February 2021 - Jari Jemari Menari

Feb 28, 2021

BOOK WRAP UP FEBRUARY 2021

9:05 AM 7
BOOK WRAP UP FEBRUARY 2021


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Bertemu kembali dalam entry Book Wrap Up untuk bulan Feb 2021. Rasa macam tak percaya yang bulan ini berlalu dengan sangat pantas dan ika ada rasa seperti terkejar-kejar untuk semua benda yang ika buat. Entry blog pun hanya ada 11 post sahaja. Bukanlah satu pencapaian yang baik. Ika harap dapat hasilkan lebih banyak entry lagi. Ika lebih banyak meluangkan masa di Instagram sebenarnya. Jadi boleh la follow ika di IG :) 

Dalam masa yang sama, bulan ni ika tak dapat nak konsisten baca & review buku dan itu membuatkan kerja ika banyak pending. InshaAllah bulan March nanti kita cuba konsisten balik. 
Tapi, apa-apa sekalipun ika masih bersyukur diberikan kesempatan waktu untuk mencuri sedikit masa untuk membaca walaupun sekejap. 


Bulan ini, ika baca 10 buah buku. 4 buah buku fizikal & 6 ebook. Antara seba utama kenapa ika lebih banyak baca ebook sebab waktu yang kerap dicuri untuk membaca ialah sebelum nak tidur. Capai handphone dan kemudian terus baca. Bila ika baca ebook, ika selalunya akan menjadi seorang pembaca yang fast reader. Kadang tak terasa sangat pun yang buku dah nak ke akhir muka surat :) Haha. Cuma biasalah dugaan membaca masa sebelum nak tidur ni, kita punya mata mungkin dengki dan tak dapat nak beri kerjasama sangat bila dah waktu dia sepatutnya pejam mata haha. 

By the way, apa yang ika perasan. Bulan 2 ini, bahan bacaan ika lebih nipis dan jalan cerita juga tidak berat. Hanya ada sebuah dua saja novel yang ika baca. Memadai sudah. Buku yang ika sudah baca tapi tidak diulas di mana-mana media social, ika tidak kira sebagai wrap up untuk bulan ini. Kita bawa ke bulan seterusnya okay. 

Buku Fizikal
• Malam 1000 Bulan / @kakaksscribble ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Boba Girl / @sabrinaismail ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
• War Of Love / Wannie Nordin ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Wira Kera / Hafiz Ismail ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ebook ( Swipe sebelah)

• Umar Hatta / Jaja Ahmad ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Puaka Rempit / Khairul Nizam Khairani ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Puaka Bilik Darjah / Rhea ⭐️⭐️⭐️
• Mukbang Girl / @sharinaelisanovelist ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Miss Awesome / @osmndeen ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Misi Reunion / Nazry Salam ⭐️⭐️⭐️⭐️

Keseluruhannya, ika seronok dengan pemilihan buku yang ika baca pada bulan ini dan ika harap ika dapat baca banyak buku yang bagus-bagus.  Jumpa lagi dalaam wrap up bulan seterusnya. InshaAllah. Ika juga ada niat untuk meneruskan misi exchange box untuk bulan hadapan. Nanti apa-apa ika akan update disini. 

Terimakasih kerana sudi singgah blog JJM dan baca entry yang biasa-biasa ini. Ika harap sedikit sebanyak ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan manfaat buat kalian. 

Feb 20, 2021

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

5:00 AM 15
Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Kalini, baru berkesempatan untuk join giveaway anjuran Cuya ni. Sebab before this tak sempat sebab busy. Ika suka tengok Cuya punya blog sebab dia memang berseni orangnya. Dan ika merupakan silent reader dia. Even tak drop any comment, tapi ika selalu baca entry dia. 


