Mar 28, 2018

Perempuan Berkebaya Merah.

5:32 PM 19 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Semalam, ika ternampak satu video perempuan berkebaya merah yang semua org tgh kecohkan. Dah la ika tertengok waktu pagi buta. Haha menyesal betul. 
Elok cantik je dia pakai kebaya merah huhu. Siap kain bercorak lagi. Tapi tak nampak muka. Ish geram. 
Tak pasti betul ke atau sekadar main main. Tapi, video ni berjaya buat ika rasa ketar lutut. Phew. 

Depa kata, dulu pernah ada cerita pasal perempuan kebaya merah ni dekat Kedah. Tapi taktahu nak kata la betui ka dak. Even kalau di-search di google, boleh tengok yang ada pasal perempuan berkebaya merah ni. Haha. Ni kalau ika terjumpa ni masa drive, mau berlari sambil menangis haha. 

Apa pun, jangan terlalu taksub dengan benda ni dan jangan la jugak tak percaya lansung tentang kewujudan makhluk lain selain kita di muka bumi ini. Cukup la sekadar kita tahu yang ianya ada. Jangan berani dicabar, ditegur, dan sebagainya semata mata nak prove to everybody yang hang berani. 




Tengok tarikh video ni tahun 2018. Baru lagi ni. Huhu. 
Selamat Menonton. Credit to owner of this video. Tak sure siapa. :) 
Wallahualam. 

Mar 26, 2018

BOOK REVIEW - POCONG BALIK RUMAH BY ZA

8:49 PM 14 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️
Memandangkan harini rajin sikit nak update plus mood pun baik sebab hujan. So, ika nak meng-review lagi novel karya Zaifuzaman Ahmad. Pocong Balik Rumah ni, buku hitam first yang ika beli. Bila nampak nama ZA ni. Teringat masa zaman sekolah. ZA ni agak famous waktu tu sebab ramai budak sekolah ika baca novel dia. And ada one of my chinese friend, dia yang suggest dekat ika novel ZA. Start dari tu, kiteorang tukar tukar buku. Hee. 

Suka cover page dia yang nampak pocong dok intai tepi tingkap. Haha. Scary. Walaupun, warna nya biru kabur mcm tu. Tapi, tang pocong kemain cerah pulak haha. Al maklumlah, main character. Cover book memang thumbs up. Dapat full credit untuk org yang design cover ni. Creative. 

"TOLONG BUKAKAN"
Bukakan apa? Pintu? Tingkap? Kain atas kepala? HAHA. 

BOOK DETAILS 
AUTHOR: ZAIFUZAMAN AHMAD 
PUBLISHER: BUKU PRIMA 
PAGE: 554 Pages
YEAR: 2014
PRICE: RM 23


                                                     REVIEW                                            

Eksited jugak nak baca cerita pasal pocong ni. Sebab iya la, terpikir jugak mcm mana penulis nak olah watak pocong tu dari mula sampai habis. Sebab selalunya, pocong ni appearance dia je dah cukup buat kita rasa takut. Tapi, bila baca sesuatu pasal pocong. Takut ke? Permulaan cerita yang baik. Tapi lama lama, bertukar jadi kelakar. Haha. 

Banyak gelagat dan ragam watak dalam novel ni yang mencuit hati. Tapi, mcm ika cakap. Mungkin, sebab main focus dia pocong. So, kerap jugak pengulangan pasal pocong nya. Kesian Cikgu Hussein yang katanya ada bela sesuatu gara gara pocong kacau satu kampung haha. Siap merayu suruh bukakan yang tak tahan tu. 

Tapi normal sangat la, masyarakat Melayu kalau ternampak benda benda camni je, dia punya otak mula la nak tuduh melulu pasal org tu. Haih. Dan banyak scene yang diceritakan dalam ni, sangat dekat dengan kita. which is, kita tahu yang memang wujudnya org kampung yang mcm tu dengan menteliti yang mcm tu. 

