Feb 28, 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

10:32 PM 21 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Harini nak cuba nasib lagi join GV dari Raydah :) Sebab ternampak entry baru dia dekat reading list. 
 Hehe. Simple rules untuk difollow. 
And nak memeriahkan lagi GV dia. 


1. Do follow her accounts here

  • Blog
  • Instagram
  • Youtube Channel
  • Facebook Page
  • Google +

2. Create an entry with this title "Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi"
3. Copy and paste the banner above. Don't forget to backlink your entry.
4. Leave your URL in the comment section below.

Semoga ada rezeki Ika and jom gais support her GV. Hehe. 

Feb Haul 💸

7:47 AM 16 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Memandangkan, bulan Feb pun dah nak habis. So, ika ambik kesempatan untuk beli satu dua buku untuk memenuhi kehendak dan kepuasan membaca. Ika suka bila dapat pegang physical book. Tak pasti kenapa mcm tu. Ada jugak nak mencuba untuk baca ebook. Tapi we will see later camna. Hee.

And yes, ada yang tanya. Gambar buku dalam blog ni ika punya atau ambik dari google? Buku buku ni semua simpanan ika sendiri. Ika tangkap gambar and edit sendiri. Effort untuk semua ni just untuk memuaskan mata sendiri. 
If ika ambik dari google, ika memang akan bagitahu and credit. Sebab ika tahu, apa pun, kena credit owner of the picture.

So, let's begin. Buku buku ni semua ika beli masa singgah ke Jualan Gudang Karangkraf hari Ahad lepas. Alhamduliilah. Finally ada someone special yang sudi melayan ika untuk pergi ke pesta buku. Suka tengok dia mcm dapat "in" dengan buku buku sama mcm ika. 
Memandangkan, tak ada bajet sangat. But then still jugak nak jejakkan kaki. 
Berbekalkan RM20. Ika dapat la beli 5 buku. Which is for me, more than enough. 


1. GELORA JIWA / AISYA SOFEA : RM 3
2. BILA KUPETIK GITAR / FAHMI FAIZ  - RM 3 
3. DI HUJUNG MUNCUNG MESINGAN / FAHMI FAIZ  - RM 3 
4. DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM / DR ZUBAIDI HJ AHMAD - RM 3 
5. FITRAHKAH KITA SEBAGAI HAMBA CIPTAAN ILAHI / PROF DATO DR SIDEK BABA - RM 1 

Ada sebab kenapa ika beli semua buku ni. Sebab, sebelum ni nak beli buku buku motivasi sangat la mahal. Even buku ni ni mcm dari tahun tahun sebelum ni. Tetap, ianya buku. Novel cinta tu ika ambik sebab sentimental sangat kasi ika teringat masa dulu baca buku ni zaman sekolah hehe. 

Korang tahu kan, yang jualan gudang still lagi berlansung dekat Shah Alam. 
Siapa yang suka buku tu and dekat dengan SA. Pergilah grab buku murah :) 
Ika sekarang tengah baca Bila Kupetik Bintang. InsyaAllah, review akan menyusul. 




See you in next entry. InsyaAllah. 
Hi March. Please be nice to me. 💃

Feb 27, 2018

Hadiah GA Jeju by Salbiah & Siti ❤️️

9:31 PM 13 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
This gonna be a appreaciation entry. Actually, semalam ika ada received satu sampul. Mak letak dekat atas meja dalam bilik. Hee. So, bila nampak yang ada tulis
PEMENANG GA JEJU SALBIAH & SITI.
Boleh refer dekat this entry CikSiti

Dah tahu dah isi dalam sampul ni. Ika actually tak sangka yang selain dari hadiah utama. Depa ada la sediakan another gift untuk yang lain jugak. So, ika dapat fridge magnet dari Hong Kong. 
Thankyou so much cik blogger. Semoga dimurahkan rezeki and dapat buat another GV so that, ika boleh join untuk memeriahkan lagi. 

Fridge Magnet cute sangat hee. Thanks again. I like it. Keep in touch and
semoga modd nak berblogging itu sentiasa ada Hee. 

