February 2022 - Jari Jemari Menari

Feb 28, 2022

SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!

5:45 AM 2
SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2022 - Terima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day

yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12%

pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay

di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi. 








ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Pulangan tunai 100% ini

akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga

2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya,

Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar,

Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts. 


Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling

Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022.

Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan

minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa

sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay. 


Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang

kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan

50% ketika melakukan pesanan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday.

Tertakluk kepada terma & syarat. 





Feb 25, 2022

Book Review - Introvert by Abstrakim (2022)

5:57 PM 2
Book Review - Introvert by Abstrakim (2022)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Pagi semalam, masa tengah scroll Instagram. Ternampak post dari FIXI. Ada buku baru bulan ni. Memang teruja sebab ika mengikuti perkembangan buku-buku baru FIXI dari tahun lepas lagi. Bila tengok penulisnya ialah Abstrakim ika terus tak fikir panjang untuk beli. Tambahan pula, sinopsis dia memang menarik. Disebabkan tak sabar, ika terus beli ebook di Google Play Books. Untuk ebook berharga RM 9+. Kalau kalian berminat nak beli physical book, boleh pre order sekarang di Shopee FIXI sekarang. 


Rasa macam bila baca sinopsis Introvert ni, buku ni bergenre seram. Tapi, bila dah selesai ke penghujung buku memang tak disangkal lagi yang ika sebenarnya tersalah faham bila baca sinopsis. HAHA. Pity you ika. Ini bukan cerita seram gais walaupun penulis sebelum ini memang ada buku seram. Sebelum itu, izinkan ika mengupas serba sedikit mengenai Introvert ini. Ika salute dengan Abstrakim yang tampil dengan karya yang mengangkat tema depress, buli, introvert, cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kehidupan dengan baik. Ini bukan karya yang tiada pengisian. Seperti yang ika cakap sebelum ini, apa yang kita baca terutama buku fiksyen. Kita sendiri kena pandai keluarkan isi yang baik untuk dijadikan pengajaran. Jangan hanya sekadar membaca.


Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Farady. Dia tertekan dengan apa yang terjadi dalam hidupnya. Senang cerita dia sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya di sebuah tempat bernama Bangunan Alam. Ketika kakinya sudah berdiri di atas bumbung di Bangunan Alam itulah, tiba-tiba Farady didatangi oleh seorang gadis bernama Haura. Haura lah yang sedaya upaya memujuk Farady dari meneruskan niatnya itu. Apa yang terjadi selepas itu? 


Tajuk Introvert merujuk kepad Farady. Kehidupannya tidak begitu indah. Walaupun dalam keluarga berada namun hatinya kosong dan tidak bahagia. Dia juga didesak oleh ayahnya untuk belajar dalam course yang dia tidak minat, terpaksa melupakan passionnya yang mengemari bidang multimedia,sering tertanya-tanya kehilangan ibu kandungnya dan banyak lagi perkara yang menganggu dirinya sehingga dia mengalami kemurungan. Jika ika di tempat Farady, belum tentu ika kuat untuk berdiri kuat seperti dia. Mungkin dah gila dan duduk di tepi jalan.


Watak Farady secara keseluruhannya nampak lebih hidup dengan adanya Haura. Kalau dia stand alone akan nampak banyak kelemahan dan bosan. Mungkin sebab dia jarang bergaul dengan orang. Jadi, dia jadi kaku. Mujur dia jumpa dengan orang yang kontra personaliti dengan dia. Haura memang layak jadi kawan Farady.


Tetapi, ada ketika yang Farady ada mencuba untuk ubah dirinya. Ketika di kolej dia cuba menjadi seorang yang mesra alam namun orang sekelilingnya tidak selesa dengan perubahan Farady yang mendadak itu kerana mereka tahu Farady bagaimana sebelum ini. Susah juga untuk kita ubah diri kita hanya semata-mata nak impress dan puaskan hati orang. Jadi diri sendiri lebih baik :) 


Haura -- Sebenarnya secara peribadi ika suka dengan karakter Haura. Seorang yang comel, menyenangkan hati, pendengar setia, pemberi nasihat yang berjaya dan sentiasa ada susah senang buat Farady. Pada mulanya, ika ingatkan Haura ni hantu yang berlegar-legar dekat Bangunan Alam tu. Sebab tu dia tiba-tiba muncul out of nowhere. Tapi tidal, ada sebab jua kenapa dia ada situ pada waktu Farady nekad nak bunuh diri. Mereka berdua memang sudah ditakdirkan untuk berjumpa pada malam itu. 