Novel ni, bagi ika. Just nice. Dan tak sarat. Sesuai untuk bacaan yang santai dan tak berat.  Siapa yang tak suka baca yg jenis seram seram, ini untuk korang. Serioustalk. 
RATE: 🌟🌟🌟

Mar 25, 2018

BOOK REVIEW - CERITA SATU MALAM BY ZA

6:26 PM 10 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️
Lama rasanya tak buat book review. So, harini ika nak share novel seram karya Zaifuzaman Ahmad: Cerita Satu Malam. Masa ni, novel yang kulit hitam tak ada lagi. Semua novel seram dulu dulu, bercolourful. Hee. Ika suka dengan ayat "Ada macam macam cerita, tapi hanya satu malam" . Salah satu sebab kenapa ika beli. Since dari sekolah baca karya ZA. So, ika punya expectation towards this book tinggi jugak. 


Book Details
Author: Zaifuzaman Ahmad 
Publisher: Buku Prima 
Price: RM 19.90 (SM) / 22.90 (SS)
Year: 2013 
Pages: 544 pages. 




                                                         MY REVIEW                                                            

Honestly, ika suka cover page novel novel seram yang ada setakat ni, termasuk la novel ni. Sebab boleh menimbulkan satu perasaan curious dan menaikkan mood nak membaca. Ika tak tahu org lain macam tu ke tidak. Tapi, ika mcm ni. 

Memandangkan, dalam novel ni ada 3 cerita pendek. So, ika suggest utk korang faham watak watak yang ada dalam ni so that tak la terkeliru. Penulis berjaya wujudkan watak misteri iaitu Kadir. Eventho dah mention yang Kadir ni pak guard dekat bangunan tu. But still, bila baca. Rasa mcm nak tahu lebih pasal Kadir ni & ika suka cerita dekat parking lot tu. Dapat rasa serem dia. Baca sinopsis pun dah tahu ada sedikit spoiler di situ pasal Kadir. Haha. 




Honestly, ika suka cover page novel novel seram yang ada setakat ni, termasuk la novel ni. Sebab boleh menimbulkan satu perasaan curious dan menaikkan mood nak mem
Terleka jugak bila baca cerita yang diceritakan oleh Kadir ni. Seolah olah dia bawak kita sekali masuk dalam cerita tu dan rasa feeling seram tu. Cuma untuk 544 pages, ika rasa kalau ayat yang digunakkan dalam novel ni tak berulang sangat. Lagi okay hee. Klise ke jalan cerita nya? A bit. Tapi it's okay sebab bagi ika as long as cerita nya tak meleret. Then, should be okay for me. 

If Ika dekat tempat si Rizal, ika tak duduk lama dekat situ bila dapat tahu ada org mati. Memang kabut balik. Takda masa nak lepak nk dengar cerita. Haha. Dah la malam. Kalau pagi tu tak apa la jugak. Berani eh kau Rizal haha. 💁

                                                                     RATE🌟🌟🌟
Ni personal review ika. sebab lain org, lain taste nya. Mungkin, bagi ika. Novel ni just nice. Tapi, org lain rasa mengarut merepek tak relevan dan sebgainya. Apa pun, kita sepatutnya salute dan bagi credit dekat semua penulis yang terbitkan buku. Sebab tak mudah nak menulis. So hard. Sebab cuba kita yang biasa ni menulis. Mau nya ke laut. 


Mar 22, 2018

AL FATIHAH.

7:14 AM 10 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lately ni, rasa mood nak blogging tu hilang. I'm not sure why and don't ask me why. 
Sabtu lepas, ika baru kehilangan nenek ika belah Penang. Ika still lagi rasa mcm arwah masih ada. Last ika jumpa arwah, raya tahun lepas. Lama dah. Tak dapat jumpa lagi untuk tahun ni. Terkejut dapat call dari Paklong. Dia cakap tok dah lain. Ada baiknya balik. 

