Jul 31, 2018

Jul 30, 2018

Book Haul Julai 💸

4:19 AM 18 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Here we go again with my favourite entry of the month. As usual, kalau ada rezeki lebih, ika akan limitkan sedikit amount dan aim a few book dekat Carousell. Siapa kata used book, preloved or secondhand book tu tak boleh dibeli? Buat masa sekarang, ika lebih memilih untuk beli buku secondhand atas sebab limitation of money. Kalau tanya kenapa ika selalu mcm limitkan duit untuk beli buku ialah satu ika nak ika sedar diri dgn kemampuan membeli ika.

After few weeks survey for a good books. Ika jumpa one seller ni yang sangat la bermurah hati dgn menjual buku dia dgn harga sangat sangat murah. Of course, ika eksited. Haha. Rezeki orang kata setelah sekian lama cuci mata dekat Carousell. 



At first, ika cuma nak beli 4 buah buku fixi dari seller ni. Tapi lepas tengok harga yang dia tawarkan pun berbaloi. Ika grab 8 books. Itu pun setelah bincang dgn dia untuk harga buku plus postage. Ika setuju untuk ambik 8 buku. 

FIXI
TRIO, PATUNG, ASRAMA 2, KAMPUS.

TERFAKTAB:
 SARKASTIK CINTA, NAKAL TAPI HALAL

AQADA:
 SUAMIKU DAJJAL 

REGRADUASI BY FAIZ IBRAHIM 

Dah lama ika aim buku buku yang ika nak beli ni lagi lagi Suamiku Dajjal. Sebab ika selalu baca review yang buku ni best. 

Semua buku ni ika beli dengan harga RM 3 perbook.Usually. ika selalu jumpa org jual buku dgn harga paling murah pun RM 5. RM 3? Great deal. Yes! Happy girl in the world haha. Thankyou Atiqah 👍Buku buku dia sangat la elok.Macam baru. Tak ralat lansung ika beli dari dia. Tak sabar nak baca semuanya sekali. Sekarang tgh ada mood untuk baca buku buku fixi. Dulu taknak, sekarang nak baca sebab curious. 

APA PENDAPAT KORANG KALAU BELI USED/PRELOVED/SECONDHAND BOOK NI?
Share tau dekat ruangan komen 😊

Jul 24, 2018

BOOK REVIEW - MEREKA BY ARIFF ADLY

4:33 AM 10 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama betul nak ambik mood nak update book review kalini Ika pilih untuk update dulu review buku Mereka by Ariff Adly. Satu karya yang mengingatkan ika tentang Silent Hill, Final Destination, Maze Runner & Harry Potter. Well ini buku pertama yang ika baca dari penulis. Mungkin ika patut baca Kacau dulu sebelum baca yang ni. Sebab ika mula nak cop pengkakhiran buku ni sebab tergantung. 

Ika rasa pengakhiran nya dah cukup bagus. Kenapa perlu diceritakan setahun lepastu? haha. Ika tertanya tanya dgn watak Alwanie. Ika asume yang penulis nak come out with Mereka 2. Rupanya watak Alwanie ni dari buku Kacau. Ah my mistake.

Ika suka konsep yang dibawak oleh Ariff Adly iaitu persahabatan dan reunion. Boleh feel kekuatan friendship dieorang. Cara dia twist storyline dari reunion ke satu dimensi baru. Dunia fantasi ala ala Hollywood gituw. 

Ika sikit pun tak ada masalah dengan pengunaan bahasa utagha dalam buku ni serta bahasa lain.As long as masih boleh difahami. Should be no problem for me at all. Imaginasi penulis sangat luar kotak. Bagi ika. Sebagai pembaca ika turut sama berimaginasi juga. Bunyi siren, part lipas keluar banyak banyak, etc. Lagi lagi masa dekat themepark. Scary? Yes.Sebab tak gemar sgt dgn badut haha.

And personally, ika suka dengan cerita pasal Lil,Johar & Badar Macam mana si Joker boleh tokok tambah cerita yang takda kasi lagi best dan buat Luke percaya. Nice one. -page 193.

Tak sangka karakter yang tak dipandang sgt dia la yang jahat. At the same time, respect jugak dengan watak jahat ni sebab sanggup ubah fikiran di saat akhir. At the end of the day, moral value yang kita boleh dapat is jangan terlalu taksub dengan kepercayaan yg tahyul menyesatkan dan jauh menyimpang dari landasan agama. Bella kesayangan awak takkan bangun! Dia dah mati. Okay Luke?


And geram jugak dengan watak Joker. Suka dekat Della habaq la awai awai.Supaya aku tau hang dan habaq dekat Della. Kalau penulis takmau cita pasai hangpa punya kesudahan pun, aku dah tau dah hangpa dua ada good ending. Gituww.