Jom join giveaway ni gais. Masih sempat lagi nak join sebab tarikh tutup 3 Mac 2021 :)

Birthday Giveaway by Nasihattermasyhur

4:51 AM 7
Birthday Giveaway by Nasihattermasyhur

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Malam ni baru perasan giveaway ni since ada beberapa blogger join juga. Memandangkan tengah free ni, marilah kita join & support apa saja yang dianjurkan oleh blogger. :) 


Ucapan: 

Hi Naseha! Saya follower baru awak. Esok la ya birthday awak kan? 

Selamat Hari Lahir. Semoga apa saja yang awak inginkan tercapai dan semua yang baik-baik buat awak. Enjoy your birthday girl :)

BOOK REVIEW - BOBA GIRL BY SABRINA ISMAIL

3:09 AM 2
BOOK REVIEW - BOBA GIRL BY SABRINA ISMAIL


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Dah lama ika perhatikan buku-buku keluaran Bookiut, PTS ini. Ika suka dengan kulit buku mereka yang comel. Memang buku keluaran Bookiut khas buat budak sekolah - remaja. Jadi, ini mungkin strategi mereka untuk menarik perhatian budak. Dengan ilustrasi yang cantik dan warna yang menonjol. Memang dari jauh boleh nampak. 

Masalahnya, yang bukan budak pun tertarik ni macam mana?. Jangan risau sebab setelah ika habiskan Boba Girl ini, ternyata kita yang dewasa ni pun boleh baca. Ini buku pertama dari Bookiut yang ika baca. Ika ada juga baca tajuk yang lain seperti Mukbang Girl. Memang, ika suka sangat sebab in one sitting dah selesai baca. Dan buku ni sangat nipis. Sesiapa yang dalam mood reading slump tu digalakkan baca bahan bacaan yang nipis. 

Penulis: Sabrina Ismail

Penerbit: Bookiut

Harga: RM 10

Ika memilih untuk baca Boba Girl ini disebabkan blurb di belakang buku. Menarik. Ada elemen misteri. Sebelum itu, terimakasih untuk review copy ini. Tak menyesal pilih buku Boba Girl ini untuk dibaca pada bulan ini.

MISTERI | PERSAHABATAN | KEPERCAYAAN | PERSEPSI

Mengisahkan tentang seorang instafamous bernama Naza. Naza yang masih bersekolah merasakan dengan menjadi seorang instafamous itu dapat menjana pendapatan tambahan buat dirinya. Duit poket selit tepi namanya. Content yang dibuat di Live IG selalunya berkenaan dengan review barang. Lama kelamaan Naza merasakan bahawa followersnya makin berkurangan dan dia perlu lakukan sesuatu demi menarik semula perhatian followersnya. Atas cadangan rakan sekolah Naza, Naza mulakan content baru iaitu Boba Tea. Disitulah penjelajahan Naza bermula. Misi mencari Boba Tea yang sedap. 

" Hidup perlu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan. Kita tidak boleh terlalu lama berada di takuk lama. "

Sehinggalah pada suatu malam. Ketika di dalam Grab. Naza telah ternampak sebuah gerai dalam perjalanan balik ke rumah. Gerai tersebut ada jual Boba Tea dan itulah Boba yang paling sedap yang pernah dia minum. Dia ketagih dan mula membeli boba tersebut selama 3 kali. Dan tanpa menunggu masa yang lama. Naza telah mengajak geng Queen Bees untuk ke gerai Boba tesebut. Malangnya, ketika di tempat tersebut. Gerai boba itu tiada. Dan yang paling mengejutkan, tempat tersebut ialah tapak tinggalan. Apa agaknya yang dilakukan oleh Naza selepas itu? Betul atau tidak kedai boba itu wujud? Siapa yang menjual boba itu kepada Naza pada waktu malam? Misteri. Memang misteri. 

