February 2019 - Jari Jemari Menari

Feb 25, 2019

Hadiah dari Blogger Suria Amanda ❤️️

4:28 AM 23
Hadiah dari Blogger Suria Amanda ❤️️


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Beberapa minggu lepas, ika ada terima satu parcel dari Pos Laju. Rupanya parcel dari Kak Suria Amanda. Maka, ika automatik tahu isi kandungan dalam parcel. Rezeki bulan Jan 2019. Ika jadi Top Komentator dekat blog Kak SA. Before this, pernah sekali jadi Top Komentator Blog Kak SA. Bulan Julai tahun lepas kalau tak silap. (Klik Sini) . Honestly speaking, ni bukan ayat mengampu. Actually, ika suka baca resepi-resepi yang dishare Kak SA. Macam macam gambar makanan ada. Haha. Terliur memanjang kalau singgah blog SA. 

Kadang kalau singgah blog Kak SA malam malam, mesti lapar. Dah kalau lapar tu, haha termakan la jugak pada waktu itu.




Terimakasih untuk hadiahnya kak SA. 2 buku resepi & 5 sampel Puresh. 

RESEPI SAJIAN BARAT MUDAH & CEPAT
RESEPI MI, MIHUN, KUETIAW KEGEMARAN. 


Insha'Allah, buku resepi ni akan sangat berguna untuk ika. Trust me hee. Semoga Kak SA sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. Request Kak SA untuk tengok gambar ika dengan hadiah ni ada dekat Instagram. Kak SA kata dia tak pasti ika yang mana satu. Hee. Jom singgah ke blog Suria Amanda. 


Feb 24, 2019

Random Giveaway by Mieza S

10:51 PM 11
 Random Giveaway by Mieza S

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Another giveaway yang ika nak join dari Mieza. Hee. Tengah free ni. Semoga ada rezeki terselit. Masih sempat okay gais nak join sebab tarikh tutup 28 March. Lambat lagi tau. Jom jom join. Memeriahkan and support Mieza. 

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

7:14 PM 4
Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️





PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:
Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.

Kini, boleh ‘booking online
Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.
Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.
Pelanggan dari luar negara
Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.
Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!
Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.
 


Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5gVcQAUbx

DOODLE PLANNER 2019 GIVEAWAY

7:08 PM 3
DOODLE PLANNER 2019 GIVEAWAY



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini free sikir, so ika nak join giveaway. Saja cuba nasib. Mana tahu ada rezeki ke. Hee. By the way, korang pun still sempat lagi nak join sebab tarikh tutup dia 28 Feb ni. Ada lagi 3hari. Hadiah dia macam yang dalam gambar ni, doodle planner. Comel. 

Feb 23, 2019

Book Haul Feb 2019 💸

1:16 AM 15
Book Haul Feb 2019 💸


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sebulan puasa beli buku sebab baca ebook (PNMeReader). Jimat jugaklah duit ika bila baca ebook ni. Cumanya, spoilnya baca ebook ni confirm mata akan terjejas. Sakit kepala tu normal.  Risau jugak bila fikir. Dari mata elok tak ada pape, nanti tiba-tiba kena pakai spek. Maka, ika pun gilir gilir tukar. Kadang physical book, kadang ebook. 

Dapat tahu pulak minggu lepas yang Karangkraf akan ada Pesta Buku. Ika pun pergilah singgah dgn kawan ika. Tapi sebab bajet pun tak banyak and ada beberapa buku yang ika dah ada. Ika cuma ambil yang ika nak sahaja. Cukup la untuk bulan ni kot. Haha kan? Lagipun 4 buku tak termasuk buku baru Hamka Kereta Mayat. Harga dalam lingkungan RM 1 -3 saja. 


1. Ngeteh Di Kubur Ayah: Hamka Kereta Mayat                                              RM 15
2. Suria Venom: Mazni Aznita                                                                               RM 3 
3. Catatan Fikir Dua Penulis: Hilal Asyraf & Zahiruddin Zabidi                           RM 2
4.Borong Di China: Kapten Norisham Kadmin                                                    RM 1 
5. Daripa Budu Ke Cheese: Zaida Rahim                                                            RM 2

Of course, ika paling teruja bila ke area Pojok. Sebab tak sangka favourite author ika, Hamka Kereta Mayat ada buku baru. Kalau korang buku yang santai dan mencuit hati, boleh dapatkan buku ni. And kalau nak start dari awal, bole beli Kisah Laki Bini & Kisah Anak Bini. By the way. Buku ni mendapat ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ dari ika. Nanti ika buat review khas untuk buku ni ya. Insha'Allah. 

Pesta Karangkraf esok last tau gais. Sila la pergi tengok-tengok. Semua buku ada tak kira umur. That's all for this entry. Jumpa nanti di entry yang lain. InshaAllah. 

