di laman web Domino’s Pizza, mereka boleh mendapatkan Domino’s Pizza bersaiz besar pada harga RM20.90 sahaja. Untuk menebus harga istimewa, beli baucar RM1 Sen daripada ShopeePay pada aplikasi dan tebus kod semasa pembayaran di laman web Domino’s Pizza. Pembelian yang berjaya akan melayakkan pengguna mendapat pulangan tunai RM1.10 apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.

 

Apr 12, 2022

Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan

9:10 PM 2
Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan mereka

 Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021



KUALA LUMPUR, 12 April 2022 - Kawalan pergerakan telah mengubah cara kami membeli-belah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data bulan Ramadan Shopee dari tahun 2019 ke 2021 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah menjadi lebih intuitif apabila ia melibatkan pembelian atas talian.


Dengan kemajuan teknologi dan cara membeli-belah Ramadan yang telah menjadi lebih digital, Shopee menyaksikan lonjakan dalam carian untuk produk dari semua segmen di atas platform sepanjang bulan Ramadan bagi tempoh tiga tahun lepas.


Kata carian Baju Kurung telah dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang musim Ramadan pada tahun 2021. Ini menampakkan peningkatan sebanyak 433 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020. Pada bulan Ramadan 2020, populariti kata carian tersebut meningkat sebanyak 265 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.







Bagi segmen kesihatan dan kecantikan, kata carian foundation telah dicari lebih dari 90,000 kali di Shopee, peningkatan yang ketara berbanding tahun 2019 di mana ia dicari kira-kira 28,000 kali. Pada tahun 2021, kata carian tersebut meningkat kepada lebih dari 197,000 kali. Ini menunjukkan ramai yang menyambut Ramadan membeli produk yang membantu meningkatkan penampilan mereka untuk sesi bergambar bersama keluarga semasa musim Raya.   


Sementara itu, kata carian Kuih Raya meningkat kepada 253,603 kali sepanjang bulan Ramadan tahun lepas dari 58,331 kali pada tahun 2020 kerana Kuih Raya merupakan salah satu keperluan dalam rumah tangga rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu dan juga merupakan buah tangan yang diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.


Para pengguna juga mencari barangan automotif seperti topi keledar, minyak enjin, pengelap cermin kereta, penapis minyak dan lilin kereta di atas talian. Sebagai contoh, kata carian wiper telah dicari sebanyak 8,365 kali pada bulan Ramadan 2020 kerana kedai perkakasan dan alat ganti mempunyai waktu operasi yang terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada bulan Ramadan tahun lepas, ia telah dicari lebih 27,000 kali.


Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata bahawa kawalan pergerakan telah melatih rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan e-dagang dan Shopee kini menjadi platform utama untuk dapatkan barangan keperluan Ramadan mereka yang dibeli di luar talian sebelum ini. 


“Sebagai contoh, terdapat peningkatan dalam jualan untuk ketupat palas, krim BB dan concealer semasa bulan Ramadan pada tahun 2021. Produk-produk ini merupakan barangan popular yang dibeli oleh para pengguna di luar talian sebelum ini. Namun begitu, produk-produk tersebut menjadi barangan yang paling banyak dijual di atas talian dalam kategori produk mereka pada tahun lepas.”


Bagi 3 produk terlaris dari setiap kategori untuk tempoh tiga tahun yang lalu, Shopee telah kongsi yang berikut:


Kategori

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2021

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2020

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2019

Barangan Runcit & Produk Haiwan Peliharaan 

Detergen Pakaian

Detergen Pakaian

Sampul Raya 

Sampul Raya

Keropok/Kerepek

Serbuk Keju 

Ketupat Palas

Sampul Raya 

Set Hadiah Kuih Raya

Kelengkapan Rumah & Kediaman

Bekas Makanan

Kotak Simpanan Barang

Kotak Simpanan Barang

Bantal

Bekas Makanan

Straw Minuman Guna Semula 

Kain

Ubat Nyamuk

Peralatan Membakar Kek/Kuih

Peralatan Rumah 

Pemproses Makanan

Pemproses Makanan

Pemerah Jus Mudah Alih

Penggoreng Udara

Pemerah Jus Mudah Alih

Pemproses Makanan

Pemerah Jus Mudah Alih

Periuk Nasi

Periuk Nasi

Kesihatan & Kecantikan

Mask Muka 

Mask Muka 

Mask Muka 

Krim BB dan foundation cair

Syampu 

Syampu

Concealer

Produk untuk Bulu Kening

Produk untuk Bulu Kening

Fesyen Muslim

Baju Kurung

Hijab 

Baju Melayu

Kain Pelikat

Baju Melayu 

Telekung 

Baju Melayu

Blaus Wanita

Hijab 

Aksesori Muslim 

Kerongsang

Sejadah 

Tasbih

Sejadah

Tasbih 

Kerongsang

Tag Hijab 

Kerongsang 

Sejadah 

Automotif

Injap Tayar

Rim Sukan 

Pen Cat Tayar

Pen Cat Tayar

Pen Cat Tayar

Penutup Hab Pusat Roda

Nat Roda

Penutup Roda Rim Sukan

Nat Roda


Dengan musim Ramadan yang kian menjelang, rakyat Malaysia boleh mendapatkan keperluan Ramadan mereka semasa kempen Ramadan Bersama Shopee dari 4 hingga 18 April 2022. Pengguna Shopee boleh menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, Tawaran Ramadan RM10 serta berpeluang memenangi sebuah Vespa Sprint S 150 melalui Hadiah Mingguan Motosikal sepanjang tempoh kempen tersebut.