Sungguh. Asalnya, dah cuak sangat bila memikirkan Naza & kedai boba dia yang tidak wujud itu. Naza depress atau berhalusinasi?. Sebab, mungkin la dia terlalu banyak berfikir nak mencari content terbaik sehingga abaikan kesihatan diri. Mana tahu kan. Tapi, ternyata penulis bagi satu kepuasan yang baik pada endingnya. In one sitting berjaya habiskan buku ni. Seronok sangat baca. Gelojoh juga nak menghabiskan sebab eksited sangat nak tahu endingnya. Tahniah penulis. Teruskan berkarya. ❤️

Fakta: Esoknya lepas baca buku Boba Girl ini, ika terus pergi beli Tealive haha sebab craving!

Kalian boleh beli buku keluaran Bookiut ini untuk dijadikan hadiah buat anak-anak kecil yang berada di sekeliling kalian. Ini pasti memberi kegembiraan buat mereka. 




Feb 12, 2021

Hadiah Buku dari Wan Khan (Instagram)

6:35 AM 8
Hadiah Buku dari Wan Khan (Instagram)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Sebenarnya, ika terima parcel dari Wan Khan ni bulan lepas (Jan). Tapi, ika tidak berkesempatan untuk letakkan di blog. Ini tidak sama sekali niat untuk menunjuk dapat hadiah buku. Ini hanyalah sekadar perkongsian dan menghargai niat baik Wan Khan. Wan Khan mengadakan satu misi di Instagram iaitu #misikongsibuku & #projekmanusiasemut. Misi ini bertujuan berkongsi rezeki dalam bentu sesuatu yang disukai oleh Wan Khan.  Ini merupakan buku kedua dari Wan Khan. Sebelum ini, ika ada menerima buku Rebel Dengan Tuhan // Muhd Iqbal Samsudin. Tapi tak ingat tahun bila sebab dah lama sangat. 

Tapi, misi ini kebetulan lalu di IG ika. Saja cuba nasib tanya sebab buku yang dia nak bagi tu, ika still tak baca lagi. Jadi why not kan. Tak sangka ada rezeki :) Ika happy sangat bila parcel ni sampai dekat rumah. 


Tajuk Buku: Kembara Merangkak Puncak 
Penulis: Adam Khan
Terbitan: Pojok

Nampak menarik bila baca blurb dan cover buku ini bagi vibes yang sangat baik buat ika. Tak sabar nak baca. 

Wan Khan memang tidak pernah mengecewakan. Selalu bagi sesuatu dengan terselitnya nota tangan. Which is, ika sukakan nota-nota yang ditulis. Rasa macam masterpiece. Jadi, ika letakkan notes ini di journal ika di ruangan highlight bulan Januari :). Hm, ingatkan Wan kasi buku saja. Tapi dia tambah dengan notebook pulak. Alhamdulillah. Terimakasih banyak buat Wan. Rakan instagram yang mempunyai interest yang sama :) 

Nanti, ika baca okay. Nak habiskan TBR yang sepatutnya dibaca dulu. Apa pun, ika sentiasa sokong dengan misi Wan dan doakan Wan sentiasa dimurahkan rezeki. Dapatlah Wan bagi buku lagi dekat pembaca yang lain. Semoga terselitlah manfaat buat Wan disitu. 


Terimakasih sekali lagi :) And buat pembaca JJM. Doakan ika juga dapat beri sesuatu buat kalian. Ada plan nak buat giveaway atau segmen. Nanti, akan difikirkan :) InshaAllah. 



BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN

1:38 AM 18
BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Buku yang ke 15/100 ialah Malam 1000 Bulan dari 5 orang penulis. Masa terima parcel dari Kakaks Scribble, Ika tak baca blurb atau review di Goodreads pun mengenai buku ini. Ika nak rasa first impression masa baca tu. Ini buku ketiga dari Scribble Media yang ika dah baca. Setakat ini, memang mereka mengeluarkan genre cinta sahaja. Mana tahu akan datang akan lebih banyak lagi genre lain yang ada. 

Sama sama kita doakan. Let's proceed to the review. 