Feb 17, 2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

6:56 AM 6
Giveaway Cash Blogger Malaysia


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Hello Blogger Malaysia!


Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.


Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!








Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.


Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]


** support giveaway ini ya, thanks!



Feb 14, 2019

Hadiah Dari Printcious buat Yang Teristimewa ❤️️

6:41 AM 5
Hadiah Dari Printcious buat Yang Teristimewa ❤️️


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 


Finally sampai jugak barang -barang yang diorder dari Printcious baru baru ni. Ika memang eksited untuk tengok hasil yang mereka buat. Disebabkan ada banyak sangat barang yang boleh dicustomize. Ika sendiri mengaku ika rambang mata. Taktahu nak yang mana satu, rasa macam nak semua. Pilihan terakhir ika ialah 3 barang iaitu Coaster, PU Leather (Round) & Ceramic (Square). 

Sebelum ika nak cerita panjang lebar pasal barang yang ika pilih. Ika nak bagitahu korang yang service Printcious ni sangat best. Semua barang yang ika dapat diterima dengan sangat baik sebab mereka wrap produk dengan bubble wrap. Sampai serabut jugak nak bukak haha. Bagus diwrap dengan rapi, so that barang kita tak akan pecah, sumbing ke, terpatah dua ke dan sebagainya. 

And harga yang mereka tawarkan sekarang pun affordable. Sekarang mereka ada diskaun buat semua yang order. 




So yang ni Ceramic Tiles (Square). Yang ni ika pilih paling kecil iaitu berukuran 11cm  x 11 cm /4.3" x 4.3"
Ika cuma tambah gambar & nama kawan Ika saja. Tak kreatif sangat nak design power power. Haha

Maaf atas kualiti gambar ika. Haha. Kena belajar banyak ni nak tangkap proper picture. Firstly, birthday kawan ika nak dekat. So, ika pilih Ceramic Tiles (Square) & coaster untuk kawan-kawan ika. Harap dieorang suka dengan apa yang ika design. Haha. Satu benda yang paling penting yang korang kena tahu ialah bila melibatkan gambar, korang kena letak gambar yang HD sikit la. So that gambar tak pecah. Kalau pecah, kemungkinan besar kualiti tu akan kurang sikit. 

Printcious dah sediakan guide untuk korang adjust gambar mengikut kotak. If melebihi warna hijau dia akan jadi warna merah. Bila jadi warna merah, means posibility gambar tu pecah besar. Okay? 
Yang ni pulak coaster. If tak silap ika, ini untuk letak kopi. Simple saja designnya. 
Coaster ni ika buat untuk Tasha sebab dia suka minum kopi. So, ika tak pasti la dia nak letak coaster ni dekat mana. Maybe dekat ofis dia ke? So, bila dia letak atas meja. Time dia minum kopi. Dia boleh alas dengan benda ni. Ika harap benda ni memberi benefit la untuk Tasha. Material coaster ni mcm kain yang kalis air. Hee. Best. 

Ika tak expect pun yang material dia macam tu. Ingatkan jenis yang lain. Tapi apa pun, bagus jugak jenis material macam ni. 



Lastly, ika pilih PU Leather (Round) untuk diri ika. Bukannya apa, yang ni ika nak letak kunci kereta ika. Sebab ika memang selalu letak merata tempat and ika perasan yang tempat letak kunci ika tu, tah apa apa dia punya holder. Kelakar je. Ni nampaklah macam proper sikit. Ika paling suka yang ini sebab serious leather dia berkualiti. Yang penting tak berbau. Selalunya leather berbau. 

And nak feeling feeling sikit, ika letak gambar ika & nama. 

So, korang nak tunggu apa lagi? Singgah la ke website Printcious. Design sendiri apa saja yang korang nak untuk insan yang teristimewa dalam hidup korang. Mana tahu dengan sekecil kecil usaha kita ni, mampu buat mereka tersenyum lebar sampai ke telinga. Ecewah. 

Feb 6, 2019

BOOK REVIEW - PATUNG

7:15 AM 26
BOOK REVIEW - PATUNG
Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 




Kalini pilihan buku ika untuk direview ialah Patung by Muhammad Fatrim. Pernah baca buku penulis sebelum ni, Asrama. Dalam rak ada Asrama 2. Tapi, saja simpan dulu buku tu dan baca Patung dulu. Sebab dah lama sangat menyimpan rasa untuk baca buku ni. Haha. Walaupun sebelum beli dan baca buku ni, ika ada refer review Goodreads. Tapi ika nak nyatakan kat sini. Apa saja yang ika akan komen sikit pun tak dipengaruhi oleh review pembaca lain. Ini personal opinion. 