Tapi, apa yang geramnya ialah bila Haura & Farady menidakkan perasaan mereka berdua. Benda boleh confess kenapa nak diam T.T Tapi, Haura seperti tidak sanggup untuk merosakkan hubungan persahabatan mereka gara-gara perasaanya itu. Jadi dia mendiamkan sahaja. Tapi secara peribadi, ika sangat suka dengan watak Farady dan Haura. Perbualan mereka yang menjerumus kepada perbicaraan peribadi dan hati antara mereka membuatkan mereka rapat dalam tempoh yang sangat cepat. Dan ika rasa ika ada terblushing seketika bila baca part dieorang sweet-sweet sebab Haura suka mengusik. Tapi sayangnya..


Farady tu boleh pula tak nampak permata depan mata dia dan dia mula pandang orang lain. Orang yang secara tiba-tiba masuk dalam kehidupan mereka berdua. Dasar Farady. 



Cerita bertambah menarik dengan kehadiran Adli, Datuk Idris, Fendi & Natasha. Satu pujian boleh diberikan kepada penulis ialah dia pandai sorok hint dengan baik sehinggakan saya sendiri tak jangka. Untuk kebetulan yang ditulis oleh penulis, sika boleh terima. Penulis akan suprisekan kalian dengan lebih dari 1  plot twist di penghujung cerita. Pengakhiran yang ika tak gemar tapi nak buat  macam mana. Sebab ika yakin penulis tahu apa yang dia tulis. Memang ika sendiri sedih fikirkan begitu sekali pengakhirannya. 

Ika juga suka dengan cara penulisan penulis. Santai namun ayat yang digunakan rasa senang untuk dibaca dan dihadam. Tak rasa kekok dan suka dengan bagaimana penulis ceritakan kisah setiap watak. Terperinci dan setiap persoalan itu terjawab dengan baik. Seperti kisah Adli. Siapa sangka untuk budak seusia dia, dia perlu menempuh pengalaman sebegitu rupa sekali. Dibuli, difitnah, dikerah tenaga, dibuang keluarga dan terjerumus dalam kancah hitam. Adli matang sebelum usianya. Pengalaman perit mengajar Adli erti kehidupan. Sama juga dengan kisah untuk watak lain. Main emosi baca Introvert ni sebenarnya. 

Ika rekomen buku ini buat sesiapa yang tidak cerewet dalam memilih buku. Tahniah penulis. Satu percubaan yang baik. Dan ika suka dengan buku ni. Titik. 












Feb 23, 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

9:22 PM 7
Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sementara tunggu lunch habis ni. Sempat juga kita singgah blog sendiri dan rakan-rakan lain untuk baca entry. Terjumpa pula Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka anjuran saudara Fairus ini. Terus join sebab nampak menarik bukunya. Tak pernah tahu pun kewujudan buku ini. 


 

Feb 16, 2022

MINI GIVEAWAY SS 2022

6:38 AM 6
MINI GIVEAWAY SS 2022

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Malam ni mood rajin nak melepak dekat blog & blogwalking. Ternampak la entry giveaway dari sis Syeeda. Apa lagi, tangan ni laju terus taip entry untuk join. Saja nak memeriahkan lagi giveaway rakan blogger. Memandangkan mood pun tengah baik kan. Jom la geng sekalian kita support rakan kita sebab syarat pun tak susah. 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

πŸ’š FOLLOW blog SYEEDA SANIEY 
πŸ’š Beralamat di MALAYSIA
πŸ’š buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY SS 2022"
πŸ’šJangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
πŸ’š Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.

TARIKH TUTUP :
11 MA2 2022, jam 11.59 malam

Feb 15, 2022

Book Review - Hope 1-10 by Zint

9:27 PM 2
Book Review - Hope 1-10 by Zint

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Asalnya, beberapa minggu lepas memang rasa macam mood nak baca komik saja. Bila tengok dekat rak, koleksi komik tak banyak. Jadi, ika pun selongkar apa yang ada untuk dibaca di rumah. Akhirnya terjebak la baca karya Hope by Zint. Ika memang secara jujurnya tidak mengenali siapa Zint. Tapi, ika perasan di rumah ada beberapa komik karya Zint. Baru tahun ini terdetik untuk baca karya Zint. Ketinggalan bukan? Tapi orang kata better late than never kan. 


Hope merupakan komik bersiri. Mempunyai 10 siri kesemuanya. Dalam kepala memang tak ada idea lansung komik ini mengisahkan tentang apa. Tak ada rujuk Goodreads atau baca blurb ringkas di belakang. Malahan, tengok kulit komik pun tidak. Memang random sangat pilihan kalini.Rupanya, ika tidak silap memilih. 