Terimakasih Kakaks Scribble kerana keluarkan buku yang memang manis ini. Mula-mula bila tengok nama 5 penulis yang ada dekat buku. Rasa macam pernah nampak nama penulis tapi tak pasti pernah baca karya mereka atau tidak. Ternyata, bila check semula. Tak pernah baca T.T
Tapi apa yang sis suka pertama sekalinya ialah vibes dari kesemua penulis. Vibes kemanisan overdose watak dalam 5 cerita ini boleh dipuji. 

1. Love. Kaseh

Adam-Kaseh. Mengisahkan tentang Kaseh yang cuba menyesuaikan diri apabila opah suaminya, Adam. Tinggal sementara dengan mereka. Dalam keadaan mengandung, Kaseh cuba sehabis baik untuk melayan kerenah opah Adam. Namun, ada saja yang tidak kena di mata opah sehingga tercetus salah faham antara Kaseh & Adam. 

Saya suka cerita ini sebab cukup semuanya. Watak Kaseh & Adam pun tidak keterlaluan manisnya. Masih boleh diterima dan opah Adam bagi saya apa yang dia tegur dan buat itu memang ada betulnya. Cuma cara opah itu sedikit kasar. Orang tengah mengandung ni kan sensitif. Jadi teguran opah itu mungkin membuatkan Kaseh rasa dia memang taktahuapaapa. 

2.Daun Mapel Di Ufuk Senja

Ben-Nawaar: Cerita mengenai frontliner, Covid 19 & PKP terasa dekat ketika membaca cerita ini. Gara-gara Nawaar menjadi kontak rapat dengan salah seorang pesakitnya. Dia dikuaratinkan. Muncul Dr Ben yang beku perangainya menimbulkan pelbagai persoalan. Ben sebenarnya okay ke tidak dengn dia ni? Apa yang Ben tengah cuba nak buat?  

3. Lily Ameena.. Yang Manis

Adham-Lily: Pertemuan Lily & Adham terjadi ketika Lily baru saja putus tunang. Di saat dia kecewa dengan Aqram. Ada manisnya pada pertemuan pertama mereka. Seterusnya, mereka semula gara-gara RM10. Fall in love sangat dengan cerita ni ❤️

4.Tart Nenas Honey Madu 

Ayden- Hanni: Gara-gara elaun ditarik balik kerana WFH. Jadi, Hanni bertindak untuk menjual biskut raya iaitu tart nenas cadbury. Sedapnya. Dan satu peristiwa di pasar telah menjadi titik permulaan perkenalan antara Hani dan this guy. Isunya ialah mereka berdua mempunyai perbezaan umur yang ketara. Apa yang akan terjadi seterusnya?

5.Dear Ayah

Andes- Hannah: Pertemuan mereka di negara Turki menimbulkan perasaan aneh. Namun perbezaan agama menyekat perasaan itu. Apa yang akan dilakukan Andes? Terasa dekat sangat cerita ini di hati. Mungkin mengangkat tema kekeluargaan. Hannah menulis apa saja di dalam bukunya seolah-olah dia bercerita kepada arwah ayahnya. Taktahu la sedih betul la cerita pasal family ni. 

Overall semuanya manis. Titik. 







Feb 11, 2021

BOOK REVIEW - WAR OF LOVE BY WANNIE NORDIN

10:31 PM 3
BOOK REVIEW - WAR OF LOVE BY WANNIE NORDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Kembali lagi kita dengan ulasan ringkas novel cinta dari Fajar Pakeer yang bertajuk War Of  Love dari penulis Wannie Nordin. Sejujurnya tak pernah dengar nama penulis. Ini kali pertama cuba baca karya penulis dan ika ada high expectation dengan novel ni sebab ika sangat sukakan blurb WOL ini. 

Apa saja yang berkaitan dengan misteri. Memang akan mendapat perhatian. Blurb WOL ini ada menceritakan mengenai Hayat Mikael yang muncul secara tiba-tiba tanpa sesiapa pun yang tahu mengenai latar belakang dia. See? Menarik kan. 


