September 2020 - Jari Jemari Menari

Sep 22, 2020

ZINE REVIEW - SAYANGKU SEROJA BY BELLA H

8:13 AM 4
ZINE REVIEW - SAYANGKU SEROJA BY BELLA H

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sebenarnya, ika ada ternampak post dari Kak Watie di IG yang review zine Sayangku Seroja ni. Ika tertarik untuk membaca zine Bella. So, ika direct approach dia untuk tanya dia macam mana nak dapatkan ebook ni. Kebetulan, dia sudi berikan kepada ika untuk ika baca. Katanya in one siting dah boleh habiskan sebab cerpen pendek. Lagilah ika seronok untuk baca. Oh ya, ebook ini merupakan Ebook-Projek Amal Covid 19. Ika ada pernah diberitahu oleh salah seorang penulis yang join projek amal ini, mereka jual ebook ini untuk bantu orang yang memerlukan ketika Covid haritu. 

Satu usaha yang murni dari penulis-penulis. Tahniah. 

Let's proceed. Bismillah.


Penulis: Bella H

Format: Ebook 

Page: 69 pages 

Cetakan: Cetakan Kedua 

"IT IS YOU I AM WORSHIP AND LONGING FOR.."


Mengisahkan tentang Seroja yang menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab & perikemanusian sewaktu dia ingin pulang ke rumah neneknya. Peristiwa pahit itu mengubah hidupnya 360 darjah. Dia jijik dengan dirinya dan dia mula menyendiri. 

Muncul Ziyad dan maklongnya tanpa diduga mengundang rasa tidak senang Seroja. Sudah semestinya, mereka sudah ketahui tentang dirinya. Malahan Ziyad juga turut terkena tempias peristiwa yang menimpa Seroja. Situasi tersebut membawa mereka berdua ke fasa seterusnya. Apa jadi selepas itu, kena bacalah Sayangku Seroja ini. Takut jadi spoiler pula. 

Source: Google 


Source: Google 



Secara peribadi, ika puji penulis sebab dengan hanya 69 muka surat penulis dapat menyampaikan cerita dengan baik. Teratur. Dan konflik yang menimpa watak Seroja dan Ziyad dapat diselesaikan tampa tergesa-gesa. Masa di mukasurat 45, rasa macam gabra sikit sebab dah nak habis. Watak 'langau' tak sempay nak jadi langau. Ini yang best sebab takda la rasa sakit hati. 

Oh ya, emosi ika macam roller coster ya. Dari awal dah sedih dengan nasib Seroja. dan seterusnya juga pun begitu.Habis satu, satu benda yang terjadi dekat dia. 
Nasib baik la roller coster berhenti baik di penghujung cerita. Puas hati bab storyline tapi tak puas hati sebab pendek sangat. 

Menjadi mangsa rogol & dirogol tanpa kerelaan memang realiti kehidupan kita. Mangsa rogol mengalami satu fasa hidup yang kita sendiri tidak dapat bayangkan. Lagipula, bila ada mangsa rogol yang tidak mendapat keadilan malahan dicaci hina. Hm. Mohon dijauhkan terjadi dalam kalangan orang yang kita kenali dan lain-lain. Maruah wanita bukan untuk dipermainkan. 

Buat penulis, congrats. Dua karya awak sudah mendapat tempat dihati ika. Sayangku Seroja ini ada juga moral value dan pengajaran yang boleh diambil. Watak Seroja dan Ziyad saling melengkapi jua pada akhirnya. 

'Kekurangan kita akan ditutupi dengan kelebihan pasangan kita"  


Sep 18, 2020

Colgate Miracle Repair Toothpaste x Watsons

8:12 PM 34
Colgate Miracle Repair Toothpaste x Watsons

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Mesti ramai di antara kita yang ada favourite toothpaste masing-masing kan? Kalau tak guna ubat gigi sekian sekian ni mesti kita rasa macam serba tak kena.Jadi apa pilihan ubat gigi kalian?. Harini, ika nak share mengenai ubat gigi baru keluaran Colgate iaitu, Miracle Repair.Penjagaan kesihatan mulut juga penting dalam kehidupan seharian kita kerana kita sentiasa berdepan dengan orang ramai. Sudah semestinya kita sendiri nak selesa bila berbual dengan orang. Pemilihan ubat gigi yang sesuai dapat membantu kalian dalam masalah-masalah gigi yang selalu terjadi antaranya ialah gigi yang sensitif, gusi yang kerap berdarah dan mulut berbau. 