Overall, buku ni personally untuk ika sendiri is not bad. Boleh dibaca cumanya tak sesuai untuk budak bawah umur yang mudah terpengaruh dengan jalan cerita yang bahaya dan sesat dalam cerita ni.Takut terikut pulak. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️.5
Thanks to Kak Sha sebab bagi ika buku ni. Kalau tidak sampai ke sudahlah dalam wishlist.

Jul 9, 2018

Hadiah dari Blogger Aswaleyla ❤️️

4:18 AM 16 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Harini, entry ni special ika buat untuk one of this blogger yang really generous untuk bagi ika buku sebab jadi viewer blog dia yang ke 1M. Boleh tengok di sini.  Ika baru je dapat kalau tak silap dalam minggu lepas. Yang terkejutnya, bila dapat parcel. Ika macam berteka teki siapa yang hantar since takda nama pengirim yang sebenar haha. Memang tanya semua orang. Akhirnya, dapat jugak jejak pengirim buku ni. 

Big thanks to this beautiful girl Cik Aswaleyla. Korang boleh visit her blog untuk baca macam macam jenis entry. Which is ada entry untuk skincare, tips, and many more. Boleh tengok dekat bahagian label and popular post beliau.  




Thanks again awak sebab bagi buku Gantung ni. Haha actually memang ada rasa teringin nak baca Gantung. Sekarang dah ada Gantung 2 dah. Tapi nak membeli nya tu taktahu bila haha. Alih alih dapat ni. Alhamdulillah. I'm so happy. 

Congrats again for your 1 million pageviews. Sekarang dah lebih dah hee. Sumber inspirasi betul haha. Sebab JJM tak cecah pun lagi 1 million haha. Jangan kata cecah. Bayangan pun samar samar je. Huhu.

InsyaAllah. Nanti bila dah baca. Ika buat book review untuk Gantung ya. Walaupun orang kata mcm ketinggalan sikit la. Ye la, semua org baca dah Gantung. Ika je lambat huhu. 

See you in my next entry. InsyaAllah. ❤️️

Jul 7, 2018

BOOK REVIEW - KAU YANG SATU

1:39 AM 10 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama ika tak buat book review. Ika ada banyak buku yang nak dishare dekat dalam blog ni. InsyaAllah satu persatu. Doakan ika rajin untuk update entry. Haha. Memandangkan ika macam agak dilema nak buat review buku yang mana satu. Ika ada suruh vote guna poll. Poll tu sama ada Kau Yang Satu atau Langit Nan Gelap. Tapi, ramai yang nak ika buat review untu Kau Yang Satu. So, here we go. 

Kau Yang Satu ni novel lama. First time ika baca masa ika darjah 6. Masa ni, novel ni selalu bertukar tangan. Sebab pinjam kan. Tapi serioustalk, novel ni kalau ikutkan sekarang. Ika rasa mcm tak sesuai dibaca untuk budak sekolah rendah. 

First of all, selain boleh buat budak sekolah berangan tinggi melangit. Actually, ada la afew scene romantik antara suami isteri dalam ni. Haha. Dan tak sangka dah diadaptasi jadi filem dah pun novel ni. Aaron Ajis sama Izara pelakonnya. 


MY REVIEW 

Dulu, kalau novel yang jenis macam kahwin sebab aturan keluarga, dipaksa dan sebagainya memang sangat "in" buat pembaca. Sebab utama nya is masih tak banyak lagi lambakan novel yang sebegitu rupa jalan ceritanya. Tapi, kalau sekarang jalan cerita Kau Yang Satu ni masih ada. Boleh dikategorikan too klise. 

Nasib baik ika baca novel ni masa sekolah. Makanya, novel ni sangat la jiwang karat dan best. Haha. Makanya, ika akan review based on pandangan ika masa dulu kala. 


TAUFIK
Watak Taufik yang ego dan sweet dalam masa yang sama boleh buat pembaca wanita terutamanya yang suka berangan jadi cair haha. Makanya, watak Taufik ni berjaya sebab dia boleh buat pembaca jadi mixed feeling dgn dia. Kadang nak marah tampar penendang dan sebAgainya. But end up. He's the best. 

SALINA
Innocent village girl. Em. Family person. Ikut saja apa yang ayah dia kata, walaupun dia taknak. So, dia boleh dicop anak yang baik dan menurut kata. Penyabar sebab dapat layan dan tahan kerenah annoying Taufik yang tah apa apa tu. Haha. 

ISABELLA 
Pengacau sungguh. Model terkenal yang tak tahu erti malu. Perempuan yang kononnya apa benda dia nak, dia boleh dapat. Ah kemon la. Untuk movie, Soo Wincci bawak watak ni dengan sangat baik. Hee sama dengan imaginasi ika. Hee. 