"Yang jahat itu dia..yang indah juga dia. Adakah harus jiwa ini membenci atau mengakui cinta?"

Harga: RM 23 

Setibanya Iris Alesya di airport, dia telah didatangi oleh seorang stranger yang memperkenalkan diri sebagai Hayat Mikael. Hayat memberitahu Iris, dia adalah kenalan yang sangat rapat dengan adik Iris (Inaara). Dan telah offerkan diri kepada Iris untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kepulangan Iris kerana ingin memeriahkan majlis perkahwinan adiknya. Akan tetapi, lain pula jadinya bila Iris sampai di rumahnya. Tiada orang dan tiada sebarang majlis berlansung, malahan dia mendapati ayah dan adiknya bergaduh besar sehingga berlakunya sesuatu. 

Selepas itu, Iris kerap bertemu dengan Hayat Mikael yang misteri itu. Yang akan membuat kehidupan dan dunianya berpusing 360 darjah. Yang membuatkan keluarga yang dia sayangi berubah. Dan yang paling penting, yang akan membuatkan dia tiada pilihan selain mengikut telunjuk Hayat Mikael yang annoying itu! 

Dendam | Khianat | Suspen | Aksi | Cinta

Satu demi satu rahsia terbongkar. Iris tergamam dan susah untuk dia hadamkan semua yang dia ketahui. Nak tahu apa? Kalian kena dapatkan WOL. Personally, aku suka dengan watak Hayat Mikael. Seorang yang matang dalam membuat keputusan. Segala tindak tanduknya bersebab. Dan orangnya sangat protective. Boleh lihat macam mana care nya dia dekat insan-insan yang disayangi. Sangat tersentuh dengan perjalanan hidup Mikael. Pengalaman juga mengajar dia erti kehidupan sebenar. Aku kalau bab keluarga ni bukan boleh. Karang meleleh je air mata. 

Buat Iris, ada juga beberapa sifatnya yang boleh dicontohi antaranya sifat kasih dan sayangnya terhadap keluarga. Sanggup korbankan diri untuk menjaga nama baik dan maruah keluarga. Sampai ke tahap itu dia fikirkan. Dan ada ketika, Iris bertindak tanpa berfikir. Membuatkan aku ada rasa sedikit geram. Tapi itulah, perempuan ni selalu buat dulu baru fikir sama juga macam cakap. Kadang dah sehabis baik jaga semua tu pun, tetap ada yang terlepas laku. Begitulah. Tidak sempurna bak kata orang. 

Watak antagonis di dalam WOL ini memang boleh buat darah mendidih panas. Tapi lagi panas hati dengan adik Iris yang sampai ke sudah bodohnya tidak boleh dibawa berbincang atau disorok sama sekali. Jangan jadi seperti Innara yang mudah sangat dengan semua perkara. Pfft.Kalau sesiapa yang sukakan cerita aksi cinta. Ini buat kalian. Klise itu kita tolak tepi sebab cinta itu memang klise haha.. 

Tahniah penulis. Teringin nak baca karya penulis yang lain 🌸



Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

5:33 PM 4
Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Ini merupakan entry pendek. Asalnya nak publish untuk Wordless Wednesday tapi terlupa pulak haha. Jadinya, macam mana eh nak buat. Kena la jugak menulis sesuatu . Dah tak dapat nak wordless sangat dah. 

Bulan ini tiada plan untuk membaca genre apa. Tapi, ika cuma aim untuk variasikan bahan bacaan semampu yang boleh. Kalini, ika pilih 5 buku dari PTS Publication. Ika perasan PTS sekarang sudah mengeluarkan banyak buku yang best-best. Kalian juga boleh cuba tengok website mereka. Oh ya, lupa nak beritahu. PTS ada membuat giveaway di Instagram. Terdapat 8 buah buku yang boleh kalian pilih jika kalian menang. 


