Jun 27, 2018

SAMPLE WHISKAS 🐱

1:21 AM 10 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Ika sebenarnya semalam bagi details untuk dapatkan sample dari Whiskas.Tapi tak sangka harini dah sampai. Cepat betul penghantaran. Thankyou DHL. Malangnya, ika dah hilang link apa semua tu untuk dapatkan sample ni. I'm so sorry. Huu. Siapa tak kenal jenama famous makanan kucing Whiskas ni. Rasanya semua orang tahu. Hee. 


Ika totally fall in love dengan Whiskas's box ni. Cantik sangat. Haha. Dah rasa macam bagi kucing hadiah pulak. So creative. Come out with good quality of box. Sebagai manusia yang mudah tertarik dengan benda cantik. Ika puji effort dieorang create this box just for sample. 

Kucing ika selalunya makan makanan kering. Tapi kalini saja nak tengok dia boleh ke tidak untuk terima makanan basah. Takut nanti kalau beli. Dia tak suka pulak. Bazir je nanti. Setakat ni, dia memang kuat makan. Haha. Sikit sikit nak makan. Tu la badan mok obesiti cam tuan dia. 

Jangan sampai Ika simpan kotak ni. Haha. Cute ❤️️


APA AGAKNYA YANG ADA DALAM BOX NI? 
Dalam box ni akan dapat 2 pek of makanan basah Whiskas (85g). Perisa Tuna. Tak pasti either all box semua sama atau macam mana. 
Shopee Voucher 15% off, Booklet & Sheba's Sample

Ia dirumuskan khas dengan: 
Omega-6 untuk bulu yang bersinar. 
Taurina untuk penglihatan yang cerah 
Vitamin A dan Zink untuk menyokong sistem imun.
Kalsium dan fosfor untuk tulang yang kuat. 

1 fact pasal si meow yang menarik perhatian ika is: 
Kucing jarang minum air, sebab itulah amat penting untuk memberikan mereka makanan kucing basah yang mengandungi air secara semula jadi. 

I see. Tapi tengok kucing ika. Air kita letak dekat dia selalu habis haha. Apakah maksudnya itu? Dahaga teruk mungkin. 

Tak pernah tak comot dan serabai haha. Dah la tu. Kerja menempek je dekat orang. Gedik! 

Kucing ika nama Sarang. Dia sekor je yang masih hidup dalam rumah ni. Yang lain semua mati dah. Em. Sebab dia sekor je, kita layan la dia macam anak raja. Semoga panjang umur ya Sarang. Saranghae ❤️️

Yang penting, ika dapat rasa kucing ika sangat suka kan makanan basah jugak sama macam dia suka makan makanan kering. Mungkin Sarang ni, kasi makan apa saja pun dia mau. Huhu. Tapi sebab dia kucing. Kena la makan, makanan kucing :) So, itu saja untuk entry kalini. 

Punya la impress gila dengan box ni haha sampai terhasil la entry ni. See you gais soon in my next entry. InsyaAllah. 

Jun 26, 2018

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

11:13 PM 4 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Next, Ika nak join GA dari Beba Ifa. Hee. Memandangkan GA sempena raya dan mood raya ika masih tengah ON. Haha. Ika dengan rela hatinya nak join. :) Semoga ada la rezekinya. Dan all the best untuk semua. Semua boleh je join memandangkan syarat nya pun senang la sangat. Hee. 


All the best korang 🙂

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

8:09 PM 5 Comments


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama rasanya draft entry segmen dari Sayidah ni. Hee baru boleh publish harini. Hee. Maaf. Hebatnya Sayidah. Pageviews dia dah 7juta lebih. Wow sangat. Hee. Boleh jadi sumber inspirasi untuk blogger yang lain hee. Apa pun. Congrats awak :)


KOMEN

Ika rasa blog Sayidah dah okay sangat. Cumanya ada macam a lot of thing untuk diexplore sampai ke bawah hehe. If Sayidah can make it macam benda yang di sidebar tu ke atas mcm lagi okay. I mean ke menu bar dekat atas. Untuk beberapa benda je la . Hee. Tu je rasanya. Tapi overall, okay je hee. Citarasa masing masing hee. 