Anyway, overall. Novel ni sweet tahap potong kaki. Bersemut je. Haha. Siapa suka baca novel cinta mesti suka haha. Sorry if review kali ni sikit. Kalau sesiapa yang malas nak baca novel, boleh je tengok cerita :) Haha. Cumanya, Kalau baca tu mungkin feel dia lain sikit. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Jul 4, 2018

“SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ”

9:15 AM 11 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Memandangkan tuan blog encik EJULZ invite untuk join segmen beliau. So, harini ika baru berkesempatan luangkan masa untuk join. Tertarik dengan keunikan segmen ni. Sebab menarik. 

Nyatakan kerja partime yang korang sedang buat / suka buat / dalam perancangan nak buat / sekiranya korang memerlukan pekerja partime dari kalangan blogger

Buat masa sekarang. Ika punya partime job ialah blogging.Ada plan untuk berniaga secara kecil kecilan. Tapi masih merancang. If ada yang nak bagi job review dekat ika. Boleh la pm ika hehe. 

Click Here To Join

Due date: 31 Jul 18

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

5:50 AM 12 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Harini, ika nak join satu GA dari Siti Yang Menaip. Sebelum release new entry. Apa salahnya ika up entry ni bagi menyokong GA sis ni. Hee. Before this, ika pernah dapat fridge magnet dari Hong Kong. Dari GA yang sebelum ni. Ika cuba nasib sekali lagi. 

Oh ya, of course ika #TeamSydney
Ika tag: Farhanna Jaffri


Do join her GA gais. Support her. All you need to do is follow her blog and follow next rules. Simple as that. 

Jul 2, 2018

MOVIE REVIEW - EIFFEL I'M IN LOVE 2 (2018)

8:05 AM 8 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Kalini ika nak review Eiffel I'm In Love 2. Actually, masa sekolah dulu punya la suka tengok movie ni sampai sanggup download and repeat tengok. Punya la addicted. Hehe. Ala lagipun, masa tu storyline dia pasal budak sekolah bercinta dengan org dewasa hehe. Watak Shandy Aulia (Tita) masa tu umur 15 tahun. 

Masa tahun tu. Memang kiteorang dekat sekolah akan melayan semua jenis sinetron dan movie Indon. And akan bergosip dekat sekolah haha. 


SINOPSIS
14 tahun telah berlalu. Tita yang dulu nya budak sekolah, telah meningkat usia. Adit dan Tita bercinta jarak jauh (Long Distance Relationship). Setiap hari, mereka akan bergaduh tentang perkara perkara yang remeh. Tita menunggu lamaran dari Adit. Kawan Tita, Nanda dan Uni masing masing telah berkahwin. 




REVIEW 
Ika paling eksited nak tengok movie ni sebab ika follow dari Eiffel I'm In Love 1. Which is masa tu Tita tersangatlah muda. Budak sekolah lagi. Ika suggest untuk korang tgk yang no 1 sebab nanti takut tak faham. Sebab memang ada kesinambungan cerita dan watak. Masih kekalkan dua buah negara which is Jakarta dan Paris sebagai lokasi movie. 

Ika start fall in love dgn Paris masa tengok cerita ni. Okay. Apa yang menariknya utk yang no 2 ni is macam mana Tita menghadapi tekanan dalam relationship dia. Adit macam main tarik tali nak lamar dia. Dia tunggu lama sangat. bertahun. If Im not mistaken. Almost 12 years. Allah. Setia gila Tita dekat Adit. Sayang betul dia. Dia sanggup tingglkan segala benda di Jakarta untuk ke Paris jumpa Adit , kebetulan family dia pun nak ke sana. Ah.

Eh,Shandy Aulia ni makan apa? Awet muda gila hehe. Kecik molek. Dah la cantik. Rambut cantik. Senyuman manis. Haha. 


Bila kawan baik Tita kahwin, dia mula rasa pressure ya amat. Dgn kehadiran Adam pulak yang ada simpan perasaan dekat dia menimbulkan konflik dlm relationship Tita dengan Adit. Watak Adit memang dari dulu macam bercampur baur sebab dia annoying dalam masa yang sama sweet. Haha mixed feeling dgn watak Adit. 

Storyline untuk kali ni lebih berat. Tapi masih boleh kategorikan sebagai mudah dihadam. Sebagai penonton, of course la kita mengharapkan good ending since kita tahu betapa manisnya wata Tita dengan Adit. Tidak mengecewakan lansung. Ika fully recommended! 
Haha. 


Soundtrack movie ni  pun best. 👍


Suka melodi yang baru ni. Sedap telinga mendengar hee. Fav song <3 td="">
Apa pun, mungkin sesiapa yang layan movie Indon, Akan mengemari movie ni jugak. Review ni sekadar pendapat peribadi ika. Ika suka sebab ika jenis suka tengok this kind of movie too selain horror movie . Romantic sweet. Selamat menonton gais. 


RATE:⭐️⭐️⭐️⭐️


Share la sikit movie indon apa yang korang suka tengok?