Lega sebenarnya dapat habiskan buku ni walaupun tersangkut sangkut. Bagi ika, ika rasa prolog Patung sangat bagus. Mukasurat 11 berjaya buat ika rasa meremang sikit walaupun ika baca di siang hari. Patung menari? Menyanyi? sambil baca mentera Jawa yang tak faham? Okay. Terasa sikit feel seram tu. Puan Bougan dalam cerita ni mengingatkan ika dengan Umie Aida dalam cerita Dukun sebab berkebaya merah. 

DETAILS

PAGE: 301 PAGES 
YEAR: 2015
PUBLISHER: FIXI 
AUTHOR: MUHAMMAD FATRIM 

Ika suka dengan nama watak perempuan dalam cerita ni yang mengunakan nama bunga. 🌸 Orked, Mawar, Cempaka, Melur, Amarilis, Bougan.  Tapi adakah mungkin dgn pemilihan nama bunga sebegini membuatkan ika pening lalat jugak bila baca. Haha. 

Kadang jujur konfius dgn nama Melur, Mawar and Orked sampaikan 





Berbalik kepada cerita, penulis macam ada buat ika konfius sikit di pertengahan cerita hingga ke hujung sebab ika seolah olah lost pulak tiba tiba. Patung tu siapa weh sebenarnya? Orked ke Melur? Argh. Hampir gila juga baca haha sbb konfius. Tapi, cuba jugak untuk fahamkan. Nak selak page belakang tu cam ya Allah liatnya.

Konsep menarik. Penulis ada idea. Cuma campur aduk dgn dialog semasa& diflashback, jadi ekstra konfius. Nak baca balik sekali lagi utk faham mungkin ambil masa. Bukan sekarang. Mungkin akan datang yg tak diketahui bila. 

Banyak yang ika tag di buku Patung ni misalnya bahagian yang pasal lipas. Ika perasan, ika banyak tag scene lipas Zaf, Hanis, Melissa dan Zulina. Dan ika rasa penulis berjaya sekali lagi buat ika rasa meremang di m/s 50-56 & 109-112. 

Pengajaran: Jangan percaya benda khurafat semata mata untuk kepentingan diri sendiri. Nak cantik, kaya dan sebagainya. Usaha, doa & tawakal. 

RATE: ⭐️⭐️



Feb 2, 2019

Meet Yuyu Zulaikha - Dream Come True ✨

4:42 AM 27
Meet Yuyu Zulaikha - Dream Come True ✨


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Alhamdulillah, rezeki hujung bulan Jan. Baru-baru ni, ika ada join satu giveaway dekat Insta Yuyu Zulaikha. Actually, tak menaruh harapan apa sangat pun bila join tu sebab ramai gila yang join. Tapi entah macam mana, Kak Yuyu closed giveaway betul betul lepas ika komen dekat post dia. Speechless jugak. 

Hadiah yang Kak Yuyu nak bagi dari Cathy Dollx DisneyTsumtsum. Kalau sekarang korang pergi drugstore boleh nampak ada makeup comel ni. Kak Yuyu bermurah hati kasi pink makeup pouch, Olaf pouch with compact powder Code Natural Blur & 2 in 1 lip and cheek Chiffon Tint. Thankyou so much. Dapat merasa pakai brg comel comel mcm ni hee. Terasa ekstra comel. 


Olaf is so so so so cute. <3 td="">




Ika yakin mesti ramai blogger yang dah kenal Yuyu Zulaikha. Tak perlu nak kenalkan lebih lebih kot kan. Sebab mmg terang-terang kita tahu Yuyu Zulaikha ni influencer. Oh ya, Kak Yuyu is one of my favourite blogger since highschool. Actually tak plan pun nak meet up. Tapi kebetulan, Kak Yuyu dia stay sekejap dekat Icity. So, alang alang tu, jumpa la sebab tak jauh pun dengan ika. Untuk tatapan korang semua, ni fresh dari phone ika, gambar Kak Yuyu. Of course, rasa macam kupu kupu terbang dlm perut masa nak jumpa tu sebab ika jarang expose diri ika dekat kwn-kwn alam maya. Kahkah. 

And guess what, Kak Yuyu comel gila weh. Cantik flawless. I kenot. Haha. Very softspoken person & senyum je memanjang. Thankyou sebab susah payah jalan nak hantar hadiah. Kalau tahu, lama dah datang ambik sendiri dekat Kak Yuyu. Sebab tahu condition dia yang tgh pregnant. Huu. And thankyou also for the cute makeup stuff. 

Crop picture hehe sebab gambar ika tak perlu kot kan? Haha. Kalau nak tengok, boleh tengok dekat IG. 

Untuk sesiapa yang nak tips parenting, beauty dan sebagainya. Boleh pi usha blog Kak Yuyu. Macam macam ada. Dekat IG pun selalu diupdate jugak.