All the best gais. Selamat join segmen. 

MOVIE REVIEW - MARAGATHA NAANAYAM (2017)

12:20 AM 1 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika sebenarnya pengemar cerita cerita Tamil. Memang dari kecik suka tengok. Sampaikan mak ika sendiri tak pasti kenapa ika minat sangat. Haha. Memandangkan dekat rumah ada On Demand. So ada banyak sgt cerita tamil yang bergenre Horror. Ika rasa ika dah tengok semua dah. Haha. Tapi let me review one by one eh? :) 

Kalini, ika nak review movie Maragatha Naanayam. Maksud tajuk filem ni Emerald Coin if i'm not mistaken. Bergenre Fantasy Comedy//Thriller. Durasi filem is 2 jam 12 minit


SYNOPSIS 


Two small time smugglers try to steal a highly valuable emerald artefact, which is believed to be cursed. To safeguard themselves from the evil spirit to whom the relic belongs, they seek the help of three ghosts!

REVIEW 

Keseluruhan cerita ni bagi ika senang untuk difahami if korang fokus. Haha. Watak pun tak banyak mana pun. Misi Senguttuvan dengan Illango nak curi artifak lama dari Raja Irumporai. Dimana dieorang percaya yang artifak tu telah disumpah oleh Raja tu. Sebab siapa yang cuba curi dan memiliki benda tu confirm akan mati.


Bila ada pembeli dari China nak benda tu dan tawarkan sejumlah duit yang banyak kepada sesiapa yang boleh bawakkan benda tu untuk dia. So, dieorang dua decide untuk ambik job tu. Tapi bila balik, dieorang baru tahu artifak yang nak dicuri tu rupanya artifak yang kena sumpah tu. 

Cerita jadi lagi best di pertengahan sebab dieorang kena cari mayat mayat untuk masukkan roh yang pernah jadi mangsa bunuh Raja Irumporai tu. 4 badan untuk 4 roh. Roh ni akan bantu dieorang untuk curi artifak tu. Menariknya, salah satu mayat tu. Senguttuvan dah lama admire. Huu sedih. 

Badan perempuan, suara lelaki. haha. Berdekah!

And yes. It's not easy untuk dieorang curi artifak tu. Sebab tu storyline dia jadi kuat dekat situ walaupun dalam masa yang sama haha banyak scene yang memang cam hang tau la kalau cerita tamil ni. Dia punya scene semuanya out of the box haha. Campur tangan penjahat pun boleh tahan kelakar and serabut jugak haha. Mengiburkan hati. 



Overall, movie ni just nice and boleh ditonton tak kira usia. Hee. Siapa yang nak tengok mcm ala ala gabungan cerita hantu and fantasi boleh la tengok cerita ni. Kalau nak tau apa jadi ending nya, siapa yang dapat jumpa artifak tu, mati ke tidak dieorang semua. Kena tengok hee. If tak silap, dekat youtube ada. Or boleh je google with english subtitle. 

RATE⭐️⭐️⭐️

See you gais soon in my next movie review. InsyaAllah. 

Jun 24, 2018

Ending Rahsia Hati Perempuan/ Spoiler.

11:04 PM 15 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Rasanya last ika layan drama Melayu yang betul betul tengok is Awak Sangat Nakal. Yang Ayda Jebat dengan Sharnaz. Bukannya apa. Layan drama tu sebab comel je dieorang. Tak prefer sgt layan adaptasi novel sebab kadang tu mcm tak capai expectation and cut scene. Tapi baru baru ni, ika addicted dengan satu drama Rahsia Hati Perempuan. Rasanya drama ni bukan adaptasi novel. Kan? Ke memang ada novel? Correct me if ika salah.