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM PULAU

5:25 PM 6 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before this ada yang pernah request untuk ika share buku pasal Pulau. Maybe dia maksudkan buku jenis tavelog rasanya. Tapi, memang kebetulan sangat. Hari yang dia request tu. Ika baru je beli buku ni dari Pesta Buku. Sorry, memandangkan awk, Cik xx pun just mention pulau. Ika pun asume ini la buku pulau nya. 

Entahlah, tarikan novel novel Projek Seram ni terletak dekat pemilihan tajuk and cover buku. And of course, sinopsis. 
Ika tak nafikan. Colour dia sangat la hijau sampaikan dari jauh macam boleh nampak. Dia macam warna aiskrim Solero. HAHA. 

DETAILS 
AUTHOR: NAIM TAMDJIS, S KAUSARI, & ILLYA ABDULLAH 
PRICE: RM 20 
PUBLISHER: BUKU PRIMA 


MY REVIEW 
"SEKALI KAU MELANGKAH MASUK, SUKAR UNTUK KAU MELEPASKAN DIRI" 
First, novel ni hanya ada 3 cerpen sahaja. Which is kena la dengan harganya. Hee.
Personally, bagi ika. Novel ni just nice. Cerpen pilihan ika is Malam Berdarah by Sis Illya. 
Tapi cerpen lain pun ok jugak, cuma ika suka lebih sikit karya Sis Illya.

PUAKA BERLULUT / NAIM TAMDJIS 
Bagi ika, kekuatan cerita ini datang dari segi penceritaan penulis yang menyusun rapi dialog, jalan cerita, suasana suspen. Ika rasa penulis berjaya mengolah cerita dengan baik dan pembaca dapat memahami dengan sekali baca dan bukannlah sampai kena baca ayat yang sama berulang kali. Jirin dan Misran ni buat ika rasa mcm ika pun ikut dieorang berdua untuk jelajah Pulau Jerejak tu sama sama. Macam yang ika cakap, banyak fakta menari

FLOR DE LA MAR/ S.KAUSARI 
Honestly, bila baca karya beliau. Ika rasa mcm ada sesikit similarity diantara cara dan konsep S.Kausari & Helmy. Sebab depa akan mcm selitkan dengan sejarah. Dan ika rasa macam konsep cerita ni ala ala Indiana Jones. Hehe. Adventuree. Ika paling tak suka dengan watak Linda. Annoying hokey. Phew. 
Apa pun, ika rasa kalau novel ni lebih banyak diolah oleh penulis, akan lebih banyak yang boleh dicreate and watak watak akan lebih menyerlah lagi. Dan, mungkin penulis dapat menghasilkan novel solo dengan cerita ni. 

MALAM BERDARAH/ILLYA ABDULLAH 
Ika suka cerpen ni sebab walaupun semua kejadian hanya berlaku dalam satu malam dan agak klise la jugak bila sebenarnya start baca dapat mcm predict apa akan jadi in next scene. Tapi tetap ika suka. Mungkin, sebab ika suka baca benda benda yang klise ni. Eh? 
Menariknya, ika suka bila permulaan cerita mcm bila agent offer resort dengan harga yang murah. Which is, brilliant starting. Penulis berjaya pancing pembaca untuk tahu lebih lagi. Ika suka bila mana penulis jugak berjaya menghasilkan banyak watak yang berlainan dan kita tak keliru dengan watak yang begitu  ramai dalam satu resort tu. Dpat rasa feel seram tu. And ika suka cerpen ni. Enough! Huhu. 

🌟🌟🌟 and a half. 
Kalau sesiapa yang suka jenis travel ke pulau tu. And rasa nak feel pulau tu boleh la beli buku ni. Lain sikit dari jenis buku travelog pulau yang lain. Hehe. 
Jumpa in next entry gais. 

Feb 21, 2018

BOOK REVIEW - 50 MISTERI MENGGEMPARKAN DUNIA

10:43 PM 18 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Tak pasti ni book review yang ke berapa. Tapi, kalini bukan la sebuah novel. Tapi lebih kepada buku ilmiah. Ilmiah ke eh? Hee. Tapi, ika suka baca buku jenis macam ni sebab biasalah seketul ika yang selalu curious nak tahu itu ini. 
Buku ni buku paling mahal ika beli. Which is masa tu dapat baucar buku. Alhamdulillah. 
So, mcm selamat la duit dari melayang berterbangan. 💸
Dan buku ni hampir lunyai sebab ika selalu baca. Macam ala ala bedtime stories la. 

