November 2018 - Jari Jemari Menari

Nov 17, 2018

'GIVEAWAY BUKU by budakvanilla'

6:23 AM 15
 'GIVEAWAY BUKU by budakvanilla'

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika memang follow budakvanilla dekat IG. So, ika memang tahu yang dia akan buat GA. Dan hadiah dia buku FIXI. Lepastu, ika diremind lagi sekali oleh Kak Sha hehe. Untuk join. Ika hanya mencuba nasib saja untuk GA ni. Ika tertarik dengan hadiah dia. Buku FIXI kot. Ika dah la dok mengumpul buku FIXI yang main lama, makin banyak aha. 


Click Here To Join.

Macam mana boleh terjebak dengan buku? 

Dari sekolah lagi memang tertarik dgn buku buku dekat library. Tapi,  masa tu leceh gila nak pinjam dekat sekolah. Sebab masa meminjam tu tak lama. Lepastu dah nak kena pulangkan dah. Haha. Waktu tu, kita bukan la pulun nak membaca mcm sekarang. Dulu, kita baca bila dah habis buat homework atau siapkan apa yang patut. So, nak senang. Ika start beli buku sendiri. Tapi kena bodek abah ika sebab dia je la yang boleh belikan buku waktu tu. Start darjah 6 dah ada collection novel cinta sendiri which is haha terlalu muda untuk baca buku jenis mcm tu. At the same time, tetap baca la buku yg jenis utk umur2 ika. Minat baca tu sampailah sekarang. Plus, makin teruk haha. Camtula ceritanya. 

Nov 15, 2018

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal

4:55 AM 11
#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama peram entry ni dalam draft. Harini, ika nak join GA dari Dunia Zumal. Wah, dah 7 tahun berblogging. Keep on blogging okay?. Dan sediakan entry yang bermanfaat buat pembaca. Jom join GA Dunia Zumal ni sebab hujung bulan ni habis dah. Sempat lagi ni nak join. 


Click Sini kalau nak join. Selamat bergiveaway gais. 






Nov 6, 2018

Hadiah dari Blogger Sis Kinah 🎁

11:44 PM 33
Hadiah dari Blogger Sis Kinah 🎁

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Entry ni entry penghargaan buat Sis Kinah sebab sudi bagi ika all this. Last month, ika ada tinggalkan komen dekat blog dia. Top Komentor Bulan Oktober. Sebenarnya, sambil sambil baca tu, ika tak sangka tinggalkan komen banyak mcm tu. Tapi, apa pun. Banyak info yang korang boleh dapat bila baca blog Sis Kinah. Ika adore sgt dengan idea idea yang ada dekat blogger yang mampu hasilkan entry yang bagus bagus setiap hari. Memang ika jadikan inspirasi. Sebab ika ni tak konsisten lansung blogging. Penyakit M kadang tu hebat sgt melanda diri. 


Sebab eksited sgt tadi dapat parcel. Ika dah cuba pakai liptint Tony Moly ni. Ika taktahu pulak Tony Moly ada liptint. Warna dia lawa. Tak pekat sebab liptint ni kalau kita pakai sikit pun dah cukup. Code 02. Ika suka sangat packaging liptint ni. Cantik. Hee. Penutup dia ada bentuk love. 
And sis kinah bagi sekali mask sheet dengan Sampel Bare Essentials. Thankyou Kak Kinah. ❤️️ 

Korang boleh explore lebih lagi Blog Apekinah.com untuk baca entry entry beliau. Semoga Kak Kinah keep on blogging okay? Teruskan menulis entry yang dpt memberi manfaat buat semua org. 

Nov 3, 2018

BOOK REVIEW - POTRET DUA WAJAH

11:43 PM 16
BOOK REVIEW - POTRET DUA WAJAH


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Nowdays, ika rasa momentum ika untuk membaca buku sangat kurang. Atas sebab sebab peribadi yang tertentu. Ika kena utamakan dan pentingkan seseorang yg ika sayang yang tgh tak sihat. Tapi, ika ada jugak curi curi masa untuk baca buku. Yes, while waiting for my mom dekat hospital. Before that, doakan mak ika sihat seperti sedia kala. Jarang sgt share dalam blog pasal personal. Tapi, mohon doa rakan rakan blogger dan alam maya yang lain buat mak ika. 

Okay. Let's proceed.

Potret Dua Wajah by Haiza Najwa ni merupakan sebuah novel bergenre thriller. Kalau sesiapa yang suka baca novel genre mcm ni. Mungkin korang boleh cuba baca ini atau beli dan jadikan koleksi buku korang. First of all, ika risau yang ini akan jadi review yang ada spoiler. haha. tapi tak apa la kan? tapi kalau spoiler mesti akan diceritakan dengan details part part penting dlm novel ni sampaikan kalau tak baca pun dah boleh tahu dah ending ceritanya. Kan kan kan? By the way, Kak Sha suggest ika utk baca buku ni. sebab ika tanya buku apa yang ika patut start baca. hee



Suka dengan konsep jalan cerita yang penulis masukkan dalam novel ni iaitu di sekolah asrama. Siapa yang pernah duduk asrama akan terflashback kenangan manis pahit korang bila baca novel ni. Persahabatan di antara junior dan senior. Hantu. rumor dan asrama memang tak boleh dipisahkan. Rasa teruja sikit bila baca cerita pasal sekolah asrama ni sebab lain feel dia. 

Nasib baik watak Dania dan kakak dia tidak mengelirukan. Sudahlah nama panggilan hampir sama. Nia dan Nila. Bila baca tu, tengok nama baik baik sikit. Sebab nak dekat tengah page, nama watak Nia dan Nila akan kerap muncul. Tapi, itu tidak la menjadi masalah besar. Sbb kalau baca flow cerita. Mesti tahu punya siapa yang tengah berdialog tu. Sah sah la org yang bercakap tu siapa dan siapa. Ye dak? 

Watak Dania & Masriezal dalam novel ni bagi ika terlalu sempurna. Maksudnya, dari rupa paras sampai la dari segi keperibadian dieorang dua. Bila terlalu perfect, jadi tak logik hee. Tapi sebab ianya cerita semata mata. Boleh tolak tepi tak? Ika lebih prefer kalau watak utama tu ada pro and cons. No badi is perfek. Em.


BOOK DETAILS

AUTHOR: HAIZA NAJWA 
YEAR: 2014 
PAGE: 518 PAGES 
PRICE: RM 21.00 


Source: Goodreads. 


Cumanya, watak Aisyah tidak diserlahkan dengan lebih banyak. Sedangkan, pada awalnya. Aisyah yang memainkan peranan penting dan besar dalam membuka cerita pasal Dania. Tapi, end up hujungnya. Watak lain yang lebih menyerlah. Aisyah macam hilang sedikit sinarnya. Gituww! Potret yang selalu ada dalam locker Aisyah tu pun tak dihuraikan dengan mendalam. Sebab rasa mcm kurang sgt cerita psl potret misteri tu. 

Conclusion pendeknya, sebuah karya plot twist yang not bad. Takda la orang kata sambil baca sambil menguap. Ika masih ada rasa untuk keep on membaca sampai habis sebab curios. Kita rasa penjahat dia Si A. Bila baca dan baca lagi. Eh salah. Si B rupanya yang jahat. Pastu rasa mcm si D pulak yang jahat. Nak sampai hujung eh kenapa pulak si C yang jahat? Haha. Maka, kau la detektif Conan yang paling failed! Semoga penulis terus berkarya. This is just my personal opinion. 


RATE: ⭐⭐⭐