Ika dah guna banyak jenis ubat gigi, dari harga yang mahal sampailah yang murah semurah-murahnya. Ada yang sesuai dengan ika, dan ada yang tak. Kalau sesuai sekalipun, harga dia mahal. So, lepas keep on mencuba. Ika terjumpa Miracle Repair dari Colgate ni. Bukan guna untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk satu family. 


Colgate Miracle Repair contains 98.5% pure Amino Acid which help prevent root causes of gum recession. With twice a day brushing, Colgate Miracle Repair reduces dental plaque & tartar formation on your teeth, foe better gum health.

It also gives you a pleasent brushing sensorial experience with a unique cool Jasmine flavour. 

Benefit:-

  • Prevent causes of gum recession 
  • Reduce dental plague & tartar formation 
  • Gum Revival 

REVIEW

Secara peribadi, bagi orang yang ada masalah-masalah yang ika sebutkan di atas. Memang sesuai gunakan Miracle Repair ini. Ianya dapat memutihkan gigi dan merawat masalah gusi berdarah. Ada  perbezaan sedikit dengan ubat gigi yang lain dari segi bau dan kesan. Malahan ika dapat lihat perubahan terhadap gigi ika sendiri. Letak sikit saja ubat gigi di berus gigi sudah mencukupi untuk cover keseluruhan ruangan dalam mulut kita. 

Dalam masa yang sama, ika sangat sukakan flavour Miracle Repair ini iaitu Jasmine (bunga Melati) flavour. Bau lebih fresh. Instead of normal and typical flavour yang ada dalam ubat gigi lain. Bau Jasmine tersebut dapat menyegarkan mulut kita. Yang penting, kita bukan saja kena titikberatkan penjagaan kepala sehingga ke hujung kaki.Malahan, penjagaan mulut juga penting. Gigi sihat, senyuman memikat! :)

Ika jatuh cinta dengan packaging ubat gigi Colgate kali ni. Sangat eksklusif. At first dalam hati, ika rasa macam packaging dia macam tube skincare. Cuba kalian tengok penutup Miracle Repair ni. Mana la tak rasa macam tube skincare T.T Haha. Disebabkan dia ada kelainan, rasa teruja pulak. Packaging luar dia pun cantik. Ada curve dekat bahagian tepi kotak. Cantik. 

Macam biasa, beruslah gigi kalian 2-3 kali sehari. Jangan lupa kumur dengan penyegar mulut dan floss gigi. 

Cantiknya cermin . Memang tahu-tahu je yang ika mencari cermin untuk letak dekat meja makeup ika :)

Kalau kalian ingin mencuba dan  dapatkan produk Colgate Miracle Repair Toothpaste ini, kalian boleh beli  di Watsons, drugstore berdekatan dengan tempat kalian. Atau klik link di bawah untuk direct ke website Watsons untuk pembelian. 

Lovely Fellow's @aienienka

7:37 PM 14
Lovely Fellow's @aienienka

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Syaratnya mudah saja: 


1. Do follow my blog AIENIENKA

2. Buat satu entry bertajuk "Lovely Fellow's @aienienka"  and jangan lupa kopipes banner di atas. Paling penting sekali, backlink kan banner tersebut ke entry ini. 

3. Dah siap semua, boleh la komen di bawah supaya Aien tahu korang sudi nak jadi kawan Aien. dan juga teman Aien tinggalkan jejak nanti ya. 