DETAILS 

AUTHOR: ADRIE NOOR AL FATIA, ABI NAUFAL & ANDRIANSYAH 
PUBLISHER: PTS
PRICE: RM45
YEAR: 2013
PAGE: 385 PAGES





 MY REVIEW 
Ika suka dan rasa berbaloi sangat beli buku ni sebab before this ika pernah beli buku jenis misteri macam ni. Tapi sayang, nipis & black white. And info dalam tu tak la in details. Cuma cerita benda basic sahaja. So bertambah curious la. 
Tapi, buku ni. Walaupun tak la dapat merungkai in details setiap misteri tu. 

Bagi ika, good enough sebab dalam buku ni terbahagi kepada 3 part: 
1. Fenomena Alam yang penuh misteri 
2. Tapak, Artifak & Fosil penuh misteri 
3. Kejadian luarbiasa dalam kitab suci dan bukti ilmiah kebenaran Al Quran


Dan setiap page berkaler. And banyak sangat gambar. I'm so in love hee. 
Banyak misteri yang common and baru dalam buku ni. Penulis berjaya menyusun setiap misteri dengan baik. Senang untuk difahami sebab penggunaan bahasa dia pun bukanlah complicated. Just nice. 

Apa yang bestnya setiap misteri yang ada, akan dikaitkan kembali dengan agama Islam. So, dalam masa kita terfikir tu. Kita akan mcm back into reality back. Apa yang jadi semua kuasa Allah, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kajian dan pengetahuan manusia ni kan terhad. Walaupun banyak manusia discover pasal misteri ni, tetap tak ada jawapan yang tepat. 

Sesuai dibaca untuk semua golongan. Tak specific untuk certain kelompok. No. Kanak kanak sampai la org tua sesuai baca. Cuma kena terima la seadanya, buku ni jenis yang mudah lunyai kalau tak dijaga dengan baik. Setakat ni, buku ika just kelepek kat bahagian tepi. Dalam tiptop hee. 

Antara tajuk yang ada is: 
Lima Mumia Semula Jadi Yang Menakjubkan. 
Bahtera Nabi Nuh
Banjir Darah di Antartika
Bola Api Naga Nong Khai. 
dan another 45 misteri lain.

Kalau korang jenis minat buku macam ni. Sangat worth it tau. Serious tak tipu. 
🌟🌟🌟🌟

Postcard from Blogger Anies ❤️️

1:25 AM 14 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Alhamdulillah. Thankyou to Anies sebab bagi ika postcard comel ni. 
Boleh refer in this entry GA by Anies 
Ika terfikir jugak apa benda dalam pos laju punya sampul ni. Keluar je dari sampul tu, berap banyak kali wow pun tak tahu la keluar dari mulut ika. 
Sampai mak ika tegur " Kak, apa yang hang teruk sangat tu sorang sorang dok wow wow" Haha. 
Cantik sangat poskad ni semua. Ada lima semuanya. 



5 poskad ni is Transformers, Need For Speed Rivals, World Of Tanks, 
Gears Of War 4, Oz:Broken Kingdom. 
Memandangkan ika baru beli something from Daiso, boleh la decorate dekat situ dengan poskad ni. Ada la something new for decoration. I love it so much. 

Salam Ukhwah jugak buat awak Cik Anies. Salam perkenalan dari Ika. And happy blogging always okay? Thankyou so much sebab bagi ika this postcard. So cute. 
Semoga Anies sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. 

See in next entry gais. InsyaAllah. 
Tiba tiba rasa macam nak kumpul poskad hehe. Agak agak boleh dibuat hobi tak?

Feb 17, 2018

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM HOTEL

8:29 AM 15 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Move to my next book review is Projek Seram Hotel. As you guys can see, cover novel ni merah ang. And ni novel projek seram yang pertama Buku Prima keluarkan. 
Sekilas pandang, memang mana mana hotel malam malam, kita akan nampak mcm wow misterinya. Hotel ni aura misteri dia besar jugak.Masa dekat hotel Srinkarin Bangkok haritu pun meremang satu badan sebab masa tu dekat tingkat 5 sunyi sangat. Cuma ada ika and hotelmates ika je dekat tingkat tu. Hehe. Berlari kiteorang sebab takut kahkah. 

