Aug 19, 2018

Book Haul August 💸

6:11 AM 4 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Belum habis lagi bulan August, ika dah buat entry August Book Haul. Haha. Untuk bulan August ni. Alhamdulillah. Ika dapat beli lagi buku dengan kuantiti yang banyak. Memang dlm setiap Haul ika. Ika harap terselit buku Fixi walaupun sebuah. Last month dapat 4 buah. Same goes to this month. And also ada buku Lejen jugak. Happy girl. 

And kenapa FIXI jadi keutamaan ika sekarang is, sebab ika mula nak berjinak baca buku FIXI. Dulu ika tak rasa nak baca sebab rasa mcm bukan citarasa ika and even ika dh baca beberapa buah buku FIXI pun. Still tak rasa nak mengumpul. Tapi, buku Mereka ubah persepsi ika utk FIXI. 




4 buku FIXI + 3 buku Lejen. 
4 still sealed. Yes. Again. Preloved books. 


Semua buku karya dari penulis penulis ni, ika tak pernah baca lagi. So, ika ada high expectation untuk semua buku ni. Ada some of it yang ika dah refer review Goodreads. Ada yang tak. Macam, ika sgt looking forward nak baca Nota by Shaz Johar. And ika tau ika agak ketinggalan sebab dia dah ada sampai Nota 3 dah. So, im gonna get it all of that. Haha. Dan buku buku lain pun buat ika curious jugak. 

Semoga seorang ika tidak la beli tapi tak baca. Tapi selalunya tak pernah la tak habis baca. Mesti habis. Doakan ika konsisten untuk update book review. Haha. Semoga mood tak kelaut dan penyakit M datang menyerang. 
Seronok tgk Kak Sha baca buku dgn buku buku yang dia beli hehe. Rasa bersemangat pulak. 

CR: #HURT 




Aug 17, 2018

Aug 16, 2018

Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana

5:39 AM 2 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Harini ika terlebih rajin untuk join GA dari Vitamin Syaza. Sebab dah lama tak main teka teka ni. Haha semua ni nasib je ni. Ika takda luck kalau bab teteka ni haha. I'm your new follower hee. Salam perkenalan tau. Keep in touch hee. 



No 3 kot. Hee. 
Jom join GA dari beliau. Click Here To Join

Aug 15, 2018

Give Thanks To Allah 🌸

7:28 PM 6 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Alhamdulillah. Another day to remember. 11 August 2018 // Saturday. Finally, I'm done with my Degree. Lega sangat. Actually, memang tak jangka akan konvo secepat ni. Kalau ikut firasat hati, rasa mcm dpt konvo next year. Tapi, mesyu buat suprise pulak. Sebab tiba tiba la, ramai batch ika yang tak dpt konvo sekali sebab rushing. 

Ika memang tak bercerita sgt psl personal life ika dekat blog atas sebab tertentu. Fyi, ika ambik B in International Business dekat MSU Shah Alam. It takes me around 2 years. Struggle masa degree ni boleh dikatakan lebih sikit dari Diploma and SPM. Haha. Sendiri kena tahu macam mana nak maintain and masih dalam right pathway. 2 tahun yang ada upside down. And ada 1 sem yg ika hampir gila dibuatnya. Gara gara ada groupmate yang mental psiko dia tahap dewa haha.  Psiko dia buat otak kita jadi emosi. 



Thankyou Fatimoh kasi sis bunga :) 


Honestly speaking, ika mmg 99% taknak sambung belajar sebab ada beberapa kekangan masa tu. Dan ika mmg dah ada mindset utk kerja lepas abis Diploma. Ye la, nak belajar pun nak kena guna duit. Tapi, Allah tu tak zalim. Dia permudahkan segala urusan ika dari ika start belajar sampailah habis. Dipermudahkan ketika belajar, dari segi kewangan, kawan kwn dan sebagainya. Belajar mana pun. Kena pandai bawa diri, pilih kawan yang baik, adapt dgn environment, culture and system. Dan banyak lagi. Kena rajin bertanya. Kalau tak tanya, sesat la jawabnya.