Siap dah ke? Okay, tunggu Aien updatekan senarai  boleh la kita blogwalking together-gether gitcheeww~ 

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

7:28 PM 9
SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, mood rasa nak join segmen dari rakan blogger. Kebetulan, ika terjumpa Segmen dari Tiara Saphire. So, tak fikir panjang, terus join la. Before that, korang boleh baca blog Tiara sebab ada macam-macam review buku & movie. Seronok baca. Boleh klik link di bawah ya. Jom la join segmen Tiara. Meriahkan lagi. :)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Wajib follow blog Tiara Saphire dan TiaraNovella
2. Masukkan blog Tiara Saphire dan TiaraNovella ke dalam bloglist blog anda
3. Buat entry 'SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM'. copy banner dan backlink ke post ini.
4. Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020

Sep 17, 2020

BOOK REVIEW - KERNA TAKDIR DUSTA BY SYU NARA

11:06 PM 4
BOOK REVIEW - KERNA TAKDIR DUSTA BY SYU NARA

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat penulis muda, Syu Nara yang approach ika untuk ika review ebook dia bertajuk Kerna Takdir Dusta. Ika sangat berbesar hati untuk menerima & membaca karya penulis muda yang masih baru dalam industri buku. 

Hopefully, suatu hari nanti ika pun boleh menulis sesuatu untuk orang lain & memberi seribu satu manfaat. Masalahnya, itulah. Tak reti menulis haha. Ayat bm tunggang terbalik. :'(


Format:E Book 
Penulis: Syu Nara 
Muka Surat: 289 m/s

ANDAI INI TAKDIRKU, KEMBALILAH MENCINTAIKU


Mengisahkan tentang Elhasiq Gibran yang diberi tugas untuk menjadi bodyguard Quin Delisha binti Firdaus Lee. Bagi melindungi Del dari digangu oleh Danish. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh abang Del (Dafir) , maka El pun menjalankan tugasnya dengan memantau Del di tempat kerja dan ke mana saja yang Del pergi. Berlainan pula dengan Del. Asalnya dia tidak gemar mempunyai bodyguard dan menolak cadangan ayah dan abangnya, namun dia tidak mempunyai pilihan selain menerima cadangan tersebut disebabkan ugutan abangnya. 

Namun, entah bagaimana mula timbulnya perasaan yang istimewa antara Del & El. Masing-masing menyimpan perasaan sehinggalah perasaan itu menjadi lebih kepada perasaan menguji dan keegoan. 

Bagi ika, dalam konteks kisah silam. Semua manusia dalam muka bumi ini mempunyai kisah silam tersendiri. Sebagai pasangan yang bakal berkahwin atau sudahpun berkahwin. Jangan diungkit kisah silam pasangan. Takut akan menganggu emosi pasangan dan boleh menjadi pergaduhan yang besar dan berpanjangan. Sakit dalam hati itu, Allah saja yang tahu. Sebagai contoh, dalam Kerna Takdir Dusta ini. El ada sejarah silam dia yang gelap. Maka, dia sendiri pun setiap hari berusaha untuk melupakan kisah tersebut dengan cara dia iaitu membawa diri jauh dari keluarga tercinta. 

Akan tetapi, sejauh mana dia dapat berlari? Disebabkan cinta terhadap Del, dia terpaksa mengaku kepahitan kisah silam itu. Walaupun kejujuran itu menyakitkan. Dan Del? 

Selama mana dia ingin menguji El? Mengapa isu kisah silam itu menjadi tujuan utama dia inginkan hubungan mereka ke peringkat seterusnya dan menjadi motif dia main tarik tali dengan suami sendiri. Kesabaran manusia pun ada hadnya.

Storyline okay. Ika tak ada masalah sebab ika sejenis terima saja apa yang penulis tulis. Cuma banyak part tarik tali dalam KTD sampaikan ika rasa macam nak jadi orang tengah untuk setelkan masalah El & Del. Nasib baik, penulis tak gunakan nama bombastik yang penulis pilih. Pemilihan nama seperti Del & El sesuai untuk dibaca. Ringkas sahaja. 

WATAK 

ELHASIQ GIBRAN: At first, disebabkan El suka panggil Del darling, ika cop El sebagai bodyguard yang boleh tahan gatal. Maybe sebab dia tahu Del single kot, sebab tu dia try guna ayat manis manis bila dengan Del.Haha.. Okay fine :P Lepastu, ika rasa dia terlalu berahsia dengan kehidupan dia sampaikan rasa nak skip page di mana konflik pasti akan menceritakan kenapa watak El jadi terlalu misteri. Iya, pertengahan cerita baru kita akan tahu semuanya. Ika paling tak suka part El ignore Del masa dieorang dah declared. Sakit dengan perangai macamtu. Ish. Tak suka. 