Hotel merupakan satu tempat dimana ramai orang sering kaitkan dengan hantu. Dan dari mata kasar kita, memang ada hotel yang nampak menyeramkan. Gelap, sunyi, warna cat pudar dan kehitaman, orang yang menyambut tetamu pun nampak cam pelik dan aneh. Belum masuk bunyi yang seram seram.  Phew

DETAILS 

AUTHOR: NINIE OTHMAN, NAIM TAMDJIS, EQBAL & AZIAH ZAINAL
PUBLISHER: BUKU PRIMA 
YEAR: 2016 
PAGE: 503 PAGES 
PRICE: RM 23 

"ADA MAKHLUK LAIN ANTARA KITA"





 MY REVIEW 

BELL BOY // NINIE OTHMAN 
Untuk cerpen Bell Boy ni, pembaca kena fokus baca sebab walaupun jalan ceritanya mudah untuk difahami tapi ada variasi of characters. So, kalau dah tahu dan kenal setiap watak. So, just follow the flow. Hee. Bagi ika, banyak rasa dalam cerpen ni. Hiba and serem sekali datang. 
Kalau nak tahu kenapa hiba? Korang kena la baca. Part last tu mcm ergh haha apehal mcmtu. Haish. 

GENTAYANGAN // NAIM TAMDJIS 

Honestly, Naim punya jalan cerita untuk cerpen ni sangatlah kuat and bagi ika, bila ika nonstop baca tu maknanya best. Ika keep on baca sebab ika curious nak tahu pasal kes kes bunuh yang jadi dekat Hotel Ekmal. Since, Naim wujudkan watak badut jugak dalam novel yang mana kita tahu badut ni orang tak suka and fobia. So, dalam ni, badut ni badut jahat sebab membunuh orang. 
Yang jadi persoalan tu bila nak tahu apa sebenarnya kaitan antara badut tu dgn hotel? 

Jalan cerita menarik overall. And sangatlah mudah untuk kita faham susunan cerita tu.Permulaan cerita pun bagi ika tak slow. Ika suka bilamana, watak dalam novel ni semua saling berkait. Suka dengan suspen yang penulis berikan. Watak utama sangatlah unexpected. Ha Ha Ha. Aku ketawa. 

Cerpen ni yang ika ada cerita dekat Review Barongan. Sambungan apa jadi dekat badut ni ada dalam novel Barongan. 

HOTEL SAN DEVILY // EQBAL 

Seram dan meremang bila baca cerpen Eqbal ni. Terasa hokeyh. Permulaan cerita pun, ika dah seronok baca sebab menarik. Walaupun, memanglah ada scene mcmtu dalam movie. tapi berbeda sangat bila kita baca and imagine. Okay, taknak cerita banyak. Ika suka jalan cerita cerpen ni sebab dari depa start mencari hotel, Sherry, perempuan tumpang kereta, lagu Hotel California, dan banyak lagi. Semuanya best. 



TAMU TAK DIUNDANG // AZIAH ZAINAL 

Kalau baca sinopsis cerita, mesti kita mcm "Ala, typical scene dalam movie hantu melayu. Nampak barang lawa unik sikit dekat mana mana. Ambik. Kena kacau. ". And yes. Memang la mcmtu gayanya hee. Bagi ika cerpen ni just nice eventho kita boleh agak dan duga apa yang akan jadi. Tapi, apa yang ika suka is, walaupun dah tahu. Tetap penulis berjaya kasi feel tu. Kaitan di antara watak utama dan Cempaka tu jadi lepas depa ambik brg tu. So thats it. 
__________________________________________________________________________

Puas hati sangat dengan novel ni setakat ni. Sebab selama ni beli Projek Seram mesti akan ada satu dua cerpen yang tak syiok. Tapi, untuk Projek Seram Hotel ni. Ika suka sebab overall semuanya okay. Seimbang. 
Worth every penny. Go and get it gais. 
🌟🌟🌟🌟

Feb 14, 2018

BOOK REVIEW - KAU SAYANGKU BY BIKASH NUR IDRIS

12:57 AM 27 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Sebelum ika berjinak jinak baca novel seram. Ika sebenarnya pengumpul tegar novel cinta. Sebab tu, no wonder novel cinta lebih banyak dari novel yang lain. Tak ramai parents yang suka anak dia baca novel cinta, sebab ada sesetengah yang berpendapat yang novel cinta ni sesuai dibaca bila dah habis sekolah. 

