Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
"Siapa pula yang gila menyiang mayat manusia macam menyiang ikan ni!" - Salim
Jazrin mengikuti Hadif pulang ke rumahnya & disitu juga dia telah bertemu dengan arwah ibunya. Selepas kejadian itu, banyak perkara aneh mula terjadi di asrama ! Apa sebenarnya yang berlaku?
Nampak nama Hadif. Terus kita jadi lebih yakin untuk rekomen dekat orang. Sila baca Dimensi Paranormal bermula dengan Mayat Pintal dan seterusnya sebab memang berkait rapat antara satu sama lain. Kita suka watak Hadif yang nampak cool tapi ada sisi misteri. Cuma identiti dia masih samar. Kita nak tahu banyak lagi pasal Hadif.
Kita kalau cerita yang latar tempat dia asrama memang kita suka. Lebih sus orang kata 🤌🏻 Just imagine suasana asrama pada waktu malam pun dah meremang. Jadi, masa kemuncak cerita. Kita rasa feel membaca sebab betapa huru-haranya asrama tu dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan yang tragis, dikejar makhluk belaan seseorang & bau hanyir darah. Panik yang membaca ni.
Dalam ni, yang bersalah dengan tak bersalah tetap menjadi mangsa. Dan sebenarnya, manusia memang lebih menakutkan dari hantu. 💀
Sangat fast paced. Kita boleh agak makhluk belaan tu siapa punya. Tapi kita tetap tak sangka yang dalam betul tekaan tu. Masih ada juga part tak betul & plot twist. Bab teka tak betul tu memang kita rasa sampai buku terakhir pun tetap tak betul 🤣
By the way, ceritanya simple. Tapi jadi tak simple sebab macam pusing pusing tapi still hujungnya akan rasa kagum dengan kebijaksanaan penulis merangka storyline untuk setiap buku. Agak terperinci jugak macam mana penulis describe keadaan mangsa. Yeck. Nak termuntah. Lepasni perasaan menyiang ikan sudah tidak sama lagi. Kita tak jangka dengan hubungkait watak yang penulis reka. Tak terfikir pun sebab sepanjang cerita. Tak nampak sangat pun dieorang saling mengenali.