Selain dari storyline yang kuat dan complicated ever. Ika suka semua pelakon dalam drama. Insecure teruk tengok Mira Filzah and Uqasha haha. Cantik ya amat. And the main reason is storyline dia mengingatkan ika dengan cerita Mujse Dosti Karoge. Lepastu, tengok dieorang dua buat video lagu Andekhi Anjaani. Haih, lagi la mood nak tengok tu berdesup naik. Hee.




Dah habis dah pun kesemua episod untuk drama ni. And ika one of the person yang meroyan tgk ending drama ni sebab misteri gila ending dia. Haha. Micheal Ang mcm suruh kita as a penonton predict sendiri la apa maksud senyuman Arissa (Uqasha). Masih tak boleh move on sebab masa dia senyum tu, ika cam harap sangat yang takda keluar lagu Khai Bahar & Fatin tu haha. 

Alih alih memang habis betul. Micheal Ang mmg ada reason dia tersendiri kenapa dia habiskan cerita camtu. Katanya, senyuman Arisa ada kaitan dengan tajuk Rahsia Hati Perempuan. Arissa kan simpan rahsia pasal anak Zain tu hee. 

Good Moral Value: Persahabatan yang erat antara dieorang ni kita boleh ambik contoh. Walaupun banyak dugaan. Still, dieorang ada for each other bila dalam kesusahan. 
Watak Ilaina yang Mira Flizah bawak sumpah paling annoying. Pentingkan diri dia sendiri. Huu. T.T

Puas hati atau tak tu. Kena terima je la ending nya sebegitu rupa. Ika suka semua watak dalam cerita ni sebab semua watak menjadi. Menyampah dengan watak Suraya (Ogy) sebab jahat sangat. Annoyed dengan perangai Illaina (Mira Filzah) sebab suka pentingkan diri. 
Kesian dgn Mika(Fikry)and Arissa (Uqasha) sebab jadi mangsa keadaan and selalu berkorban ttg perasaan atas sebab nak jaga hati sahabat. 
And rasa sedang sedang dgn watak Zain (Hisham Hamid) sebab dia jenis lalangs haha. 

Overall, Siapa yang tak suka tgk klise drama. Boleh tgk drama ni rasanya sebab lain. Hee.
Korang layan drama apa sekarang? Share la. 

Jun 22, 2018

Book Haul Jun

7:01 PM 13 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika dan buku tidak dapat dipisahkan. Maka terhasil la banyak entry buku bukuan. Haha jangan marah ha.Actually, ika stop sebulan beli buku. Sebab banyak buku yang tak dibaca lagi. And memandangkan, bulan Mei haritu ika ada menerima beberapa buku. So, sebab tu ika tak beli any book. Masuk bulan Jun. Ika punya rasa nak beli buku tu membuak balik sebab ika ada menang voucher dari Lazada. 

Ika saja nak try beli buku dekat Lazada. Dan pilihan ika terhad sebab ika guna voucher. Voucher tu bukanlah bernilai beratus ringgit. Tapi Alhamdulillah. Manage untuk grab 3 of this. 


1. ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA.
2. AMALAN 24 JAM WANITA HAID 
3. GENESIS METAMORFOSIS 2 : PERCAYA

Ika rasa kalau nak beli through Lazada boleh je. Bagi sesiapa yang kekurangan masa unutk ke kedai buku. Sambil kita buat pilihan buku, kita boleh google untuk baca review. Hee. And ada la juga diskaun bila beli. Dan serius cakap. Laju je hantar dekat rumah. Buku pun dibalut elok dan takda kotor apa pun. Puas hati! 

Patutnya dah kena stop sekejap untuk beli buku. Sebab ada beberapa buku lagi yang masih beratur untuk dibaca. Tapi ala kemon la. 
Book lover yang lain mesti setuju dengan ika bila ika cakap yang kita ni suka beli buku yang kita nak untuk dibaca kemudian hari walaupun bukan dalam masa terdekat. Kan? Macam buat stok dekat rak. Hehe. 