QUIN DELISHA :Watak Del yang berdikari memikat hati. Gadis yang berjaya dan tahu apa yang di inginkan dalam hidup. Cuma watak dia suka main tarik tali, memendam rasa, susah nak luahkan perasaaan. Sampaikan bila dia menguji El tu, rasa macam geram pulak. Penat kot uji orang. Ika rasa kalau Del lebih berterus terang apa yang dia nak tahu, dia suka tak suka. Mesti ebook ni tak sampai 200+ mukasurat. Haha

Kedua dua watak upside down. Sekejap sorang macamni, sekejap macamni. Dia ni dah okay, dia ni pulak tak okay. Watak ada perkembangan dari awal sampai akhir. Kira watak tak la orang kata tak ada perubahan lansung sepanjang cerita. So, flow cerita and mood pun jadi macam roller coster. Tapi, ika rasa in future. Penulis semestinya dapat create watak yang lebih baik .


Ika mempunyai 1 point yang mungkin boleh diambil oleh penulis untuk improve ebook dia pada masa akan datang :- 

  • Pemilihan warna bagi page ebook Kerna Takdir Dusta ini agak gelap (coklat gelap). Secara peribadi ianya sedikit sebanyak membuatkan mata ika terpaksa fokus sedikit ekstra ketika membaca. Mungkin, selepas ini Syu boleh cuba warna yang cerah. Boleh juga letak muka surat di bahagian atas atau bawah page. Boleh juga letak nama Syu di setiap page. Sebab be proud of your ebook hee. Bukan senang nak menulis. Hee. 
Warna coklat lebih kurang macamni. Haha tak tahu exact colournya. 


To Syu Nara, 
All the best in your life. Semoga terus sukses dalam dunia penulisan. Hopefully, in future awak akan dapat keluarkan buku awak sendiri dan semoga awak sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja. 
Thanks untuk surat cinta yang dihantar di email ika. Laff you! 






Sep 8, 2020

Suprise Box dari Anak Denesor

1:55 AM 31
Suprise Box dari Anak Denesor

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa ada baca entry ika sebelum ini berkenaan suprise box dari Kasihku Amani. Ianya adalah projek kerjasama antara kami (rakan blogger). Suprise box haruslah diisi dengan benda wajib iaitu buku dan barangan lain itu terserah kepada individu tersebut. Kira suprise la yang lain tu. Best kan! 

Kalini, ika dapat suprise box dari seorang lagi blogger iaitu Anak Denesor ( https://www.anakdenesor.com/). Ika masih berhutang dengan AD box ini sebab ika masih tidak berkesempatan lagi. Soon InshaAllah tau! Kenal AD dah lama tapi belum bersua muka lagi walaupun boleh dikatakan boleh la nak jumpa sebab rumah masing-masing tak jauh mana pun. 

Oh ya, box yang AD bagi dekat ika ni, bertema gais. Tema zombie!Terus teringat, Zombie Kg Pisang & Train To Busan. Haha. Eeii luar kotak pun dah cantik. Siap letak ribbon merah putih lagi. Tersangatlah familiar dengan warna yang ada di box AD ni. Hati hati gais! Ada yang memerhati. Ah macam gitu la kot kan. 

Tak fikir panjang, buka - tangkap gambar - buat entry dalam blog & IG! <3 font="">

Ayah ika cakap ika beli kotak ni. Haha sebab ika rasa mesti dia ingat ika beli sebab cantik sangat. 

Eksited sangat bila parcel ni sampai sebab bila dah ada dekat tangan and depan mata tu. Feel dia lain! Haha. Ika sangat salute dengan kreativiti AD sebab ika sendiri tak mampu nak buat cantik macam ni. Ika tak kreatif sangat pun T.T Okay, let's go through picture eh. 

Ika puji dari luar kotak sampai ke balutan. Memang cantik. Jadi sayang nak bukak.Rasa nak simpan je tapi kalau simpan macam mana nak tahu dalam tu apa isinya ye dak? :) Dekat kotak siap bagi 3 steps to surviving lagi. Nice. 

Sedap mata memandang!