Big reason is parents rasa anak depa akan mula berangan dan hanyut dibuai perasaan manisnya scene scene dlm novel sampai abaikan pelajaran. 
Bagi ika, ika rasa tak salah pun nak baca.Ramai je budak sekolah sekarang yang baca novel cinta tetap sukses dlm pelajaran. Apa pun, semuanya atas individu yang baca tu sendiri mcm mana dia nak handle haha. 

Kau Sayangku by Bikash ni novel cinta pertama ika beli masa darjah 6. And yes. Ika sayang sangat novel ni sebab novel ni best and novel ni ada sentimental value dia tersendiri. Nampak dah lunyai kan? Haha. Sebab selalu repeat baca. 



MY REVIEW 

AUTHOR: BIKASH NUR IDRIS 
PAGE: 418 PAGES
PUBLISHER: ALAF 21
YEAR: 2005 
PRICE: RM 17 

"JIKA RINDU ITU BEBUNGA CINTA, AIR MATA ITU PULA ADALAH EMBUN DI KELOPAKNYA"


Cerita cinta fav ika. Cuma tak lari dari "klise" punya novel cinta which is watak hero mesti anak orang berada dan heroin gadis serba sederhana. Tapi apa pun, kalau dah nama minat tu. Tetap jugak membaca. Sebab during that time masa ika baca, zaman tu memang sangat la trend gila novel cinta sebegini rupa. 

 Ika suka sebab jalan cerita dia lain sikit. Macam mana Arisa Nurailiz ni menipu yang dia ada tunang nama "Akif Zamani". Padahal, dia takda tunang pun. Dia menipu sebab nak elak kena ganggu dengan Eddy Sham. Haha. 
Alih alih, penipuan dia tu jadi real pulak sebab ada lelaki merangkap boss dia nama Akif Zamani. Arisa punya terkejut tu mcm haha tak sangka nama dia main petik je betul betul wujud. Ish. Nak dijadikan cerita, ika suka keletah comel Akif & Arisa. Banyak sangat scene scene manis yang memang boleh buat tersengih mcm kerang busuk.

Sampai pernah la ada angan angan, kalau ada anak nak letak nama Arisa Nurailiz. Sedap nama. I like 😍


Well, Bikash berjaya cipta watak jahat dalam novel ni which is Marina & anaknya. Sangat jahat okay. Geram gila. Sebab fyi, Arisa ni ada kembar nama Ayana. Tapi, sebab dendam mak sedara (Marina). Ayana ni meninggal. And also, Marina & mak Arisa Ayana kembar. Banyak konflik. Marina ni sampai sanggup buat apa sahaja as long as dia dan family dia dapat apa yang sepatutnya. 

Ika recommend novel ni untuk sesiapa yang suka cerita manis manis potong kaki. Boleh menyelam ke dalam percintaan Akif & Arisa. Apa end up depa dua. Tunang ke? Kahwin ke? Hilang ingatan ke? Ha. kena baca.

🌟🌟🌟and a half. 
InsyAllah. Jumpa lagi in next entry okay? :)


LOVE IS LIKE A PIANO. AT FIRST YOU LEARN TO PLAY IT BY THE RULES. THE YOU FORGET THE RULES, AND PLAY IT WITH YOUR HEART, LIKE WHAT I'M DOING RIGHT NOW BECAUSE MY LIFE WOULDN'T RHYME WITHOUT YOU
PS: Semua gambar novel untuk book review adalah novel sendiri dan bukan lah dari sumber google. Edit pun sendiri. Harap maklum. 

Feb 12, 2018

Feb 11, 2018

Hadiah Bag Mek Zumbie. ❤️️

3:27 AM 18 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Khamis baru ni, ika dapat satu parcel dari Pos Laju. Balik kerja dapat parcel, eksited betul. Macam budak budak dapat mainan je eksitednya tu. Alhamdulillah. Beg dari Mek Zumbie yang ika menang giveaway dia selamat sampai. 
Padahal, dia baru bagitahu dekat email pasal tracking no ika. Haha. Pantasnya sampai.
Beg ni hampir jatuh ke tangan adik and mak ika sebab depa berkenan haha. 
Nak tu tak boleh, pinjam boleh haha.  