Hope mengisahkan tentang zombie yang menyerang secara tiba-tiba di semua tempat termasuk di tempat tinggal Ten di sebuah flat. Ten yang ketika itu tidak memahami situasi telah melihat keluarganya menjadi korban di depan mata. Malahan, Ten juga telah bertindak di luar jangkaannya pada ketika itu demi menyelamatkan nyawa.. Keadaan yang huru hara telah membuatkan Ten mengambil keputusan untuk memulakan misi untuk mencari kakaknya di Kuala Lumpur. Hanya kakaknya saja yang tinggal. Walaupun dia tidak mendapat gambaran sebenar tentang apa yang terjadi, dia tetap cekalkan hati untuk lakukan misi tersebut. 

Apa yang ika nak highlight dalam siri Hope ini ialah: 

Sketch bangunan yang sangat cantik. Walaupun b&w masih tetap memukau. Ika perhatikan yang pelukis melukis dengan baik untuk struktur bangunan di dalam komik ini. 

Dialog yang tidak banyak. Jadi, untuk sesiapa yang suka tengok gambar. Ika rasa komik ini untuk kalian. Sebab ika sendiri tak sangka dalam satu hari ika dapat habiskan kesemua 10 siri. Tapi ada la dialognya kalau tidak macam mana nak faham cerita kan. 

Zint tidak terburu-buru perkenalkan watak. Dalm setiap siri, kita pasti akan lihat Ten akan jumpa dengan ramai orang. Kebanyakkannya survivor dan juga musuh. Yang setia disisi Ten dari awal sampai akhir hanya watak Lianne. Seorang survivor yang kehidupannya sebelum ini banyak dikongkong dan akhirnya bebas apabila huru-hara terjadi. Dia juga kehilangan keluarga dan sudi membantu Ten dalam misi mencari kakak Ten. 





Paling suka siri Hope 03 sebab disini ika rasa banyak best part. Bila mereka di sebuah mall. Tempat perlindungan survivor yang lain termasuk Ten & Lianne. Namun, kita kena faham stranger tetap stranger dan dalam situasi darurat sebegitu pasti akan ada sifat pentingkan diri dan dalam siri ini kita akan mendapati bagimana terdesaknya seseorang itu sehingga sanggup gadaikan nyawa orang lain. 

Yang pasti, pasti akan ada zombie atau 'manusia' yang kebal. Zombie macamni kalau ada depan mata pun mesti terketar lutut. Tak lut beb tembak pakai apa pun. 

Ending yang menyayat hati. 

Ika sebenarnya tidak mengikuti komik yang ada di pasaran. Jadi, ika tak dapat nak agak adakah ini sama dengan mana-mana komik atau memang 100% asli dari Zint. Tapi, apa pun ika masih tetap sukakannya.Sebab mungkin ika suka cerita pasal zombie. So, apa saja yang dihidangkan, ika akan tetap suka. Komik ini sesuai dibaca oleh pembaca 18 tahun ke atas. Ika juga rasa komik ini tak sesuai untuk budak bawah umur. Tapi, terpulang kepada pilihan masing-masing. 




EBook Review - Dersik Pilu by Ayeshah Amani

8:46 AM 0
EBook Review - Dersik Pilu by Ayeshah Amani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini karya ke 6 dari Ayeshah Amani yang saya baca. Sejujurnya, Ayeshah Amani semakin baik dalam bidang penulisan berbanding dengan kali pertama karyanya yang saya baca iaitu Duda Buat Safeera beberapa tahun yang lalu. Terimakasih juga kepada penulis untuk ebook Dersik Pilu. Mungkin lepas ini, saya akan baca novel Lockdown Moment. Sengaja saya tinggalkan karya sulung penulis yang menjadi best seller di Fajar Pakeer untuk dibaca pada akhir sekali. 


Secara ringkasnya, Dersik Pilu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qisya. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Afifah. Kemana-mana saja pasti berdua. Dan kehadiran abang Afifah iaitu Ziyyad yang disengajakan oleh Afifah itu telah membuatkan Qisya rasa tidak senang. Lagi pula, Ziyyad juga seperti tidak suka dengan kehadirannya. Apa yang akan jadi selepas itu?. Sampai bila agaknya Qisya & Ziyyad akan kaku sebegitu? Saya nak highlight secara ringkas beberapa perkara yang saya suka dengan Dersik Pilu. 

• Pengunaan ayat yang puitis. 


• Hubungan persahabatan yang baik dan akrab antara Afifah dan Qisya. Ini membuatkan saya rasa ingin lebih lagi menghargai sahabat yang berada di sekeliling saya. Berat perasaan yang dirasa jika kehilangan sahabat. Saya percaya itu.


• Suka dengan gap dan limit yang telah Ziyyad hadkan. Dia tahu dan faham tugasnya sebagai seorang yang perlu bersikap professional ketika bekerja di rumah dan lain-lain. 


• Menjadi seorang Qisya memerlukan hati yang sangat kuat. Bukan mudah untuk menerima dugaan yang berat dalam hidup. Terutamanya bila dugaan tersebut memerlukan dia untuk belajar menerima ketentuan Ilhai. Bertubi-tubi rasanya Qisya diuji. Tapi, itu yang menjadi akar umbi kekuatanya.