Terimakasih AD atas semua yang diberi terutama 3 buah buku yang bertajuk Terimakasih Si Babi Hutan, Dari KLCC ke Tanjung Malin & Dari Tanjung Malim ke KLCC. Ketiga tiga buah masih belum dibaca lagi. Ah terimakasih tau. Tau tau je buku apa yang ika tak baca lagi. And bertambahlah list TBR ika. 

Selain dari buku. AD bagi ika sampul yang dia reka sendiri, kacang, mask extender, mask, cermin, pencil case, bookmarks, note book, pencil & container bag. Ini pun dah cukup banyak dah. Perasaan masa buka satu satu barang tu rasa macam harini hari jadi sendiri. I'm happy girl in the world today. 



Semoga AD terus sukses dalam apa saja yang AD lakukan. Doa ika sentiasa yang baik baik buat AD! InshaAllah nanti, kalau ada kelapangan boleh jumpa. Teringin juga nak jumpa blogger lain. AD juga suka membaca buku. So geng buku juga la cumanya AD lebih banyak baca buku BI. Maka tak heran kalau dia punya English power geng hehe. 

Sep 6, 2020

Perkhidmatan UbahSuai Rumah di Kuala Lumpur

9:18 PM 18
Perkhidmatan UbahSuai Rumah di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ada diantara kalian yang mencari pakar ubahsuai rumah yang berpengalaman untuk renovasi kawasan kediaman anda seperti ubahsuai dapur dan bilik tidur? 

Anda mungkin mempunyai kekangan masa dan juga tidak mempunyai kemahiran dalam ubahsuai. Sedangkan anda mempunyai bajet yang cukup untuk melakukannya?. Jangan risau. 

Ika ada terjumpa satu syarikat kontraktor ubahsuai rumah yang menyediakan semua yang kalian inginkan untuk mengubahsuai tempat kalian. Mereka menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian yang berkualiti kepada pelanggan di Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Bangi, Klang & Seremban. 




Mengapa kalian harus memilih pakar renovate ini untuk projek rumah anda? 


  • Pasukan Pakar Renovasi 
    Mempunyai kumpulan pekerja yang boleh dipercayai dan berkelayakan untuk memberikan bantuan. Sama ada projek membina rumah secara menyeluruh atau kerja ubahsuai yang mudah , pasukan mereka akan merealisasikan impian kalian.
  • Professional & Berdedikasi 
    Mempunyai pasukan yang berkelayakan dan memahami apa yang pelanggan perlukan. Professional dalam menjalankan tugas. Pasukan mereka boleh membantu anda dalam menyesuaikan rumah atau apartmen dengan keperluan peribadi dan keinginan anda. 
  • Harga yang Berpatutan
    Kadar perkhidmatan mereka adalah kompetitif dan mereka dapat menyediakan perkhidmatan mereka sama ada harga tetap atau harga buruh sahaja. 

  • Sebut Harga Percuma
    Mereka menyediakan sebut harga secara percuma dan lawatan tapak ubahsuai juga. 
  • Ketepatan Masa dalam Jadual Projek Renovasi 
    Mempunyai jadual yang fleksibel untuk menyediakan perkhidmatan mereka selepas waktu perniagaan atau pada hujung minggu untuk memenuhi tarikh akhir projek renovasi supaya disiapkan dalam masa yang diberikan. 


Mudah bukan?. Kalian boleh membaca sendiri testimoni yang diberikan pelanggan yang mengunakan perkhidmatan kontraktor rumah mereka. Rata-rata semuanya memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan mereka. Siapa lagi nak support syarikat tempatan kalau bukan kita :) Dan kalian boleh dapatkan info yang diberikan  mereka untuk tempat spesifik yang mereka boleh ubah suaikan untuk kalian. 

Anda boleh mendapatkan sebut harga ubah suai rumah oleh pasukan mereka bagi sesiapa yang berminat. 


MOVIE REVIEW - HITMAN AGENT JUN (2020)

6:36 PM 19
MOVIE REVIEW - HITMAN AGENT JUN (2020)

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama sangat tak buat movie review,selalunya asyik buat book review je. Kalini, ika nak review movie korea Hitman: Agent Jun (2020). Nasib baik, husband pilihkan cerita untuk kiteorang layan. Sebab ika kalau movie action ni tak reti pilih, sebab kalau pilih mesti boring ya amat. Dan boleh ketiduran. So, lets proceed! Ini simple movie review ya. Tapi yang penting korang kena tengok la tau! Haha. 