  • Komik Wira Kera: Legenda Seorang Raja 
  • The Memoirs Of Sherlock Holmes 
  • Boba Girl 
  • Aisyah Keanggunan Sejati 
  • Malaikat Bertali Leher

Selamat menonton video nyahplastik dari ika. Ika nak improve kualiti video. So, setiap hari tu jenuh fikir apa nak kena buat. Kalian doakan la supaya ika dapat buat video yang helok. Dan support ika di Instagram juga ya. :) 



Scan code ini untuk ke Instagram PTS. (Giveaway Sempena #BookGivingDay)

SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK

5:20 PM 9
SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Marilah kita join sebanyak mungkin segmen dan giveaway anjuran blogger-blogger yang disayangi. Lagipun tersangatlah mudah syarat nak join tu :) 



Feb 9, 2021

COMIC REVIEW - WIRA KERA : LEGENDA SEORANG RAJA BY HAFIZ ISMAIL

4:58 PM 20
COMIC REVIEW - WIRA KERA : LEGENDA SEORANG RAJA BY HAFIZ ISMAIL

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️





Jadi, pertama sekali. Komik Wira Kera ini berjaya mendapat rating 5 star dari saya untuk tahun ini. Ika pilih untuk baca Komik Wira Kera: Legenda Seorang Raja sebab mengingatkan saya dengan siri drama cina yang mempunyai karakter bernama Sun Wukong. Sun Wukong yang terkenal di serata dunia dan jika tidak silap di Malaysia, ditayangkan di NT7. Lama sudah, masa tu ika sekolah rendah lagi. Okay okay. Kita sambung ulas.

Harga: RM 12 (SM) / RM 14 (SS)

Pelukis: Komik: Hafiz Ismail 

Mukasurat: 111 mukasurat tidak termasuk kulit buku & beberapa selingan iklan.

Ika alert dengan idea penulis yang mengambil sedikit idea watak kera Sun Wukong ini sebagai peneraju utama untuk komik ini. Tapi ika tak kisah sebab ika tahu juga tidak mungkin saudara Hafiz akan membuat storyline yang sejibik sejebon macam Wukong. Sebab tengok cover komik pun boleh tahu ada banyak lagi watak-watak yang menarik.

"Kera jadian yang disangka sudah pupus ratusan tahun dahulu tiba-tiba muncul dan membuat huru hara di perkarangan istana negeri Malakka." 

Yang menjadi tarikan utamanya ialah kerana penulis memasukkan elemen nusantara yang sudah sebati dan familiar pada kita semua. Walaupun nama-nama negeri telah ditambah dengan perkataan lain namun masih terasa seperti betul-betul la ada dekat negeri tu. Macam contoh: Malakka. Sah-sah negeri Melaka kan?.Terasa aura kemelayuan. Jadi, komik ini memang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Diselitkan juga unsur-unsur jenaka & aksi. 

Seterusnya, kita akan berkenalan dengan watak watak haiwan jadian dalam ini. Menarik idea saudara Hafiz. Seolah olah macam berada di satu zaman kesultanan Melayu yang mempunyai campuran jenis keturunan.Antara keturunan haiwan jadian yang semakin pupus ialah kera jadian. Munculnya Kara Andika ini pada suatu hari menimbulkan kekecohan kerana dia merupakan spesis pupus yang masih hidup.  Kara Andika memang comel sangat. Terhibur dengan telatah kera dia. Sejenis degil, suka cari gaduh, cakap lepas, jujur dan asal boleh. Nak cari gaduh dengan semua orang yang dia jumpa dan berdendam. Watak tambahan yang lain juga memainkan peranan penting dalam menyerikan Wira Kera. 🙊 Laff sangat. 

Ika enjoy sepanjang baca komik ini. Geram rasa nak colour je. Sebab ika rasa kalau la komik ni berwarna, perasaan ika lagi ekstra teruja. Illustrasi jadi lebih jelas sebab ada perbezaan warna. Tapi taknak la demand dan tamak haloba. Black and white pun saya rasa dah okay dah. Tapi bila jadi tamak yang masalah tu. Tak sabar nak tunggu sambungan sebab nak beli and baca. Ah please la keluarkan cepat sikit haha 😅Tahniah saudara Hafiz. All the best dengan komik seterusnya. 