Sangat normal ya bila stress masa belajar. Just keep in your mind and positive. Hujung pangkalnya, berbalik kepada niat kita. Kalau niat tu kita pegang sampai ke hujung. Insha Allah. Semua akan baik baik saja. All is well bak kata cerita 3 Idiot. Haha


ALWAYS REMEMBER!
Jangan jadikan alasan umur makin meningkat sebagai penghalang utk belajar. 
Jangan pernah berhenti untuk belajar dan menimba ilmu tak kira la ilmu apa sekalipun. Kita ni selamanya akan sentiasa belajar dalam hidup kita.




Terimakasih dekat semua especially family, my love, friends, lecturers. Each of them jadi penguat semangat ika. My support system. All my hardwork paid off! Alhamdulillah. Maaf ika tak dapat nak belanja gambar konvo ika yang lain. Sebab memang tak pernah nak belanja dalam blog pun haha. Doakan lepasni ika dapat cari kerja, kumpul duit dan ehem ehem. Amin.

See you guys in my next entry. InsyaAllah. 

Aug 12, 2018

Hadiah dari Blogger Suria Amanda ❤️️

8:26 PM 7 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

This entry ika dedicate special untuk blogger Suria Amanda. Actually, ika tak sangka pun akan jadi Top Commentator untuk bulan Julai. Boleh click sini
Ika sebenarnya godek godek bahan bacaan dekat blog SA sambil tinggalkan komen. Mungkin sbb ika suka makan. Ika suka baca resepi dgn tempat makan best best dekat blog SA. SA gunakan label Masakan Sedap  kalau tak silap ika. If korang nak baca semua resepi dalam satu page, boleh tekan label tu. And boleh la cuci mata masakan sedap SA. 

Well, mmg tak dinafikan SA mmg power masak. Walaupun tak pernah rasa air tangan SA. Tgk gambar pun cukup la haha. Berapa kali kecur air liur dibuatnya. Sambal udang petai paling love la kalau tgk gambar haha. Haih sedap. Apa pun, terimakasih byk byk dekat SA sebab bagi hadiah utk Top Commmentator blog dia every month. Rezeki ika untuk bulan Julai. 



Thankyou for this cute sling bag. 😍

Tapi, ika tidak la mengejar hadiah semata mata. It's all about how I gained knowledge in SA's blog  regarding on cooking recipe and tips. And of course at the same time, ika support all her entries by drop down my comment.  Semoga kak SA lebih bersemangat utk menulis dan share mcm mcm info yang memberikan manfaat buat pembaca. Jom pakat ramai ramai follow blog kak SA. 

Aug 8, 2018

BOOK REVIEW - KAMPUS

9:38 PM 10 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Ika nak buat satu review panjang untuk buku Kampus by Syafiq Aizat ni. Before that, ika nak cakap. Ini personal review ika. Setiap org punya citarasa lain lain hee. Sebab ika terlebih menghayati setiap helaian muka surat dalam buku ni tanpa skip page. This entry boleh jadi panjang meleret tapi apa yang ika boleh cakap yang ianya takkan ada spoiler dalam review ika.

Saja beli dan baca terus buku ni tanpa baca review dari Goodreads. Sebab taknak terpengaruh dengan review yang sedia ada. Ika nak sendiri rasa first impression ika toward this book. Buku ni tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur.
As I mentioned earlier, kenapa tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur? Sebab dlm buku ni ada beberapa watak yang bad attitude. Which is bawak masuk perempuan dlm bilik kolej, buat projek dlm kelas dan kehidupan social yang bebas gituw haha. 

Warna kuning dia lawa. Bukan macam kuning diraja tu. Tapi macam warna kuning soft pekat yang cm ish em. Lawa. 