Sinopsis
Dalam keadaan mabuk, pelukis komik yang kurang berjaya telah melukis mengenai kehidupan dirinya sendiri sebagai Former NIS Hitman suatu ketika dulu. Menjadi kacau bilau apabila komik yang disiarkannya itu menjadikannya sebagai buruan. 

Director: Won Sub Choi 
Producer: Koo Tae Jin 
Screenplay: Won Sub Choi, Sin Jung Ryeol, Sang Woo Kwon. 
Tagline: Oh Shoot! I Drew The Secret Stories 
Genres: Action, Comedy. 


Mengisahkan tentang, Kim Bong Jun merupakan pelukis komik online yang struggle untuk memberikan yang terbaik dalam komiknya. Akan tetapi, komik yang diletakkan secara online tersebut, selalu menerima kecaman pembaca. Kerana komiknya sangat membosankan dan dikatakan sebagai 'sampah'. Di sampingnya juga, isterinya yang pemabuk, Mina berusaha untuk melangsaikan hutang Kim Bong Jun & anaknya Ga Young yang mempunyai minat terhadap muzik rap. 

Atas cadangan anaknya, Ga Young memberi idea kepada ayahnya kenapa tidak ayahnya melukis sesuatu yang lebih real dan berkenaan kisah ayahnya sendiri. Mungkin komik online ayahnya akan diterima ramai. 


Adakah Kim Bong Jun ikut cakap anak dia? Kena tengok movie ni geng. 

Secara peribadi, untuk orang yang tidak mengemari sangat action movie. Ika rasa movie ini best. Ditambah pula dengan scene-scene kelakar. Tak rasa pressure sangat kepala nak layan action. Siapa yang tak kenal main character dalam cerita ni?. Watak Kim Bong Jun yang dilakonkan oleh Kwon Sang Woo menjadi sangat dalam movie ni. Dua karakter yang dibawa oleh dia iaitu menjadi seorang pelukis komik yang sendu & kelakar. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat sisi lain dia ketika dia menjadi hitman agent. Sangat berkarisma, pandai berlawan, ganas dll.

Storyline menarik dan fast pacing. Rasanya, ika tak sempat nak rasa mengantuk sebab jalan cerita bergerak cepat. Lepas satu kejadian, jadinya lagi kejadian lain. Jadi, mata kita akan stay je depan laptop. Munculnya watak tambahan lain menaikan lagi mood kita. Tak berhenti gelak masa tengok. Ada unexpected scene. Nice. 


Setelah lama menyepikan diri, Kim Bong Jun bertemu dengan rakan sekerjanya dulu. Dan menjadi lagi huru hara sebab mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak bersedia dan dia dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh mereka walaupun keadaan yang sebenar bukanlah seperti yang disangkakan mereka. Pekerjaanya dulu ialah P&C. Maka, rakan sekerjanya dulu mengatakan dia pembelot sebab dia reveal semua identiti di komiknya. At the same time, dia juga berdepan dengan musuh yang sudah lama ingin membalas dendam kepadanya. 

Kerana itu, mereka semua saling mencari antara satu sama lain. Dan macam-macam kejadian yang berlaku! Best. Ika rekomen untuk korang yang nak kan movie action comedy yang santai. Boleh layan dengan family juga. Takut nak cerita lebih sebab takut jadi spoiler. So, selamat menonton kalian. 

Tak sangka, komik onlinenya menjadi real & viral! 
5/5! 



Unboxing Siri Saga Hero dari Penulis Hilal Asyraf

5:40 PM 18
Unboxing Siri Saga Hero dari Penulis Hilal Asyraf

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalini, ika nak update short entry. Ken? Ken la. Haha. Alhamdulillah, sampai juga set Saga Hero ini depan rumah beberapa hari lepas. Sebenarnya, ada ternampak post dari penulis Hilal Asyraf yang dia nak beberapa orang untuk berikan ulasan tentang buku-buku yang dia tulis. Dia akan berikan set buku yang ditulis untuk kita berikan ulasan yang jujur. Aha. Menarik! 