SEDAPKAN HATI SENDIRI HAHA. 
InsyaAllah, see you in my next entry. Ika sekarang tengah baca buku Langit Nan Gelap. Dan mungkin akan update pasal novel dari Suci. 

Jun 20, 2018

MEE POKOK CERI, PENANG.

8:28 PM 9 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua. Lama menyepikan diri, baru harini mood nak blogging sampai. Itupun, setelah beberapa hari kita beraya. Lagipun, ika dah balik dari kampung. Tahun ni beraya dekat Penang and Perak. Menjadi satu kemestian kalau balik ke Penang, untuk ika singgah dekat satu tempat berdekatan dengan kampung ika untuk beli makanan fav ika. 

Entah kenapa kalau dekat Penang, mesti rasa berselera sangat. Hee.


Tapi sebab bulan posa masa tu, ika pergi kedai tu malam. Tak dapat nak ambik gambar banyak sangat sebab gelap hehe. So, hanya ada dua keping gambar saja yang boleh ika tunjuk dekat dalam blog ni. Ingatkan nak pergi dekat tempat depa masak untuk closeup gambar. Tapi, masa tu pakai cm nak pi tangkap ikan, bak kata adik ika dah mcm nelayan haha. 

Cakap saja saja pasal mee ni pun dah kecur air liur hee.




Mee ni special sebab campur sotong dengan daging. Boleh pilih sama ada nak sotong atau daging or both. Hee. Ika suka sebab lain dari yang lain. Tapi org Penang mesti dah lali makan mee jenis macam ni sebab berlambak ada juai dekat sana. Dekat KL rasa cam susah nak jumpa jenis mee mcm ni. If korang tau ada jual dekat area KL, drop comment nah.
Dekat kedai ni bukan ada jual mee saja. Tapi ada ais kacang (ABC), Cendol, Pasembuq dan lain lain. 

Ika perasan yang depa masak mee ni ada sos depa sendiri. Takkan nak tanya kan hee. Maybe resepi turun temurun. Tapi apa pun, ika suka. sebab kena dengan tekak. Lain orang, lain la pendapat dan citarasanya. Hee. 

Location: Mee Pokok Ceri, Bagan. 

See you gais in next entry okay? InsyaAllah. 

Jun 9, 2018

"BUKA BUKU BARU" GIVEAWAY BY MAI SATURDAY, JUNE 9, 2018

10:27 PM 7 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Nak join giveaway dari Mai.Eksited pulak kita bila tahu dia nak kahwin. Haha.Ika tak pernah tak over bila dapat tahu org nak kahwin. Tahniah Mai. Doakan ika pun dipermudahkan urusan tau untuk kahwin. Hee. 


Memandangkan, ika tak kahwin lagi. Ika cuma boleh kasi kata kata positif saja. Nak bagi nasihat pendapat semua tu rasa macam tak layak pulak sebab ika tak tempuh lagi alam rumahtangga. 

Apa yang mungkin ika boleh cakap is, whatever happen. Just stay and stick together for each other. Through upside down and also thick thin. Kena ada rasa tanggungjawab tu bila dah kahwin sebab kahwin bukan untuk berseronok saja. Kita dah pikul satu tanggungjawab besar baik suami atau isteri hee. Banyak lagi benda benda yang nampak remeh masa bujang tapi besar nilai dan pentingnya benda tu bila dah kahwin. 

Congrats again Mai. Semoga menjadi isteri yang baik dan solehah. And majlis nanti berjalan dengan lancar and dipermudahkan segala urusan Mai sekeluarga. Enjoy your big day :) Hee. 