Let's talk about this Kampus's cover book. First of all,Ika sukakan colour dia yang warna kuning pekat macam ni. Seolah olah menaikkan nafsu membaca. haha. Warna dpt bagi nafu membaca naik? Yes. Itu bagi Ika.

Bila di belek lama cover dia. Ika baru perasan yg dekat bhg tingkap tu ada satu makhluk yang sering diperkatakan dlm buku ni iaitu Krampus. Satu makhluk yang dikatakan berbulu hitam, bertanduk serta bermata merah. Goodjob untuk cover buku yang menarik. 

Ika nak kupas sedikit mengenai watak dalam Kampus ni. Honestly, watak dalam novel ni banyak. Sepanjang ika baca, ika hanya ingat watak watak yang selalu disebut saja macam Dani , Haziq, Lara, Dean, Daus, Atiqah, Dr Maimun, Prof H. Eh banyak jugak yang dapat ika ingat haha. Kalau dicampur lagi dengan watak tambahan dan watak yang diflashback 25 tahun lepas. Banyak jugak. Bagi yang baca sambil lewa dan skip muka surat. Memang akan lost untuk kenalpasti watak. Mungkin akan ada yang refer balik page sebelumnya untuk tahu dia ni siapa, dia ni pulak siapa. Tapi bagi ika, as long as ika dapat kenal pasti watak utama dah cukup memadai dah. 

Dani dan Haziq adalah dua watak yang berbeza tapi peranan dioerang dua dlm buku ni sanagt penting. Perwatakan Dani lebih kepada bad boy, anak orang kaya yang tak disenangi sgt oleh org. Haziq pulak lelaki yang pandai berdebat dan ambik course law dekat kolej. So, no wonder la kan masa ada kes bunuh dekat kolej ni. Dia dgn si Dani kemain lagi. Ala ala Detective Conan. Kerja menuduh org je. Yang penting confident haha walaupun hanya guna teori tanpa bukti. 



BOOK DETAILS

AUTHOR: SYAFIQ AIZAT 
PUBLISHER: FIXI 
YEAR: 2017
PRICE: RM 19.90
PAGE: 254 PAGES 


Beberapa tahun lepas ika ada tgk movie Krampus masa Krismas dekat wayang. So, bila baca buku ni. Ika takda la jakun bila baca penulis banyak cerita pasal Krampus. Krampus ni adalah makhluk yang anti Santa Clause. Ika rasa penulis ambik konsep dan  idea asal cerita Krampus dan olah semula dalam versi Melayu. Tukar sana sini sikit. Dalam buku ni, siapa saja yang dapat arang dan lidi akan jadi mangsa Krampus ni. Kalau cakap pasal flow cerita. Ika boleh cakap yang permulaan dia tak hambar. Masih menarik perhatian pembaca untuk teruskan sampai ke penghujung. 

Main place dalam buku ni  hanya sekitar kawasan kolej. Kalau tak Blok A yang mewah tu. Mesti dekat cafe, kelas, stor, bilik kaunseling, tempat parking dan sebagainya. So, takda la kepelbagaian tempat. So, tak serabut bagi ika. 

Part bunuh tu bagi ika laju. Sebab berterusan org mati dkat kolej tu. Tak ada la nak kena tunggu lama haha. Sebab sambil dieorang siasat, ada je yang mati. Nak tau siopa dalang disebalik makhluk Krampus tu punya la kena sabar banyak sebab mmg takkan tau just by that. Kalau ika. Ika kerap tukar fikiran, siapa pembunuh tu. Gara gara termakan dgn teori Haziq dgn Dani haha. Viadap! 

 
Ni contoh gambaran Krampus. Haha.