• Memang sedih. Pengakhiran yang meninggalkan kesan yang mendalam. Entah bagaimana agaknya Qisya mendapat kekuatan untuk bangkit. Bukan senang. Dari tersenyum gembira akan kehadiran seseorang disisi sehingga keseorangan. Begitulah pengakhiran kita sebagai manusia.


Kalau kalian berminat nak dapatkan Dersik Pilu, kalian boleh direct message penulis di Instagram. Mungkin juga penulis akan jual ebook tersebut kepada kalian. 



 





Book Review - Neraka Bawah Rumah by Khairul Naim

8:13 AM 0
Book Review - Neraka Bawah Rumah by Khairul Naim

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Nak dijadikan cerita, jari ni rajin sangat search buku seram dekat Shopee bulan lepas. Sebab nak tahu jugak kalau ada buku best-best yang ika tak sedar kewujudannya. Jadi, masa tengah seronok scroll tu. Ika terjumpa satu buku ni yang dijual dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal ( tak pasti jika harga sudah berubah). Lepastu, bila tengok dekat shop seller tersebut yang dia siap jual dengan harga kombo. Last-last, ika decide beli yang kombo instead of per book. Lebih jimat.  :)


"Dia dapat rasakan seorang perempuan berdiri di hadapannya. Tapi..

Kenapa tangannya panjang sampai ke lantai? 

Kenapa wajah macam tanah merekah?

Mulutnya besar, bergigi tajam dan tidak berbibir. "


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Irina. Ketika Irina cuba membantu seorang makcik yang tengah diragut. Niat baik Irina itu telah memakan dirinya sendiri apabila kepalanya diketuk oleh seorang lagi peragut yang sedang bersedia di motor. Selepas kejadian itu, Irina sering diganggu makhluk halus bernama Talis. Dia cuba meminta bantuan dari sahabat baiknya iaitu Fatin. Namun, dia tidak diendahkan. Itu yang membuatkan Irina nekad ke rumah Fatin untuk mencarinya. Ketakutan Irina telah membawa dia ke rumah Fatin. Disana lebih banyak kejadian pelik berlaku. 



Penulis: Khairul Naim
Penerbit: Penerbitan Paluan Seni 
Rating: 3/5
Mukasurat: 107 mukasurat

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Irina dan Fatin? Apa punca Talis menganggu Irina?. 


Saya sendiri sebenarnya binggung dengan apa yang terjadi kepada Irina. Setelah kepalanya diketuk, dia terus dapat melihat dan dikacau oleh Talis (hantu). Adakah gara-gara kepalanya tercedera dan dia mula berhalusinasi?. Cerita Neraka Bawah Rumah ini bukanlah cerita hantu secara keseluruhannya. Siapa yang ragu-ragu nak beli, ika beritahu siap-siap. Buku ni lebih kepada psikologi thriller. Risau terberi spoiler kerana ceritanya pendek dan ringkas. Takut kalau tertulis panjang-panjang dah dapat agak jalan cerita. 


Ingatkan mimpi tetapi tidak, 

Ingatkan berhalusinasi tetapi tidak. 

Ingatkan realiti tetapi tidak, 

Ingatkan kebenaran tetapi tidak, 

Ingatkan penipuan tetapi tidak.


Ika suka dengan karakter yang ada di dalam Neraka Bawah Rumah ini. Terlalu misteri sehingga ika tak dapat nak agak apa yang terjadi. Terlalu banyak yang ditwist. Sebab banyak sangat plot twist dalam buku ni. Saya rasa penat untuk otak saya menghadamnya. Tapi, bagi saya okay la sebab segala persoalan saya terjawab juga di penghujung cerita. Itu yang penting. Tidak la saya ditinggalkan terkontang kanting memikirkan persoalan tersebut. Tak sangka juga kebenarannya sangat kelat untuk ditelan. Bagi ika, ini bukanlah naskah yang lansung tidak boleh dibaca. Masih ada keistimewaanya. 


Untuk isi di dalam, font yang digunakan besar. Gap spacing juga luas dan bukunya sangat nipis. Kira in one sitting dah boleh selesai baca. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Cuma saya rasa, endingnya terlalu rushing. Seolah-olah penulis ingin cepat habiskan Neraka Bawah Rumah ini. Untuk watak Hilal juga terasa seperti satu watak yang boleh dikembangkan lagi. Mesti seronok jika dapat baca lebih lagi mengenai Irina & Hilal. 


Buat pembaca yang tidak cerewet dan teringin untuk baca karya yang jenis straight forward. Kalian boleh dapatkan buku ini di Shopee. Hanya search tajuk Neraka Bawah Tanah.