Jika kalian berminat untuk dapatkan Wira Kera 01 ini. ika akan sertakan link ke Komik M atau PTS. 

Facebook Buku PTS

Facebook Komik M


thes's Love Giveaway'

4:33 PM 7
thes's Love Giveaway'

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Harini, mood nak blogging membara-bara. Jadinya, jom kita mulakan entry dengan join giveaway dari rakan blogger dahulu :) Jom support and memeriahkan lagi geng. Seronok sekali sekala join giveaway ke segmen ke. Hee



Feb 6, 2021

BOOK WRAP UP JANUARY 2021

4:11 AM 5
BOOK WRAP UP JANUARY 2021

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ketinggalan keretapi ni, orang dah masuk bulan Februari. Ika baru nak menulis wrap up untuk bulan Januari. Wrap Up ini dibuat hanya semata-mata untuk diri sendiri. Nanti, boleh ika recap semula apa yang menarik pada bulan tersebut. Memandangkan, Bulan Jan start PKP 2.0 dalam pertengahan bulan. Jadi, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain meluangkan masa dengan keluarga & buku. Tapi, ada la beberapa perkara yang ika boleh highlight sepanjang bulan satu ini. 

Jom, kita mulakan. Bismillah. 

Buku 

Tahun ini, seperti yang kalian perasan di sidebar blog Ika. Ika ada letakkan Goodreads Challenge bagi tahun 2021. Target bacaan hanyalah 100 buah buku. Sejujurnya, ika lebih banyak membaca buku fiksyen. Kerana, setiap pembaca ada bahan bacaan favourite yang tersendiri. Tapi, ika ada juga aim nak baca sekurang-kurangnya 4 buah buku self help pada masa akan datang. 

Ebook
  • Terakhir: Ayeshah Amani  4⭐️
  • Bukan Bidadari Syurgamu : Ayeshah Amani 4⭐️
  • Syarat ke 3 : Aku Orang Biasa  2⭐️
  • Misteri Makhluk Aneh ( Buku Kanak-kanak) 3⭐️
Buku Fizikal 
  • Bulan Hijau Untuk Ara: Nurfizkkmi 3⭐️
  • Percaya Pada Janji: Cik Mardiah 4⭐️
  • Hero Si Pembuli: Farra Farisha 4⭐️
  • Terima Kasih Cinta : Moon Leeya Zafrina 4⭐️
  • Siri Puaka Makmal Sains Sekolah: Hasif Rayyan, Lavender Biru & Siti Solehah 4⭐️
  • Siri Puaka Tandas Sekolah: Aida Anggerik, Rhea & Ilmar Imia 4⭐️
  • Kisah Pulau Mentagan : Kamaludin Endul 3⭐️
  • Buergermpak: Aloy Paradoks, Reyza Mukmin & Bias 2⭐️
  • Bukan Kitab Rumi 2 : Rumi 3⭐️
  • Cinta Senakal Dia : Lauren Alyrra 3⭐️
Membaca bukan untuk berlumba sama sekali siapa baca banyak &  siapa boleh habis banyak buku dalam satu bulan. Bukan. Jangan ada mindset sebegitu. Kerana, setiap buku yang dibaca, kita kena kutip pengisian yang ada meskipun ianya buku fiksyen. Jangan prejudis dengan pemilihan bahan bacaan orang lain. 
Dan jangan kondem orang yang suka baca buku cinta. Sebab dalam buku cinta, masih ada juga ilmu yang terselit. Macam contoh, dalam ebook Bidadari Syurgamu, ada menceritakan mengenai penyakit kanser kulit.Itu juga kan ilmu :) 

Untuk diri sendiri, satu percubaan yang baik dengan membaca 14 buah buku untuk bulan Jan. Fighting!