Tarikh tutup: 15 July 2018

Jun 5, 2018

BOOK REVIEW - VIDEOTAPE BY ADIB ZAINI

10:30 AM 16 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Book review kalini, ika pilih untuk review satu buku dari Fixi which is Videotape by Adib Zaini. Ini kali pertama ika baca karya dari penulis. Ika beli buku ni sebab sinopsis dia. Memang ika salah seorang pembaca yang mudah terpengaruh kuasa lapanratustujuhpuluhribujuta ganda dengan hanya baca sinopsis saja. Ika jarang baca review dari orang lain bila nak beli buku fixi sebab ika nak sendiri rasa sama ada buku yang ika beli berbaloi dibeli atau tidak.

Novel cinta saja yang ika akan buat research sikit dengan baca review. Sebab, normally novel cinta sekarang banyak yang "cliche". Dan, ika macam taknak beli novel yang jalan cerita dia sama macam 10 tahun lepas. Haha.

 Okay, back to videotape's review. 




Picture taken: Hospital Kuala Lumpur. 

   BOOK DETAILS     

AUTHOR: ADIB ZAINI 
YEAR: 2017 
PAGE: 320 PAGES 
PUBLISHER: FIXI 


   REVIEW   

Ika puji cover buku dari Fixi. Sangat lawa dan menarik perhatian mata pembaca. Ika yakin, mesti ada a few yang ada same feeling dengan ika kan?  Curious dengan kaitan di antara videotape dan telinga. Macam eh, kenapa telinga? Kenapa bukan anggota badan yang lain. Kalau dibelek cover tapi tak dibaca buku nya memang sampai ke sudah la curious tu haha. Kena la baca.

Bagi ika, ika rasa jalan cerita dalam buku Videotape ni agak perlahan pada mulanya. Dari mood eksited bertukar ke mengantuk dan hilang fokus dan kemudian eksited balik. Haha ish ish. Main focus dekat main character, si Razak. Kehidupan dia di sekolah, kawan kawan dia, family dia yang disaster, percintaan antara Razak dan Joanne dan lain lain. Suka dengan persahabatan di antara Razak dan kawan kawan dia. Buat ika teringat kenangan masa dekat sekolah. Watak Naga dalam buku ni cute and nakal hokey hee. 

Ika kena baca hampir 82 pages untuk sampai ke tajuk cerita. Cerita mengenai videotape yang ika tunggu tunggu, lambat sangat sampaikan ada jugak drag mood. HAHA. Untuk org yang tidak sabar macam ika, mood akan turun naik dan mula bukak tutup buku. 

Kemain ya Razak cintan cintun dengan Joanne HAHA. Manis tu simpan sikit.

Ika lebih prefer kalau penulis lebih fokuskan kepada cerita mengenai videotape itu sendiri supaya ending dia nanti tidak la tergesa gesa habis macam tu saja. Ika rasa banyak jugak chapter yang menceritakan mengenai kemanisan percintaan Razak dengan Joanne which is for me it's okay tapi mcm kalau tak banyak sgt lagi ok kot hee. 

Penulis menerapkan isu isu realiti yang ada pada masa kini which is family yang disaster. Memang banyak yang terjadi dalam kehidupan sekeliling kita. Sebab tu, ramai anak anak yang bila dah besar jadi seseorang yang memberontak. Tapi nasib baik si Razak ni. Walaupun family dia teruk, dia jadi manusia yang berguna jugak at least. 


Disaster macam mana keluarga Razak?
 Apa sebenarnya Videotape yang depa jumpa tu? Video biasa atau luar biasa?
Berjaya tak depa semua cari orang yang dalam videotape tu?


Ika taknak jadi spoiler. Kalau korang nak baca. Boleh beli. Masih boleh dibaca. Personally, ika rasa. ika half half untuk buku ni. Em. Sekadar pendapat peribadi.  Mungkin ika kena beli dan baca karya lain dari penulis. Siqah suggest untuk ika baca ILUSANITI. Haha. Gonna get one for myself later on. 

ANYONE YANG NAK SUGGEST IKA BUKU FIXI YANG BAIK PUNYA. BOLEH DROP COMMENT:)

RATE⭐⭐.5
See in my next book review. InsyaAllah.