Bagi ika, ini satu peluang keemasan. Sebab ika tak pernah lagi baca karya penulis. Jadinya, mungkin masa baca nanti akan jadi first impression tentang gaya penulisan Hilal Asyraf. Oh ya, Hilal Asyraf bukanlah satu nama yang asing dalam kalangan book lover dan penulis memang sudah dikenali dalam industri buku. Dan kebanyakan review yang ika baca di GR dan media social, rata-rata pembaca memang sukakan karya penulis. 

Maaf la ya sebab gambar ambil rushing-rushing macam ini la gayanya :)

Sebab rajin, ika buat video unboxing buat pertama kalinya dalam hidup ika. Sebab eksited bila nampak parcel buku sampai. Ika pilih Set Saga Hero sebab kata mereka yang sudah baca buku ini, Saga Hero ala ala cerita Marvel versi Malaysia. Dan yang bestnya diterapkan unsur unsur islamik. Tambahan, cover buku dia mengancam dengan tajuk-tajuk yang buatkan ika curious. Ika taknak buat research mengenai buku ni samaada ianya berkaitan antara satu sama lain atau tidak. Nak bagi suspen dekat diri sendiri. 



Menarik sebab unsur islamik jarang diletakkan di dalam sesebuah buku. Percubaan pertama ika untuk baca genre sebegini. Ada banyak lagi karya HA yang ika ingiin dapatkan. Tapi, biarlah ika habiskan set ini dulu sebelum beli yang lain. Taknak jadi tamak haloba haha. Ika tengah aim Gelombang Baru tu. Nampak mcm best.

Ika harap kalian enjoy dengan video unboxing biasa-biasa dari ika. Ika budak baru belajar. Ini pun hasil bantuan adik. Kalau tak ada dia, mana mungkin ada video haha sebab dia yang record and editkan. Ini, kena beli tripod ke eh kalau dah mcm ini gayanya? Haha. 


Maka bertambahlah list buku TBR. Nak kena cari mood pulak untuk baca buku sebab rasanya bulan ni tengah mengalami reading slump. Sedih betul sebab satu buku pun tak boleh baca sebab asyik ketiduran. Harap bulan ni, dapat la baca banyak buku. 

So, see you gais in my next entry tau! Anything, komen je di bawah. 

Sep 3, 2020

Aplikasi BeliGas Malaysia Secara Online: Beli Gas Masak Murah

3:33 AM 17
Aplikasi BeliGas Malaysia Secara Online: Beli Gas Masak Murah

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Rasanya, sampai sekarang la kalau gas habis dekat rumah masa tengah masak, mesti kelam kabut nak ke kedai runcit untuk isi gas atau beli baru. Kadang tu, ada juga sesetengah rumah yang ada lebih dari 1 tong gas. Standby katanya :). Ika pun faham untuk suri rumah yang ada kekangan (masa, situasi & kenderaan) mesti merasakan mereka perlukan tong gas standby. 

Tapi, lepasni kepada sesiapa yang ingin beli gas masak, kalian jangan risau. Ika dah jumpa satu aplikasi beli gas secara online iaitu BeliGas Malaysua. Kalian hanya perlu order gas dari rumah sahaja dan mereka akan hantar di depan rumah kalian. Dah tak perlu risau, kena start kereta untuk ke kedai lagi. 

Kalau ika duduk di kawasan Shah Alam, mesti ika akan mengunakan perkhidmatan BeliGas ini untuk beli gas. Tidak perlu susah payah lagi suruh orang belikan. Kita sendiri pun boleh. Yang penting kena ada internet dan gadjet. Kalau tak ada dua ni, nak order pun tak boleh kan. Hihi. 


BeliGas membantu anda membeli gas masak LPG secara murah dan mudah dengan delivery ke pintu premis anda! 

BeliGas berpusat di Seri Kembangan dengan 55 lokasi servis di Lembah Klang. 

Boleh Klik Disini Untuk Check Lokasi BeliGas


Apakah keistimewaan BeliGas? 
  • Harga Terjamin 
Harga mereka mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG. 

