Suprise Box dari Anak Denesor - Jari Jemari Menari

Sep 8, 2020

Suprise Box dari Anak Denesor


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa ada baca entry ika sebelum ini berkenaan suprise box dari Kasihku Amani. Ianya adalah projek kerjasama antara kami (rakan blogger). Suprise box haruslah diisi dengan benda wajib iaitu buku dan barangan lain itu terserah kepada individu tersebut. Kira suprise la yang lain tu. Best kan! 

Kalini, ika dapat suprise box dari seorang lagi blogger iaitu Anak Denesor ( https://www.anakdenesor.com/). Ika masih berhutang dengan AD box ini sebab ika masih tidak berkesempatan lagi. Soon InshaAllah tau! Kenal AD dah lama tapi belum bersua muka lagi walaupun boleh dikatakan boleh la nak jumpa sebab rumah masing-masing tak jauh mana pun. 

Oh ya, box yang AD bagi dekat ika ni, bertema gais. Tema zombie!Terus teringat, Zombie Kg Pisang & Train To Busan. Haha. Eeii luar kotak pun dah cantik. Siap letak ribbon merah putih lagi. Tersangatlah familiar dengan warna yang ada di box AD ni. Hati hati gais! Ada yang memerhati. Ah macam gitu la kot kan. 

Tak fikir panjang, buka - tangkap gambar - buat entry dalam blog & IG! <3 font="">

Ayah ika cakap ika beli kotak ni. Haha sebab ika rasa mesti dia ingat ika beli sebab cantik sangat. 

Eksited sangat bila parcel ni sampai sebab bila dah ada dekat tangan and depan mata tu. Feel dia lain! Haha. Ika sangat salute dengan kreativiti AD sebab ika sendiri tak mampu nak buat cantik macam ni. Ika tak kreatif sangat pun T.T Okay, let's go through picture eh. 

Ika puji dari luar kotak sampai ke balutan. Memang cantik. Jadi sayang nak bukak.Rasa nak simpan je tapi kalau simpan macam mana nak tahu dalam tu apa isinya ye dak? :) Dekat kotak siap bagi 3 steps to surviving lagi. Nice. 

Sedap mata memandang!

Terimakasih AD atas semua yang diberi terutama 3 buah buku yang bertajuk Terimakasih Si Babi Hutan, Dari KLCC ke Tanjung Malin & Dari Tanjung Malim ke KLCC. Ketiga tiga buah masih belum dibaca lagi. Ah terimakasih tau. Tau tau je buku apa yang ika tak baca lagi. And bertambahlah list TBR ika. 

Selain dari buku. AD bagi ika sampul yang dia reka sendiri, kacang, mask extender, mask, cermin, pencil case, bookmarks, note book, pencil & container bag. Ini pun dah cukup banyak dah. Perasaan masa buka satu satu barang tu rasa macam harini hari jadi sendiri. I'm happy girl in the world today. 



Semoga AD terus sukses dalam apa saja yang AD lakukan. Doa ika sentiasa yang baik baik buat AD! InshaAllah nanti, kalau ada kelapangan boleh jumpa. Teringin juga nak jumpa blogger lain. AD juga suka membaca buku. So geng buku juga la cumanya AD lebih banyak baca buku BI. Maka tak heran kalau dia punya English power geng hehe. 

31 comments:

Atie Zieya said...

wow, bestkan boleh tukar2 hadiah mcm ni!!

Tiara Sapphire said...

kreatif AD, rasa excited bila dapat hadiah macam ni. ♕Tiara Sapphire♕

Cuya said...

wow seronok gilaaaa...haha

sophea ◇ said...

aloo cutenya hehe

Shida Radzuan said...

bertuah kn rasa bila dpt gift mcm ni..best juga sekali2 buat sistem barter mcm ni :)
murah rezeki blogger AD :)

Syazni Rahim said...

menariknya apa yang dapat tu!

Cik TK said...

Wahh menariknya tema zombie!!! Bestnya macam2 ada kat dalam tuuu

anakdenesor said...

alhamdulillah dah sampai ke tangan pemiliknya

Tini Alif said...

Wow!!! This is so cool, dapat saling berukhuwah dan melebarkan silaturrahim... teringat pulak zaman sekolah dulu, ada penpal... dok tulis surat dan bertukar-tukar hadiah cenggini la... pstttt, Ika dah berjaya hunt zombies tu ke belum?... hehehehe... melawak je...

Farhana Jafri said...

ya allah amazing gila kreativiti dia! Dulu pernah dapat kad raya AD, sampai sekarang tak sanggup nak guna sebab cantik haha. Happy reading Ika and beware of zombiesssss!

Sis Lin said...

Berkenan sungguh sampul raya tu laaa... lagi satu perasan dia macam banyak guna waste paper ek.. bagus untuk persekitaran..

Tiara Sapphire said...

sis dah komen..hehe

Nina Mirza said...

Wah... Seronoknya tukar tukar hadiah gini. Kreatifnya! Teringat zaman sekolah dan masa keje dulu, Nina suka beri hadiah dan buat sendiri box dari bahan recycle . Enjoy giler bila penerima hargainya

Fadzil Ahmad said...

Wah AD, nak juga suprise box. Risau kena serang zombie dekat sini 😅 haha. Best lain dari yg lain hadiah yang dpt ni. Khusyuk baca senarai hadiah tu

AyuArjuna BiGoshh said...

Mmg best kalau dpt suprise box mcm ni. Apatah lagi diberi secara esklusif pembungkusan jee.

Aerill Hassan said...

bestnya dapat surprise box macam ni. barulah surprised kan? tapi mmg kreatif. hebattt

Mahamahu said...

Bestnya dapat surprised barang yang kita nak pulak tu kan hehehehe... Banyak pulak tu barang ada buku ada cenderahati heheheheh tak ada orang nak bagi kat kita wakakakakkaka..

Kitkat Nelfei said...

Menarik buat Surprise box exchange macam ni. Very kreatif and moga persahabatan sesama blogger terus kuat sampai bila2.. Support each other!

Miedajaz said...

Idea kreatif....bagus jugak idea nie..k mid boleh tiru tak???...hehehe

Fatin Diana said...

kotak pun dh nampak menarik. macam survival kit je siap ada zombie la apa la. best la dapat buku2 tu. FD pun lama dh tak membaca

Azirahman said...

wah...kreatifnya.
Btw, saya follow sini.

Ika.S said...

Helo, thanks sebab follow sini :)

Ika.S said...

Memang menarik kotak dia. Rasa lain dari yang lain sebab effort dia tu.

Ika.S said...

No problem, boleh je tiru :) Hehe. Why not.

Ika.S said...

Yeah, thankyou so much. Harap ukhuwah antara blogger baik baik saja sampai bila bila.

Sunshine Kelly said...

Omg... the packaging is so so attractive and macam suspense sebelum you buka one by one.

Ika.S said...

Best. Rasa macam dapat hadiah birthday 😊

Ika.S said...

Betul tu Tiara.Rasa eksited sangat masa terima parcel AD 😊

Ika.S said...

Yes Kelly. Memang teruja sangat bila nak buka satu satu tu 😊

Cuppy Cake said...

OMG! Look at the packaging! I am so into it! It looks like ada zombie, but you know, we have to prepare too!
Cause we might not know if ada zombie! I love the lipstick case!

Rabiahtul adawiyah said...

tahniah