Sambil bersiap-sedia untuk menyambut bulan Ramadan bersama Shopee, para pengguna juga akan disambut oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ratu Pop Malaysia sebagai duta tempatan platform e-dagang semasa kempen Ramadan Bersama Shopee. Untuk menambahkan kemeriahan pada musim perayaan, jenama kecantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, SimplySiti akan membawa kejutan kepada para pengguna dengan pelancaran rangkaian kosmetik baharu di kedai rasmi Shopee Mallnya. Dapatkan keperluan untuk menghias diri bersama SimplySiti untuk musim Raya akan datang di https://shopee.com.my/simplysiti


Anda juga boleh dapatkan keperluan Ramadan anda di Shopee Mall daripada jenama-jenama seperti: Akemi, Celovis, Dessini, Dr. Cardin, Enfagrow, Gaabor, Garnier, Grafen, Honor, Infinix, Kiehl's, Kitchenz, Levi's, Logitech, Maserati, McDonald's, Mydin, MY Mentholatum, OPPO, Perfect Diary, PinkFlash, Polo Hill, Skechers, Tefal dan Vinda atau cari apa sahaja yang anda perlukan di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale


Apr 5, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

10:13 PM 6
GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Rasa tertarik pula nak join  GA dari Kak Syazni Rahim ni :) Jadi sesiapa yang berkelapangan waktu, boleh la join dan memeriahkan lagi GA beliau. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik memandangkan sis pun tak pernah baca lagi buku ni. Pernah nampak lalu lalang di timeline sahaja :) Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. 


Blurb Memoir Kampung Boy -

 Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

Kenali Mitch! 

Apr 4, 2022

Book Review - Amylea Puteri Magik by Jon Suraya

9:25 PM 0
Book Review - Amylea Puteri Magik by Jon Suraya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Selamat berpuasa semua. Semoga semuanya baik-baik saja buat kalian. Memandangkan lama menyepi dengan entry ulasan buku. Bulan puasa ni, ika akan cuba sehabis baik untuk ulas buku-buku yang ika dah habis baca. InshaAllah. Ini pertama kali ika baca siri Amylea dari Jon Suraya. Sebelum ini ika hanya tengok di website saja. Tapi ini pun, ika pinjam buku orang. Untuk siri yang lain, kena beli sendiri la. 


Adakah ini kulit buku baru? Ika sendiri tak pasti tapi kalau di Goodreads, cover lain. Tapi yang ni memang segar bugar mata sebab rasanya pemilihan warna sangat memainkan peranan penting. Kan kan.  Jom ke ulasan ringkas untuk komik Amylea Puteri Magik ini. 


Bismillah. 



Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Amylea. Dia memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan anak patung. Cumanya Amylea lebih gemar memilih patung yang tidak comel & tidak akan dipilih oleh budak yang lain. Jadi, koleksi anak patungnya sangat unik. Cerita bertambah menarik apabila Amylea susah untuk mendapat kawan di sekolah kerana dikatakan pelik. 


Dan pada suatu hari, dia telah menjumpai anak patung bernama Bobo. Bobo telah dibuang oleh tuannya. Ini kerana, tuan Bobo mempunyai anak patung yang baru dan lebih cantik. Jadi, Amylea mengambil pendekatan untuk mengambil Bobo dan membawa ke rumah. Namun, Amylea menghadapi masalah yang lain apabila membawa Bobo pulang ke rumah. Apa yang terjadi?. 

Bergenre fantasi. Saya rasa komik ini boleh dibaca oleh kanak-kanka untuk meningkatkan daya imaginasi mereka. Yang penting, kanak-kanka tahu yang ianya hanya fantasi bukan realiti. Ibu bapa mungkin boleh duduk di sebelah anak-anak dan menerangkan sedikit sebanyak inti pati komik ini. Anak-anak akan lebih faham setelah diterangkan dengan lebih mendalam. Sebab bagi saya, komik ini bukan sekadar imaginasi luar kotak. Ianya masih terselit pengajaran tersendiri. Antara pengajarannya ialah:- 





- Anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai barang milik mereka.Kerana jika tidak, anak-anak akan sewenang-wenangnya merosakkan dan membuang barang walaupun masih boleh digunakan.


- Dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah. Bukannya ada masalah terus melarikan diri. Seperti Amylea, dia sehabis baik untuk mencari jalan untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Bobo. Kenapa selalu Bobo menangis pada waktu malam. Apa yang menganggu fikiran Bobo.


Banyak lagi pekara baik yang boleh diambil dari komik ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini. Kita sendiri yang perlu keluarkan nilai nilai baik dalam buku tersebut. Rekomen buat adik-adik yang baru berjinak-jinak untuk membaca atau yang tengah mencari genre yang berbeza dari kebiasaan.