So, abah pecut balik. It takes us almost 2 hours to arrived. Tok dah tak bercakap and bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen. Apa pun, kami sekeluarga dan sedara mara yang lain redha dengan permergian arwah. Kami semua yakin, di sana adalah sebaik baik tempat buat arwah. Al Fatihah. 

Thankyou for being such a good good good grandmother to us Tok. Rumah tok dah tak sama lagi mcm sebelum ni. Orang tua tua kata, hilang seri "ibu rumah". Iya, hilang seri dan suasana meriah. Rindu tok punya sambal tauhu, nasi goreng cili kering, kari pekat piaw, dan roti sorai. Em. 





ADAB MENZIARAHI ORANG MENINGGAL DUNIA. 

Ika selalu tertanya tanya, apa sebenarnya adab buat kita yang masih hidup ni ketika ziarah. Ini apa yang ika ingat dan tahu. Yang lain, hangpa boleh google sendiri nah. 


1. Sunat untuk menyebut Inallilahwainailahirajiun apabila menerima berita kematian seseorang muslim. 

2. Sunat bagi orang yang menziarahi kematian untuk membacakan Yasin. 

3. Beri pertolongan dari segi wang ringgit & makanan kepada keluarga si mati. Sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan beban mereka. Lagi lagi buat mereka yang tidak berkemampuan. 

4.TIDAK MENCERITAKAN AIB SI MATI. Please jangan bawak sifat makcik pakcik bawang sampai ke rumah si mati. Bawak bawak la insaf dan berdiam diri. Ziarah orang yang meninggal dunia ni sebenarnya sebagai peringatan buat kita yang masih hidup ni bahawa semua yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada pencipta. 

5. Segerakan pengurusan jenazah. If ramai adik beradik. Agihkan tugas supaya semua urusan dapat diuruskan dengan cepat dan lancar. 

6. Lahirkan perasaan dukacita kepada keluarga si mati. Sekurang kurangan ucapkan la Takziah. 

Jumpa in next entry ya. 
Hargai la tok atau tokwan hangpa selagi depa masih hidup nah. Kalau depa takdak nanti, confirm rindu. 

Mar 17, 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

1:05 AM 17 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Tengah scroll reading list, terjumpa pulak satu segmen dari Azah. Hee. Memandangkan, Azah before this pun sudi join segmen ika. Ika lagi seribu kali sudi untuk join segmen dia. 
Segmen Azah ni, ika rasa menarik sebab selain kita dapat share pasal blog kita, kita dapat baca jugak blogger lain pun history hee. 




1. Bila blog ditubuhkan? 

Straight to the point, blog ni since 2009 kalau tak silap. Tapi masa buat blog ni sekadar main main je. Sikit pun tak serious, entry pun banyak merapu. Kalau baca balik mau berdekah ketawa sebab geli hati baca. 
On Off banyak kali jugak. Sebab tak la selalu menulis dekat blog ni. Tapi, mood datang balik utk menulis. 

2.Maksud tersendiri nama blog dan url blog. 


Jari Jemari Menari ni ika pakai dah lama jugak.  Sebelum ni tukar macam macam nama. Tapi yang ini melekat sampai sekarang sebab ramai yang tegur, bila ika menaip. Jari ika macam menari nari. Hee. Mata pandang skrin, tangan tu mcm menari hee. 
Url pulak, ika saje make it simple. Guna nama panggilan saja. Senang nak ingat plus saja masukkan nama abah ika sekali. 

3.Ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger. 

Dah pernah merasa kena bash dengan anon teruk few back years masa tahun 2011. 
Dekat shoutbox tu kena hina mcm mcm. Komen pulak tulis mcm mcm. Ika serious take note dengan kebencian depa towards ika. Maybe entry ika mcm mengnggu mata depa. So, ika delete semua entry. And start again just to make sure yang ika happy, depa pun happy jugak. 
So apa pun, ika rasa yang ni yang paling pahit setakat  jadi blogger. Ada banyak screenshot pic yang ika simpan. Tapi taknak reveal sebab haha biarlah rahsia.