Special thanks for Mek untuk beg yang cantik ni. I'm so happy. And sangat selesa bawak jalan jalan. Baru try pakai pergi jalan tadi. Memandangkan, ika pun sling bag lover. So, beg macam ni fav ika. Thankyou so much. Muah ciked. Hee. 
Semoga Mek dimurahkan rezeki dan keep on blogging. 
Memang ini saja gambar ika boleh tunjuk. Ini OOTD tanpa kepala tangan dan kaki namanya. Haha. 
Boleh refer entry bawah dari blog Mek,senarai pemenang GV dia baru baru ni. 
Mana tahu, nama hangpa ada terselit sekali ke. Hee. 






Do visit and support her blog gais. Selamat hari Ahad semua. 
Semoga hari kalian baik baik saja. 
Jumpa in next entry. InsyAllah. 

Feb 6, 2018

Choices of Flat Shoes di Zalora 💃

11:39 PM 29 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

ANNA WAVY CONTRAST FLATS 


Perasan tak bezanya lelaki dan perempuan? Kalau nak diceritakan tu banyak. Tapi, lelaki kalau bab kasut. 1 kasut boleh digunakkan untuk semua event dan pergi kemana mana  pun. Kalau perempuan, 10 kasut sekalipun belum tentu cukup. Mesti nak bercolour colour, jenis, jenama, pattern dan sesuai dengan setiap tempat yang dipergi. 

Walaupun namanya perempuan, tapi setiap orang mesti ada citarasa masing-masing. Sebab tu la, kita boleh nampak yang ada orang akan memilih untuk pakai heels, wedges, flat shoes, peep toe, loafers, dan banyak lagi. Ikut keselesaan sendiri. It's all about yourself. Depends. Tapi, personally ika suka flat shoes. 

Sebab nak gi kerja pun tak boleh pakai kasut lain. Kena kasut bertutup. Nak masuk  dewan exam pun sama. Tu yang nak senang beli je kasut jenis macam ni. 

One of my fav flat shoes ever is from Zalora Malaysia
Ika pernah beli 2 flat shoes dekat Zalora. And sangat la selesa and tahan lama. Yang penting sebenarnya, tahan lama dan murah. 
Dekat luar sana mungkin murah, tapi pakai sekali dua dah terkopak atau tercabut tapak. Gambar pertama yang dekat atas tu, Flat Shoes dari Zalora. Ika beli tahun 2015 macam tu kalau tak silap. Still boleh pakai lagi. :) 

________________________________________________________________________________

Flat shoes yang lawa just for RM 29 (use filter , price low - high ). Dapat banyak diskaun and also many sizes. The best thing yang ika rasa mudahnya beli flat shoes ni dekat Zalora is, kita dapat tahu so many details about that specific product when we click it. 
As you can see below, bagi siapa yang tak familiar with Zalora website. Kita boleh baca in details material kasut, colour available, sizes, and also yang paling best is kita boleh zoom dekat gmbar and tengok every angle in that choose that we want to purchase.
And kita kena sendiri tahu la size kaki kita. Senang sikit nak beli. 







2 TIPS PERMULAAN MEMILIH FLAT SHOES CARA IKA

1. Ukur lebar & panjang kaki. 
Tersangat la penting untuk kita tahu size dan lebar kaki kita sebab senang untuk mencari dan membeli kasut. Kita pun tak akan drag masa terlalu lama semata mata sebab taktahu size kaki kita. Dan yang pasti, semua size kaki individual sangat la berlainan. 

2. Beli Kasut Waktu Petang 
Orang kata waktu petang kaki kita akan mengembang. Kalau beli waktu pagi, size kaki kita akan mengecil. So, maybe kadang tu kita beli waktu pagi. Petang dah mcm ketat sikit bila pakai. Hee.
Tapi kadang tu, tak ada la mengikut mananya pun. Jenuh la nak kena tunggu petang baru boleh beli kasut haha. 

So readers. Jom jenguk website Zalora Malaysia. Ada banyak jenis flat yang dijual. Ika jamin korang mesti suka.