  • Servis Penghantaran Mudah 
Mereka menyediakan servis pickuo ataupun penghantaran terus ke pintu premis anda! 

  • Tiada Caj Tersembunyi 
Harga mereka tetap sama dan tetap di seluruh cawangan outlet retail mereka. Tiada caj tersembunyi atau tambahan apabila mereka menghantar gas. 


Tong Gas Apa yang BeliGas jual? 
Mereka hanya menjual tong gas jenama SOLAR. Mereka menerima semua jenama tong untuk penukaran tanpa ada kos tambahan. 

Tong berapa KG? Size apa? 
Tong gas 14KG. Ianya sama seperti yang terjual di kedai mahupun yang digunakan di rumah. 


Buat masa sekarang, hanya pengguna Android yang boleh mengunakan aplikasi BeliGas ini di laman app Google Play. Kepada penguna IOS. Akan menyusul tidak lama lagi! Nantikan.  Untuk sebarang maklumat dengan lebih terperinci, kalian boleh klik link dibawah:- 

Laman Webhttps://beligas.my/

Aplikasi BeliGas Malaysia

Ika harap BeliGas akan terus maju jaya dalam perniagaan mereka. Dan luaskan lebih banyak lagi cawangan. Harap-harap nanti boleh cover di kawasan Subang juga. Senang la sikit untuk ika. Ika sudah semestinya akan sentiasa menyebarkan maklumat mengenai BeliGas ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai masalah untuk membeli gas. Supaya, dengan perkhidmatan BeliGas ini dapat membantu ramai orang terutama suri rumah. 

Sep 2, 2020

Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series with Shopee

2:34 AM 4
Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series with Shopee

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha and Malaysia’s no.1 e-commerce platform Shopee are joining forces to bring all Shopee users an exciting range called the Shopee 9.9 Super Drinks that will sure tingle the taste buds, put a smile on everyone’s faces and have them wanting more.



Introducing three special brews - the Mango Matcha Latte, Mango Latte & Mango Marble, these exclusive and special beverages are introduced in celebration of Shopee’s flagship annual shopping event - the Shopee 9.9 Super Shopping Day. 


Mango Matcha Latte


The triple-layered and eye-catching Mango Matcha Latte consists of tangy mango puree, rich-flavoured matcha and creamy fresh milk. While some may wonder at the odd coupling and contrasting bitterness of the matcha and sweetness from the mango, they actually complement each other well when mixed together. Be bold and adventurous with this Mango Matcha Latte that will sure to stir your gastronomic senses. 


Mango Latte


The Mango Latte’s flavours are subtle and on point. The Gong Cha's freshly brewed green tea blends perfectly with the fresh milk while the bits and pieces of mango offers a unique and addictive texture to the drink. This refreshing and fruity version of a green tea latte is something you can’t afford to miss!


Mango Marble


The blend of mango, paired with milk green tea and Gong Cha's signature milk foam, creates a beautiful marble texture which gives the drink its name. The combination of rich, creamy milk foam and the floral taste of mango may just be that refreshing drink for you to sip on during a fun, road trip with friends. 

Gong Cha is introducing their e-drink series for the very first time where the drinks can only be purchased digitally via the Shopee app and collected at their outlets. Get the Shopee x Gong Cha e-drink series now exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal. The Shopee 9.9 Super Drink vouchers can be redeemed at all Gong Cha outlets nationwide from now to 27 September.

Fans can enjoy the drinks at an introductory price of RM7 (Normal price: RM10) from now to 13 September. Save more when you purchase the drinks at RM5 only on these special dates: 30 Aug, 1 Sept, 6 Sept and 9 Sept. 

Apply the code GC99 upon checkout to enjoy 30% coins cashback (capped at RM5) when you purchase the e-drink series on Shopee from 1 - 9 September.

The Shopee 9.9 Super Drink is introduced in conjunction with the Shopee 9.9 Super Shopping Day, happening from now to 9 September 2020. Users who visit Shopee are in for an exciting shopping event - free shipping with minimum spend of RM9, daily Shocking Sale with RM9 deals, 50% off vouchers as well as prizes worth up to RM 99,000 to be won through Shopee Games.

What are you waiting for?