Manisnya, Alhamdulillah.Macam seronok dapat kenal blogger lain yang ada minat sama dengan ika. Lepastu, dapat buat duit dengan blog. So, ada la dapat hasilnya walaupun tak seberapa. Apa pun, Alhamdulillah. :) 

4.Nasihat kepada blogger lain.

Em, rasa macam tak da apa pun nak dinasihatkan. Serious rasa tak layak lansung. Cuma, ika rasa. Sebagai blogger, kita kena elak dari tulis entry yang boleh menimbulkan kemarahan, sensitiviti org. Macam, before ni ika pernah up entry pasal apa tah, and termention jawa. Sekali semua org jawarians komen dekat entry ika tu. Sorry for that again. Entry tu tahun 2011 ya hee. Bukan sekarang. Belajar dari kesilapan. 
So that's it. 

Mar 13, 2018

Bersyukurkah Kita ❓

6:56 PM 28 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before apa pun, ika nak bagitahu yang entry ini tidak merujuk kepada seseorang yang specific. Ika menulis entry ni berdasarkan pemerhatian saja. Jangan judge entry yang ini. 

Semalam, terdetik dalam hati ika sesuatu bila ternampak satu gambar ni. dekat google Bila muhasabah diri tu, kita akan nampak satu benda yang bagi kita kecil, tapi besar sangat untuk orang lain. Bersyukur kah kita dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan buat kita setiap hari? 

Panjang umur, dapat bangun setiap pagi pun satu pemberian Allah yang kita patut bersyukur. Apa saja rezeki yang kita dapat tu, ada juga rezeki orang lain. Bila tengok mcm mana negara lain yang susah tak ada makanan, minuman, tempat tinggal, dan kemudahan lain. Ika rasa kita dekat Malaysia ni boleh dikatakan mewah bab bab benda ni semua. Kadang tu, bazir je buang makanan sebab tak sedap. Beli mahal, tapi senang senang buang. Ralat tengok. Memang itu duit dia, tapi entahlah. Em. 

APA MAKSUD SYUKUR? 
Syukur berasal dari perkataan arab yang bererti berterimakasih. Menurut istilah, bersyukur adalah berterimakasih kepada Allah atas kurnia yang dianugerahkan kepada dirinya. 


Sebab tu, jenis ika. Ika kalau makan. Tetap akan habiskan walaupun makanan tu kurang sedap. Seboleh bolehnya, ika habiskan sebab taknak membazir. Negara lain yang susah kalau dapat makanan kita, mesti depa seronok. Lagi lagi bila bulan Ramadhan. Macam macam ada. Ika tengok depa yang kat sana makan rumput la, kertas, pasir,serangga,kayu em. Bukan makanan sahaja ya. Sebenarnya ikutkan, banyak jenis rezeki yang Allah bagi dekat kita. Tapi, kita selalu pertikaikan sebab tak cukup buat kita. 

Antara nikmat yang Allah berikan buat kita ialah: 
  • Nikmat Fitiryah: Sihat tubuh badan. Diberikan anggota badan yang lengkap. Sihat tubuh badan pun, kadang kadang berikan alasan mcm mcm bila nak bekerja. Yang serba kekurangan kadang tu lebih rajin bekerja. 
  • Kesihatan yang baik. 
  • Alam: Udara, Air, Angin, Hujan, Matahari. Semua semua la yang ada disekeliling kita. 
  • Nikmat Ikhtiyariyah: Nikmat harta. 
  • Nikmat Keamanan. Kalau la kita ni negara yang kacau bilau. Nak beribadat, menuntut ilmu, bekerja pun susah. Betul kan? Maka, keamanan yang kita ada sekarang ni haruslah dijaga. 
  • Hidayah Beragama Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang paling besar di mana kita dapat menilai kebaikan dan keburukan. 