Cuma ika ada sedikit persoalan. Dekat bahagian epilog. Daud jumpa Krampus at the end of the story? Mungkinkah ada Krampus:2 ? Kalau ada memang ika akan beli hee. Good job Syafiq Aizat. It's not easy at all nak buat genre psikologi thriller mcm ni. Nak olah dan tarik minat pembaca untuk keep on baca tu la yang paling susah. 

Overall, siapa yang suka cerita yang mencabar minda. Boleh la beli dan baca 👍
Kalau nak tau siapa dalang pembunuhan, Krampus tu sebenarnya makhluk atau manusia, betul ke itu semua agenda je. Kena la baca okay? 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️



Aug 3, 2018

BOOK REVIEW - OBJECTION BY REHAN MAKHTAR

1:12 AM 13 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Cakap pasal Rehan Makhtar. Ika sebenarnya curious dengan novel novel karya dia. Teringin sangat nak baca sampailah ika singgah rumah cousin ika masa raya haritu. And nampak yang dekat rak cousin ika ada banyak novel Rehan Makhtar. Im so lucky. Sebab dah tak sabar and rasa mcm lambat lagi nak membeli buku Rehan. Ika pinjam dulu cousin punya. 

Ika randomly ambik buku dia dan baca. It takes me only 2 hours to finished it. Pulun baca sebab kalau dah mula baca tu. Memang jenis susah sangat nak stop lagi lagi kalau storyline dia jenis manis potong kaki. 



Storyline Objection mula dengan sangat baik. Sebab flow cerita dia makin lama makin naik. Bukannya drag mood meleret sampai ke mana mana hala. Ika suka momentum mood  ika bila baca novel ni. Starting with conflict. Between main character, Aira and her mother and sister. Tapi family dia ni family angkat. Dia diambil bela sebab kematian keluarga kandung dia. 

Obviously, bila ada isu dibenci ni. Memang akan banyak la cerita makan hati. And Aira ni diculik dgn one of this guy yang dia sendiri tak kenal. Dikurung dekat satu pulau terpencil dan diseksa la lebih kurang dari segi mental terutamanya. Personally, awal cerita pun dah mula rasa simpati dekat Aira but at the same time kagum jugak dengan cara dia ikhtiar hidup dekat pulau tu. This guy yg culik dia tu rupanya abang kepada kwn baik dia dekat kolej, Zafiq. 




BOOK DETAILS

AUTHOR: REHAN MAKHTAR 
PUBLISHER: KARYA SENI
YEAR: 2017
PRICE: RM 23 (SM) / RM 26 (SS)
PAGE: 522 PAGES

It's all about misunderstanding gituw. Kalau la si Zafiq ni siasat and bagi peluang untuk Aira explain details. Mesti semuanya akan baik baik saja. But since dia dah culik Aira awai awai haha hadap la hang. Dah la buli mental Aira haha. Nak ngayat balik tu pepandai la. 

Penulis olah watak utama dengan baik bagi ika. Watak jahat dalam novel ni hanya ada dua saja. Tapi bagi ika watak jahat tu watak yang dah biasa ada dalam lambakan novel yang lain. Makanya watak jahat hanya watak jahat yang biasa. Jahat ala ala cinderalla cmtu.

Dalam novel ni ika belajar dua ayat manis dan berbunga hati ❤️️

POM RAK KHUN NI HUAJAI (SAYA CINTA AWAK SEPENUH HATI)
CAN RAK KHUN MAA (SAYA CINTA AWAK SANGAT)

Personally, untuk ika sendiri. Novel ni masih ada keistimewaan dan kekuatan dia sendiri. Untuk orang yang sukakan watak hero yang annoying at first and manis di pertengahan cerita. Boleh cuba baca Objection..Overruled! Typical cerita cinta memang tak boleh lari dari a few things yang cliche. Sebab tu ika kata before this, orang yang minat membaca novel cinta will always accept that typical part tu. Kalau nak tahu macam mana Zafiq ngayat Aira, korang kena baca novel ni



RATE: ⭐️⭐️⭐️