Eating dirt? Allah. Tak sanggup betul rasanya nak tengok gambar ni lama lama. Doakan semoga mereka sentiasa dipelihara Allah. Dilindungi dan dijaga oleh Allah sebaik baiknya. Dan kalau kita lihat sekeliling kita, ada juga yang serba kekurangan. Yang jauh lebih susah dari kita. Sebab ika pernah terjumpa seseorang yang nak makan pun takda duit em (boleh click link di bawah utk baca entry tersebut) Ika harap yang lepasni, ika berpeluang untuk bantu mana yang ika boleh. 



Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. 
" Dan jika kita menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Qs, Ah Nahl: 18)

STOP COMPLAINING. LOOK AT ALL THE BLESSINGS YOU HAVE. ALHAMDULILLAH. ❤️️


Mar 11, 2018

Chuan Chuen Home School, Bangkok. ❤️️

7:40 AM 8 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Last year, kiteorang dapat buat CSR dekat Bangkok. Which is lansung tak terlintas dalam fikiran ika nak buat CSR dekat negara orang. Before pergi ke Bangkok. Memang kiteorang kena buat 3 CSR untuk 3 group. So, untuk group ika. Kiteorang yang kena handle untuk CSR Bangkok and ika one of team untuk CSR. 

Within short time, we managed to find one home school that approved our CSR's proposal. Susah nak cari tempat untuk buat CSR since kiteorang plan nak buat hari Ahad iaitu pada hari ketiga kiteorang ada dekat Bangkok. So, bila dapat je approval dari home school ni. Memang tak fikir lama. Ambik dan proceed ke next level. 

Preparation of cari makanan, minuman, goodies, games and also activities dekat sana 100% dari team kiteorang. Chuan Chuen Home School ni kalau tak silap ika, kira untuk budak budak kurang upaya. Cumanya, umur yang ada dekat dalam home school ni dari muda sampai la ke tua. Yang tu dalam 40+. 

Makanan 🍴 : Order Roti Gardenia & Air Mineral dari Malaysia. 
Goodies: Beli a set of box dekat Mydin. Tak sure apa benda. Lupa dah hee. And goodies ni kiteorang bahagikan dekat setiap sorang untuk bawak masuk dalam luggage masing masing. Sampai Bangkok baru kutip balik





Baju depa lawa sangat. Bunga bunga warna ungu & oren. 😍

Banyak habiskan masa jugak atas bas nak sampai ke sini. Hee. Sampai tido boleh mimpi la. Lagipun jalan dekat Bangkok sama je la dekat Malaysia pun. Jem kemain. Phew. 

3 gambar di atas gambar personal ika. Yang bawah ni semua credit to my lecturer, Dr Wan. Sebenarnya, kiteorang serious tak expect yang akan dialu alukan dengan meriah oleh depa kat sana. Macam depa pulak yang jemput kami mai situ untuk buat aktiviti. Huu. 
Sampai sana je, depa kasi kipas handmade untuk kiteorang. Cute sangat kipas sebab semua dari character Disney, Kalau tengok dekat gambar. Depa prepare a lot. Hm terharu gila semua org yang datang. Dari makanan sampai la ke banner. Lepastu, siap bawak peti aiskrim, setup games pun depa sediakan and siapkan mic apa semua. Kalau ikut plan kiteorang, mcm kiteorang dapat realisasikan part yang kemas satu home school, main game dengan dieorang, entertain depa semua, zumba, dan lain lain. 

Ika suka suasana dekat home school ni sebab mcm sejuk je hati bila pandang. And rasa bebetul dalam scene citer Thai. Hehe. Cuaca pun baik je haritu. Kiteorang 89 orang memang ada kerja masing masing nak kena buat. And 89 org ni sebab ramai. Jadi lagi meriah campur depa lagi. Haha. So fun. 

Makanan semua sedap hokey. Muffin thumbs up. Hehe  👍

Suka setup dari depa yang totally awesome and perfect. 

Kiteorang yang nampak over gila bila main game haha. Gaya tu taknak kalah masing masing haha. 

Sir is so happy haha. 

Ika sampai sana je, ika terus aim baju depa. Haha. Cute gila. Bunga bunga meriah sangat dengan warna oren and ungu. Hehe. For me personally, ika rasa CSR dekat Bangkok berjaya sebab depa seharian happy tersenyum. Kiteorang puas dapat buat macam macam untuk CSR ni. Walaupun penat, tapi experience yang kiteorang dapat berbaloi. Semua participate. And serious jalan dengan lancar. Depa siap prepare goodies jugak untuk kiteorang. Rasanya tu bunga handmade. Aww. 

Part main game tu kiteorang mmg kasi chance la kat depa untuk menang sebab seronok tengok depa seronok melompat bila menang. Hehe. Tapi, yang join main game kemain eksited jugak haha. 
And kalau nak tahu, depa ni walaupun kurang upaya. Depa boleh menyanyi dengan sangat baik. Lagu English weh haha. Praktis just untuk entertain kiteorang. Haih, Terharu lagi. Dan bagi ika, depa ni boleh bergaul dan terima kiteorang. Tak semua boleh terima stranger. Kan? Tapi Alhamdulillah. Depa sporting and berbesar hati. 


Ika belanja sikit personal video dari phone ika. Semoga terhibur. And ika sebenarnya share benda ni sebab satu experience yang tak boleh beli pakai duit. Thankyou GSM Teammates and Chuan Chuen Home School Bangkok ❤️️

Mar 10, 2018

GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

7:08 PM 12 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Mood nak join membuak buak huhu. Sebab tertarik dengan hadiah dari Kak Lea. Lagi lagi nampak hadiah tu ada buku, tudung bawal, sambal garing, komik & lain lain huhu. So, ika dengan rela hatinya join GA ni sepantas kilat hehe. 


Simple rules also to be follow. Korang boleh click link di bawah ni untuk ke blog Kak Lea. Boleh tengok syarat and hadiah yang bakal diberikan. Hee. 


Jom join ramai ramai gais GA Kak Lea & Friends hehe. 
All the best korang. 

''Giveaway Hi Nona ! ''

6:38 PM 4 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Harini ika nak join GV dari Nona. Hehe. Since it's her birthday, dia buat satu giveaway untuk blogger hehe. Aww. 


Rules sangat simple as usual. Hee

SYARAT SYARAT

A, Wajib 

1. Follow Blog NONA , button follow ada di tepi jugak. 

2. Follow 3 media sosial ini ::-   IG @gelaktawa ,  IG  @Imanni Skinz   
dan Follow FB Nurul Huda

3.  Buat satu post pasal Giveaway ni, letakkan tajuk entri ''Giveaway Hi Nona ! ''

4. Tepekkan banner dan link kan ke entri giveaway ini.

5. Komen link entri di ruangan komen saya berserta nama IG awak..

SPECIAL FOR NONA. 
Happy birthday girl. Semoga Nona sentiasa ceria, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dapat mencapai apa saja yang Nona impikan. Happy blogging. And sentiasa dilindungi Allah. 🌈❤️️ 

Oh ya, ika lupa nak letak ig ika dekat komen Nona tadi. Ig ika - ikashoid 

Mar 7, 2018

MOVIE REVIEW - BHAAGAMATHIE 2018

6:33 PM 25 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Ika tak sure siapa sini suka tengok movie tamil. Tapi, ika one of tamil's movie lover. Ika layan semua genre untuk tamil movie. And Bhaagamathie bukan la movie horror tamil yang pertama ika tengok. Before this, pernah jugak melayan cerita Chandramukhi, Kanchana 1-3, Dora, Rajmahal dan banyak lagi hehe. 
Ika rasa Bhaagamathie ni pernah ada dekat cinema Malaysia bulan Januari atau Feb haritu. Kalau tak silap. Tapi, tak berkesempatan nak pergi. 

Kalau nak ikutkan, mana mana movie tamil yang bergenre horror ni. Depa akan selalu bermain dengan istana lama yang besar dan nampak usang. Dan benda paling wajib yang depa akan tonjolkan is roh yang suka rasuk heroin atau hero. Even klise tapi tetap jalan cerita nya mesti lain. 


SYNOPSIS 
(Anushka Shetty) Chanchala IAS is a collector who wants to do good for the villagers, she is supported by her lover Unni Mukundan. Her lover is shot to death and she's framed for a crime that she never committed as part of political revenge masterplan. Chanchala who was sentenced and jailed is transferred to an abandoned palace by Asha Sarath and her team to observe the paranormal activities that are happening in the palace only to find Chanchala with bruises all over her. Her hands are nailed excessively and she is holding a hammer while being possessed by Bhaagamathie(an ancient historical princess) who reveals herself at the end as the owner of the palace waiting to revenge for the injustices did to her by those who had betrayed her. 

Director: G Ashok 
Initial Release: January, 26 (India)
Box Office: 589 Million INR


MY REVIEW 


Overall, ika suka movie ni sebab dia berjaya buat ika punya tekaan tu salah. Dia macam ada plot twist. Plot twist yang mcm not bad jugak haha. Chanchala ni senang cerita dia main character dalam cerita ni sebab basically hampir whole movie fokus lebih dekat dia. Dah nama main character kan. Honestly, ika suka Chanchala ni berlakon dan bermain dengan watak sebab selalunya kalau yang fokus more dekat main character ni org mcm akan cpt bosan. Tapi, dalam cerita ni. Ika lagi suka bila fokus dekat dia sebab maybe ika pun curious nak tau apa jadi dekat dia since dia pun mcm kena kacau teruk dekat istana tu. 

Watak kelakar dalam cerita tamil tu wajib. So, ada this one girl. Chubby sikit. Comel dan kelakar haha. And ada lagi 2 character polis lelaki yang kelakar jugak. So, ika rasa depa ni penyeri cerita ni jugak sebab kalau memanjang serious je tak boleh jugak kan hehe. 



Boleh bagi credit untuk scene scene yang seram dalam movie ni even hantunya tidak munculkan diri. Bukan senang nak ada rasa seram tu. Selalunya nak kena nampak baru takut, ini hantu tak muncul pun dah rasa sesuatu aha. Mostly, ika banyak terkeluar pekataan " wo, wo wo wo weh sakit oo.". Ngilu je memanjang tau phew. 





Dan, ika suka istana lama dalam movie ni sebab ada dekat tengah tengah hutan dan ada sejarah misteri tersendiri. Istana dia, ika adore sangat sebab even dia dari awal sampai habis nampak mcm tu saja, tapi ciri ciri mewah dalam keadaan tak dibersihkan tu tetap boleh nampak. Korang tau, ni semua depa setup sendiri. Good job. Satu hasil kerja yang kemas, real, dan menarik perhatian. Ika suka ada one part dalam istana ni. Macam kolam. Lepastu, dia keluar air and penuhkan kolam tu. Cantik. Kreatif betul dieorang setup sendiri set istana. Huhu

Tapi, sayangnya. Movie ni banyak scene dalam istana ni. Indoor lebih banyak dari outdoor. So, jgn expect terlalu banyak scene di luar untuk tengok sightseeing ke apa ke. Haha. Kalau dia kembangkan lagi cerita dengan seimbangkan diantara indoor dan outdoor mesti lagi best. 


Siapa yang nak cuba tengok tamil movie yang bergenre horror. Ika rasa korang cuba tengok yang ni. Disebalik misteri yang tersimpan, ada sebabnya. Kalau nak tahu apa end up Chanchala dalam istana ni, korang kena tengok. And siapa watak jahat? Pun korang kena tengok. Betul ke Chanchala ni bunuh suami dia sendiri? 
Sekian review yang tak seberapa dari Ika. Ika tak reti review sangat huhu. Ni cuma nak share je :) 


Ika kasi 🌟🌟🌟